Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition Peranti Pintar Mesra Kanak-kanak
Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition
Peranti Pintar Mesra Kanak-kanak Dengan Aplikasi Pendidikan Interaktif
Zaman sekarang ni zaman teknologi. Dari orang dewasa sampai lah kanak-kanak tak lari dengan penggunaan peranti digital seperti smartphone. Kalau orang dewasa mungkin takde isu sangat. Cuma isu atau masalah timbul bila digunakan oleh kanak-kanak.
Orang kata sebaiknya jangan dedahkan anak-anak dengan gajet sebab banyak keburukan dari kebaikan. Tapi tu lah, kadang tu bukan saja-saja nak bagi anak-anak guna smartphone ni, tapi disebabkan ada keperluan dalam pembelajaran yang menyebabkan mereka memerlukan gajet untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Lagi satu, bila kita terlalu melarang mereka dari menggunakan gajet, sedikit sebanyak akan menyebabkan mereka rasa "tersisih" atau "ketinggalan" bila tengok rakan sebaya mereka masing-masing dah ada gajet sendiri. Mereka akan jadi rendah diri, malu dan sebagainya. Nak tak nak, sebagai ibu bapa kita terpaksa bagi mereka kelonggaran untuk menggunakan gajet juga.
Memahami kerisauan ibu bapa terhadap cabaran teknologi masa kini, Samsung Malaysia telah melancarkan Galaxy Tab A9 Kids Edition yang direka khas untuk kanak-kanak denga menyediakan persekitaran digital yang selamat melaluiadvanced parental control features (ciri kawalan ibu bapa).
Galaxy Tab A9 Kids Edition Dengan Advanced Parental Control Features
Galaxy Tab A9 Kids Edition ini didatangkan dengan paparan dinamik bersaiz 8.7 inci dengan bateri berkapasiti 5100mAh yang memberi pengalaman tontonan yang mengasyikkan dengan kandungan pendidikan yang menarik untuk kanak-kanak belajar, meneroka dan mencipta dan dalam pada masa yang sama, ibu bapa masih boleh memantau dan mengawal penggunaan dalam talian anak-anak mereka.
Melalui ciri kawalan ini, ibu bapa boleh membuat profil peribadi setiap anak-anak dengan menetapkan had masa skrin mengikut keperluan mereka. Ini supaya anak-anak tidak terlalu bergantung kepada aktiviti digital semata-mata sehingga hilang keseimbangan aktiviti luar talian.
Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada sesetengah aplikasi atau laman web seperti laman media sosial serta memantau aktiviti atas talian anak-anak.
Melalui ciri build-in safe browsing (penyemakan Imbas Selamat), kanak-kanak bebas meneroka internet dalam persekitaran yang terkawal, dengan laman web dan kandungan yang sesuai dengan umur mereka. Ini bertujuan untuk mengelakkan atau melindungi mereka daripada mengakses kepada kandungan yang tidak sesuai.
Lagi satu, bila anak-anak nak muat turun aplikasi dari playstore, mereka memerlukan kelulusan ibu bapa terlebih dahulu. Jadinya anak-anak tidak bebas muat turun mana-mana aplikasi tanpa kawalan semasa menggunakan gajet.
No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤