Rizq Islamic School Perkenalkan Program STEAM dan Special Education Needs & Different Ability
Rizq Islamic School Perkenalkan Program STEAM dan Special Education Needs & Different Ability (SEND) l Assalamualaikum. Awal bulan ni, Ana sekali lagi berkesempatan menghadiri Open Day Rizq Islamic School Kajang. Memang sangat meriah open day tahun ini berbanding dengan tahun lepas. Para pelajar dan ibu-bapa turut sama melibatkan diri bagi menjayakan open day tersebut. Dan istimewa lagi, tahun ni Rizq Islamic School perkenalkan program STEAM dan Special Education Needs & Different Ability dalam silibus pembelajaran mereka.
Rizq Islamic School Perkenalkan Program STEAM dan Special Education Needs & Different Ability (SEND)
Di Rizq Islamic School, mereka menggabungkan ilmu Al-Quran bersama silibus kurikulum kebangsaan dalam modul pembelajaran mereka. Ini bertujuan untuk memperkasakan para pelajar melalui program-program pendidikan moden yang terkini dan inovatif bagi memastikan para pelajar memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam akademik, rohani, peribadi dan potensi sosial.
Selain itu, Rizq Islamic School juga mengetengahkan konsep permainan dalam pedagogi dan kurikulum mereka melalui penggunaan peralatan dan kemudahan teknologi terkini. Kaedah permainan dalam pembelajaran ini dilihat sangat berkesan dalam meningkatkan pembelajaran kanak-kanak kerana ianya menggabungkan pembangunan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak.
Dan terbaru tahun ini, Rizq Islamic School memperkenalkan program STEAM dan Special Education Needs & Different Ability (SEND) dalam silibus pembelajaran mereka.
Rizq Islamic School Perintis Pendidikan STEAM Bagi Sekolah Tahfiz
Program STEAM merujuk kepada pembelajaran sains, teknologi dan matematik dan Rizq Islamic School merupakan antara perintis sekolah tahfiz yang memfokuskan kepada pendidikan STEAM.
Semasa open day yang lepas, beberapa pemain industri STEAM turut melibatkan diri bagi memeriahkan hari tersebut seperti Alfa & Friends, SciTech 4 Kids dan juga IET UNITEN yang mengadakan pelbagai eksperimen dan pameran STEAM. Tak ketinggalan juga penglibatan para pelajar dari Rizq STEM Club.
Pendidikan STEAM dilihat sangat relevan dengan permintaan industri pada masa akan datang di mana melalui pendidikan STEAM, ianya dapat meningkatkan kreativiti dan estetika dalam pembelajaran STEM seterusnya melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan menghargai seni dan keindahan warisan budaya dan alam sekitar serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan.
Rizq Islamic School Dengan Kerjasama Orlin Academy Menawarkan Program Special Education Needs and Different Ability (SEND)
Paling menarik dan juga menjadi added value kepada Rizq Islamic School ialah mereka turut menawarkan extension program yang dipanggil Special Education Needs and Different Ability (SEND) untuk kanak-kanak kelainan upaya di bawah kerjasama Rizq Islamic School dan Orlin Academy.
Program SEND ini terbuka kepada semua kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak autism, ADHD, down syndrome dan disleksia. Melalui program ini, kanak-kanak ini berpeluang untuk belajar bersama-sama pelajar lain di dalam kelas. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dan tidak membuatkan mereka rasa terpinggir dan rasa seronok untuk belajar.
Pakar terapi Orlin Academy akan bertanggungjawab untuk memantau perkembangan mereka semasa di dalam kelas dan juga akan mengadakan sesi pembelajaran secara one by one bagi meningkatkan lagi kemahiran kanak-kanak istimewa ini.
Bagi yang belum tahu, Rizq Islamic School mempunyai 2 peringkat pendidikan iaitu pra-sekolah dan juga sekolah rendah. Untuk program SEND ini, ibu-bapa boleh daftarkan anak-anak mereka di kedua-dua sekolah ini. Tak terhad pada peringkat pendidikan awal saja.
Daftarkan Anak Seawal 4 Tahun Di Rizq Preschool
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak seawal 4 tahun di Rizq Preschool. Di sini mereka akan dibahagikan kepada 3 kategori kelas mengikut peringkar umur - 4, 5 dan 6 tahun. Dan setiap kelas terhad kepada 20 orang pelajar sahaja bagi menjamin keselesaan semua.
Silibus Rizq Preschool adalah selaras dengan silbus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Antara silibus yang diajar di RizQ Preschool ialah Islamic Studies, Memorizing Surahs in Al-Quran, Solah Recitations & Du’a, Storytelling and Conversations, Music and Movement, Socio-Emotion, Physical & Aesthetic dan Science & Technology, Mathematics.
Terdapat juga modul tambahan yang diajar di peringkat preschool seperti Arabic, Huffaz, Osmo, Edu Play dan RizQ Special Module.
Silibus Pembelajaran Rizq Primary School
Rizq Primary School pula terbahagi kepada 2 tahap iaitu lower grade untuk pelajar tahun 1, 2 dan 3 manakala upper grade untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6.
Silibus pembelajaran di sini juga selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan silibus JAIS. Para pelajar akan menduduk 2 peperiksaan yang dijalankan di bawah silibus ini iaitu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) untuk pelajar tahun 5 dan Sijil Rendah Agama JAIS (PSRA) untuk pelajar tahun 6.
Selain itu, Rizq Islamic School juga menawarkan program Tahfiz di peringkat primary school. Terdapat 2 modul pembelajaran yang diajar iaitu tilawah dan hafazan.
Untuk tilawah, pelajar akan diajar secara talaqi untuk mengenal huruf jawi sehingga mereka boleh mengaji dengan tajwid yang betul. Manakala modul hafazan dilaksanakan secara 3 peringkat iaitu Beginner (7 juz), Intermediate (15 juz) dan Advance (30 juz) bergantung kepada keupayaan para pelajar.
Bagi pelajar yang mempunyai masalah membaca, Rizq Islamic School mempunyai sesi khas yang dipanggi Excellence Reading Class (3M) yang diadakan untuk membantu pelajar yang masih belum boleh membaca sehingga boleh membaca berdasarkan 3M iaitu Menulis, Mengira dan Membaca. Terdapat juga Bengkel Pengukuhan yang di adakan untuk pelajar tahun 1 dan 2 yang merangkumi Bengkel Pengukuhan Jawi dan Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab.
Pada setiap hari Rabu, para pelajar akan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti sukan, kelab dan unit beruniform bermula pukul 2.30 hingga 4.30 petang.
Komunikasi Antara Guru, Murid dan Ibu Bapa Melalui Platform See Saw
Di Rizq Islamic School, mereka menggunakan platform See Saw untuk membolehkan guru berkomunikasi dengan pelajar dan juga ibu bapa secara terus.
Platform See Saw ini boleh diakses melalui telefon pintar dan juga komputer riba pada bila-bila masa sahaja. Antara kelebihan platform ini ialah, para pelajar boleh mengakses kembali segala modul pelajaran yang diajar pada hari tersebut. Guru akan muatnaik semua material termasuk foto, video, lukisan, teks, PDF dan pautan untuk rujukan pelajar di rumah. Segala pertanyaan juga boleh diaju terus melalui sistem ini dan guru akan mendapat notifikasi on the spot.
Untuk ibu bapa pula, sistem See Saw membolehkan mereka melihat perkembangan anak-anak secara berkala. Segala info termasuk laporan prestasi anak-anak akan dimuatnaik di dalam sistem ini.
Jom Daftarkan Anak-anak di Rizq Islamic School Sekarang
Bagi korang berminat untuk hantar anak ke Rizq Islamic School ni, korang dah boleh mula mendaftar. Tapi kena cepat-cepat tau sebab slot kemasukan adalah terhad untuk menjamin keselesaan sesi pembelajaran anak-anak.
Untuk info lebih lanjut tentang Rizq Islamic School, korang boleh layari laman sesawang dan sosial media mereka. Atau terus berhubung dengan nombor di bawah ini.
Website l Facebook l Instagram
Alamat :
Wisma RIZQ,
No. 2, Lot 1456
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor.
Telefon : 03-89120447 / 03-89260447
WhatsApp : 018-3517357
Emel : hello@rizq.edu.my
No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤