Tempat Makan Wajib Singgah di Terengganu #KBBSteak
Tempat Makan Wajib Singgah di Terengganu #KBBSteak l Assalamualaikum. Kalau tanya Ana negeri mana paling best untuk jalan-jalan cari makan, Ana akan vote Terengganu Darul Iman. Sebab tu hampir setiap tahun Ana wajib ke Terengganu. Lagi-lagi bila masih ada saudara-mara di sana, memang kena lah balik sokmo. Terengganu bukan je banyak makanan best, malah banyak juga tempat-tempat menarik untuk dilawati terutama pulau-pulau.
Tempat Makan Wajib Singgah di Terengganu #KBBSteak
Bila dah ada dekat Terengganu, istilah diet dah tak bermakna. Rugi wei balik Ganu kalau kena sekat makan. Dah lah makanan sedap-sedap, harga pula sangat berpatutan. Antara makanan yang wajib korang makan ialah nasi dagang, celup tepung, kepok lekor, ketupat sotong, roti paung dan banyak lagi lah. Tapi tu lah, kalau 3 hari duduk sana, muak juga dok ulang makan benda yang sama je kan. Tak kan dinner nak makan kepok lekor dan celup tepung lagi kan. Haa jangan risau, Ana nak suggest satu tempat makan wajib singgah di Terengganu iaitu di KBB Steak Kuala Terengganu.
Haa dah nama pun KBB Steak, of course lah menu-menunya adalah steak. Tapi nak makan pasta pun ada juga. Kot lah korang tak makan daging. Tapi kalau dah ke sini, tolong lah try juga steak dorang. Confirm korang tak menyesal. Korang akan lagi menyesal kalau tak cuba.
Ana masa 1st time nampak outlet KBB Kuala Terengganu ni terus rasa tertarik. Nampak classy dan eksklusif sangat. Ruang makan pun selesa untuk semua peringkat umur. Ni kalau buat event macam gathering / reunion, birthday celebration, company atau family dinner memang syok. Lokasi dia pun sangat strategik dekat tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.
Tempat Premium Pada Harga Mampu Milik
Tempat je dah classy lepas tu jual steak pulak, confirm mahal harga makanan dekat sini. Tu yang Ana fikir masa awal-awal dulu. Tapi lepas tengok sendiri menu-menu beserta harga yang dikenakan, bagi pendapat Ana memang sangat lah berpatutan. Ala sekali sekala treat makanan sedap dan premium apa salahnya kan. InsyaAllah korang pasti rasa berbaloi lepas cuba steak dekat sini. Lagi pun macam Ana cakap dekat atas, selain steak ada juga pelbagai lain yang korang boleh cuba. Ada pasta, ada burger, salad, potatoes dan fries dan banyak lagi. Ikut bajet masing-masing. Nak datang minum air pun boleh. Takde masalah.
Menu Bestseller KBB Steak Kuala Terengganu
Kalau tanya apa bestseller dekat KBB Steak, Ana suggest korang untuk cuba Full Bone Hickory Backribs (RM160) - rusuk daging lembu yang dimasak secara double baked, disaluti dengan sos BBQ istimewa dan dihidangkan bersama coleslaw dan cajun fries.
Kalau tak nak makan steak, korang boleh try 2 menu burger ni - Wagyu Burger (RM69) atau Wild Ribs (RM66). Special Wagyu Burger dekat sini sebab ianya menggunakan homemade wagyu patty yang dilimpahi dengan beef bolognese sauce. Confirm cair dalam mulut bila makan.
Burger Wild Ribs ni memang next level!!. Sebab apa? Sebab dalam tu ada bone in backribs, double beef patty, streaky beef, double slice of cheese dan "disirami" dengan sos BBQ istimewa. Makan burger ni confirm korang akan terduduk kekenyangan sampai esok pagi. Memang berbaloi dengan harga dia.
Kalau korang jenis tak sah kalau tak makan nasi, korang wajib try Spicy Rice & Ribs ni. Menu ni menghidangkan smokey BBQ ribs beserta nasi aromatik pedas dan didatangkan dengan kari istimewa atau sweet spicy soy sauce.
Satu Menu Kongsi Bersama
Makanan sedap ni lebih bermakna bila dikongsi dengan yang teristimewa. Gitu. Dekat KBB Steak ni, dorang ada tawarkan beberapa jenis platter yang boleh dimakan lebih dari seorang. Maknanya order menu-menu ni korang boleh kongsi dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.
Antara menu platter yang ditawarkan ialah Wagyu x Angus platter, Bone In Sirloin, Steak & Ribs dan Steak & Lamb. Menu-menu sesuai untuk 2 orang.
Kalau untuk 3 - 4 orang pula korang boleh cuba set Angus atau set Wagyu MB7. Setiap platter dihidangkan bersama side dish dan juga air.
Takut tak cukup korang boleh order menu tambahan. Ada pelbagai pasta yang korang boleh cuba atau nak menu yang light boleh order potato & fries atau soup & entree.
Tapi dalam banyak-banyak menu, ada 2 menu ni korang patut cuba sekali seumur hidup. Seriously Ana baru 1st time dengar pasal menu ni. Yang pertama Butter Dry-Aged. Harga agak lebat juga. RM2k ke atas selalunya tapi dekat KBB Steak, ada Butter Aged yang mesra poket. Serendah RM300++ depend pada baka dan berat. Yang pasti rasa daging dia next level. Makan pun cair je dekat mulut.
Lagi satu menu nk agak lain dari yang lain. Chocolate Dry-Aged - coklat dengan steak. Dengar je pun tak masuk akal. Tapi bagi korang yang nak kelainan, boleh cuba menu ni. Katanya rasa manis- manis dan berlemak dari coklat beri rasa unik bila bergabung dengan rasa umami dari steak tersebut.
Kalau korang tak sure nak order apa bila dan sampai sini, korang boleh je tanya staff KBB Steak. InsyaAllah dorang semua ramah-tamah, mesra pelanggan dan sedia menjawab semua pertanyaan korang. Janji korang pulang dengan 1001 kepuasan.
Panggang Guna Josper Oven
Nak tau apa yang buat steak dekat KBB Steak ni istimewa? Sebab dorang panggang guna oven arang Josper. Perghh kalau korang tengok harga oven ni, boleh menangis. Harga sama dengan rumah Ana kot. No wonder sedap steak dekat sini.
Kalau korang nak tau, oven arang Josper ni menggunakan 3 gabungan arang yang bukan biasa- biasa untuk memberikan rasa smokey yang lebih deep dengan tekstur steak yang lebih juicy dan char crust yang lebih crispy. Perghhh patut lah sedap. No wonder lah ramai artis dan selebriti popular dah singgah sini seperti Ustaz Azhar Idrus, Shaheizy Sam dan banyak lagi.
Jom Makan Steak di KBB Steak Kuala Terengganu
Amacam? Semua menu-menu dia sangat mengiurkan kan. Haa kalau teringin nak rasa keenakan dan keistimewaan steak dan burger di KBB Steak ni korang kena lah datang dan cuba sendiri. Bagi warga Kuala Terengganu, nanti ajak ramai-ramai family dan kawan-kawan makan dekat sini. Bagi yang plan nak jjcm ke Terengganu pula, korang wajib masukkan KBB Steak Kuala Terengganu ni dalam list tempat makan untuk diterjah. Alamat dan waktu operasi seperti di bawah :
KBB Burger & Steak Terengganu
Jln Sultan Zainal Abidin,
Kampung Tanjung,
20000 Kuala Terengganu.
Waktu Operasi :
Setiap Hari
12.30PM - 11.00PM
📞 010-254 1001
Oh ya, KBB Steak Kuala Terengganu ni actually cawangan kedua selepas KBB Steak Kota Bharu, Kelantan. Sekarang ni, KBB Kota Bharu baru je selesai diubah suai dengan wajah baru demi untuk keselesaan korang semua. So warga Kelantan boleh lah ke KBB outlet Kelantan ok.
Untuk info lebih lanjut dan untuk tahu promosi yang sedang dijalankan, korang boleh layari website atau media sosial KBB Steak seperti berikut :
Website
https://kbbburgerandsteak.com/
https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak
https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak/
Tiktok
https://www.tiktok.com/@kbbburgerandsteak
No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤