Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction - Bina Rumah Berkualiti Tinggi Atas Tanah Sendiri

Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction - Bina Rumah Berkualiti Tinggi Atas Tanah Sendiri l Assalamualaikum. Sebut je Kajang, mesti ramai akan teringat signature menu di sana iaitu Satay Kajang. Tak kisahlah Sate Haji Samuri ke, Satay Willy ke, Satay Yus Kajang ke, masing-masing ada peminatnya yang tersendiri. Macam Ana, Ana suka Sate Haji Samuri walau rasa satay dia sekarang tak berapa nak ummpp. Korang pula suka satay apa dekat Kajang ni?



Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction - Bina Rumah Berkualiti Tinggi Atas Tanah Sendiri


Kalau dulu, jarang-jarang nak dapat merasa makan Satay Kajang ni sebab rasa macam jauh je dari KL. Tapi sekarang, hari-hari nak makan satay di Kajang pun boleh. Dengan adanya highway dan jalan alternatif yang lain, perjalanan ke Kajang menjadi singkat dan cepat. Dalam 40 minit macam tu dah boleh sampai Kajang dari KL.


Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction



Untuk pengetahuan korang, Kajang merupakan sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat dan terletak bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.


Dan menurut statistik, Kajang merekodkan jumlah penduduk paling tinggi di Selangor dengan jumlah populasi dalam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sebanyak 1.047 juta. Menurut Dewan Selangor, jumlah penduduk di sini meningkat saban tahun dan dijangka akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.



Kenapa Kajang Jadi Pilihan Untuk Didiami?


Kalau korang nak tahu, Kajang pernah menjadi bandar utama dan bekas pusat pentadbiran daerah Hulu Langat sebelum dipindahkan ke Bandar Baru Bangi. Ini kerana di Kajang terdapat semua pejabat kerajaan yang utama seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Hospital Kajang, Radio Televisyen Malaysia dan banyak lagi.


Faktor di atas ni lah antara penyumbang utama kepada kenapa ramai yang pilih untuk menetap di Kajang. Selain tu, faktor lokasi Kajang yang hanya terletak 21km dari bandaraya Kuala Lumpur juga menjadikan Kajang antara bandar strategik untuk didiami di Selangor.



Hari ni Kajang juga mudah untuk diakses dengan kemudahan pengangkutan awam. Kalau sebelum ni, korang boleh ke Kajang dengan menaiki bas atau KTM, tapi sekarang dah ada kemudahan MRT yang lebih efisen dan laju. Sebab tu ramai yang menetap di Kajang tapi bekerja di sekitar KL.



Bina Rumah Tanah di Kajang


Kalau korang ada tanah di Kajang, korang memang kira beruntung. Sebabnya demand untuk ada hartanah di Kajang semakin meningkat. Sebab tu siapa yang dah beli tanah awal-awal di sini dikira beruntung. Tak senang nak beli tanah sekarang ni. Banyaknya hartanah jenis rumah bertingkat. Itu pun laku keras orang kata.


Pada yang ada tanah tu, dan merancang untuk bina rumah atas tanah sendiri, korang boleh guna perkhidmatan dari Nas Nuri Construction - kontraktor rumah Kajang berkualiti dan dipercayai.



Nas Nuri Construction Berpengalaman Bina Rumah Tanah Lebih 20 Tahun


Nas Nuri Construction merupakan syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB Gred G5 (bagi projek binaan bawah RM5juta) dengan modal dibenarkan sebanyak RM500,000. Nas Nuri telah beroperasi sejak tahun 1996 dan mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang pembinaan rumah atas tanah. 


Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction


Untuk pengetahuan korang, kerja-kerja pembinaan dan kemasan yang dijalankan Nas Nuri Construction adalah mengikut piawaian standard QLASSIC dan CIDB binaan demi menjamin rumah yang dibina itu bukan saja cantik malah selamat diduduk dan tahan lama.


Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction


Dengan Nas Nuri Construction, korang tak perlu ragu-ragu sebabnya mereka sangat menjaga kualiti hasil kerja binaan yang dilakukan. Setiap kerja di tapak binaan akan diselia oleh seorang penyelia tapak DAN dipantau oleh 2 orang pegawai iaitu pegawai teknikal (struktur binaan rumah) dan pegawai kemasan (bagi kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan juga material kemasan tapak) yang berpengalaman.


Nas Nuri juga akan beri jaminan selepas tamat kerja binaan iaitu 3 tahun untuk jaminan struktur dan 1 tahun untuk jaminan kemasan. Andai kata selepas habis kerja binaan berlakunya sebarang kerosakan seperti keretakan plaster, paip atau atap bocor, tile tertanggal atau keretakan pada struktur dalam tempoh jaminan tersebut, NAS Nuri Construction akan bertanggungjawab dan menjalankan kerja baik pulih tanpa sebarang caj tambahan.



Nas Nuri Construction bukan saja boleh bina rumah atas tanah, malah boleh bantu beri khidmat nasihat untuk perkhidmatan rekabentuk dalaman (Interior Design) dibawah nama Kriasi Design. Tapi servis ini hanya ditawarkan kepada pelanggan yang bina rumah dengan Nas Nuri Construction. Kira servis eksklusif gitu. Video bawah ni antara hasil kerja ID oleh Kriasi Design.



Yang ni pula rumah tanah terbaru yang siap dibina di Kajang tahun ini. Rumah setingkat ni berkeluasan 3000 kps dan ada dapur high end yang menjadi idaman para isteri di luar sana. Jom kita cuci mata.


Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction

Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction

Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction

Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction

Amacam, cantik sangat kan rumah hasil kerja Nas Nuri Construction ni. Tu baru satu contoh rumah. Ada banyak lagi contoh yang korang boleh tengok hasil kerja bina rumah tanah di Selangor oleh Nas Nuri Construction. Video dekat bawah ni pula contoh rumah banglo dengan keluasan 4000kps yang siap dibina oleh Nas Nuri Construction. Jom tengok.



Bagi yang takde idea nak bina rumah yang macam mana, jangan pening-peningkan kepala korang tu. Korang tengok je contoh-contoh pelan banglo dengan rekabentuk terkini di blog dawaibesi.com. Korang boleh muat turun pelan tersebut secara percuma lagi. Mudah kan??


Untuk segala pertanyaan dan persoalan tentang proses nak bina rumah, korang boleh berhubung terus dengan Nas Nuri Construction -   kontraktor berpengalaman yang diyakini dan bertauliah di Selangor ni. InsyaAllah mereka akan beri perkhidmatan yang terbaik. 


NAS Nuri Construction Sdn Bhd

No. 26-2F (2nd Floor),

Jalan Setia Perdana AY U13/AY,

Shah Alam, Selangor.


Telefon  : 

019-348 7372 (Fairul) 

03-3392 3478 (Pejabat)


Website : www.nasnuri.com

Blog : www.dawaibesi.com

Facebook : NAS Nuri Construction

Kontraktor Rumah Kajang Nas Nuri Construction - Bina Rumah Berkualiti Tinggi Atas Tanah Sendiri Reviewed by Ana Suhana on June 30, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.