Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda


Siapa je yang tak suka tidur kan? Lagi-lagi bila dah ada anak kecik macam Ana ni. Sejak ada anak kecik ni, Ana sukar nak dapatkan tidur yang berkualiti. Biasa la kan kalau ada anak kecik, tengah malam mesti terjaga nak menyusu. Aishh… Kalau dapat tidur malam yang lena tanpa terjaga tu… Fuhh! Memang satu nikmat sangat.


Ye! Tidur berkualiti tu sangat penting bagi Ana tau. Kalau tak cukup tidur, memang boleh stres dan moody dibuatnya. Habis satu kerja pun tak boleh nak buat dengan tenang.



Apa Kaitan Tidur Dengan Stres?


Bagi pengalaman Ana sendiri, bila Ana tak dapat tidur yang berkualiti, Ana akan cepat kena sakit kepala atau tension headache. So bila dah sakit kepala ni, faham-faham je lah. Semua kerja boleh jadi terganggu. Rasa nak marah je kalau ada yang tak kena. Tapi nak tak nak kena stay kuat sebab ada anak kecik kan. Masa ni kena betul-betul fokus dekat mereka. Pantang lepa sikit, macam-macam agenda dorang boleh buat.


Lagi satu, kalau Ana tak cukup tidur, badan akan cepat lesu, rasa tak bertenaga dan rasa lemau satu badan. Masa tu rasa nak baring sepanjang masa. Memang teruk lah rasa bila tak cukup tidur ni. Orang nampak simple je kalau tak cukup tidur, tapi kalau dah selalu, boleh koyak mental dibuatnya.



Sebab tu penting untuk para ibu atau suri rumah macam Ana ni perlu dapat tidur yang berkualiti untuk bantu kawal stres. Maklumlah, stres duduk rumah jaga anak ni tak sama dengan stres duduk buat kerja di pejabat. Yang dah lalui je yang tahu rasa stres tu.


Macam Ana, Ana akan minta suami ambil alih jaga anak pada hari minggu untuk Ana berehat. Kalau Ana tak dapat rehat boleh burnout dibuatnya. Jaga anak kecik ni perlukan kesabaran yang kuat. Anak ni amanah daripada Allah S.W.T untuk kita jaga dengan sebaiknya. Nak jaga pula, kita perlukan tenaga yang banyak. Jadi tidur yang secukupnya adalah salah satu cara untuk pastikan badan sentiasa bertenaga.



Bagaimana Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Dapatkan Tidur Yang Lebih Berkualiti?

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

Untuk pengetahuan korang semua, Eskayvie Mindtropic merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie yang diformulasikan khas untuk membantu mereka yang mengalami masalah sukar nak tidur atau yang susah nak dapat tidur yang lena pada waktu malam.


Ia dihasilkan oleh formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob.


Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan menggunakan 100% bahan semula jadi di dalam penghasilan Eskayvie Mindtropic. Ia bertujuan membantu menyokong kesihatan minda. mengatasi masalah susah tidur serta membantu mendapatkan tidur yang nyenyak.


Di bawah ni Ana senaraikan 5 bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.


1. PHOSPHATIDYLSERINE

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

• Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.


• Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal.


• Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.



2. ASHWAGANDHA KSM-66

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

• Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.


• Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).


• Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.


• Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.



3. BACOPA MONNIERI

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

• Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.


• Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.


• Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.



4. MAGNESIUM

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

• Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.


• Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.


• Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).



5. SELENIUM

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

• Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.


• Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.



Kelebihan Eskayvie Mindtropic


Berikut antara kelebihan Eskayvie Mindtropic:

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

• 100% Bahan Semula Jadi

• Rasa Tropika Yang Enak

• Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

• Tanpa Gula Tambahan

• Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award



Manfaat Eskayvie Mindtropic


• Mengatasi gejala Brain Fog

• Merangsang perkembangan sel otak

• Menguatkan memori

• Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

• Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

• Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

• Menjadikan lebih ceria & gembira

• Meningkatkan kesihatan tulang & otot



Banyakkan manfaat Eskayvie Mindtropic ni. Siapa yang alami masalah selalu cepat lupa dan hilang daya tumpuan dan emosi tertanggu boleh cuba Eskayvie Mindtropic. Mana tahu dengan mencubanya, korang dapat atasi masalah yang dihadapi selama ini.



Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic


Ana kongsikan gambar cara pemakanan Eskayvie Mindtropic. Mudah je nak consume dan boleh diambil semua peringkat umur bermula dari 13 tahun dan ke atas.


Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda



Testimoni Pengguna Eskayvie Mindtropic


Berikut antara testimoni pengguna yang dah cuba Eskayvie Mindtropic. Korang boleh lihat sendiri kesan yang mereka alami selepas mencubanya. Bermula daripada masalah sukar tidur dan susah nak dapat tidur yang lena sebelum ni, kini mereka boleh tarik nafas lega. Mereka dah tak ada masalah susah tidur, dapat tidur yang berkualiti dan lebih bertenaga untuk lakukan aktiviti harian keesokkan harinya.


Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

Sejak consume Eskayvie Mindtropic tidur lebih lena dan bangun pagi pun rasa fresh je. Selain rasa semakin bertenaga, beliau dapat mulakan hari dengan ceria.


Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

Selepas amalkan Eskayvie Mindtropic, lebih mudah tidur berbanding sebelum ini. Bila malam dapat tidur awal dan dapat tidur yang nyenyak, mudah je bangun awal.


Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

Selepas cuba Eskayvie Mindtropic, pengguna ini dapat atasi masalah mental breakdown dan symptom anxiety mula terkawal. Kini beliau lebih mudah tidur dan dapat pergi kerja dengan lebih gembira kerana lebih bertenaga dan tak rasa mengantuk.



Tonton video perkongsian dari Puan Ayuni, 30 tahun seorang suri rumah sepenuh masa. Bermula dengan masalah susah nak tidur, beliau cepat moody dan mudah marah. Beliau juga pernah positif jangkitan Covid dan kesannya, beliau cepat lupa selain mengalami masalah brain fog.


Alhamdulillah! Kini Puan Ayuni mampu tersenyum gembira. Beliau kembali ceria, tak cepat lupa dan sentiasa bersemangat menjalani hari-hari di samping keluarga tercinta.


Banyak sebenarnya maklumbalas pengguna Eskayvie Mintropic ni. Korang boleh Google je untuk tonton video-video perkongsian mereka. Sejak dilancarkan pada Oktober 2022 yang lepas, Eskayvie Mindtropic ni dah bantu ribuan pengguna untuk lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang berkualiti.


Korang yang ada hadapi masalah susah nak tidur malam tu dan susah nak dapat tidur yang lena boleh cuba Eskayvie Mindtropic ni. Mana tahu asbab dengan mencubanya, ia dapat selesaikan masalah yang korang hadapi. Bila tak dapat tidur yang secukupnya memang banyak masalah yang akan timbul. Bukan setakat badan kita jadi lesu dan tak bertenaga sehingga menjejaskan aktiviti harian. Lebih teruk, jika berlarutan ia boleh menjejaskan kesihatan kita. Jadi, pastikan kita dapat tidur yang berkualiti setiap malam. Lagi-lagi jika usia semakin meningkat ni. Tidur yang mencukupi sangat-sangat penting ya!



Nak Tahu? Semburan Aromaterapi Neuscential Inspire Juga Boleh Bantu Hilangkan Stres Dan Kawal Emosi

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda

Eskayvie Neuscential Inspire merupakan produk keluaran terbaharu Eskayvie yang membantu mengatasi masalah stres dan sukar tidur. Ia boleh diambil bersama pengambilan Eskayvie Mindtropic kerana ia juga membantu:


• Mengurangkan rasa keresahan dan kepenatan, meningkatkan hormon badan untuk kawalan mood yang baik

• Mengurangkan hormon stress dalam badan

• Membantu melegakan pernafasan

• Melegakan simptom anxiety


Produk ini berbentuk semburan aromaterapi yang boleh digunakan terutama pada waktu siang sebelum memulakan hari. Sembur saja pada tapak tangan dan hidu setiap kali sebelum keluar ke tempat kerja. Boleh juga sembur pada bilik atau sembur pada badan untuk bangkitkan mood positif sepanjang hari. Pasti hari jadi lebih ceria!


Korang boleh dapatkan Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Neuscential Inspire di website dan media sosial Eskayvie dibawah ni. Dapatkan kedua-duanya hari ini untuk dapatkan tidur yang lebih lena setiap malam.



WEBSITE

www.eskayvie.com


INSTAGRAM

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/


FACEBOOK

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq


Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda


#EskayvieMindtropic #JanganStresStres





Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda Reviewed by Ana Suhana on March 14, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. Eskayvie Mindtropic ni Ruby pun amalkan. Sedap pula tu. Hehehe. Kadang tu fikiran melayang sebab tidur tak cukup dan stress banyak perkara perlu buat.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.