Puas Hati Beli Baju Sekolah Berkualiti dan Murah di Pusat Pakaian Hari-Hari
Puas Hati Beli Baju Sekolah Berkualiti dan Murah di Pusat Pakaian Hari-Hari l Assalamualaikum. Cuti sekolah ni pergi mana je korang? Sebulan lebih juga cuti kali ni. Mana yang ada kampung, confirm-confirm bawa anak-anak balik jumpa atuk nenek kan. Macam Ana, parents dedua ada di KL. So memang tiap-tiap minggu lah balik kampung. Hehe. Nak pergi bercuti, baru je balik dari bercuti sebenarnya. Tu yang tak tahu buat apa, terus bawa budak-budak beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari.
Puas Hati Beli Baju Sekolah Berkualiti dan Murah di Pusat Pakaian Hari-Hari
Lega bila satu bab sekolah dah selesai. Senang setel awal-awal ni. Tak lah kelam-kabut bila nak hujung-hujung nanti kan. Lagi satu, beli awal-awal ni banyak pilihan yang ada. Kalau lambat, sure banyak saiz dah habis. Ni pun masa Ana beli baju sekolah dekat Pusat Pakaian Hari-Hari Sri Selayang last week, ramai dah parents sama-sama berjemaah shopping baju sekolah anak-anak. Semua nak setel awal katanya.
Lagi satu, bila tengok kalender, buka sekolah nanti dah nak dekat bulan Ramadan. So faham-faham lah. Bila nak masuk bulan Ramadan, nak tak nak dah kena prepare baju raya pulak. At least dapat sorang sepasang pun jadi lah. Cumanya koyak lah poket nanti kalau nak beli semua dalam masa terdekat. Kalau dulu takpe lagi sebab anak sorang je. Sekarang ni dah bertambah jadi tiga, memang kena bajet-bajet semuanya. So better beli awal-awal baju sekolah Syafi. Tak lah terasa nak beli baju raya sebulan lagi nanti.
Tapi Ana tak risau sangat sebab Ana tau, beli baju sekolah dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni confirm boleh jimat sebab harga barangan persekolahan dekat sini semuanya berpatutan. Harga rakyat marhain orang kata. Baju-baju sekolah dia pula berkualiti dan tahan lasak. Memang berbaloi shopping dekat sini. Jom tengok apa yang Ana beli kali ni.
Baju Sekolah Jenama Jony & Jeny Pilihan Kami
Memandangkan baju sekolah Syafi yang lama masih elok dan cantik lagi, so kali ni Ana bajet beli sepasang baju sekolah kebangsaan dan sepasang baju melayu sekolah agama. Benda boleh pakai lagi, buat apa nak membazir kan. Sayang duit nak oi. Boleh save untuk beli keperluan lain duit tu nanti.
Syafi ni nampak je sempoi tapi agak cerewet bab keselesaan baju sekolah yang dia pakai tu. Untuk baju sekolah, dia prefer pakai baju kain licin berbanding kain cotton. Kemain lagi kan. Ana dulu masa sekolah, tak mampu nak pakai kain licin ni tau. Pakai je kain cotton tu sampai habis sekolah menengah. Haha. Tapi daddy dia pun prefer baju sekolah kain licin ni. Senang nak gosok katanya. Guna steam iron je. Ok lah kalau dah ada back up besar, Ana on je.
Mujur baju sekolah dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada yang jenis kain licin tu. Actually Baju Sekolah Hari-Hari ni ada 2 jenama. Satu jenama Jony & Jeny, satu lagi jenama No Problem. Tapi kami suka jenama Jony & Jeny sebab cutting dia tak kecik atau fit. Lepas tu kain dia pula lembut dan sejuk. Memang selesa teruk bila pakai. Sesuai lah dengan cuaca negara kita yang sentiasa panas ni kan. Lagi satu kain Jony & Jeny ni tahan lasak. Maklumlah, anak lelaki kan kuat bermain. Memang kena lah cari kain yang betul-betul berkualiti dan tahan lama.
Kalau korang nak tahu, jenama Jony & Jeny ni ada semua keperluan sekolah untuk anak-anak. Dari baju, seluar, sampin sampai lah ke kasut. Serba serbi lengkap orang kata. Nak cari baju untuk sekolah rendah, sekolah agama even untuk sekolah menengah semua ada. Untuk pelajar biasa mahu pun pengawas. Cakap je apa yang korang nak. InsyaAllah semua ada dekat Pusat Pakaian Hari-hari ni.
Staff Pusat Pakaian Hari-hari Memudahkan Urusan Beli Baju Sekolah
Antara faktor lain kenapa Ana suka beli baju sekolah dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni selain dari baju sekolahnya yang berkualiti dan murah ialah staff mereka yang sangat membantu. Korang bagitau je nak saiz apa, sekejapan dorang boleh carikan. Dah jimat masa korang dekat sini.
Kali ni Ana dibantu oleh Nor Hidayah. Orangnya sangat ceria dan peramah. Syafi pun rasa selesa sepanjang fitting baju sekolah. Takde rasa malu-malu pun.
Tengoklah muka bahagia Syafi tu. Happy dapat baju sekolah jenis kain licin yang dia suka sangat pakai tu. Terus grab sepasang.
Baju melayu untuk sekolah agama pun Ana beli sepasang. Of course jenama Jony & Jeny. Kali ni baju sekolah Syafi sengaja Ana beli satu saiz besar supaya boleh pakai lama. Al-maklumlah, budak-budak ni kan dalam fasa membesar. Kang beli saiz ngam-ngam, sampai pertengahan tahun dah senteng pulak. Hehe.
Bila dah beli baju melayu dah sepasang, of course kena padankan dengan songkok baru pulak kan. Memula Ana berkira-kira juga nak beli sebab ada satu songkok tak pakai lagi dekat rumah tu. Tapi bila tengok harga songkok tu murah, terus Ana setuju beli satu songkok baru.
Kasut sekolah jenama Jony & Jeny ni smart tau rekaan-rekaan dia. Nampak selesa dan tahan lasak juga. Cumanya Ana tak beli kasut kali ni sebab kasut Syafi yang lama masih elok lagi. In fact ada sepasang yang tak pakai lagi. So tak perlu membazir beli yang baru.
Kemain 2 beranak ni belek stokin. Macam belek apa je. Haha. Tengok lah Syakir tu. Menyempat je tangan dia sambar satu pek stokin. Macam lah dia yang nak pakai. Hehe.
Pusat Pakaian Hari-Hari - One Stop Center Kelengkapan Persekolahan
Dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni, bukan je ada jual pakaian seragam dan kasut sekolah, malah keperluan yang lain termasuk stationeries dan bekas air dan makanan pun dorang ada jual. Senang kata Pusat Pakaian Hari-Hari ni ibarat one stop center untuk kelengkapan persekolahan anak-anak. Senang kerja mak ayah. Tak perlu pergi banyak tempat. Dah jimat duit minyak dah kan.
Dekat sini, bukan main banyak beg sekolah yang ada. Untuk murid perempuan, comel-comel beg dorang. Very the pinky. Geram tengok. Untuk murid lelaki tak kurang hebatnya. Ada banyak design yang smart untuk dipilih. Sampaikan Syafi kemain lama tertonggok dekat bahagian beg ni tau. Sebabnya tak tahu nak pilih yang mana satu.
Belek punya belek, banding punya banding, akhirnya Syafi pilih beg sekolah corak nature dari jenama No Problem. Memang smart design beg yang dia pilih tu. Saiz pun besar. Material pun tebal. Sesuai nak bawa buku-buku yang banyak nanti. Thank you Nor Hidayah layankan Syafi pilih beg sekolah.
Baju setel, songkok setel, beg sekolah pun setel. Ingat dah boleh bayar lah. Sekali dia bagi hint nak beli pensil case pulak. Alalah anak, ada je nak dibelinya. Nah amiklah satu. Bagi dia puas hati dan semangat nak pergi sekolah.
Bak kata pepatah Melayu, dah bagi betis nak peha pulak. Ana dah bagi beli pensil case, dia minta stationeries pulak. Buat top up stock yang lama katanya. Ana pandang daddy dia, daddy dia just anggukkan kepala je. Bila dah angguk kepala tu tandanya setuju lah kan. Haa sila lah pilih mana yang nak.
Promosi Kembali Ke Sekolah 2023
Sebelum keadaan jadi lebih "melarat", moh ler kita bayar cepat-cepat. Risau kang satu kedai dia nak beli. Masa ni muka daddy dah macam cuak-cuak. Takut terlebih bajet katanya.
Lepas satu barang ke satu barang diimbas, nah total dia. RM153 je untuk semua barang tadi. Fuhh lega giler rasanya sebab betul-betul on budget. Terlebih RM3 dari bantuan awal persekolahan yang diterima. Hahaha.
So far Ana sekeluarga puas hati beli baju sekolah dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Baju berkualiti, selesa, lembut dan kain jenis tahan lama. Harga pula sangat berpatutan.
Sekarang ni, Pusat Pakaian Hari-Hari tengah ada promosi kembali ke sekolah. Memang berbaloi lah beli masa ni. Lagi-lagi golongan marhain macam kita ni kan.
So pada korang yang belum beli kelengkapan sekolah anak-anak, Ana saran korang beli di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari berdekatan. Pergi cepat-cepat tau sebab kalau lambat takut banyak stok dah habis. Korang juga yang rugi nanti. Nak tengok cawangan berdekatan dengan korang atau nak mudah nak beli secara online, korang boleh klik link dekat bawah ok.
Tunggu apa lagi, Marilah Pergi Hari-Hari! 🥰
98 Cawangan Hari-Hari Seluruh Malaysia :
Hari-Hari Online Store :
Hari-Hari Shopee : http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada : https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Wah...awal ni buat persediaan, kat sini baju berkualiti, beitu jugak barang keperluan yang lain..harga pun ekonomi kan...beli awal x kalut..rindu plak ada anak- anak yang masih sekolah rendah
ReplyDeleteKawan I also mention Pakaian Hari Hari byk selection baju sekolah. Quality baju pun bagus.
ReplyDeleteKak Sue pun ada juga beli baju sekolah kat Hari-Hari nie, boleh dikatakan barang-barang kat sini hampir lengkap untuk persediaan anak-anak ke sekolah kan Ana..
ReplyDeleteWahhh senang Ana dah setel bab pakaian sekolah anak-anak. Harga pakaian sekarang ni lebih kurang je kan. Mahal ha. Terkejut tau. Al maklumlah anak baru darjah 1. ingatkan harga sama macam zaman ruby sekolah dulu. ahahaha
ReplyDeleteLega kalau semua keperluan masuk sekolah untuk anak dah settle, harga barang pun sangat berpatutan
ReplyDeletethis is definitely the place to go to for children to shop for new uniforms. cheap and super durable
ReplyDeleteSenangkan ada Pusat Pakaian Hari-Hari ini for parents untuk buat persediaan for the kids to masuk sekolah.. dari dulu lagi jadi pilihan kan!
ReplyDeleteMudah berbelanja kat Pusat Pakaian Hari-Hari. Semua ada, cakap je nak kelengkapan sekolah yang mana satu. Tak payah pening nak cari kat tempat lain. Kami sekeluarga pun suka beli keperluan sekolah kat Hari-Hari. Mudah lagi memudahkan. Harga pun berbaloi.
ReplyDelete