Rizq Islamic School - Sekolah Tahfiz Antarabangsa Premium Terbaik di Kajangý
Rizq Islamic School - Sekolah Tahfiz Antarabangsa Premium Terbaik di Kajang l Assalamualaikum. Sabtu lepas Ana sekeluarga berpeluang untuk join open day Rizq Islamic School - Sekolah Tahfiz Antarabangsa Premium Terbaik di Kajang. Lepas 3 jam join tour pada hari tersebut, memang tak dinafikan Rizq Islamic School (RIS) ni memang best. Nak tau apa keistimewaan sekolah tahfiz ni sampai kan anak-anak Ana pun teruja hari tu, korang kena sambung baca dekat bawah ni.
Rizq Islamic School - Sekolah Tahfiz Antarabangsa Premium Terbaik di Kajang
Sebagai ibu bapa, of course kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan, terutama dalam bab pembelajaran. Ana yakin semua ibu bapa kalau boleh nak masukkan anak-anak mereka dekat sekolah yang terbaik untuk melihat anak-anak berjaya. Dan lagi bagus anak-anak berjaya bukan setakat di dunia malah di akhirat juga. Menjadi huffaz yang boleh menjadi saham buat ibu ayah. Rezeki paling berharga tu kan.
Bila cakap pasal sekolah islamik ni kan, Ana teringat beberapa tahun dulu, ramai ibu bapa yang teruja untuk masukkan anak-anak mereka ke pusat-pusat tahfiz. Tapi masa tu, pusat-pusat tahfiz ni hanya mengajar subjek agama. Maknanya fokus mereka hanya menghafaz Quran semata dan subjek-subjek lain seperti di sekolah-sekolah biasa tidak diajar. Ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan pembelajaran anak-anak tidak seimbang dengan keperluan zaman teknologi hari ini. Dan jika mereka ingin melanjutkan pelajaran, mereka terpaksa amik kelas dan peperiksaan persendirian.
Tu cerita dulu. Tapi sekarang, banyak dah sekolah-sekolah yang menawarkan program tahfiz sebagai sebahagian daripada silibus pembelajaran mereka. Dan Rizq Islamic School, salah sebuah sekolah tahfiz yang menawarkan program tahfiz secara premium.
Salah satu kelas di prasekolah |
Salah satu kelas di sekolah rendah |
Dewan serbaguna yang luas |
Floating class yang menarik |
Tandas yang luas dan bersih |
Korang tengok lah sendiri persekitaran sekolah di Rizq Islamic School ni. Ada kemudahan pembelajaran yang kondusif, cantik dan selesa untuk anak-anak belajar. Confirm dorang teruja nak datang sekolah setiap hari.
Siapa Rizq Islamic School?
Rizq Islamic School atau Sekolah Islam Rizq ditubuhkan pada tahun 2016. Istimewa tentang Rizq Islamic School ialah mereka menggabungkan ilmu Al-Quran bersama silibus kurikulum kebangsaan dalam modul pembelajaran mereka. Baru lah seiring dengan perkembangan teknologi moden hari ini. Harapannya agar anak-anak kita bakal menjadi seorang Muslim kontemporari terbaik yang mampu memimpin dunia pada masa akan datang. InsyaAllah.
Rizq Islamic School memperkasakan para pelajar melalui pelbagai program pendidikan moden yang terbaik, inovatif, terbukti dan berkesan bagi memastikan mereka mencapai pencapaian akademik, rohani, peribadi dan potensi sosial yang cemerlang.
Salah satu kaedah pembelajaran di sini |
Bilik untuk "gadget time" |
Seperti kita tau, kanak-kanak memang suka bermain. Semasa bermain lah mereka dapat belajar banyak perkara. Mengambil konsep tersebut, Rizq Islamic School memperkenalkan permainan dalam pedagogi dan kurikulum sekolah mereka dengan menggunakan peralatan dan kemudahan teknologi terkini.
Ana sendiri nampak keberkesanan konsep yang digunapakai itu bila tengok Suraya yang mula-mula takut nak masuk sekolah, tapi bertukar jadi seronok bila berpeluang belajar guna gadget di dalam kelas OSMO untuk pelajar prasekolah di sini. Ditambah pula dengan guru-guru yang friendly, lagi lah suka Suraya. Tu pun salah satu faktor untuk tarik minta kanak-kanak ke sekolah kan.
Kalau korang nak tau, kaedah permainan dalam pembelajaran sangat berkesan dalam membantu meningkatkan pembelajaran kanak-kanak kerana ianya menggabungkan pembangunan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Tak lah kanak-kanak bosan asyik belajar menghadap buku je.
Rizq Islamic School Tawar 2 Peringkat Pendidikan - Rizq Preschool dan Rizq Primary School
Rizq Islamic School menawarkan 2 peringkat pendidikan iaitu Rizq Preschool (pra-sekolah) dan juga Rizq Primary School (sekolah rendah).
Untuk Rizq Preschool, kanak-kanak berumur seawal 4 tahun boleh mula bersekolah di sini. Ini bermakna ada 3 kategori kelas untuk preschool iaitu kelas pelajar umur 4 tahun (1 kelas), 5 tahun (2 kelas) dan 6 tahun (2 kelas). Setiap kelas terhad pada 20 orang pelajar sahaja untuk menjamin keselesaan mereka.
Manakala untuk Rizq Primary School terbahagi kepada 2 tahap iaitu lower grade ( tahun 1 / 2 / 3) dan upper grade (tahun 4 / 5 / 6).
Waktu dan Rutin Persekolahan Rizq Islamic School
Waktu persekolahan di Rizq Islamic School bermula pada pukul 8 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali untuk preschool hingga pukul 1 petang. Namun ada juga murid yang extend hingga petang.
Pakaian seragam sekolah |
Sepanjang sesi persekolahan tersebut, antara rutin atau jadual yang dilakukan setiap hari adalah seperti berikut :
1. Solat Dhuha
2. Pdpc - Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (lesson)
3. Rehat Pagi
4. Kelas Tahfiz
5. Pdpc - Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (lesson)
6. Solat Zuhur
7. Kyushoku (Makan Tengahari)
8. Power Nap
9. Pdpc sehingga balik
Untuk hari Isnin pukul 8.00 hingga 8.30 pagi akan ada sesi perhimpunan. Dan untuk primary school, setiap hari Rabu bermula pukul 2.30 hingga 4.30 petang akan ada aktiviti kokurikulum seperti sukan, kelab dan unit beruniform. Ada banyak aktiviti yang para pelajar boleh sertai.
Kelas Tahfiz Rizq Islamic School
Bagi kelas tahfiz, terdapat 2 modul pembelajaran diajar iaitu tilawah dan hafazan. Untuk tilawah, pelajar akan diajar mengenal huruf jawi sehingga mereka pandai mengaji beserta dengan tajwid yang betul. Teknik yang diajar sama ialah setiap pelajar akan belajar mengaji secara talaqi dengan guru.
Dah lepas tahap tilawah, baru mereka akan ke peringkat hafazan. Terdapat 3 peringkat hafazan iaitu Beginner (7 juz), Intermediate (15 juz) dan Advance (30 juz). Namun semua ini tertakluk pada keupayaan seseorang pelajar.
Kyushoku - Program Makan Bersama Inspirasi Dari Jepun
Pada yang tertanya apa itu Kyushoku, Kyushoku ialah program makan tengah hari yang dijalankan di sekolah rendah dan menengah di Jepun. Semasa sesi Kyushoku, guru kelas dan para pelajar akan makan bersama-sama.
Ruangan kantin prasekolah |
Ruangan kantin sekolah rendah |
Di Rizq Islamic School, Program Rizq Kyushoku telah dilaksanakan sejak 2017 untuk waktu rehat pagi dan makan tengah hari. Seorang Han akan dilantik untuk mengetuai sesi Kyushoku setiap hari. Program Rizq Kyushoku dianggap sebagai sebahagian daripada pendidikan sekolah ini kerana para pelajar dapat belajar tentang ilmu pemakanan, adab makan, tanggungjawab dan sebagainya.
Silibus Pembelajaran di Rizq Preschool dan Rizq Primary School
Macam Ana mention dekat atas, silibus pembelajaran di Rizq Islamic School adalah selaras dengan kurikulum kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. So ibu bapa tak perlu ragu-ragu untuk hantar anak mereka bersekolah di sini. Jom kita tengok silibus-silibus yang diajar di sini.
1. Silibus untuk Rizq Preschool
Silibus di Rizq Preschool selaras dengan silbus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Bezanya di sini bahasa utama yang diguna adalah Bahasa Inggeris namun Bahasa Melayu masih digunakan dalam komunikask seharian. Antara silibus yang diajar di RizQ Preschool ialah :
• Islamic Studies
(Moral Value, Spiritual & Manners)
• Memorizing Surahs in Al-Quran, Solah Recitations & Du’a
• Storytelling and Conversations
• Music and Movement
• Socio-Emotion
• Physical & Aesthetic
• Science & Technology, Mathematics
Dibawah ni pula merupakan modul tambahan yang ditawarkan di sini :
Kelas OSMO |
• Arabic
(Discovery Through Meaningful Words in Islamic Adaab, Surahs & Solah)
• Huffaz
(Surah Lazim & Juz Amma)
• Osmo
( Educational Game System for Apple)
• Edu Play
(Water play, Role play, Creative play)
• RizQ Special Module
i) RizQ The Junior Explorer
(Practical Skills & Hands On)
ii) RizQ Sports
2. Silibus untuk Rizq Primary School
i. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Silibus Rizq Primary School adalah berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mentakrifkan pengetahuan penting, kemahiran, pemahaman dan strategi yang perlu dipelajari oleh pelajar serta tahap atau kualiti kecekapan yang perlu ditunjukkan oleh pelajar untuk tahun tertentu.
Untuk tahap lower grade (tahun 1, 2 dan 3) dan tahap upper grade (tahun 4,5 dan 6), subjek-subjek yang dipelajari ialah :
Lower Grade (Tahun 1, 2 dan 3)
• Bahasa Melayu
• English Language
• Mathematics
• Science
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Upper Grade (Tahun 4, 5 dan 6)
• Bahasa Melayu
• English Language
• Mathematics
• Science
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
• Sejarah
Seperti sekolah agama yang lain, subjek pendidikan Islam yang diajar adalah menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terdapat 2 peperiksaan yang dijalankan di bawah silibus ini iaitu UPKK dan PSRA.
Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dijalankan ke atas pelajar tahun 5. Peperiksaan ini bertujuan untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, amali solat serta amali cara hidup Islam.
Manakala peperiksaan Sijil Rendah Agama JAIS (PSRA) merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak JAIS yang dijalankan ke atas pelajar tahun 6 disekolah KAFA Negeri Selangor. Antara subjek yang akan dinilai ialah :
• Al-Quran dan hafazan
• Akhlak / Sirah
• Tajwid
• Tauhid / Fiqah
• Bahasa Arab
• Jawi, Imla' dan Khat
iii. Program Tahfiz
Seperti yang Ana terangkan di atas, untuk tahfiz di peringkat primary school dilaksanakan secara 3 peringkat hafazan iaitu Beginner (7 juz), Intermediate (15 juz) dan Advance (30 juz) yang tertakluk pada keupayaan seseorang pelajar
iv. Excellence Reading Class (3M)
Merupakan sesi khas yang diadakan untuk membantu pelajar yang masih belum boleh membaca sehingga boleh membaca berdasarkan 3M iaitu Menulis, Mengira dan Membaca.
Terdapat juga Bengkel Pengukuhan yang di adakan untuk pelajar tahun 1 dan 2 yang merangkumi Bengkel Pengukuhan Jawi dan Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab.
Kelebihan Lain Bila Anak Bersekolah di Rizq Islamic School
1. Keselamat Anak Terjamin
Sebagai seorang ibu bapa, semestinya kita nak kan suasana persekolahan yang selamat untuk anak-anak kita. Di Rizq Islamic School, keselamatan pelajar adalah keutamaan mereka. Disebabkan faktor itu, kedua-dua sekolah prasekolah dan sekolah rendah mempunyai keselamatan berpagar sepenuhnya. InsyaAllah anak-anak akan selamat selama berada di sekolah.
2. Servis Pengangkutan Van
Selain tu, pihak sekolah juga ada sediakan kemudahan pengangkutan van dengan perkhidmatan ambil dan hantar untuk pelajar yang tinggal di sekitar Kajang, Bangi, Bukit Putera Mahkota, Putrajaya dan Cyberjaya.
3. Makanan Dipantau Pakar Nutrisi
Lagi satu best Rizq Islamic School ni kan, makanan yang disediakan untuk para pelajar semuanya sedap-sedap belaka. Presentation pun kemas. Berselera anak-anak nak makan. Bukan saja sedap, malah kesemua menu yang ditetapkan mengikut sekurang-kurangnya 70% daripada pengambilan tenaga harian yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Siap ada pakar nutrisi yang pantau menu-menu tersebut.
Dari gambar tu je kita dah boleh nampak makanan yang dihidangkan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan. Ada karbohidrat, protein dan fiber dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Baru lah anak-anak ada tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk menjalani sesi persekolahan setiap hari.
4. Lengkap Dengan Kemudahan
Rizq Islamic School lengkap dengan kemudahan dan fasiliti untuk pembelajaran anak-anak.
Antara kemudahan yang ada ialah padang yang selamat dan berpagar, mini perpustakaan, gimnasium, surau, mini kolam renang, kemudahan loker dan banyak lagi.
5. See Saw Platform Komunikasi 3 Hala
Kalau dekat sekolah, biasanya kita guna WhatsApp sebagai medium komunikasi antara guru dan ibu bapa. Tapi di Rizq Islamic School, mereka menggunakan platform See Saw yang boleh diakses melalui telefon pintar dan juga komputer riba pada bila-bila masa sahaja.
Sistem See Saw membolehkan pelajar berkomunikasi dengan guru dan juga ibu bapa dengan guru.Melalui See Saw, para pelajar boleh mengakses kembali segala modul pelajaran yang diajar pada hari tersebut. Guru akan muatnaik semua material termasuk foto, video, lukisan, teks, PDF dan pautan untuk rujukan pelajar di rumah. Segala pertanyaan juga boleh diaju terus melalui sistem ini dan guru akan mendapat notifikasi on the spot.
Untuk ibu bapa, sistem See Saw membolehkan mereka melihat perkembangan anak-anak secara berkala. Segala info termasuk laporan prestasi anak-anak akan dimuatnaik di dalam sistem ini.
Hubungi Rizq Islamic School Sekarang!!
Bagi korang yang tinggal berdekatan Kajang dan berminat untuk hantar anak ke Rizq Islamic School ni, korang kena daftar cepat-cepat sebab slot adalah terhad. Ini adalah untuk menjamin keselesaan anak-anak semasa belajar. Biasanya setiap tahun quota yang disediakan akan penuh. Siap ada yang sanggup tunggu dalam waiting list. So kena cepat-cepat daftar ok.
Untuk info lebih lanjut tentang Rizq Islamic School, korang boleh layari laman sesawang dan sosial media mereka. Atau terus berhubung dengan nombor di bawah ini.
Website l Facebook l Instagram
Alamat :
Wisma RIZQ,
No. 2, Lot 1456
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor.
Telefon : 03-89120447 / 03-89260447
WhatsApp : 018-3517357
Emel : hello@rizq.edu.my
Bagus sangat Rizq Islamic School ni. Memang sekolah Tahfiz modern.
ReplyDeleteBagusnya sekolah nie kan, pernah lah berangan nak masukkan Abang dengan Adik kat sini..
ReplyDeleteNampak menarik sekolah Rizq ni. Semua kemudahan disediakan memang A+
ReplyDelete