Anak Suka Main Game? Boleh Ajak Dorang Main Sambil Belajar Business Game di Mortgage Calculator

Anak Suka Main Game? Boleh Ajak Dorang Main Sambil Belajar Business Game di Mortgage Calculator l Assalamualaikum. Sekarang ni, bukan orang dewasa je suka main game. Budak-budak pun suka. In fact lagi hebat dorang main dari orang dewasa. Ana sendiri tak reti nak main game yang dorang main tu. Kemain banyak jenis game pulak tu.


Anak Suka Main Game? Boleh Ajak Dorang Main Sambil Belajar Business Game di Mortgage Calculator


Bukan tak bagus bagi dorang main game ni. Kadang dengan main game ni dorang boleh jadi kreatif dalam berfikir. Tapi kena tengok juga jenis game apa yang dorang main kan. Kalau jenis yang berlawan, berbunuhan tu, baik lah elakkan. Risau terpengaruh pulak nanti.


Tapi ada juga game yang boleh buat anak-anak belajar sambil bermain. Contoh game mewarna, mengira dan mengenal objek. Tapi tu lah, bila install banyak-banyak game ni, boleh hang phone dibuatnya. Bukan sikit-sikit space yang setiap game tu guna. Huhu.



Kalau korang mengikuti blog Ana, sure korang tau Ana memang suka main game online dan Ana dah pernah share beberapa artikel tentang game online dekat blog ni. Dan baru-baru ni, masa Ana browse online game yang ada di Google, Ana terjumpa satu website yang provide pelbagai game yang bagus untuk anak-anak belajar. Website tu ialah https://www.mortgagecalculator.org/money-games/ . 


Actually website ni fokus utamanya ialah wang dan kewangan. Tapi dorang juga ada pelbagai kategori game untuk warge net cuba main. Yang penting semua game tu percuma, tak perlu dimuat turun dan tanpa iklan!!


Ada 7 kategori game yang korang boleh main dekat website Mortgage Calculator ni iaitu Money Game, Real Estate Game, Food Business Simulation Game, Business Simulation Game, Software Development Game, Office Politics Game dan Other Fun Games.


Now jom kita tengok contoh game yang Ana dan anak-anak suka main dalam beberapa kategori di atas :


1. Money Game


Nama pun money game kan. Of course game yang ada dalam kategori ni ialah game berkaitan wang. Salah satu game yang ada ialah game Cash Back ni.




Anak Suka Main Game? Boleh Ajak Dorang Main Sambil Belajar Business Game di Mortgage Calculator


Game ni antara game yang Ana suggest untuk bagi anak-anak main sebab game ni dia uji kepantasan kita untuk pulangkan wang baki yang dinyatakan di skrin. Makin cepat kita pulangkan baki, makin banyak sales yang kita buat. Cuma tu lah bab sen sen tu kena berpikir sikit. Tapi baguslah sebab buat kita makin mahir mengira cepat.



2. Real Estate Game


Real estate game terdiri daripada game jual beli hartanah, bina bandar yang berkembang maju, bina struktur yang stabil dan banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak tu Ana suka main game Merge Block.




Game ni bagi Ana game ala ala tetris yang dinaiktaraf sebab kita kena susun bangunan-bangunan kecil menjadi bangunan yang lebih besar.  Nak wujudkan bangunan besar, kita kena letakkan sederet atau dalam bentuk L 3 bangunan yang sama. Then only bangunan yang lebih besar akan terbina dengan sendirinya. Dan setiap kali kita capai gandaan 1,000 mata, kita akan diberi peluang untuk pecahkan mana-mana petak atau bangunan yang kita tak nak. Memang layan maim game ni. So far ni fav game Ana dekat web Mortgage Calculator ni.



3. Food Business Simulation Game


Yang ni of course game berkaitan makanan seperti jalankan perniagaan kedai kopi, grocery, kafe coklat dan banyak lagi. Game ni anak-anak Ana suka main. Antara game yang ada ialah : 


i. Chocolate Shop





Game ni simple je. Jual coklat dan air kopi. Tapi dalam simple dia nak cater setiap pesanan tu agak mencabar lagi-lagi bila ramai customer. Lepas tu kita akan nampak yang penjual tu makin lama makin slow sebab dah penat. Then kena recharge dengan bagi dia minum kopi. Tapi masa ni dah kelam kabut sebab banyak pesanan tertangguh atau kita tak sempat amik pesanan customer.


ii. Cooking Fever 





Game ni pulak game masak-masak. Kita kena masak burger dan fries ikut demand customer. Ada yang nak burger kosong, burger letak cheese, burger cheese dengan extra sayur etc. Dekat sini kita kena pastikan patty tu tak hangus sebab once hangus, misi akan gagal. Misi pula makin lama makin banyak. Korang boleh upgrade peralatan dapur tu untuk cepatkan masa memasak tapi kena cukup lah duitnya dulu. Hehe.


iii. Tap Supermarket



Ni pun antara game yang Ana main sampai dapat 5 star. Haha. Ralit dok main. Game dia pun simple je. Kita kena expand supermarket supaya lebih banyak barang yang dijual.


Nampak tak beza gambar atas dengan bawah ni. Dari satu bahagian je yang ada barang, akhirnya semua bahagian dah penuh dengan barang. Baik dari barangan mentah, frozen, sayuran sampai lah ke bahagian teknologi (mesin) dan fesyen.



Bila barang habis korang kena restock cepat-cepat supaya customer tak marah. Haha. Pandai plak dia nak marah ye. Ni kalau betul-betul jadi kenyataan, mau kaya mokcik. Hehe. Boleh jadi pembakar semangat dekat anak-anak supaya kena belajar kuat untuk kejar kejayaan. Gitu...



4. Business Simulation Game


Game dekat sini lebih kurang sama dengan food business simulation dekat atas tadi cuma game dekat kategori ni bukan berasaskan makanan. Dia lebih pada business game seperti business melombong, business jalankan perniagaan barang kemas, jual bunga atau game menjadi tokoh korporat. Dalam banyak game yang ada, Syafi suka main Idle Mining Empire ni.



Game ni tentang aktiviti membina aci perlombongan. Dari satu level kerja melombong, kita boleh tambah kepada banyak lagi level. Basically kita just aktifkan pelombong untuk buat kerja-kerja melombong, then pilih operator mineshaft untuk menurunkan operator mineshaft, pilih pekerja tanah untuk mengumpul mineral untuk pemprosesan dan penyimpanan gudang. Kita juga boleh upgrade aci lombong dan gudang untuk meningkatkan kapasiti pemprosesan.



7. Other Fun Games


Game dekat bawah kategori ni lebih pada education game pada pendapat Ana. Dia ada game berkaitan kitar semula, tenaga hijau dan beberapa game game berkaitan makanan juga.




Bagus juga bagi anak-anak main game ni sebab dorang boleh belajar tentang penjagaan alam sekitar. Contoh dalam game Sort The Trash ni, anak-anak boleh belajar apa barang yang boleh dikitar semula dan apa yang tak boleh. Bila Ana main ni baru Ana tau rupanya bekas air kopi tak boleh dikitar semula. Selama ni ingatkan boleh. Hehe. Then bateri kalau nak kitar semula kena hantar pada pusat pengumpulan bateri, bukan masuk dalam tong kitar semula. Bagus kan bila anak-anak boleh belajar sesuatu bila main game ni.



Haaa tu lah antara-antara game yang Ana dan anak-anak suka main dekat https://www.mortgagecalculator.org/money-games/ ni. Korang boleh explore banyak lagi game yang ada. Semuanya free, tak perlu download dan tanpa iklan. Boleh main sampai puas. Hehe. Nanti share dengan Ana game apa yang korang suka main ok. Selamat berhibur.
Anak Suka Main Game? Boleh Ajak Dorang Main Sambil Belajar Business Game di Mortgage Calculator Reviewed by Ana Suhana on January 03, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.