Tisu Carina Pilihan Terbaik & Selamat Untuk Seisi Keluarga

Tisu Carina Pilihan Terbaik & Selamat Untuk Seisi Keluarga l Assalamualaikum. Salah satu item mesti beli dalam monthly list groceries rumah Ana ialah tisu. Wajib ada kitchen tissue, box tissue dan juga wet tissue. Semua tu perlu ada untuk kegunaan harian di rumah. Jadikan masa mengemas lebih cepat dan mudah. Maklum lah mak anak 3, nak cepat dan mudah semua kerja kan. Hehe.



Tisu Carina Pilihan Terbaik & Selamat Untuk Seisi Keluarga


Cakap tentang tisu, memang ada banyak pilihan dekat pasaran. Tapi bagi Ana, hanya tisu Carina yang paling Ana percayai. Selain dari kualiti tisunya yang sangat baik, harganya juga sangat berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat.


Carina We Care We Love


Untuk pengetahuan korang, Carina telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia. Beroperasi di Lembah Klang, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. 



Tisu Carina Lembut Untuk Kulit Sensitif & Kulit Baby


Apa yang Ana suka sangat tentang jenama Carina ini ialah, kesemua produk tisunya dihasilkan daripada 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli. Selain itu ia juga tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula. Sebab tu tisu Carina lembut pada kulit dan tahan lasak dan sesuai untuk mereka yang ada kulit sensitif.


Untuk mereka yang ada baby dan anak kecil macam Ana pun sesuai pakai tisu Carina ni. Baru rasa selamat dan takde rasa was-was. Maklumlah, kulit baby dan anak-anak kecil ni kan sensitif dan nipis. Salah pakai produk, boleh menyebabkan kerengsaan dan alahan pada kulit mereka.


Macam Ana bagitau dekat atas tadi, kualiti tisu Carina tersangatlah baik. Ini kerana Carina percaya tisu berkualiti tinggi sangat penting dan berguna kerana ianya lebih bersih, mudah digunakan dan mesra keluarga. Nak lagi menarik, tisu Carina juga bersifat mesra alam kerana ianya mampu larut dalam air sekaligus melindungi bukan sahaja diri kita semua tetapi juga kepada alam sekitar.



Carina Perkenalkan Konsep "We Care, We Love"


Untuk tahun 2023 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Carina berazam untuk bergerak ke hadapan seiring dengan peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik melanda dunia beberapa tahun lepas.

Carina We Care We Love

Dengan itu, Carina memperkenalkan konsep baharu bertemakan "We Care, We Love" yang memfokuskan pada perkara-perkara di bawah :


●Menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran


● Menjaga kulit pengguna dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit


●Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi


● Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Asia Tenggara


● Mengeluarkan 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran



4 Siri Tisu Carina Untuk Kegunaan Individu & Seisi Keluarga


Carina percaya konsep "We Care, We Love" dengan menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan mewujudkan kasih sayang yang lebih baik sesama keluarga.


Pada yang tak tahu, tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz di dalam 4 siri. Dari tisu dengan pembungkusan bersaiz kecil sehingga yang lebih besar menjadikannya sesuai untuk kegunaan individu mahupun seisi keluarga. Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:



1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care)


Siri penjagaan kecantikan Carina terdiri dari Siri Tisu Kering Carina dan Siri Kapas.


Seperti yang Ana mention dekat atas, Siri Tisu Kering Carina  diperbuat daripada 100% pulpa dara. Jadi ianya sangat lembut dan selamat digunakan pada kulit termasuk kulit sensitif. Didatangkan dalam 3 jenis tisu iaitu :


Carina We Care We Love

i.  CARINA Handkerchief Tissue 

ii. CARINA Wallet Tissue

iii. CARINA Box Tissue 


Manakala Siri Kapas pula diperbuat daripada 100% kapas tulen asli yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak menyebabkan iritasi dan kerosakan pada kulit. Selain itu, ianya juga lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Terdapat 2 jenis tisu dibawah siri kapas iaitu :


Carina We Care We Love

i. CARINA Cotton Bud

ii. CARINA Facial Cotton



2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care)

Carina We Care We Love


Penjagaan bilik mandi mempunyai CARINA Deluxe Bathroom Tissue dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.



3. Peralatan Dapur (Kitchenware)

Carina We Care We Love


Siri Tisu Dapur Carina terdiri daripada CARINA Kitchen Tissue yang mampu menjadikan permukaan kaunter, dapur dan peralatan memasak jadi lebih bersih, berkilat dan bebas calar. 



4. Penjagaan Kesihatan (Health Care)


Siri Tisu Basah Carina mengandungi 99% air dan bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. Tekstur tisunya yang lembut sesuai digunakan untuk membersih dan membasmi kuman dengan menanggalkan kotoran atau cecair di atas kulit kita atau di atas semua jenis permukaan. Siri Tisu Basah mempunyai 2 jenis tisu iaitu :


Carina We Care We Love

i. CARINA  Wet Wipes

ii. CARINA Antibacterial Wipes



Kesemua 4 siri tisu Carina di atas boleh dibeli di pasaraya dan hypermarket di seluruh Malaysia seperti di Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Ascen+ Pharmacy, MiX Store, PotBoy Groceries, C-Mart Penang / Kedah / Perlis, Ceria 99 Penang / Kedah / Perak, Family Stores Seremban, Family Stores Melaka, Oppa Mart Melaka & Seremban, Nirwana Maju Johor / Pahang / Terengganu / Kelantan, Target Supermarket Johor, Song Mart Malaysia Johor dan juga Pasaraya Hwa Thai Johor.



Kerja Rumah Jadi Mudah Dengan Tisu Carina



Bila anak dah ramai ni, faham-faham lah kan. Cepat nau rumah bersepah dan kotor. Contohnya waktu makan. Bila memasing dah bangun dari meja makan, boleh nampak segala jenis kuah tertumpah atas meja tu. Tapi Ana mampu bertenang sebab ada CARINA Kitchen Tissue. Segala jenis cecair termasuk yang berminyak dia boleh serap dengan berkesan. Dengan beberapa kali lap dah hilang semua kotoran tu. Selesai satu bab.


Carina We Care We Love

Nak puas hati lagi, Ana guna Carina Antibacterial Wipes yang mampu membersih dan membasmi sehingga 99.9% bakteria dan kuman di atas semua permukaan. Wipes ni selamat digunakan di atas meja makan sebab ianya bebas alkohol dan bebas paraben. Baru lah meja makan jadi lebih bersih dan bebas bakteria.


Meja makan dah bersih. Now masa untuk bersihkan anak-anak pula. Ana guna Carina Wet Wipes untuk bersihkan segala kotoran yang melekat pada kulit mereka. Sebabnya ia mengandungi 99% air tulen, tanpa alkohol dan tanpa paraben. Jadi ianya lebih selamat untuk  digunakan pada baby dan seisi keluarga. Carina Wet Wipes sangat lembut pada kulit kita dan turut mengandungi ekstrak aloe vera untuk melembapkan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan berminyak. Kulit jadi lebih segar dan bersih.


Carina We Care We Love

Fuhh buat kerja rumah ni kira macam exercise juga tau. Boleh berpeluh-peluh dibuatnya. Tapi takpe, boleh je lap peluh tu dengan CARINA Box Tissue. Ianya lembut dan selamat untuk kulit sensitif.


Carina We Care We Love



Hadiahkan Yang Tersayang dengan Carina Gift Box


Terbaru Carina melancarkan Carina Gift Box yang sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan buat yang tersayang. Carina Gift Box mengandungi produk-produk berikut :


Carina We Care We Love

• CARINA Facial Cotton 160's

• CARINA Box Tissue 90's

• CARINA Handkerchief Tissue

• CARINA Cotton Buds 400 tips

• CARINA WALLET Tissue

• CARINA Antibac Wipes 70's

• CARINA Cotton Buds 480's

• CARINA Wet Wipes 30's


Selain produk-produk di atas, Carina Gift Box juga mengandungi online voucher untuk Shopee Carina official Store bernilai RM5, Review & Win campaign flyer serta Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 yang akan dipindahkan melalui TNG.


Carina We Care We Love

Carina We Care We Love


Oh ya, untuk Carina Gift Set ni tidak termasuk Carina Kitchen Roll dan Carina Limited Edition We Love We Care Bag tau. Kalau korang nak beg tu, korang boleh dapatkannya secara percuma dengan pembelian RM40 dan ke atas.


Carina We Care We Love


Bagi yang berminat nak dapatkan Carina Gift Box ni, korang boleh dapatkannya sekarang sebab tengah ada promosi. Satu box hanya RM29.90 (NP : RM35). Korang boleh dapatkan secara atas talian atau beli secara fizikal di :


• Aeon Big (cawangan terpilih)

• Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)

• Hot Market @ Berjaya Times Square

• Tong Hup Trading, Melaka



Jom Sertai CARINA Review & WIN



Sekarang ni Carina sedang adakan contest Review & Win di mana 300 penilai terbaik berpeluang memenangi 3 bulan bekalan rumah Carina bernilai RM150 setiap seorang. Mudah je cara nak sertai contest ni.


1. Muat naik foto / video ulasan pengalaman korang dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook / Instagram / Tiktok.


2. Beritahu Carina sebab korang akan mengesyorkannya & tag platform rasmi @CARINA di Facebook / Instagram / Tiktok.


3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post korang adalah umum).


Jom lah join ramai-ramai. Mana tau ada rezeki korang terpilih sebagai penilai terbaik kan. Contest bermula sekarang sehingga 30 April 2023. Terma dan syarat yang lain korang boleh baca dengan scan qr code yang terdapat pada poster di atas.


Untuk maklumat lanjut tentang produk Carina promosi atau kempen yang sedang berlangsung, korang boleh emel Carina di wangzhengcarina@gmail.com. Nak dapatkan produk-produk Carina, korang boleh beli secara atas talian di platform berikut :


Shopee : 

https://shopee.com.my/carina.os


Lazada :

https://www.lazada.com.my/wangzheng-care/


TopzMall : 

https://topzmall.com/store/789


Untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman lain, korang boleh ikuti Carina Malaysia di platform berikut :


Facebook l Instagram l Tiktok





#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Tisu Carina Pilihan Terbaik & Selamat Untuk Seisi Keluarga Reviewed by Ana Suhana on December 30, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. Sally kalau nampak tisu jenama Carina, Sally beli sbb tertarik dengan pembungkusan yang menarik berwarna ungu dengan pokok bunga Lavender. I is tak boleh tgk purple kalerrr~ hahaha

    ReplyDelete
  2. Sha pun guna carina ni tauuu... paling suka tisu wallet dia tuhh

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.