Syahirah White Glow Brightening Plus Essence Jadikan Kulit Lebih Cerah & Lembap Dengan Selamat

Syahirah White Glow Brightening Plus Essence Jadikan Kulit Lebih Cerah & Lembap Dengan Selamat l Assalamualaikum. Wah kejap je dah akhir tahun. Pejam celik lagi beberapa hari je kita akan melangkah ke tahun 2023. Bila masuk tahun baru ni, bermakna usia pun makin bertambah. Bila usia makin bertambah, makin kena tingkatkan ibadah. InsyaAllah sama-sama kita perbaiki sebaik yang mungkin.



Syahirah White Glow Brightening Plus Essence Jadikan Kulit Lebih Cerah & Lembap Dengan Selamat


Cakap tentang usia bertambah ni kan, ramai yang risau juga tentang keadaan kulit wajah mereka. Maklumlah, bila usia bertambah, kulit wajah akan mudah terjejas dengan keadaan persekitaran seperti faktor pencemaran, tekanan, amalan pemakanan dan macam-macam lagi. Kalau tak dijaga dengan betul, kulit akan cepat rosak dan wajah akan kelihatan kusam tak bermaya. Silap hari bulan, orang ingat umur kita lagi tua dari usia sebenar.


Nak kulit yang cantik kena lah jaga dari muda. Tapi kalau dah berusia masih tak terlambat lagi nak jaga agar tak jadi makin teruk. Jangan terus abaikan kesihatan dan kecantikan kulit pulak ye.


Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence


Bagi yang nak kulit cantik dan cerah bak artis Korea, korang boleh cuba guna Syahirah Korean Secret - produk jenama Malaysia yang dijamin halal dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ada 2 siri yang ditawarkan iaitu Syahirah White Glow Series dan Syahirah Hidra Soft Series. Tapi kali ni Ana just nak share tentang esen dari Syahirah White Glow Series. Nak tau apa keistimewaan esen ni, korang kena sambung baca dekat bawah ni.



Syahirah White Glow Series Diformulasi Dari Bahan Semulajadi Pulau Jeju


Bagi yang was-was nak guna produk Syahirah White Glow Series ni, jangan risau sebab ianya telah diuji secara dermatologi dan selamat dari bahan berbahaya seperti paraben, alkohol dan minyak mineral.


Syahirah White Glow Series dirumus khas dengan bahan semulajadi berkualiti tinggi dari Pulau Jeju di Korea seperti :


1. Bunga Sakura & Bunga Teratai

Berfungsi nembantu membersihkan segala kekotoran di wajah, terkenal dengan sifat mencerahkan, bertindak membaiki tona kulit yang tidak sekata serta membantu mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit.


2. Teh Hijau

Bersifat antioksidan, membantu melindungi kulit wajah, membantu melawan jerawat dan membantu membaiki sel-sel yang rosak.



White Glow Brightening Plus Essence - Esen & Pelembap Dalam 1 Botol


Untuk pengetahuan korang, Syahirah White Glow Series ada 5 produk di bawahnya iaitu White Glow Brightening Micellar Water, White Glow Brightening Foam Cleanser, White Glow Brightening Toning Essence, White Glow Brightening Plus Essence dan White Glow Brightening Gel Cream.


Macam Ana mention dekat atas tadi, kali ni Ana nak share tentang White Glow Brightening Plus Essence saja sebab esen ni best sesangat. Nak tau kenapa?


Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence


• 100% Penambahbaikan pada tekstur kulit 

• 56% Memperbaiki skin barrier

• 42% Melegakan kulit kering


Haa best kan. Lepas tu esen ni boleh jadikan kulit kita kelihatan lebih cantik, cerah berseri, jadikan tona kulit lebih sekata serta membantu mengurangkan bintik hitam. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya pun sangat baik untuk kulit kita. Antara kandungannya  ialah :


1. Ekstrak Bunga Sakura

Membantu mencerahkan dan membaiki tona kulit yang tidak sekata, meningkatkan keserian kulit agar wajah kelihatan lebih cantik dan cerah.



2. Vitamin B3

Membantu mencerahkan bintik-bintik gelap, mengurangkan kekusaman dan mengimbangi semula tona kulit yang tidak sekata untuk kulit yang berseri dan cantik.



3. Bunga Teratai Jeju

Kaya dengan antioksidan untuk membantu melindungi kulit sambil memberikan kesan pencerahan untuk mengurangkan pigmentasi kulit agar wajah jadi lebih berseri dan awet muda.


Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence


Paling best esen ni bertindak 2 dalam 1 di mana ianya mengandungi 30ml esen untuk 100% peningkatan pada kulit yang membantu mencerahkan, menghidrat dan sekatakan tona kulit SERTA mengandungi 40g pelembap  untuk 200% kelembapan segera  dan 72 jam kelembapan tahan lama untuk mengatasi kekeringan pada wajah.


Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence


Tekstur esen pula sangat ringan dan cepat meresap. Bau dia memang sangat wangi. Terus rasa segar kulit lepas pakai tu.


Nak pakai esen ni senang je. Korang apply je 2-3 titik pada wajah lepas penggunaan toner, then korang urut wajah dengan lembut. Then tepuk-tepuk sikit muka untuk pastikan yang esen tu betul-betul meresap ke dalam kulit. Masa ni korang boleh rasa kulit korang jadi lebih lembap. Memang best sangat esen ni.


Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence


So korang yang nak dapatkan kulit yang cantik dan sihat yang lebih cerah, lebih lembap dan ada tona kulit yang sekata boleh lah cuba White Glow Brightening Plus Essence  dari Syahirah Malaysia ni.


Syahirah Korean Secret White Glow Brightening Plus Essence


Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari Facebook atau Instagram mereka dengan klik link di bawah :


Facebook

https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/


Instagram

https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/

Syahirah White Glow Brightening Plus Essence Jadikan Kulit Lebih Cerah & Lembap Dengan Selamat Reviewed by Ana Suhana on December 18, 2022 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.