Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear

Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear l Assalamulaikum. Siapa sini suka berenang? Tak pun suka mandi laut atau sungai? Kalau ada kita geng. Tapi perasan tak, tiap kali nak mandi pool, laut atau sungai, masalah utama yang para wanita hadapi ialah nak pakai pakaian yang sesuai untuk mandi. Bukan tak boleh nak pakai t-shirt tapi tak selesa sebab baju tu akan jadi berat bila kena air. Lepas tu boleh mendatangkan bahaya pada kita juga tau.

Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear


Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear



Cakap pasal pakaian renang Muslimah ni, bukan tak ada dijual di pasaran. Ada je tapi kebanyakkan terhad dari segi rekaan dan saiz. Susah bagi mereka yang berbadan berisi untuk dapatkan pakaian renang yang sesuai untuk mereka.


Baru-baru ni masa Ana search pakaian renang Muslimah, Ana terjumpa satu website luar negara yang jual pelbagai pakaian renang wanita. Menariknya, kebanyakkan rekaan pakaian renang mereka sangat sopan dan eksklusif. Macam tak percaya je. Ingatkan dalam Malaysia je ada pakaian renang untuk Muslimah.



Asal Usul LYRA Swimwear



Kalau korang nak tahu, LYRA Swimwear diwujudkan oleh pengasasnya yang struggle mencari pakaian renang yang sesuai dengan gaya hidupnya yang berpakaian sopan namun dalam masa yang sama tetap ingin relevan dengan fesyen semasa. Sebab susah nak jumpa dengan apa yang beliau cari, maka beliau decide untuk buat sendiri pakaian renang yang sopan.


Selepas setahun membuat papan mood dan bercakap dengan wanita dari semua agama tentang kesukaran yang dihadapi semasa berenang, beliau mula berusaha mencipta rangkaian LYRASWIMS yang telah dilancarkan pada Disember 2016. Tahun ni merupakan tahun ke-6 jenama ini berada di pasaran.


Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear


Istimewanya pakaian renang jenama LYRA ni ialah ianya mempunyai keanggunan Hollywood yang klasik, keselesaan pantai Mahgribi yang sejuk serta rekaan yang minimalis. No wonder rekaan-rekaan LYRA telah berjaya diperagakan di London Modest Fashion Week.



Cantik, Elegen dan Selesa Pakaian Renang Muslimah LYRA Swimwear


Kenapa LYRA Swimwear sangat diminati oleh Muslimah seluruh dunia? Satu of course sebab rekaannya yang sesuai untuk Muslimah. Kedua sebab pakaian renang LYRA sangat selesa dipakai kerana diperbuat daripada fabrik Carvico Itali yang ringan, cepat kering, berkualiti premium dengan perlindungan UV tinggi. Dan yang ketiga saiz yang ditawarkan sehingga saiz XXXL which is susah nak jumpa di Malaysia. 


Jom kita cuci mata tengok antara koleksi-koleksi menarik pakaian renang LYRA Swimwear ni.


Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear

Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear

Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear

Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear

FYI, koleksi pakaian renang LYRA Swimwear ni boleh dibeli secara set atau berasingan, termasuk penutup kepala gaya turban, tudung renang dan seluar renang.


Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear

Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear

Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear


Amacam, cantik-cantik kan koleksi pakaian renang LYRA Swimwear ni. Labuh pun labuh. Boleh tutup semua yang perlu ditutup sebagai seorang Muslimah. Saiz pun ada banyak pilihan. 


So pada korang yang tercari-cari muslim swimwear ni, korang boleh lah dapatkannya di LYRA Swimwear. Kalau dah ada yang berkenan kena cepat-cepat order sebab selalunya koleksi dorang ni macam pisang goreng panas. Sekejapan je sold out. Barang cantik lah katakan. Dan selamat berenang dengan selesa, bergaya dan yakin dengan LYRA Swimwear pada yang dah membeli.



Pakaian Renang Muslimah Sopan dan Eksklusif di LYRA Swimwear Reviewed by Ana Suhana on September 08, 2022 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.