Kenapa Orang Takut Nak Cuba Pakai Satu-satu Produk Skincare?
Kenapa Orang Takut Nak Cuba Pakai Satu-satu Produk Skincare? l Assalamualaikum. Baru-baru ni Ana ada borak dengan kawan-kawan tentang rutin skincare. Ye lah, dah nak masuk 40an ni kan, nak lah kena jaga penampilan supaya kekal nampak muda remaja gitu. Tak nak lah nampak tua sebelum usia kan.
Kenapa Orang Takut Nak Cuba Pakai Satu-satu Produk Skincare?
So bila borak tu, memasing share lah rutin dorang. Dari step bersihkan muka sampai lah ke penggunaan sunscreen. Antara intipati hangat yang kitorang bincang ialah rutin mana yang paling penting yang wajib tak boleh skip. Dan hasil perbincangan tu semua setuju yang rutin bersihkan muka tu yang paling penting dan utama. Sebabnya kalau muka tak bersih, masih ada cela dan sisa kotoran, segala kebaikan dalam produk skincare yang kita pakai dalam step seterusnya tak dapat meresap sepenuhnya ke dalam kulit wajah. So defeat the purpose je orang kata.
Tapi ada sorang kawan Ana ni dia sedih sebab susah nak jumpa cleanser yang sesuai untuk kulit sensitif dia. Banyak dah jenama cleanser yang dia cuba, kebanyakkannya tak sesuai. Sampai tahap dia fobia nak cuba mana-mana produk cleanser. Ye lah penat-penat beli lepas tu tak sesuai. Rasa membazir pun ada. Bukan murah pulak tu harga cleanser ni kan.
Tapi memang tak dinafikan bagi mereka yang ada kulit sensitif atau kulit jenis berminyak agak susah nak jumpa cleanser yang sesuai dengan kulit mereka. Family Ana pun ada yang alami isu yang sama. Antara problem utama yang dorang hadapi ialah muka akan jadi breakout dan jerawat kemain rancak naik sana sini sebab kulit tak dicuci dengan sebaiknya. Sampai merah-merah muka dibuat. Masa ni memang down betul lah. Lagi-lagi bila kena berdepan dengan orang ramai.
Orang yang kulit tak sensitif pun kadang alami masalah untuk dapatkan cleanser yang sesuai. Contoh macam Ana sendiri. Banyak dah cleanser jenama tempatan dan luar negara yang Ana cuba. Dan selalu end up kulit jadi rengsa, pedih dan tak selesa. Rasa tegang semacam. Last-last stop terus.
Ada juga kawan-kawan suggest brand yang dorang pakai. Tapi tu lah, bila tengok ingredients ada bahan-bahan seperti paraben, alkohol dan sebagainya. Even produk tu well known brand, tapi tetap rasa takut nak guna. Takut kulit makin teruk sebab dan ada kesan sampingan sebab ada bahan-bahan berbahaya tu.
Ada Ke Produk Bebas Bahan Berbahaya?
Kalau 10 tahun lepas memang susah nak cari produk skincare yang free from chemical. Kebanyakannya mesti akan ada ingredients like paraben. But now dah senang. Banyak jenama yang keluarkan produk berasaskan semulajadi dan bebas dari bahan berbahaya. Antara salah satunya ialah produk jenama Hansaegee Nature dari Korea. Dan Ana antara pengguna cleanser jenama ini iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dengan Tekstur Buih Lembut
Kalau korang nak tahu, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Antaranya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Ini pencuci muka terbaik bagi Ana.
Paling utama bubble cleanser ni bebas bahan berbahaya seperti paraben, sulfat dan alkohol. So orang kulit sensitif pun boleh pakai setiap hari tanpa rasa ragu-ragu serta ianya tidak membahayakan kulit wajah. Risau tau kalau hari-hari pakai produk yang ada bahan kimia ni. Boleh rosak kulit dibuatnya.
Selain dari bahan yang digunakan selamat, ada satu ciri menarik yang buat Ana suka tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Rasanya Ana tak pernah jumpa cleanser yang ada ciri tekstur buih berair (watery bubble texture) seperti cleanser dari Hansaegee Nature ni. Lain dari yang lain.
Korang tengok lah sendiri betapa banyak buih yang ada tu. Masa pakai tu boleh rasa lembut je buih tu dekat kulit muka ni. Rasa macam dimanjakan je. Gitu!!.
Mesti korang tertanya berapa lama je boleh tahan satu botol cleaser tu kalau buih dia banyak tu sekali keluar. Haa jangan panik sebab cleanser ni bertektur cecair bila di dalam botol tu, cuma bila kita pam keluar dia akan berubah jadi buih. Menarik kan??
Membersih Hingga Ke Dalam Liang Roma & Kulit Jadi Lebih Sihat
Nak tahu tak yang kandungan Aloe Vera yang digunakan di dalam cleanser ni mampu membersihkan muka secara deep cleansing dengan menyingkirkan segala kekotoran, sel kulit mati dan sebum atau minyak berlebihan jauh ke dalam liang pori dengan berkesan.
Even nak bersihkan makeup pun boleh. So takde lah kulit tu tersumbat lagi. In fact liang pori pun akan semakin mengecil dan kulit jadi lebih glowing.
Manakala kandungan Tea Tree Oil pula menjadikan kulit Ana rasa lebih lembap sepanjang hari. Takde dah isu kulit kering tu semua even duduk lama dalam bilik yang beraircond atau terdedah dengan cuaca panas bila di luar. Nak lagi best, kulit Ana takde pun rasa tegang atau rengsa lepas pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Malah Ana perasan yang kulit Ana rasa lebih segar, licin dan bersih.
Aloe bubble cleanser dengan kandungan tea tree oil ni juga bagus untuk korang yang mempunyai kulit jenis berjerawat. Sebabnya ia boleh membantu mengawal pengeluaran minyak pada permukaan wajah, meredakan kemerahan serta mengurangkan jangkitan pada kulit.
5 Langkah Pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dengan Betul
Haaa ada cara tau untuk pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser supaya segala kebaikannya menyerap pada kulit kita. Jom tengok cara dia.
1. Bersihkan kedua belah tangan terlebih dahulu.
2. Pam Aloe bubble cleanser ke tapak tangan secukupnya. Make sure tangan basah ye.
3. Urut buih ke permukaan wajah secara urutan membulat. Masa ni rasa best sangat sebab terasa lembut buih tu dekat muka kita.
4. Bilas muka dengan air. Sebaiknya guna air suam supaya lebih bersih.
5. Keringkan muka dengan tuala bersih. Kalau boleh ada tuala khas untuk lap muka. Bukan guna tuala mandi yang sama je untuk lap muka tu.
So pada yang takut atau ragu-ragu nak cuba mana-mana produk cleanser, apa kata korang cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Ia bebas dari bahan berbahaya dan sesuai untuk korang yang ada kulit sensitif dan berjerawat. Dan bahan-bahan yang digunakan semuanya dari bahan semulajadi yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah kita.
Brand :
Hansaegee Nature
No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤