Rawatan 'Hair Removal Laser' Klinik Dr Bazilah Atasi Masalah Bulu Berlebihan Wanita. Selamat dan Tidak Menyakitkan
Rawatan 'Hair Removal Laser' Klinik Dr Bazilah Atasi Masalah Bulu Berlebihan Wanita. Selamat dan Tidak Menyakitkan l Assalamualaikum. Kaum lelaki kalau bermisai, orang kata macho, kacak etc. Tapi kalau orang perempuan?? Silap hari bulan jadi bahan ejekan kawan-kawan. Tak baik kan!!. Bagi yang menghadapi masalah bulu berlebihan, korang boleh ke Klinik Dr Bazilah - klinik kulit terbaik di KL, Bangi dan Shah Alam.
Rawatan 'Hair Removal Laser' Klinik Dr Bazilah Atasi Masalah Bulu Berlebihan Wanita. Selamat dan Tidak Menyakitkan
Tak dinafikan masalah bulu berlebihan di kalangan wanita antara faktor yang boleh 'membunuh' keyakinan mereka. Ada yang bermisai, berbulu lebat di kaki, berbulu di bahagian dada, payudara dan di bahagian tubuh yang lain. Seperti orang lelaki lah senang kata.
Dari apa yang Ana baca, masalah bulu berlebihan di kalangan wanita dikenali sebagai hirsutism. Ianya bukan satu penyakit tapi boleh jadi tanda kepada sesuatu penyakit. Hirsutism berpunca apabila seseorang wanita itu mempunyai hormon lelaki androgen terutama testosteron yanh tinggi dan akar rambutnya sangat sensitif kepada hormon terbabit.
Rawatan 'Hair Removal Laser' Mudah, Selamat dan Tidak Menyakitkan
Berita baik buat wanita yang ada masalah bulu berlebihan, kini dengan teknologi dalam bidang estetik yang semakin canggih dan moden, semua masalah bulu yang tidak diingini tersebut boleh diatasi dengan mudah dan selamat melalui rawatan 'hair removal laser' di Klinik Dr Bazilah.
Untuk pengetahuan korang, Klinik Dr Bazilah merupakan klinik kulit terbaik di KL, Bangi dan Shah Alam yang bertauliah dan berlesen di bawah KKM. Di sini mereka menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa secara amnya kepada masalah kulit dan rambut khususnya dengan menggunakan kaedah terbaik yang terbukti selamat dan berkesan. Dan salah satu rawatan popular di Klinik Dr Bazilah ialah hair removal laser.
Perbezaan Antara Bercukur, Waxing dan Hair Removal Laser
Mungkin ada yang kata ala boleh je hilangkan bulu-bulu tersebut tanpa rawatan laser dengan bercukur atau guna wax. Lagi mudah dan menjimatkan.
Mungkin ada betulnya tapi kena ingat, bercukur dan guna wax tu pun ada disadvantage dia. Nak tau apa dia korang boleh sambung baca.
Keburukan Bercukur Pada Kulit
Bercukur memang mudah dan tak menyakitkan. Kosnya pula sangat murah. Tapi korang tau tak, semasa korang bercukur tu, hanya bulu yang berada di permukaan kulit sahaja yang dipotong. Manakala akarnya masih berada di bahagian dalam. Kesannya bulu akan cepat tumbuh semula dalam jangka masa yang singkat.
Walaupun bercukur tidak menyakitkan tapi akan ada risiko seperti bulu tumbuh ke dalam kulit dan juga risiko berlakunya jangkitan akibat kulit yang terluka semasa bercukur. Kulit pun akan jadi hitam. Ishh tak nak lah macam tu kan!
Keburukan Waxing Pada Kulit
Proses waxing antara cara menghilangkan bulu yang berkesan dan menjimatkan. Semasa proses waxing, bulu akan dicabut dari akarnya dan bulu baru yang tumbuh akan lebih halus dan lembut. Dan biasanya bulu baru juga akan tumbuh iaitu dalam masa 2 minggu.
Namun waxing agak menyakitkan. Sanggup tak nak rasa sakit setiap 2 minggu? Selain tu, waxing akan menyebabkan kerengsaan pada kulit, timbulnya bintik putih atau lebih teruk akan menyebabkan bisul.
Hair Removal Laser Klinik Dr Bazilah Pilihan Terbaik
Ok sekarang kita baca pulak tentang rawatan hair removal laser. Untuk rawatan laser di Klinik Dr Bazilah, terdapat pelbagai jenis laser yang digunakan yang sesuai untuk kulit orang Asia.
Rawatan laser bertindak 'memusnahkan' atau 'mematikan' folikel rambut - tempat di mana bulu tumbuh tanpa merosakkan kawasan sekelilingnya. Kesannya bulu tak akan tumbuh dalam jangka masa yang lama sehingga bertahun lamanya. Kalau kata bulu tu tumbuh pun, ia akan jadi lebih halus dan semakin berkurangan (permanent reduction).
Mesti korang tertanya selamat ke guna laser ni? Haaa jangan risau sebab ianya dijamin selamat. Malah rawatan hair removal laser sesuai untuk orang yang ada kulit jenis sensitif.
Hair removal laser boleh dilakukan di bahagian badan seperti di ketiak, tangan, kawasan bikini, area mulut (misai dan janggut), muka dan juga kaki. Badan belakang pun boleh tau. Kalau bercukur dan waxing, memang tak boleh lah kita nak buat sendiri dekat belakang badan tu kan. So dengan hair removal laser ni setel semua masalah. Mudah kerja!!.
Tapi kalau ada area kulit yang gelap boleh ke buat rawatan laser ni? Eh mesti lah boleh. Tak jadi masalah pun sebab doktor akan adjust ikut kesesuaian kulit korang. Nama pun klinik kulit terbaik di KL, Bangi dan Shah Alam kan. Dorang akan beri servis the best untuk korang. Confirm korang tak kan menyesal.
Sakit Tak Hair Removal Laser Ni?
Bila sebut tentang laser, mesti kita terbayang rasa sakit kan. Tapi jangan risau, proses hair removal laser ni tidak menyakitkan. Kalau sakit pun rasa dia macam semut gigit atau suam-suam panas je sebab korang akan disapu krim kebas sebelum rawatan. So takde istilah teramat sakit atau pedih. No need to worry ok!!
Berapa Kali Sesi Rawatan Untuk Hair Removal Laser?
Untuk pengetahuan korang, untuk bulu-bulu tu hilang terus memerlukan beberapa sesi rawatan. Bukan sekali rawatan saja tau. Kenapa ye???
Haaa sebabnya proses laser hanya berkesan pada rambut atau bulu yang berada di fas aktif (Anagen) sahaja. Manakala bulu yang berada di fasa tidak aktif (Telogen) atau fasa rehat (Catagen) tidak akan menyerap haba laser dengan baik dan kesannya bulu dalam fasa tersebut tidak akan mati.
So untuk kitaran rambut dari fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen memerlukan masa antara 1 hingga 3 bulan. Sebab tu rawatan hair removal laser ni memerlukan 6 hingga 8 sesi untuk memastikan semua bulu dapat 'dimatikan' sepenuhnya.
Apa-apa pun, rawatan hair removal laser ni bergantung pada warna dan ketebalan bulu, warna kulit serta masalah kulit yang lain sebelum rawatan diberikan. Dalam erti kata lain, kena consult dengan doktor dahulu sebelum mulakan rawatan. Bukan main terus buat je.
Jom Dapatkan Rawatan di Klinik Dr Bazilah
Bagi korang yang tercari-cari rawatan terbaik untuk masalah bulu berlebihan tu, korang boleh lah cuba hair removal laser di klinik kulit Klinik Dr Bazilah ni. Macam Ana bagitau dekat atas tadi, ianya selamat dan tidak menyakitkan.
Selain dari rawatan hair removal laser, Klinik Dr Bazilah juga ada buat rawatan estetik yang lain seperti rawatan kulit muka seperti masalah jerawat dan parut, rawatan kulit sensitif seperti ekzema, psoriasis dan alergik, rawatan rambut gugur dan banyak lagi.
Untuk info lebih lanjut tentang rawatan yang ditawarkan atau promosi yang sedang berlangsung korang boleh tengok di FB dan IG mereka. Kalau nak cepat lagi atau nak book appointment terus, korang boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah di nombor seperti di bawah:
+6019-6571563
Atau klik link ini http://temujanjidrbazilah.wasap.my/
Website
https://www.facebook.com/drbazilah
https://www.instagram.com/klinikdrbazilah
Emel
Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
No Tel : 03-8922 9681 / 0111-590 5931
Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira,
Jalan Akuatik A13/64A,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100, Selangor.
No Tel : 03-5035 7359
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur.
No Tel : 013-817 7005
Waktu Operasi
Setiap hari
10 pagi - 6 petang
No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤