Derma Masjid dan Surau di Malaysia Secara Online di Aplikasi Sujood
Derma Masjid dan Surau di Malaysia Secara Online di Aplikasi Sujood l Assalamualaikum. Baru-baru ni Ana dengar satu ceramah dari salah seorang ustaz selebriti tentang kebaikan bersedekah. Banyak sangat rupanya kebaikan dan ganjaran yang Allah beri kepada hambanya yang suka bersedekah dan menderma terutama ketika kita tengah senang dan sihat. Itu lah sebaik-baik sedekah.
Derma Masjid dan Surau di Malaysia Secara Online di Aplikasi Sujood
Bersedekah merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepadaNya. Ada orang mampu sedekah ribuan ringgit, Alhamdulillah. Tapi jangan pula kita perlekehkan pada mereka yang mampu sedekah hanya RM1. Sikit atau banyak itu tak penting. Yang penting mereka ikhlas dan niat keranaNya.
Kebaikan dan Kelebihan Bagi Mereka Yang Suka Bersedekah
Sedekah boleh ditakrifkan sebagai satu pemberian dari seseorang kepada orang lain yang memerlukan bantuan dengan niat kerana Allah SWT. Sebaik-baik sedekah apabila kita diutamakan kepada ahli keluarga atau sanak saudara terdekat yang berada dalam keadaan susah atau yang memerlukan. Tapi itu tak menjadi halangan untuk kita panjangkan sedekah kepada golongan fakir miskin dan juga untuk kepentingan fi sabilillah.
Antara kebaikan dan kelebihan bersedekah ialah :
1. Orang Yang Suka Bersedekah Mendapat Kemuliaan Allah
Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”
(Riwayat al-Bukhari)
2. Sedekah Menghapus Dosa
Daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Namun dikatakan, penghapusan dosa dengan sebab sedekah mestilah disertai dengan taubat atas dosa yang telah dilakukan.
3. Pahala Dilipatgandakan
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)
4. Harta Tidak Akan Berkurang
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
(Riwayat Muslim)
5. Mendapat Naungan Di Akhirat
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirat salah satunya adalah :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
6. Disediakan Pintu Syurga Yang Akan Dimasuki Oleh Orang Yang Bersedekah
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)
7. Dijauhkan Dari Azab Api Neraka
Sedekah walaupun sedikit tetapi ianya mampu menjauhkan kita dari azab api neraka. Apa lagi jika kita semakin banyak sedekah, insyaAllah semakin jauh kita dari api neraka. Ini bersesuaian dengan hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.”
(Riwayat Ahmad)
Sedekah Fi Sabilillah dengan Aplikasi Sujood
Perasan tak sekarang ni banyak lambakkan iklan dari masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia yang memerlukan bantuan dana untuk besarkan lagi fasiliti mereka. Kadang tu sampai kita jadi was-was betul ke tak apa yang disiarkan tu. Niat nak bersedekah untuk fi sabillilah tapi takut sumbangan tu tak sampai pada yang sepatutnya. Ye lah sekarang ni kan banyak sangat scammer yang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang ramai. Kita nak share siaran tersebut pun jadi takut-takut kot tersalah share info pada orang lain.
Tapi sekarang ni Ana tak risau dah bila nak bersedekah atau menderma untuk masjid-masjid dan surau-surau yang ada di Malaysia ni. Sebabnya Ana dah jumpa satu aplikasi yang diwujudkan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. untuk memudahkan orang ramai untuk menderma kepada masjid dan surau yang memerlukan bantuan. Aplikasi Sujood - tabung digital masjid dan surau di seluruh Malaysia.
Kelebihan Menderma Dengan Aplikasi Sujood
1. Derma Lebih Mudah Secara Online
Dengan teknologi hari ini, semua urusan dan transaksi boleh dibuat secara online. Ini termasuklah bab untuk bersedekah atau menderma.
Dengan aplikasi Sujood, korang boleh menderma ke masjid dan surau pilihan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dah tak ada alasan susah nak bersedekah dah sekarang ni. Tak semestinya bila ke masjid atau surau je baru boleh menderma. Tengah baring dekat rumah pun boleh buat pahala. Nak dengan tak nak je.
2. Masjid dan Surau Yang Legit
Berdasarkan rekod sehingga hari ini, terdapat hampir 94 buah masjid dan surau yang tersenarai di dalam aplikasi Sujood. Dan kesemua masjid dan surau tersebut telah berdaftar dengan pihak majlis agama negeri. Kira semua yang tersenarai tu memang wujud dan diiktiraf penubuhannya. Bukan masjid atau surau yang wujud atas kertas tapi fizikal takde. So korang boleh bersedekah tanpa ragu-ragu dah.
3. Setiap Transaksi Direkod
Dengan aplikasi Sujood, setiap transaksi sedekah kita akan direkod. Kita boleh tengok sejarah derma kita dibahagian history. Dekat situ, semua transaksi akan dipaparkan untuk rujukan kita.
Dan setiap kali nak menderma, kita tak perlu nak susah payah isi maklumat sebab aplikasi Sujood akan tolong auto-complete kan pengisian maklumat korang tu. Senang kan??
4. Derma Secara Rahsia & Konsisten
Dengan aplikasi Sujood, kita boleh derma ke mana-mana masjid dan surau yang ada di Malaysia ni secara rahsia. Tu kan sebaik-baik derma.
Lagipun bagi Ana bagus macam ni. Kita rasa lebih selesa untuk menderma sebab kita boleh derma sebanyak mana yang kita mampu tanpa diketahui orang lain. Dan kita juga boleh galakkan diri kita untuk menderma secara konsisten hatta RM1 setiap hari. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mungkin hari ni kita derma RM1. Tapi lepas bertahun, dah jadi berapa dah kan. Boleh jadi beribu sumbangan kita. Yang penting ikhlas kerana Allah.
5. Kongsi Pautan Kepada Kenalan
Dengan aplikasi Sujood ni, kita juga boleh share pautan setiap masjid dan surau yang tersenarai kepada keluarga dan rakan-rakan kita. Dan mereka boleh menderma menggunakan pautan tersebut tanpa perlu menggunakan aplikasi Sujood.
Contoh surau di kawasan perumahan Ana antara salah satu surau yang tersenarai di dalam aplikasi Sujood. Sebagai salah seorang khariah mereka, Ana boleh war-war kan tentang surau tersebut dengan hanya kongsi pautan dari aplikasi Sujood kepada ahli keluarga dan jiran tetangga Ana so that mereka pun boleh bersedekah juga. Cara mudah buat amal kebajikan. Betul tak?
Jom Muat Turun Aplikasi Sujood Sekarang
Sekarang ni dah takde alasan untuk kita susah nak bersedekah dan bantu masjid-masjid dan surau-surau yang memerlukan. Kalau bukan kita sebagai seorang Muslim yang bantu menegakkan syiar Islam, siapa lagi kan?
Korang boleh muat turun Aplikasi Sujood secara percuma di Google Play dan App Store. Jom muat turun sekarang dan ajak semua ahli keluarga dan kawan-kawan untuk muat turun sekali. Sama-sama rebut pahala dan moga-moga Allah merahmati usaha kita semua. InsyaAllah.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang aplikasi Sujood, korang boleh layari website mereka di https://sujood.net/.
No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤