Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan

Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan l Assalamualaikum. Kat Malaysia ni,  bagi Ana kalau nak bercuti bawa anak-anak main pasir pantai dan mandi laut, tempat yang paling sesuai ialah di pantai timur.  Sebabnya laut dia lebih bersih dan pantai pula lebih luas.

Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan

Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Kalau dekat pantai barat ni, rasa macam takde pantai yang best. Paling kuat pun Port Dickson atau pantai di Melaka tu je haa. Tu pun crowded dengan pengunjung dan kawasan pantai dia pula tak luas. Lepas tu air laut dia pun tak berapa nak bersih. Sebab tu Ana prefer ke pantai timur kalau nak bagi anak-anak main pantai. Paling dekat pergi ke Kuantan, dalam 2 jam je perjalanan dari Kuala Lumpur ni.


Sekarang dah banyak dah penginapan murah di Kuantan yang dekat dengan pantai. Even homestay atau chalet-chalet murah yang menghadap laut pun dah ada banyak dah sekarang ni. Kalau nak stay di homestay yang ada fasiliti yang best, korang boleh try stay di Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan. Sama best macam stay di Hyatt Regency Kuantan Resort di Teluk Cempedak ni.



Homestay Jenis Studio Apartment Tepi Pantai Balok


Timurbay Seafront Residence merupakan homestay jenis studio apartment dan antara penginapan yang baru di kawasan Pantai Balok ni. Ada banyak unit yang dijadikan homestay dan harga setiap unit berbeza antara satu sama lain. Ada unit yang hadap laut, ada yang hadap bandar, ada yang terletak di ground floor yang mudah akses dan ada juga unit di tingkat atas. So harga setiap unit bersebelahan berbeza ikut view yang ditawarkan dan tingkat berapa unit kita pilih tu.


Ada 4 jenis unit yang ada di Timurbay Seafront Residence iaitu unit 2 bedroom apartment (type A & B) , unit studio + 1 small (type C)  dan unit studio apartment (type D). Setiap unit mempunyai keluasan yang berbeza iaitu type A - 917kp, type B - 680kp, type C - 541kp dan type D - 429kp.



Studio Apartment Dengan 1 Bilik Kecil


Macam unit yang Ana stay hari tu ialah unit type C dan berada di tingkat 9. View dia separuh menghadap pool dan separuh menghadap laut. Bila duduk dekat balkoni tu kiranya still boleh enjoy view laut. Rate semalam pula ialah RM240. Masa booked tu kena letak deposit RM100. Dan akan dipulangkan jika homestay semuanya dalam keadaan baik. Waktu check in jam 3 petang dan check out jam 12 tengahari.


Saiz unit studio type C ni bagi Ana ok sangat untuk family kecil kami. Tapi kalau family yang ada anak ramai, mungkin kurang selesa sebab kebanyakan unit di Timurbay Seafront Residence agak crowded dengan perabot yang ada. Mana-mana unit pun sama design bilik dia. So kalau nak selesa boleh inap di unit type A & B.

  Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Ok ni lah view studio apartment yang Ana stay hari tu.  Masuk-masuk je akan nampak terus ruang menonton. Ada sofa, meja dan rak tv. Tv tu siap ada saluran netflix dan. Youtube. Budak-budak ni memang layan kartun dekat Youtube je sepanjang masa.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Comel pula tengok meja dia tu. Macam nak kena cari je lepas ni. Unit ni fully aircond. Siap ada air cooler lagi. Memang sejuk dan nyaman lah stay dekat sini.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Bersebelahan ruang menonton tu pula bahagian dapur. Ada meja makan lagi.  Peralatan memasak semua lengkap disediakan. Cuma kalau nak masak, owner tu advice suruh tutup aircond dan buka pintu balkoni luas-luas. Nak basuh baju pun boleh. Senang kerja tak perlu bawa balik baju kotor bebanyak.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Next ruang tidur pula. Betul-betul terletak belakang rak tv tadi. Katil pula katil saiz queen. Cukup lah untuk Ana dan anak-anak tidur atas katil ni. En suami? Nanti Ana tunjukkan. Hehe. Berhadapan katil ada almari baju yang luas. Sejadah, seterika dan papan seterika pun ada disediakan.  Lengkap semuanya lah senang kata.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Best stay kat unit ni ialah dari atas katil kita dah boleh enjoy view laut. Syok sangat. Bukan selalu dapat tengok laut kan.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Ni lah view yang Ana kata tu. Separuh view pool dan separuh view laut. Ok sangat dah bagi Ana macam ni. Laut tu masa tengahari memang cantik view dia disebabkan pantulan warna biru langit.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Pool dekat sini memang besar. Memang puas mandi dan berendam dekat sini. Dekat hujung tu siap ada area gazebo. Memang cun untuk OOTD. Selain pool, ada juga fasiliti lain macam bilik sauna, gimnasium, taman mainan kanak-kanak, gelanggang tenis, surau dan bbq pit bagi yang nak berBBQ.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Ok jom sambung tour bilik ni balik. Ni pulak bilik air dia. Dekat dengan ruang tidur tadi. Bagi Ana bilik air dia luas. Tak macam bilik air sesetengah unit aparment yang agak kecik saiz dia.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Haa dekat bilik bawah ni lah En Suami beradu malam tu. Bukan di atas sofa ye. Hehe. Macam Ana mention dekat atas tadi, unit type C ni ada 1 bilik kecik. So ni lah bilik tu. Menarik kepala katil tu boleh simpan barang. Owner homestay ni letak extra toto dalam tu. So kita boleh lah nak guna kalau tak cukup katil kan. 


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Oh ya tepi pintu bilik ni ada peti ais. Lupa nak amik gambar. Owner siap jual pelbagai air dan makanan lagi. Tinggal korang nak masukkan duit dalam balang yang disediakan tu je. Syafi paling teruja sebab ada Maggi. Haha.


Ok done tour unit studio ni. Now masa untuk main pasir pantai. Tapi sebelum tu, pekena kek Kulacakes dulu. Hehe. Sempat order online sebelum datang sini. Syok woo makan kek sedap sambil layan view laut. Tak puas rasanya.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan

Budak 2 ketul ni, kalau dah nampak pantai ke laut ke memang tak heran langsung dengan kolam. Pelik. Kalau budak lain pantang nampak kolam kan. Tapi bagus juga sebab Ana pun tak kuasa nak bertenggek tepi kolam tu lelama. Baik bentang tikar dan bersila dekat pasir pantai tu. Lagi selesa.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Puas hati dapat main pasir. Korek sana korek sini gayanya. Mujur pasir dia bersih dan tak ada sampah. Tu yang biarkan je dua ketul tu main sampai puas. Cuaca pulak redup je. Memang best sesangat lah.


Dah puas main pasir, dorang ajak daddy dia main air laut pula. Bab basah-basah ni memang Ana serah kat en suami je. Hehe. Kita tukang perhati dari jauh je. Suraya paling teruja mandi laut. Tak tau lah berapa gelen air laut tu dia dah telan. Haha. Haa kalau korang tetiba rasa haus dan lapar, ada kedai kecik dekat situ jual macam-macam air dan makanan. Ana pekena banana shake dia. Sedap juga.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan


Dekat sini ada banyak aktiviti korang boleh buat. Antaranya korang boleh main atv dan tunggang kuda. Tak silap ada juga pakej island hoping ke Telok Air Tawar dan juga snorkelling di Pulau Ular. Korang boleh cuba check this out ok.


Stay sehari dekat sini memang tak puas. Masa tu cepat sangat berjalan. Syafi pun kata yang sama. Takpe, ada rezeki lagi kita stay sini ye. Overall memang puas hati nginap di Timurbay Seafront Residence ni. Bilik selesa, bersih dan lengkap dengan kemudahan. Lokasi pun strategik. Dekat dengan tempat makan. 


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan

Cakap pasal tempat makan, korang jangan lupa singgah Watak Kopi, kedai kopi viral di Kuantan. Ada satu cawangan betul-betul depan Timurbay ni. Bagi Ana sedap lah juga air-air dia. Nak dine-in kat situ pun boleh cuma kedai dia kecik dan selalu ramai especially on weekend.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan

Alang-alang dah ada dekat sini, Ana sekeluarga sempat naik ke Kemaman. Dalam 30 minit je dari Timurbay Seafront Residence ni. Wajib pekena celup tepung dan sata. Makan pula dekat Teluk Moknik aka Monica Bay. Asyukkkk orang kata.


Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan

Ok lah tu je yang Ana nak share kali ni. Jumpa lagi di entri akan datang. Take care and daaa...

Timurbay Seafront Residence - Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan Reviewed by Ana Suhana on July 14, 2022 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.