Raya 2022 Mengejut Dengan Ahli Baru Mengejut
Raya 2022 Mengejut Dengan Ahli Baru Mengejut
Macam mana raya korang tahun ni? Mesti seronok kan sebab lepas 2 tahun akhirnya dapat beraya bersama keluarga tercinta di kampung. Tersekat dalam jem berjam-jam pun takde hal lah kan. Apa lah sangat nak dibandingkan dengan keseronokan dapat berkumpul dengan sanak saudara.
Nak lagi seronok campur haru-biru bila pengumuman raya mengejut malm Ahad tu. Haha. Mana yang baru plan nak balik kampung hari Isnin tu terus siap-siap gerak malam tu juga. Dekat kawasan rumah Ana, jem terus jalan utama nak ke pasar borong malam tu. Mana yang jual daging, memang laku keras malam raya tu. Dari tak laku, semua licin selicinnya.
Ana masa hari Ahad tu berbuka di rumah mertua. Handphone semua dalam beg. Dalam pukul 8 lebih macam tu, adik lelaki Ana call husband Ana sebab dia tak dapat call Ana. Tiba-tiba dengar suara husband Ana macam terperanjat. Aahh sudah, ada pape emergency ke sebab mak Ana baru start dialisis dan adik Ana pula baru beberapa bulan buat pembedahan transplant. Kemain risau dah hati ni. Tapi dalam risau tak risau tu, boleh terdetik kata esok raya ke. Sekali betul daaa. Terperanjat semua yang ada dekat rumah mertua Ana tu. Dah lah memasing baru sudah bebuka. Semua blurr sebab tak caya esok raya. Haha.
Terus Ana call adik perempuan Ana yang tengah syok shopping dekat Jalan TAR tu. Dia pun terperanjat berukkss. Terus dia decide balik rumah terus sebab rumah tak berkemas apa. On the way balik tu minta dia pick up Ana dekat rumah mertua.
Mertua Ana esok pagi baru dia start masak. Menu pun simple je. So tak gaduh nak masak malam raya tu. Tapi rumah mak Ana, memang kena masak juga malam tu. Mujur bahan-bahan semua dah ada. Sampai-sampai je, adik lelaki Ana tengah rebus nasi impit. Atas dapur dalam tengah masak sambal ayam. Ana terus tolong apa yang boleh. So dalam 4 jam malam tu siap menu daging masak kicap, sambal ayam dan kuah masak lodeh. Kuah kacang order je dekat jiran belakang tu. Mujur dia boleh buat juga. Cuma rendang yang Ana order tak dapat sebab seller tu kelam-kabut bila raya mengejut ni. Tapi takpe, kita faham situasi dia kan. Next time lah kita order semula. Gambar makanan memang tak dan nak amik langsung. Huhu.
So ni lah gambar di pagi raya. Tahun ni turn rumah mak Ana dulu. Lepas tu baru rumah mertua. Sebab tahun ni belah mertua semua cukup korum, terpaksa lah berlari ke sana lepas bergambar dekat rumah mak Ana. Mujur dekat je. Kalau tak, haruuu.
Tema purple color belah mak Ana. Baju dah cantik tapi sayang gambar tak cantik. Ada backlight. Ni semua gara-gara nak cepat nak kejar masa. Sabar je lah. Mujur ada gambar dari phone adik Ana.
Haa nampak tak ada ahli baru mengejut kali ni. Hehe. 2 tahun lepas masa pertama kali raya dalam PKP, ada Suraya Amna, tahun ni ada Muhammad Syakir Aamir pula. Umur 55 hari masa raya hari tu. Hari ni genap 2 bulan umur Syakir. Nanti Ana ceritakan pengalaman bersalin kan Syakir di lain entri. Ada benda yang Ana nak kongsikan dengan korang.
Besar dah kakak Cuya ❤ |
Pada yang tertanya kenapa Ana slow dekat blog lately ni, haa ni lah salah satu sebabnya. Kalau update pun banyak untuk review. Citer personal jarang nak up. Mood nak menaip tu memanjang ke laut. Orang datang komen pun Ana take time nak balas balik. Maaf tau korang. InsyaAllah lepas ni Ana akan cuba untuk kembali aktif dan blogwalking pada semua yang tinggalkan jejak di blog Ana.
Ok ni pula belah mertua. Tema navy blue katanya. Tahun ni ada 3 ahli baru dekat family sini. 2 orang cucu dan seorang menantu. Menantu jauh dari Poland datangnya. Hehe.
Tapi raya tahun ni memang best. Seronok bila dapat beraya bersama saudara mara yang lain. Tengok kawan-kawan yang lain pun meriah berjalan raya. Moga ukhwah yang terjalin berkekalan selamanya. InsyaAllah.
Ok lah, sekali lagi Ana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin buat semua. Raya raya juga, kesihatan diri jangan lupa ok. Dan selamat kembali bekerja pada mereka yang bekerja.
wow... bestnya bby syakir raya... salam aidilfitri ana n fmly
ReplyDeleteSelmat hari raya :)
ReplyDeleteSelamat menyambut raya
ReplyDeletemaaf zahir dan batin