Kedai Repair Phone dan Laptop Taman Permata di Gila Gadgets
Kedai Repair Phone dan Laptop Taman Permata di Gila Gadgets l Assalamualaikum. Phone dan laptop atau komputer - 2 gajet paling penting untuk semua orang hari ni. Lagi-lagi orang macam Ana yang bekerja melibatkan media sosial. Memang wajib guna phone atau laptop. Bab paling risau kalau gajet-gajet ni rosak. Boleh tertunda semua kerja.
Kedai Repair Phone dan Laptop Taman Permata di Gila Gadgets
Bila phone atau laptop dah rosak, mula lah panas punggung tak tahu nak buat apa. Bukan tak mampu nak beli je yang baru, tapi banyak hal kerja dalam tu. Mana yang dah siap, mana yang tengah buat, mana yang pending, mana yang akan datang. Fuhhh memang tak boleh bawa bincang kalau bab-bab kerja ni. Ye lah, kepercayaan orang pada kita kan. Kena lah jaga sebaiknya.
So cara yang terbaik untuk kes ni ialah pergi hantar repair supaya semua kerja dapat recover. Paling bagus kalau ada kedai repair phone dan laptop yang cepat dan pantas pada harga berpatutan.
Haa kalau korang tercari-cari kedai repair phone dan laptop terbaik di Kuala Lumpur, korang boleh ke Gila Gadgets Taman Permata. Ala yang dekat dengan Giants Taman Permata dan Melawati Mall tu. Haa ramai kata servis dekat sini terbaik. Ni antara review customer yang pernah repair phone atau laptop dekat Gila Gadgets Taman Permata ni.
30 Minit Servis Repair Face to Face
Antara salah satu kenapa Gila Gadgets ni jadi kedai repair phone dan laptop terbaik di Kuala Lumpur especially di Taman Permata dan kawasan sekitarnya ialah sebab korang boleh tengok phone dan laptop korang dibaiki depan mata korang provided kerosakan tu minor lah. Dalam 30 minit je dah setel. So korang boleh lah tahu apa parts yang ditukar. Tapi kalau kata kerosakan phone korang tu major, memang kena lah tinggal. Tapi worry not, pekerja-pekerja di Gila Gadgets Taman Permata semuanya jujur dan dipercayai.
Hasil Kerja Tip Top, Harga Murah dan Berpatutan
Kalau korang nak tau, technician di Gila Gadgets semuanya berpengalaman dalam bidang fix and repair phone dan laptop. Apa jenis jenama semua dorang boleh setelkan. Kira bab-bab repair phone, laptop ni memang dorang dah expert.
Antara servis repair phone dan laptop yang ditawarkan ialah :
➡️ Bateri
➡️ Tempat pengecas
➡️ Kamera ( Depan / Belakang)
➡️ Touch screen / LCD
➡️ Google Lock
➡️ Reset kata laluan / pattern
➡️ Wifi / Bluetooth / GPS / Carrier network
➡️ Speaker
➡️ Motherbooard
➡️ Volume button
➡️ Tak detect sim
➡️ Water damage dan macam-macam lagi
Bab harga pula korang jangan risau sebab harga yang dikenakan antara yang termurah dan sangat berpatutan. Sebab tu terkenal sebagai kedai repair phone dan laptop terbaik di Taman Permata ni. Kalau kata korang nak minta dorang tengokkan kerosakan phone atau laptop korang dulu pun boleh. Tak kena caj. Caj hanya kalau korang setuju untuk repair parts yang rosak tu.
Free Membership Dengan Pembelian RM30 Ke Atas
Untuk pengetahuan korang, selain dari servis repair phone dan laptop, Gila Gadgets Tama Permata pun ada jual pelbagai aksesori phone. Cakap je apa yang korang nak, insyaAllah semua ada. Nak shredder? Toothbrush sterelizer? Semua dorang ada jual. Yang pasti semuanya original!!
Nak lagi best, dengan pembelian bernilai RM30 ke atas, korang akan dapat free membership dan entitle untuk enjoy 5% off. Best kan?
Tapi bagi yang tinggal jauh dari Taman Permata, korang boleh beli secara online di platform Shopee Gila Gadgets di https://shopee.com.my/gilagadgets_. Boleh dapat free shipping dan enjoy diskaun sebanyak 40% ke atas. Lagi syok kan.
Haa tunggu apa lagi? Kalau korang nak baiki phone atau laptop korang tu, boleh lah terus ke Gila Gadgets Taman Permata ni. Kalau yang duduk area Semenyih dan Kajang boleh ke Gila Gadgets Semenyih. InsyaAllah korang akan berpuas hati dengan servis yang dijalankan. Harga pun murah, spareparts pulak original. Nak datang boleh jer hello hello admin dorang dulu di talian 019-9880531.
Gila Gadgets Taman Permata
Website l Facebook l Instagram
Alamat :
2759, Jalan Changkat Permata,
Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
10 pagi - 10 malam
(Setiap Hari)
Nice :)
ReplyDeleteWahhh... Terima kasih infonya Kak Ana... LeYa memang ada nak hantar phone rosak ni
ReplyDelete