Chalet Murah Tepi Laut di Kuantan - Mutiara Seaview Resort. Memang Puas Hati
Chalet Murah Tepi Laut di Kuantan - Mutiara Seaview Resort. Memang Puas Hati l Assalamualaikum. Kalau dulu, asal bercuti je mesti pergi Melaka. Hampir kesemua hotel best di Melaka kami dah terjah. Tapi sejak dua menjak ni, Kuantan pula jadi tempat favorite Ana dan anak-anak. Walau jauh sikit perjalanan, tapi rasa berbaloi bila tengok laut yang membiru dekat sana.
Chalet Murah Tepi Laut di Kuantan - Mutiara Seaview Resort. Memang Puas Hati
Actually kali ni Ana tak stay di bandar Kuantan. Ana stay di Beserah. Dalam 30 minit ke Kuantan. Tapi kawasan ni still consider bawah jajahan Kuantan.
Apa yang best bila bercuti di Kuantan ni ialah ada banyak chalet, homestay dan hotel yang terletak berhadapan dengan laut. Kira direct access terus ke pantai. Tak perlu nak drive keluar dah.
Kali ni Ana bercuti dengan adik-beradik Ana je. Memula mak Ana nak join sekali, tapi takde rezeki sebab dia tak sihat hari tu. Sedih lah juga sebab kalau mak ada, memang lagi happening. Tapi takpe, next time lah kita plan bercuti lagi.
Memandangkan adik beradik Ana jenis sempoi, tak kisah stay dekat mana-mana pun, so Ana decide untuk stay di Mutiara Seaview Resort, chalet yang berhadapan dengan Pantai Balok. Kitorang stay 3 hari 2 malam.
Waktu check in dekat sini pukul 2. Sampai-sampai je boleh terus masuk bilik. Ada 4 jenis chalet dekat Mutiara Seaview Resort ni tapi bilik Seaview yang viral tu not available masa Ana stay sini. Bilik tu best sebab dia ada transparent glass. So dari dalam bilik dah boleh nampak laut. Then ada mini fridge, oven, sofa dan balkoni yang luas. Agak kecewa tapi takpe, bilik lain dia pun ok je.
Bilik Seaview |
Ana stay di bilik Sea & Pond view. Harga RM150 semalam. Bilik ni menghadap laut di bahagian depan, dan menghadap kolam memancing di bahagian balkoni belakang. Kolam memancing dia tutup buat masa ni sebab tengah dalam kerja baik pulih.
Bilik Sea & Pond View |
Bilik dia basic je tapi selesa dan agak luas. Ada katil jenis queen dan extra tilam single. Kettle, cawan, tea & coffee serta toiletries disediakan. Cuma mini fridge je takde. Tapi kitorang ok je sebab bila pasang aircond, air-air yang kitorang beli jadi sejuk juga akhirnya.
Bilik jenis medium dan pond view pun sama je amenities dia. Cuma beza dari segi harga. Bilik jenis medium RM130 semalam, manakala bilik pond view RM100 semalam. Bilik pond view ni dia menghadap kolam pancing dan jauh sikit dari pantai. Tapi masih dalam kawasan resort.
Bilik Medium |
Bilik Pond View |
Seronok bila stay dekat chalet yang berhadapan pantai atau laut di Kuantan ni. Lagi seronok kalau chalet tu hartanah kita sendiri. Kasi lah can Ana nak berangan kejap. Hehe. Bebila nak mandi laut boleh je terus terjun dalam air tu. Apa lagi nak hunting sunrise. Memang syok sangat. Lagi syok masa Ana stay dekat sini, takde orang lain. Tenang dan aman je. Rasa macam kita punya je pantai tu.
Percutian pertama Syakir |
2 ketul ni lah yang paling seronok. Dapat main pasir, mandi laut, berlari-lari sana sini macam tak ingat dunia.
Dekat sini korang boleh buat BBQ sebab ada port BBQ disediakan lengkap dengan semua kemudahan. Harga sewa port ni berbeza. Untuk guest yang check in harga dia RM100, manakala untuk guest luar RM250. Ni kalau bercuti ramai-ramai memang syok berBBQ sambil layan view laut.
Bagi yang tak plan nak BERBBQ, korang boleh je order makanan dekat restoran belakang chalet tu. No whatsapp dia ada dekat pintu bilik. Scan je code yang tertera, nanti akan keluar list menu yang ada. Nak minta dorang hantar terus ke bilik pun boleh. Free je, takde caj penghantaran. Ana malam pertama beli dekat restoran seberang jalan sebab restoran belakang ni tutup. Malam kedua baru makan dekat sini. Order menu siap-siap dan bagitau pukul berapa nak datang. So far makanan dekat sini semua sedap-sedap. Kalau breakfast wajib beli nasi dagang. Puas hati 2 hari dapat makan nasi dagang. Hehe.
Dalam best bercuti dekat Chalet Murah Tepi Laut di Kuantan - Mutiara Seaview Resort ni, ada satu perkara yang Ana ralat. Antara sebab utama Ana pilih untuk stay dekat sini selain dari lokasi chalet yang berhadapan dengan laut ialah adanya aktiviti ATV dan berkayak. Tapi sedih masa Ana stay sini, aktiviti tu tak available sebab katanya owner outstation. Maka berhuhu lah kitorang.
Tapi kalau korang nak sangat main aktiviti tu, korang boleh je ke Pantai Batu Hitam yang terletak kira-kira beberapa minit je dari lokasi chalet. Best juga lepak dekat sini. Macam-macam aktiviti ada. Gerai-gerai makanan pun banyak.
Second day tu kitorang naik ke Teluk Cempedak. Saja jalan-jalan. Walaupun hari tu cuti umum, orang tak berapa ramai. Selesa je nak jalan. Cuma jambatan dekat tepi tu ditutup sebab ada kerosakan. So tak sampai separuh jalan dah kena patah balik. Tengok teluk ni teringat pengalaman bercuti dekat hotel tepi Teluk Cempedak ni beberapa tahun lepas. Syok sangat.
Disebabkan cuaca panas, kitorang decide balik chalet. Tapi sebelum tu nak isi perut dulu lah. Adik ipar Ana recommed try mee calong yang femes dekat Joe Mee Calong & Keropok Beserah sebab dah pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3.
Nak cari kedai ni senang je sebab terletak tepi jalan utama. Cuma nak parking tu susah sikit sebab kawasan parking yang disediakan agak limited. So korang kena parking dekat tepi-tepi jalan je.
Ada banyak menu berasaskan mee dekat sini termasuk rojak mee. Tapi kalau kata nak makan nasi, korang boleh order nasi kukus ayam atau daging berempah.
Bagi yang 1st time dengar nama mee calong ni, dia sebenarnya seakan-akan bakso sebab ada bebola ikan. Cuma bezanya mee calong ada kepingan tauhu. Dan bebola dia tu bebola ikan asli atau lebih tepat dia guna keropok lekor rebus. In fact air rebusan mee tu pun boleh rasa dari rebusan keropok lekor. Walau macam hanyir-hanyir sikit sup dia tapi bila makan dengan kicap dan sambal cili yang disediakan, sup tu jadi lebih sedap dan rasa hanyir berkurang.
Kredit : FB Joe Mee Calong & keropok Beserah |
Petang tu pula kitorang ke Pantai Batu Hitam. Memang happening dekat sini. Dapatlah Syafi dan Suraya naik mini tong train ni. RM5/orang untuk kanak-kanak dan RM10/orang untuk orang dewasa. Adalah dalam 10 minit train tu bawa dorang jalan-jalan menikmati view laut.
Dah sampai sini memang wajib lah bergambar. Unik nya dekat sini ialah batu-batu dia berwarna hitam. Sebab tu tempat ni dinamakan Pantai Batu Hitam. Tengok view dekat sini teringat Hyeopjae Beach di Jeju. Cuma batu-batu dekat sana berwarna hitam disebabkan letusan gunung berapi.
Esok dah kena check out. Kejap je rasa bila bercuti. Memang tak kan pernah rasa puas. Hehe. Sebelum check out, wajib sekali lagi bergambar di sekeliling chalet buat kenang-kenangan.
Sebelum balik KL, sempat singgah Pantai Sepat di Kuantan. Isi perut apa yang patut dulu. Lepas tu singgah Sedo - Sekilau Donat. Donat yang viral di Kuantan yang orang dok kata sedap dari Big Apple.
Kredit : FB Sekilau Bakery & Cafe |
Kredit : FB Sekilau Bakery & Cafe |
Bagi Ana, biasa je donat dia. Lembut lah juga. Tapi Ana rasa donut J.Co lagi lembut even simpan sampai besok. Tapi memang banyak pilihan donut dekat sini. Sampai rambang mata dibuatnya.
Percutian di Kuantan kali ni berakhir dengan donut Sedo. Moh ler memasing pulang ke sarang. Walaupun lemau nak masuk keje dan sekolah esok, apa boleh buat. Hadap je lah. Moh ler juga kumpul balik tabung travel untuk next trip. Hehe.
nampak cantik dan bersih chalet ni.. boleh consider nanti
ReplyDeletetenang saja pemandangannya
ReplyDeleteBaru semalam saya cakap dengan kawan pasal lama dah tak pergi pantai. Malam tadi mimpi pantai. Harini baca pasal pantai. Memang kena pergi ni :)
ReplyDelete