10Drs Probiotic Acne Series Atasi Masalah Kulit Berjerawat
10Drs Probiotic Acne Series Atasi Masalah Kulit Berjerawat l Assalamualaikum. Tahu tak yang badan kita mempunyai kira-kira 39 trilion sel mikrob hidup? Dan kebanyakannya hidup di dalam usus kita. Tapi jangan tak tahu yang mikrob ni juga hidup dalam kulit kita. Mikrobiom ni termasuk lah bakteria, virus dan kulat. Sebab tu kulit yang sihat mempunyai mikrobiom yang seimbang yang memelihara rintangan kulit.
10Drs Probiotic Acne Series Atasi Masalah Kulit Berjerawat
Manakala kulit yang mempunyai mikrobiom yang tidak seimbang akan menyebabkan rintangan kulit terganggu dan akhirnya kulit akan terdedah kepada kerengsaan dan alahan. Antara punca yang menyumbang kepada masalah ini ialah kulit berjerawat, PH kulit tidak seimbang, kelembapan kulit terganggu serta pancaran sinaran matahari ke dalam kulit.
Cara Atasi Masalah Jerawat Dengan
Ada beberapa cara untuk atasi masalah kulit berjerawat. Antaranya dengan amalkan pemakanan yang sihat, rajin bersenam, jalani kehidupan yang jauh dari tekanan serta mempunyai rutin penjagaan kulit yang betul.
Cakap tentang rutin penjagaan kulit ni, 10Drs Probiotic Acne Series antara produk yang bagus untuk atasi masalah jerawat. Produk 10DRs ini diformulasi dari bahan berasaskan tumbuhan, tidak berminyak serta mengandungi asid alfa hidroksi yang membantu menghaluskan dan mengelupas kulit secara lembut.
10Drs Probiotic Acne Series Berasaskan Tumbuhan
10DRs hanya menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang selamat untuk kulit wajah. Bahan-bahan yang digunakan pula merupakan bahan yang terbaik dalam merawat kulit berjerawat. Dan kesemua produk 10Drs Probiotic Acne Series mempunyai nombor notifikasi KKM.
Antara bahan utama yang ada di dalam produk 10Drs Probiotic Acne Series ialah lactobacillus - bahan probiotik tidak hidup yang dibuat melalui penapaian jus buah pir. Hasil penyelidikan menunjukkan penapaian ini berperanan membantu mengekalkan mikrobiom kulit yang sihat untuk melindungi kulit daripada bakteria penyebab jerawat
Bahan-bahan lain yang ada di dalam 10Drs Probiotic Acne Series adalah seperti di bawah :
1. Ekstrak Daun Melia Azadirachta (Neem)
- Emolien, antiseptik dan anti-jerawat
2. Niacinamide
- Bersifat anti-radang
3. Ekstrak Kulit Kayu Phellodendron Amurense
- Menghapuskan bakteria jerawat
4. Glycolic Asid
- Merangsang pertumbuhan kolagen, mengelupas dan melawan bakteria penyebab jerawat
5. Ekstrak Kulit Salix Alba (Willow)
- Mengandungi salicin (asid salisilik semulajadi) yang mempunyai ciri anti-radang yang sangat baik
- Tinggi dengan tanin, asid fenolik, flavonoid dan pelbagai mineral yang membantu menenangkan kulit dan membantu dalam penjanaan semula sel, menjadikan kulit wajah lebih muda dan segar
6. Ekstrak Akar Rehmannia Chinensis
- Meningkatkan metabolisme kulit dan mengubah komposisi sebum
- Kesan pelembab yang tinggi, lembut pada kulit dan bersifat antioksidan
7. Ekstrak Biji Glycine Soja (Kacang Soya)
- Mempunyai vitamin E yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan mengurangkan proses penuaan seperti kedutan dan garis halus
8. Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis
- Melawan tanda-tanda hiperpigmentasi, bintik-bintik gelap dan jumlah pigmentasi yang berlebihan pada permukaan kulit
9. Houttuynia Cordata Ekstrak
- Bersifat antioksidan, anti-bakteria dan anti-radang
5 Langkah Untuk Rawat Jerawat Dengan 10Drs Probiotic Acne Series
1. 10Drs Probiotic Gel Cleanser (NOT211201538K)
Mencuci muka merupakan langkah pertama dan penting dalam rutin penjagaan kulit. Kalau muka tak dicuci dengan sebaiknya, pakai lah produk yang terbaik pun tak kan berkesan sebab masih ada kotoran yang melekat pada kulit.
10Drs Probiotic Gel Cleanser bukan saja bertindak membersihkan kotoran dan sebum dengan baik, malah ianya mengandungi salicylic acid yang berkesan untuk merawat jerawat, membersihkan liang pori tersumbat serta menyingkirkan sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit. Ianya juga bertindak menghalang pembentukan bintik hitam dan putih, melegakan kerengsaan serta mengekalkan mikrobiom kulit yang sihat.
10Drs Probiotic Gel Cleanser juga mengandungi Niacinamide, AHA, BHA, Lactobacillus dan beberapa lagi bahan pengawal sebum yang membantu mengawal pengeluaran sebum kulit dan berfungsi membersih kulit dengan lembut dan berkesan.
2. 10Drs Probiotic Renewing Toner (NOT211200844K)
Langkah kedua dengan memakai toner. Ada yang berpendapat toner tak penting dalam rutin penjagaan kulit tapi kalau kulit korang jenis yang kering, better guna toner. Sebab kulit kering akan mudah mengalami keradangan dan seterusnya menyebabkan munculnya jerawat.
10Drs Probiotic Renewing Toner mengandungi 3 jenis AHA & BHA yang berfungsi memperbaiki tekstur kulit, memudarkan bintik hitam akibat kesan jerawat dan mengimbangi tahap PH kulit untuk penyerapan produk yang lebih baik dalam rutin penjagaan kulit yang seterusnya.
10Drs Probiotic Renewing Toner juga bertindak membuang sel kulit mati, mengecilkan liang pori yang terbuka semasa rutin mencuci muka, meratakan tona kulit, membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, mengawal pengeluaran sebum serta bantu mengekalkan mikrobiom kulit yang sihat.
3. 10Drs Probiotic Gel Hydrator (NOT211200846K)
Langkah ketiga untuk merawat kulit berjerawat adalah dengan menggunakan gel untuk memastikan kulit kekal lembap.
10Drs Probiotic Gel Hydrator berfungsi meningkatkan tahap penghidratan kulit dengan berkesan, melindungi kulit daripada bakteria jahat dengan probiotik tambahan dan meningkatkan keupayaan semulajadi kulit kekal terhidrat dari masa ke semasa.
Gel yang berasaskan air ini bertekstur tidak melekit pada kulit dengan water-lock technology ini juga mampu mengawal pengeluaran sebum, menguatkan rintangan kulit serta mengekalkan mikrobiom kulit yang sihat.
4. 10Drs Probiotic Acne Cream (NOT211200845K)
Lepas pakai gel hydrator dan kulit pun jadi lembap, boleh apply 10Drs Probiotic Acne Cream.
Krim ni bertindak membunuh bakteria penyebab jerawat, mengeringkan jerawat yang meradang dengan pantas, melegakan kerengsaan pada kulit, cegah dari jerawat berulang dan juga mengecilkan liang pori yang terbuka.
5. 10Drs Probiotic Sun Protector (NOT211200847K)
Akhir sekali, jangan lupa apply sun protector even duduk dalam rumah sebab cahaya matahari masih boleh tebus masuk ke dalam. Sinar biru dari gajet seperti komputer dan telefon pintar juga boleh merosakkan kulit wajah.
10Drs Probiotic Sun Protector dengan SPF30 PA+++ mampu melindungi kulit dengan baik dari bahaya sinar matahari dan juga sinar biru dengan memantulkan cahaya tersebut dari menembusi ke dalam kulit.
Pelindung matahari 10DRs ni bersifat non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori), bertekstur ringan dan berfungsi mencegah jerawat.
Sesuai Untuk Kulit Normal hingga Kulit Berminyak
Pada yang tertanya, orang kulit normal boleh ke guna 10Drs Probiotic Acne Series ni? Eh boleh je. Bukan orang yang kulit berminyak je boleh guna. Orang yang kulit normal, kering pun boleh. Selain dari yang ada masalah jerawat, korang yang ada masalah tona kulit tidak sekata dan pori tersumbat pun sangat digalakkan untuk guna produk 10Drs Probiotic Acne Series ni.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang 10Drs Probiotic Acne Series atau produk-produk di bawah jenama 10DRs, korang boleh follow akaun media sosial 10Drs. Untuk pembelian pula korang boleh beli secara atas talian melalui 10DRs Mall di platform Shopee dan Lazada.
No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤