JOBJOM Sedia Menggegarkan Pasaran Pekerjaan Online, Tingkatkan Nisbah Kerja



JOBJOM sedia menggegarkan pasaran pekerjaan online, tingkatkan nisbah kerja




Kuala Lumpur, 12 April 2022 - Laman web kerja JOBJOM yang baru dilancarkan adalah portal perkhidmatan atas permintaan yang menyediakan penyelesaian untuk majikan (employer), pencari kerja (jobseeker) dan pekerja bebas (freelancer). Ia percaya bahawa semua pencarian kerja atau pekerja tidak seharusnya dihadkan oleh kekurangan pilihan atau dihalang oleh ekonomi atau kos. JOBJOM beriltizam untuk melakukan perubahan dan menjadi pilihan utama untuk employer, jobseeker dan freelancer di Malaysia.



Penyelesaian JOBJOM didedikasikan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh ketiga-tiga pihak tersebut. JOBJOM didorong oleh sasaran tinggi yang mengujakan untuk mencapai kadar pekerjaan 100% di Malaysia untuk setiap employer, jobseeker dan freelancer dalam komunitinya. Ia percaya bahawa penyelesaian onlinenya ditawarkan pada masa yang tepat dan akan diterima baik oleh masyarakat kerana peralihan tabiat ke online telah dipercepatkan oleh pandemik global.


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan pada Januari 2022 bahawa nisbah pekerjaan kepada populasi adalah 66.2%. Statistik yang menunjukkan keupayaan sesebuah ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan ini boleh dipertingkatkan dan JOBJOM menyasarkan untuk menjadi pemangkin terhadap pertumbuhan yang lebih baik.


“Pasaran pekerjaan perlu berubah!”, Encik Will Ong, Pengarah Partnership berkata, mempercayai bahawa JOBJOM ada sesuatu untuk orang ramai.


“Kami mencabar status quo dengan menawarkan pilihan kepada employer, jobseeker dan freelancer untuk keperluan mereka dan kami menantikan perjalanan yang menarik ini,” tambah Encik Lennon Chu, Pengarah Operasi.


Menurut data tahun 2020 oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), terdapat sejumlah 14.89 juta ahli, di mana 7.59 juta adalah aktif dan terdapat 534,398 majikan . Angka ini dijangka meningkat pada tahun 2023 dan Encik Ong percaya penyelesaian JOBJOM akan terbukti bermanfaat.



Majikan (Employer)



Memandangkan kebanyakan perniagaan Malaysia semakin pulih dari COVID-19, ramai mungkin memulakan semula usaha pengrekrutan, dan sedang mencari tenaga kerja untuk membantu perniagaan mereka maju pada kadar yang lebih baik dan lebih pantas.


Bagaimanapun, tidak semua kekosongan jawatan yang ada boleh disiarkan kerana syarikat – atau pengurus pekerjanya – perlu mempertimbangkan kos iklan yang tinggi bagi setiap jawatan kerja dan hanya jawatan kosong terpilih sahaja akan dimuat naik. Perkhidmatan mengrekrut lain untuk jawatan yang lebih tinggi pula mungkin melebihi bajet syarikat - situasi biasa sebelum pandemik juga. Senario permintaan melebihi bekalan ini boleh menjadi punca kekurangan pekerjaan di pasaran.


JOBJOM menjemput semua syarikat untuk menyertai komuniti employer-nya. Pendaftaran adalah percuma dan ia sentiasa PERCUMA untuk menyiarkan pekerjaan di JOBJOM. Komuniti employer akan mempunyai penyelesaian one-stop yang mudah tanpa yuran atau caj tersembunyi berserta akses penuh ke Pusat Sumber (Resource Centre) yang mengandungi maklumat sumber manusia yang relevan. Kandungan Resource Centre akan dikemas kini dari masa ke semasa dan akan kekal dapat diakses sepenuhnya oleh akaun berdaftar.


Ciri TalentMore JOBJOM - yang berbayar dan layan diri - membolehkan employer proaktif mencari bakat. Employer boleh menjadi “headhunter” secara sendiri dengan hanya RM7.50 bagi setiap profil bakat; jauh lebih murah berbanding apa yang biasa dicajkan oleh perekrut.


●Daftar sebagai Employer >> https://www.jobjom.com/register-as-employer/



Pencari Kerja (Jobseeker)


Dengan yuran pendaftaran nominal masa terhad hanya sebanyak RM9.90 setahun, jobseeker mempunyai akses kepada semua peluang pekerjaan dan juga Hab Pengetahuan (Knowledge Hub) dan Pusat Muat Turun (Download Centre) JOBJOM. Ini membekalkan calon maklumat untuk temuduga, atau petua untuk penambahbaikan resume dan surat iringan. Kandungan yang boleh diakses juga akan sentiasa dikemas kini dan akan kekal dapat diakses sepenuhnya oleh akaun berdaftar – faedah yang hanya tersedia di JOBJOM kerana platform lain mengenakan bayaran untuk akses setiap kandungan.


Jobseeker juga boleh disenaraikan dalam database TalentMore menandakan mereka sedia untuk dicari dan direkrut oleh majikan.


Selepas berdaftar dengan JOBJOM, jobseeker boleh mengongsikan pautan unik untuk meningkatkan database dan mendapat ganjaran. Chu berkata hasil daripada laman web akan dikongsi atau dilaburkan semula ke dalam platform supaya lebih ramai jobseeker dapat meraih faedah, kemudahan dan sumber yang ditawarkannya. JOBJOM percaya kaedah perkongsian komuniti ini membolehkan orang ramai berusaha ke arah matlamat bersama untuk Malaysia yang lebih baik.


●Daftar sebagai Jobseeker >> https://www.jobjom.com/register-as-jobseeker/



Pekerja Bebas (Freelancer)


JOBJOM juga merupakan portal perkhidmatan atas permintaan dengan penyelesaian untuk menampung ekonomi gig - suatu model ekonomi yang bergantung kepada freelancer yang menawarkan perkhidmatan berdasarkan kemahiran, atas permintaan, kontrak jangka pendek atau fleksibel. Industri ini biasanya melibatkan generasi muda yang celik teknologi, yang berhubung dengan bakal pelanggan melalui platform online.


Suatu laporan berita tahun 2021 menyatakan bahawa terdapat hampir empat juta pekerja freelance di Malaysia dan angka itu semakin meningkat apabila orang ramai beralih kepada platform digital untuk mencari rezeki setelah kehilangan pekerjaan akibat pandemik.


JOBJOM menawarkan model berasaskan iklan mereka untuk freelancer dengan harga serendah RM0.50 sehari. Freelancer boleh memaparkan kepakaran mereka bakal pelanggan boleh menghubungi freelancer berdaftar secara terus. JOBJOM tidak akan mengenakan caj terhadap sebarang transaksi.


●Daftar sebagai Freelancer >> https://www.jobjom.com/register-as-freelancer/


Secara kesimpulannya, JOBJOM mengambil berat dan berusaha melakukan perubahan, dan mempercayai jobseeker harus segera merebut peluang ini. Dengan perkongsian pautan unik antara rakan-rakan jobseeker, JOBJOM berharap dapat menyatukan penggunanya dan memanfaatkan semua orang ramai. “Dengan berbuat demikian, kita boleh mengatasi sebarang cabaran – pandemik atau tidak – melalui hubungan dan penjagaan sesama komuniti. Kami yakin JOBJOM dapat menawarkan sesuatu untuk anda tanpa mengira anda employer, jobseeker mahupun freelancer,” kata Encik Lennon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jobjom.com.



Mengenai JOBJOM


JOBJOM (Agensi Pekerjaan JobJom Sdn Bhd ialah sebuah agensi pekerjaan swasta yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia) merupakan laman web kerja dan portal perkhidmatan atas permintaan terkini di pasaran, dan beriltizam untuk menjadi pilihan utama employer, jobseeker dan freelancer. Penyelesaiannya didedikasikan untuk employer, jobseeker dan freelancer dan JOBJOM berhasrat mencapai kadar pekerjaan 100% di Malaysia untuk setiap employer, jobseeker dan freelancer dalam komuniti mereka.


Penyelesaian JOBJOM termasuk ;


● Tiada bayaran atau caj tersembunyi untuk employer menyiarkan jawatan kosong dan ciri TalentMore membolehkan employer mengambil peranan “headhunter” untuk mencari bakat terbaik.


● Akses penuh kepada jawatan kosong untuk semua jobseeker, dan akses kepada sumber di Knowledge Hub dan Download Centre setelah selesai berdaftar. Pada masa yang sama jobseeker boleh disenaraikan dalam database TalentMore, sedia untuk dicari dan direkrut oleh majikan.


● Freelancer boleh dihubungi secara langsung oleh bakal pelanggan dan tidak dikenakan sebarang caj transaksi oleh JOBJOM.

JOBJOM Sedia Menggegarkan Pasaran Pekerjaan Online, Tingkatkan Nisbah Kerja Reviewed by Ana Suhana on April 12, 2022 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.