Senarai Blogger Terbaik Malaysia 2022
Senarai Blogger Terbaik Malaysia 2022 l Assalamuaialaikum. Tahun ni merupakan tahun ke-6 Ana aktif sebagai blogger. Tapi kalau ikut umur, blog ni dah hampir cecah 11 tahun dah. Cuma 5 tahun pertama Ana off agak lama sebab tuntutan kerja yang sangat padat.
Senarai Blogger Terbaik Malaysia 2022
Ana start aktif berblog pada hujung 2016. Tu pun sebab tetiba rasa nak share tentang trip backpackers ke Korea. Semangat nak share tu terus buat Ana keep on updating blog sampai lah hari ni. Dan tak disangka, dari blog Ana boleh jana income walau tak seberapa. Lepas lah buat belanja itu ini. Alhamdulillah.
Pada awalnya Ana berblog dengan niche food & travel. Sebabnya masa tu Ana suka nak share pengalaman Ana jalan-jalan cari makan di Malaysia ni. Kemudian up pula dengan artikel-artikel percutian kami dalam Malaysia dan juga luar negara.
Masuk tahun 2017, Ana pelbagaikan lagi artikel untuk blog ni. Dan niche pun lebih kepada lifestyle blog sharing. Ana mula share artikel tentang resipi-resipi, beauty & health, parenting and Islamic sharing knowledge.
Sejak aktif berblog, banyak benda yang Ana belajar and even sampai sekarang, terlalu banyak lagi benda nak kena explore. Nak dengan tak nak je. Mujur ada kawan-kawan blogger yang sporting dan suka share ilmu tentang blog. So Ana sentiasa update dengan ilmu-ilmu yang baru. Kalau nak survive sorang, memang tak ke mana lah jawabnya.
Cakap pasal kawan-kawan blogger, kali ni Ana nak share dengan korang beberapa blogger terbaik 2022 yang sangat baik hati dan suka berkongsi ilmu. Jom berkenalan dengan dorang.
1. Sis Hawa | Blog Lifestyle Penuh Informasi
Blog ini berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa.
Siti Awadah lebih dikenali sebagai Sis Hawa. Seorang ibu kepada 6 orang anak , 5 lelaki dan yang bongsu perempuan. Ramai baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger sepenuh masa.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- hubungan cinta dan perkahwinan
- himpunan doa amalan harian
- resipi
- tips parenting
- info ibu hamil, bersalin dan penyusuan
- tips kediaman
- panduan berblog dan Adsense
- informasi semasa dan banyak lagi
Sis Hawa juga merupakan founder untuk team Blogggers Malaysia Biters.
2. Zaza Azman | Lifestyle Blogger
Dikenali sebagai Mama Monsta. Lebih selesa untuk menulis Blog berbahasa inggeris. Mempunya sepasang anak dan surirumah sepenuh masa.
Blog versatil untuk berkongsi mengenai makanan dan tempat2 makan menarik. Review barang2 kecantikan dan kesihatan. Suka kongsi mengenai hal perkembangan anak2, general knowledge dan tips2 kehidupan . Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.
3. Netty Ah Hiyer | Dari Wartawan Majalah menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan
Sebelumnya menulis untuk majalah Mingguan Wanita, dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita.
Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan famili dan tiga orang anak. Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.
4. Rinazul | Lifestyle Entrepreneur Blog
Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.
Sis Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan cetusan Blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.
Ramai baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan tips usahawan.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- Ilmu Agama
- Makanan Sunnah
- Tips Pemakanan
- Tips Kesihatan
- Tips Bisnes
- Barangan Rumah
Boleh lihat juga di pengenalan:
https://www.rinazul.com/p/pengenalan.html
5. Azlinda Alin | Full Time Blogger dan Full Time Entrepreneur
Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang ibu muda dengan anak 3.
Bergiat dalam bidang blogging kerana minat berkongsi dan rujukan sendiri di masa akan datang. Antara kisah yang sering di tulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food.
Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial yang lain seperti di Facebook, Instagram dan Tiktok
6. Bonde Zaidalifah
Blog ini berkisarkan kehidupandan gaya hidup seorang wanita yang mempunyai kerja tetap, mempunyai minat yang sangat mendalam sebagai penulis di blog. Bonde merupakan seorang penulis separuh masa.
3 in 1 family : Keluarga kecil Bonde di hiasi dengan Suami dan Seorang Puteri yang menjadi tulang belakang, sumber inspirasi dan idea penulisannya.
Blog Bonde berkaitan informasi Lifestyle, Parenting, Resepi, Tips, Info Semasa, Novel, Drama, Travel.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- himpunan doa
- tips kesihatan
- review produk
- informasi semasa dan banyak lagi
Selain berblog Bonde juga aktif di media social facebook, Instagram dan Tiktoks.
7. Shalimar | Lifesytle Blogger
Bekerja sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya mata.
Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai perkongsian. Kebanyakan tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review barangan. Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah & berkaitan pencegahan dadah.
8. Atul Hamid | Mommy blogger suka berbines
Blog atulhamid.com kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata.
Pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai kerjaya.
Atul kini merupakan seorang business leader yang mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Atul hanya melakukan bisnes online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee
Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna kepada anda semua
9. Bebelan Cik Min | Travel, Food, Beauty & Lifestyle
Blog mengenai Travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review juga blog penuh informasi
10. Zati Salim | Lifestyle Blogger
Blog mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua. Dan juga memberikan info kepada para pembaca.
11. Mamy Syu | Lifestyle Parenting
Mommy Blogger Malaysia - perkongsian pengalaman jaga anak dengan cara mudah,tip susu badan,review menarik,resepi sedap,lifestyle suami isteri dan vaksin
12. Hafiza Aizzawa | Beauty and Lifestyle Blogger
Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata.
Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak, resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.
Oleh kerana banyak menerima tawaran review di IG, kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga. Juga merupakan media influencer yang aktif di FB, IG dan Tiktok.
13. Abam Kie
Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya. Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam. Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.
14. Raydah Alhabsyi
Her Life Her Style. She’s a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from Uitm who blogs about lifestyle and casually updates about food.
15. Mamapipie
Seorang working mom blogger yang pada mulanya ingin menyimpan kenangan anak membesar di blog. Akhirnya berasa seronok dan menjadi satu hobi. Suka bercerita tentang travel, makanan, parenting, family, islamik, lifestyle dan macam-macam lagi.
16. Cikza Mohmad
Seorang pejuang SLE dan Garis Dua. Berkongsi tentang perjalanan kisah seorang pejuang SLE almost hampir 13 tahun dan juga hampir 5 tahun tidak pernah putus asa untuk dapatkan Garis dua selepas pengalaman Kandungan luar rahim 4 tahun lepas.
Cikza.com cetusan idea untuk berkongsi tips bermanfaat buat semua, tempat-tempat makan menarik dan lain-lain.
Tu lah dia antara senarai blogger terbaik Malaysia 2022. Sebenarnya ada ramai lagi cuma kali ni Ana share beberapa orang ni je. So jom lah korang berkenalan dengan blogger-blogger ni semua. Ramai-ramai kita terjah blog mereka.
semua dalam senarai ni dah follow.. diorang memang terbaik dalam berkongsi pengalaman.. akak masih simpan angan-anagan nak jadi blogger terbaik yang berkongsi informasi jugak..
ReplyDeleteAlhamdulillah boleh terjah ni.
ReplyDelete