Live Session Percuma - Dr Azizan Osman Nak Kongsi 10 Cabaran Kritikal Perniagaan Tahun 2022
Live Session Percuma - Dr Azizan Osman Nak Kongsi 10 Cabaran Kritikal Perniagaan Tahun 2022 l Assalamualaikum. Berita gembira buat semua pemilik perniagaan yang masih struggle nak naikkan bisnes pada zaman pandemik ni, Dr Azizan Osman Bakal Kongsi 10 Cabaran Kritikal Perniagaan di live session secara percuma pada setiap hari Ahad jam 8 pagi sepanjang Februari 2022 ini di group telegram beliau.
Live Session Percuma - Dr Azizan Osman Bakal Kongsi 10 Cabaran Kritikal Perniagaan Tahun 2022
Siapa tak kenal RichWorks International kan? Sebuah syarikat multinasional yang terkenal atas penganjuran seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Seminar RichWorks merangkumi bidang pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.
Sepanjang penubuhan RichWorks International bermula pada tahun 2008, pelbagai pengiktirafan antarabangsa telah diterima. Bukan tu saja, RichWorks juga telah memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik mereka adalah pada tahun 2020 di mana seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.
RichWorks Sumbang Pada Masyarakat
RichWorks bukan saja berjaya bantu ubah nasib para usahawan dari zero ke jutawan, malah mereka tak lupa untuk menyumbang kepada masyarakat. Antara sumbangan RichWorks ialah dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk anjuran program-program percuma, business bootcamp, RichWell dan banyak lagi. Kejayaan program tajaan RichWorks terbukti apabila hampir 605,000 orang dari 13 program keusahawanan yang ditawarkan berjaya dibantu.
Selain itu, RichWorks melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) turut menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bermula Julai 2021, RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM501,497 untuk disalurkan kepada lebih 2,000 buah keluarga di seluruh Malaysia.
RichWork juga bersama ahli Titanium & Spire telah menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban yang lepas serta menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena sambutan Maulidur Rasul.
RichWorks Terus Maju Bersama Dr Azizan Osman
Hebatkan RichWorks?? Tapi tanpa tunjang utama yang hebat, tak mungkin RichWorks boleh berjaya pergi sejauh ini. Semuanya bermula dengan sesusuk tubuh yang bernama Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia memulakan kariernya secara sederhana. Kini, hasil kejayaan yang dilakar, beliau diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.
Sejak penubuhan RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah berjaya bantu lebih daripada 700 ribu peserta melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan di dalam setiap program yang dianjurkan. Dr Azizan juga telah menulis lebih daripada 10 buah buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.
Tidak hairan bila setiap perkongsian di media sosial beliau menjangkau puluhan ribu setiap minggu. Sebab tu beliau dianggap sebagai influencer yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.
10 Cabaran Kritikal Perniagaan Yang Perlu Usahawan Tahu
Pandemik yang melanda 2 tahun kebelakangan ni telah mengubah arah pemasaran dunia perniagaan. Jangan terkejut bila banyak perniagaan yang tersungkur akibat pandemik ni. Walaupun tahun 2022 dilihat sebagai tahun terbaik untuk boost perniagaan kerana telah banyak kelonggaran diberi, namun para usahawan perlu ingat, terdapat 10 cabaran kritikal perniagaan yang perlu dihadapi oleh mereka!
Kadar Inflasi Jejas Trend Perniagaan
Menurut pemerhatian Dr Azizan Osman dalam tempoh 2 minggu yang lalu, beliau menyaksikan banyak perkara yang berlaku.
Antaranya sentimen pasaran dan kadar inflasi yang telah jangka sejak Ogos 2021. Ini dapar dilihat dengan kenaikkan harga barang antara 30% hingga 100% baru-baru ini.
Sebab itu Dr Azizan tegaskan betapa kritikal untuk para usahawan ada kesedaran ini!!
Tahun 2022 Bukan Tahun Mudah!!
Dr Azizan berkata, peniaga Cina yang besar turut terkesan dengan pandemik yang melanda dunia. Ini terbukti apabila ada banyak syarikat Cina kini sedang dalam proses penutupan, malah ada juga yang dah tutup tikar walaupun mempunyai kilang di China. Ini kerana mereka dah tak tahu apa yang perlu dibuat dan paling utama mereka tidak tahu tentang trend pemasaran, salah satu faktor penting dalam perniagaan.
Ini cerita tentang perniagaan besar. Cuba bayangkan nasib usahawan dari perniagaan kecil dan sederhana yang tergelut untuk survive?? Adakah mereka mampu bertahan dengan cabaran 2022 ni?? Apa lagi mereka yang baru nak menapak dalam dunia keusahawanan.
Usahawan Perlu Bergerak Agresif!!
Berdasarkan pengalaman beliau melihat trend perniagaan hari ini, beliau mendapati kebanyakan usahawan yang kekal sama dalam rutin perniagaan akhirnya akan 'mati'. Apa lagi usahawan-usahawan kecil yang terpaksa bersaing dengan usahawan lain yang lebih besar.
Ini kerana pasaran hari ini jauh berbeza dengan pasaran sebelum pandemik. Pasaran hari ini bergerak perlahan dan kebanyakan pembeli tidak agresif dalam berbelanja.
So kalau para usahawan bergerak lebih perlahan dari pasaran, maka perniagaan korang akan terkubur. Bayangkan kalau korang terpaksa berniaga dari bawah semula, apa yang korang perlu buat?
Live Session Dr Azizan Osman Nak Bantu Para Usahawan
Sejujurnya Ana rasakan perkongsian yang bakal dikongsi Dr Azizan perlu direbut oleh para usahawan yang nak tengok perniagaan mereka terus berjaya dan kekal dalam industri. Penting untuk korang faham dan betul-betul hadam 10 cabaran kritikal perniaagan pada tahun 2022 ni supaya korang lebih bersedia dengan langkah seterusnya. Lagipun perkongsian tersebut adalah percuma. Tak perlu keluarkan kos sesen pun!!!
Macam mana? Rasa nak ubah hala tuju perniagaan korang? Jom sama-sama sertai perkongsian Dr Azizan Osman dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official setiap hari Ahad jam 8 pagi sepanjang Februari 2022. Banyak perspektif tentang 10 cabaran perniagaan yang bakal beliau kongsikan. Untuk sertai live session tersebut, korang boleh klik link telegram di bawah ini :
Telegram Azizan Osman Official
Untuk maklumat lanjut tentang program-program yang bakal dijalankan, korang boleh layari laman web atau media sosial RichWorks dan Dr Azizan Osman seperti di bawah :
Website l Facebook l Instagram
Terbaik usaha yang di Beri oleh RichWork kepada semua yang ingin majukan perniagaan yang penuh cabaran di tahun 2022
ReplyDeleteterbaikk RichWorks
ReplyDelete