Kedai Spek Mata Murah KL 2022 Eye Pro Vision, Habis Satu Keluarga Terjebak Buat Spek Baru!!!

Kedai Spek Mata Murah KL 2022 Eye Pro Vision, Habis Satu Keluarga Terjebak Buat Spek Baru!!! l Assalamualaikum semua. Baru-baru ni mak kata dia susah nak ngaji sebab mata dia dah start kabur bila nak baca dalam jarak dekat. So Ana terus plan nak bawa mak ke Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza.

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Kedai Spek Mata Murah KL 2022 Eye Pro Vision, Habis Satu Keluarga Terjebak Buat Spek Baru!!!


Memang kalau bab nak check mata atau buat spek mata, Ana tak pergi tempat lain dah. Memang ke sini je. Sebabnya Ana dah pernah buat spek dengan lens Alpha Blue 420 sebelum ni dekat sini. Memang puas hati sesangat. Dah lah murah, spek mata dia pula berkualiti dan tahan lasak. Siapa je yang tak suka kan??


Bila dah kata kedai viral, confirm-confirm akan ramai dengan pelanggan. So tips nak elak bersesak, korang datang masa weekdays atau kalau nak datang on weekend, datang dalam pukul 10 pagi. Masa tu korang boleh pilih cermin mata dengan tenang. Tapi kalau lewat sikit, kena tunggu turn lah sebab ada limit dalam satu-satu masa. SOP tetap kena jaga. In fact, korang akan diberi glove sebelum masuk untuk elak sebarang jangkitan.


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Sampai-sampai je terus cari William Chai, owner kedai spek mata murah Eye Pro Vision ni. Best deal dengan William sebab dia friendly ya amat dan sememangnya pakar dan berpengalaman dalam bab-bab spek mata ni. Dia akan suggest apa yang terbaik untuk mata kita. Tapi kalau kata William takde atau busy, staff Eye Pro Vision yang lain pun boleh assist korang. Dont worry lah sebab dorang dah well-trained. Semua persoalan korang dorang boleh jawab.


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Memula William check mata mak Ana dulu. Periksa punya periksa, rupanya mata mak Ana ada katarak. William suggest mak terus dapatkan rawatan di hospital. Sebab tu yang terbaik buat masa ni. Kalau tak, boleh melarat nanti. Tapi biasalah, nak dapatkan appoinment di hospital goverment kan take time. So mak nak juga buat spek mata sementara untuk bolehkan dia mengaji. And William buatkan mak satu reading glass khas untuk dia membaca. Apa lagi, suka lah hati Cik Esah dapat spek mata baru.



Spek Mata Baru Dengan Lens Alpha Blue 420


Bab spek mata mak dah selesai, then Ana dan suami tergerak hati nak check mata juga. Alang alang dah sampai kedai spek mata murah KL Eye Pro Vision ni kan. Check je lah pun. Lagipun Ana dah dapat rasa power Ana dah naik sebab bila nak baca jauh, ada tulisan yang Ana tak nampak jelas. En Suami pun alami masalah yang sama. Moh ler kita check sama-sama.


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Seperti yang dijangka, power dan silau Ana naik sikit. En Suami pula hanya power je naik, silau dia takde. Apa lagi, terus lah kitorang decide buat spek mata baru. Macam spek mata yang lepas, kitorang amik spek dengan lens Alpha Blue 420 juga kali ni. 


Apa kelebihan lens Alpha Blue 420 ni? 


Haa memandangkan Ana dan En Suami kerja memang kena hadap komputer dan telefon dalam jangka masa yang panjang, cermin mata dengan lens Alpha Blue 420 sangat sesuai untuk penjagaan mata kitorang. In fact sangat sesuai untuk kegunaan para pelajar. 


Antara kelebihan lens Alpha Blue 420 ni ialah ianya direka khas 100% anti sinar biru dan ultra ungu untuk tapis silau dari gajet. So mata tak lah cepat rasa letih bila terlalu lama menghadap gajet atau komputer.


Spek lens Alpha 420 ni juga sangat sesuai para pelajar yang sekarang ni banyak belajar menggunakan gajet. Tu belum masuk waktu main game lagi kan. Risau juga bila dorang lama-lama hadap gajet ni. Tapi dengan lens Alpha 420 ni, as a parents kita tak lah risau dah sebab mata mereka sekurang-kurangnya dilindungi dari bahaya sinar biru. Lens Alpha Blue 420 juga tahan lasam dan tak mudah calar.


Selain tu,  lens Alpha 420 ni juga direka khas untuk tapis silau malam ketika memandu. Macam Ana sendiri alami masalah silau malam ni. Stress tau sebab kita tak boleh nak fokus masa memandu tu. Tapi lepas pakai spek lens Alpha 420 ni, mata Ana jadi lebih selesa semasa memandu. So that kita tak lah rasa stress atau terganggu bila terkena lampu kenderaan dari arah depan.



Spek Murah 1 Jam Siap!!! Servis Memang Tip Top


Korang kalau nak buat spek, memang Ana recommend datang ke kedai spek murah KL Eye Pro Vision ni. Dah lah harga dia murah kaw kaw, lepas tu ada lebih dari 2,000 design spek yang korang boleh pilih. Dari yang latest design sampai ke old school design, semua ada.


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Tapi biasalah kan, bila dah banyak sangat ni, boleh rambang mata dibuatnya. Kadang sampai tak tahu mana yang sesuai dengan bentuk muka kita. Lagi-lagi untuk akak-akak yang pakai tudung. Tak nak nampak kembang lah apa lah kan. Eh don't worry lah, sebab dekat kedai spek murah KL ni, dorang boleh bantu korang dapatkan spek yang sesuai dengan korang. Tengok muka korang je dorang dah tahu spek mana satu yang sesuai.


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Lepas tu, paling best bila buat spek mata dekat sini sebab servis mereka tip top. Dah lah semuanya berpengalaman dan peramah, masa untuk spek korang  siap pulak dalam masa 1 jam je. Kejap giler kan?? Tak yah dah nak tunggu sampai berhari-hari macam dulu-dulu. Jimat duit, jimat masa!!!


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Ni lah spek mata yang Ana dan en suami pilih. Lebih kurang sama je design dia kan... Baru lah sehati sejiwa orang kata. Gitchuw.


Tak Pasal-pasal 3 Minggu Berturut Datang Kedai Spek Murah KL Eye Pro Vision


Haa jangan terkejut baca. Memang tu lah kenyataannya. Sebab murah sangat harga spek dekat sini, tak pasal-pasal 3 minggu berturut Ana dok ke Eye Pro Vision ni je. 


First week tu, Ana buat spek mata untuk mak, Ana dan suami. Next week tu pulak, adik ipar Ana pula nak buat spek baru. Padahal dia baru je buat spek dekat area rumah kitorang ni. Tapi tak selesa katanya. Bila check dekat Eye Pro Vision, rupanya spek mata tu takde untuk silau. Menipu betul!!. Sabar je lah.


Tapi dekat Kedai Spek Murah Eye Pro Vision ni korang jangan risau sebab semua pekerja mereka jujur dan amanah. Takde nak sembunyi-sembunyi apa pun. In fact korang kalau nak setakat check mata je pun boleh. Kalau mata korang ok, takde pape masalah, dorang tak kan tipu suruh korang buat spek juga. Kalau nak survey harga lepas check mata pun boleh. Dorang tak paksa korang buat dengan dorang. Ana citer ni sebab benda ni berlaku depan mata Ana. 


So berbalik pada citer adik ipar Ana tu, bila kata mata dia ada silau, terus dia decide buat spek baru dengan lens Alpha Blue 420 juga dekat sini. Lepas siap dan pakai, puas hati katanya. Selesa pun selesa.


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Amacam, cun kan dia pakai spek mata baru tu. Sesuai sangat dengan bentuk muka dia. Even bertudung pun tak kembang dekat belah sisi tu.


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Few days lepas tu,  adik ipar belah suami Ana pun nak buat spek. Dia tak pernah check mata sebelum ni. Bila dengar Ana baru buat spek murah, dia pun nak buat juga. Tapi dia pergi sendiri je. Balik dari tu, dia terus text Ana kata memang puas hati buat spek dekat Eye Pro Vision tu. Banyak giler design dia kata. Harga jangan cakap lah. Murah sesangat even dia pilih spek yang tahan lasak dan tak mudah patah!!!


Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision

Kedai Spek Mata Murah KL Eye Pro Vision


Weekend tu pula, Ana sekali lagi ke Eye Pro Vision ni. Kali ni nak buat reading glass untuk ayah mertua pula. Memula risau juga sebab ayah mertua Ana ni cerewet sikit. Takut tak selesa bila dia pakai nanti. Tapi rupanya semua tak berlaku. Dia kata selesa sangat bila pakai. Dia pun terperanjat dengan harga spek dia tu sebab kalau kat tempat lain, boleh cecah ribuan ringgit. Fuhh lega bila dengar dia kata macam tu.


Harga Spek Mata KL Eye Pro Vision Dijamin Murah!!


Mesti korang tertanya-tanya kan harga spek mata dekat sini kan?? Murah sangat tu berapa kan???


Macam spek yang Ana, suami dan 2 adik ipar Ana buat tu, harga dia hanya RM125 je je. Ye betul, RM125 je sekali dengan bingkai dan lens Alpha Blue 420. Murah gilos kan??


Harga tu untuk power berapa pulak kan? Haa harga spek mata tertakluk pada power mata kita sebenarnya. Tapi jangan risau, kalau power atau silau korang tinggi, harga dekat Kedai Spek Murah KL Eye Pro Vision ni tetap yang termurah. Macam harga untuk Alpha Blue 420 yang kitorang buat ni boleh cover untuk power max 400 dan silau max 200. Kalau kat tempat lain dah cecah lebih RM500 tu.


So pada yang dok survey kedai spek murah di KL ni, Ana tersangatlah recommend korang ke sini. Confirm korang akan puas hati. Dah lah murah, pilihan spek mata pula banyak. Pekerja pun semuanya friendly dan berpengalaman. Korang mesti akan gembira punya lah.


Tapi kalau korang rasa was-was atau nak tanya apa-apa info tentang spek mata sebelum datang ke sini, korang boleh je call William Chai dulu di talian 016-3771304. InsyaAllah dia akan jawab. Kalau dia tak jawab, korang try lah semula sebab kedai dia sentiasa ramai orang. Takut masa korang call tu, dia tengah entertain client kan.


Bagi yang nak ke sini, korang boleh terus ke alamat di bawah ni. Ingat, datang awal tau. Dalam pukul 10 tu ok sangat dah. Nanti masa jumpa William, kata Ana recommend korang ke sana. Mana tau dapat special price lagi kan :).


Eye Pro Vision

G111, Ground Floor

Sungei Wang Plaza. KL.




 


Kedai Spek Mata Murah KL 2022 Eye Pro Vision, Habis Satu Keluarga Terjebak Buat Spek Baru!!! Reviewed by Ana Suhana on February 08, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. Memang murah bonde pun pernah buat dekat sini... best design bingkai lawa2

    ReplyDelete
  2. Memang kena pi buat la nanti ni...akak silaua dah teruk ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.