RichWorks Prihatin!! Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605K Usahawan Bangkit Semula
RichWorks Prihatin!! Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605K Usahawan Bangkit Semula l Assalamualaikum. Tahun 2021 merupakan satu lagi tahun yang sukar buat semua terutama para usahawan Malaysia. Tahun lepas bermula dengan isu pandemik yang masih belum reda dan penghujungnya diakhiri dengan musibah banjir yang melanda hampir seluruh negeri dalam Malaysia. Sedih. Sangat menyedihkan.
RichWorks Prihatin!! Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605K Usahawan Bangkit Semula
Memahami keadaan dan situasi tersebut, RichWorks - sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan tetap terus komited dan fokus dalam menyokong rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.
Siapa tak kenal dengan RichWorks kan. Sejak 2008, RichWorks telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi yang telah terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan sahaja.
Hebat kan? Ini menunjukkan takde yang mustahil untuk digapai apabila kita berguru dengan orang yang pakar dan laksanakan semua ilmu yang diajar.
Sebab tu visi RichWorks adalah untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Musibah Jadi Batu Loncatan Untuk RichWorks Terus Berjuang
Tahun 2021 menyaksikan kesukaran buat tunggak utama RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman apabila beliau dan 31 ahli keluarganya yang lain dijangkiti virus COVID-19 dan mengakibatkan beliau kehilangan ibu mertua yang disayangi.
Bukan itu saja, Dr Azizan sendiri bertarung dengan maut selepas doktor mengatakan bahawa beliau sudah tidak ada harapan lagi sekiranya tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Hanya Allah saja yang tahu perasaan beliau pada masa tu. Kita yang dengar ni pun dah takut, apa lagi badan yang merasai kesakitan tu semua kan.
Namun perancangan Allah mengatasi segalanya apabila kesihatan beliau semakin baik. Bagi beliau, ini merupakan peluang kedua diberikan Allah SWT yang seharusnya digunakan dengan sebaiknya untuk terus memberi manfaat tentang selok-belok keusahawanan dan perniagaan kepada masyarakat dan para usahawan khususnya.
Anjuran Program Percuma Mendapat Sambutan Hebat
Walaupun masih proses pemulihan, itu tak jadi penghalang Dr Azizan untuk terus bangkit dan komited dalam membantu orang ramai melalui program-program anjuran RichWorks Prihatin.
Kalau kita lah kan, lebih baik fokus pada diri sendiri dulu kan. Tapi bukan buat Dr Azizan. Semua ini dilakukan dengan tujuan untuk membuka jalan serta meningkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya mampu membina masa depan sebagai usahawan yang berjaya. Ini termasuk membimbing anak didik RichWorks yang terkesan sepanjang 2021 hingga mencapai kejayaan.
Maybe ada yang kata, alah cakap je lebih. Tapi habuk pun tarak.
Eh korang kena baca ni dulu.
Niat RichWorks untuk bantu rakyat Malaysia bukan omong kosong!!
Ini terbukti apabila Richworks berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk anjuran program-program percuma, business bootcamp, RichWell dan banyak lagi sepanjang 2021. RichWorks prihatin dalam memberi nilai kepada usahawan dan melihat kejayaan para usahawan.
Seramai hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada tahun lalu berjaya dibantu di mana dalam program tersebut, Dr Azizan telah memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam bidang keusahawanan.
Program RichWorks Diiktiraf Kerajaan Malaysia
Program percuma RichWorks Prihatin penuh dengan input berkualiti!! Bukan sekadar seminar biasa. YB Datuk Rina Harun sendiri turun padang bekerjasama dengan Richworks dan sudah pasti, ini kerana Richworks prihatin untuk meluaskan sasarannya dalam membantu ramai usahawan terkesan. Ia adalah salah satu cara untuk Richworks bantu rakyat.
Buktinya apabila salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut di dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
RichWell Terus Menyumbang Kepada Masyarakat
Tak cukup dengan program-program usahawan percuma yang dianjurkan, RichWorks melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) terus menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Richworks prihatin dengan situasi yang berlaku kepada masyarakat.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks - Radz Mohd, kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai 2021 telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 buah keluarga di seluruh Malaysia. RichWorks bantu rakyat!!
Pada bulan Disember 2021 yang lepas, Malaysia berdepan dengan musibah banjir yang teruk. Dan pejabat urusan RichWorks turut ditenggelami air semasa kejadian banjir tersebut. Dengan kejadian yang berlaku ini, mereka turut memahami struggle masyarakat kini.
Namun ini tak mematahkan semangat RichWorks malah menjadikan mereka lebih bersemangat untuk menyalurkan bantuan. Hasilnya adalah apabila RichWorks dan usahawan di bawahnya berjaya mengumpulkan sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dalam masa 24 jam bagi membantu mangsa banjir di Selangor. Richworks prihatin untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.
Menurut Radz lagi, selain dari sumbangan di atas, RichWork bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban yang lepas serta menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena sambutan Maulidur Rasul.
Mesti korang tertanya macam mana mereka boleh kumpul dan taja sumbangan sebanyak tu dalam masa singkat kan?? Jawapannya ada dekat bawah ni.
Peserta Mentoring RichWorks Berjaya Kumpul Hasil Jualan Sebanyak RM3.7b
Kejayaan menanti bagi yang kekal berusaha!!!
Disebalik musibah dan kepayahan yang melanda, hasil bimbingan dan latihan pembangunan usahawan berterusan dari Dr Azizan menyaksikan seramai 1,855 orang peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjaya mengumpulkan hasil jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion.
Dari jumlah tersebut, sebanyak 312 usahawan ahli Titanium berjaya hasilkan jualan sebanyak RM3.2 bilion. Manakala 519 ahli Spire dan 1,024 ahli Elite X masing-masing berjaya mengumpulkan sebanyak RM495 juta dan RM46.9 juta.
Selain itu, program bimbingan Spire turut berjaya membantu seramai 72 usahawan mencapai hasil jualan sebanyak RM1 juta pertama dalam masa setahun.
Bukan itu saja, 77 buah perniagaan di bawah bimbingan RichWorks berjaya mencapai jualan tahunan lebih dari RM10 juta, 5 buah perniagaan mencapai hasil RM50 juta ke atas dan 5 buah perniagaan lagi mencapai nilai jualan RM100 juta ke atas pada 2021.
Amacam, ternganga tak mulut korang tengok hasil jualan para usahawan RichWorks ni. Even pada tahun yang sukar. Dahsyat kan??
RichWorks Akan Terus Membantu Ramai Usahawan Untuk Berjaya
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Syukur atas segala kejayaan dan ujian yang dihadapi RichWorks sepanjang 2021 lalu.
Jom kita recap Perjalanan RichWorks dan sumbangan mereka sepanjangan 2021 dekat video di bawah ni.
Dari video tersebut, kita boleh nampak apa jua halangan yang melanda tak kan sekali mematahkan semangat dan misi Dr Azizan dan RichWorks untuk terus membantu para usahawan dalam membangun dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang. InsyaAllah.
Jom sama-sama kita doakan semoga usaha dan perancangan RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
Eh korang yang ada perniagaan atau baru nak berjinak dalam dunia perniagaan dan berimpian untuk berjaya seperti para usahawan RichWorks di atas, Ana sangat recommend korang join program-program anjuran RichWorks. Sebab ramai dah yang berjaya upgrade perniagaan mereka lepas join program Dr Azizan ni. Join yang percuma dulu kalau takde bajet. Nanti kalau dah makin berjaya, boleh lah plan next step dengan RichWorks. Tak gitu??
Tahun lepas ramai yang terkesan akibat pendemik virus covid 19 dan hujung tahun digemparkan banjir besar melanda... moga tahun ini kita semua dapat harungi dengan lebih baik InsyaAllah... Terbaik Richwork tetap prihatin dalam membantu selesaikan masalah rakyat Malaysia.
ReplyDeleteTahniah RichWorks..
ReplyDeletesyabas richworks keep up the good works
ReplyDeleteTahniah Richworks..kembali bangkit selepas hadapi kesukaran...
ReplyDeleteTerbaik RichWorks! Keprihatinan RichWorks sangat membantu dalam meringankan beban rakyat. Moga terus maju jaya!
ReplyDelete