Nak Cuti-cuti Malaysia? Tak Perlu Pergi Jauh, Staycation di KL Pun Dah Cukup Best Sambil Explore 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Nak Cuti-cuti Malaysia? Tak Perlu Pergi Jauh, Staycation di KL Pun Dah Cukup Best Sambil Explore 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur l Assalamualaikum. Hujung tahun semakin dekat. Confirm ramai yang masih ada baki cuti tahunan yang banyak kan? Masa ni lah nak guna cuti yang ada tu kan dengan pergi bercuti. Nak bercuti ni tak perlu pergi jauh-jauh pun sebenarnya. Yang dekat-dekat je pun dah cukup. Contoh paling mudah dengan staycation di KL.


Nak Cuti-cuti Malaysia? Tak Perlu Pergi Jauh, Staycation di KL Pun Dah Cukup Best Sambil Explore 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur


Percaya tak bila Ana kata yang ramai orang KL yang masih tak tahu ada banyak tempat-tempat menarik dengan aktiviti yang best untuk dilakukan dengan keluarga dan kawan-kawan. Sebab tu ramai yang suka bercuti di negeri-negeri lain. Padahal staycation di KL lah paling banyak tempat menarik untuk di explore. Tak percaya? Cuba baca senarai yang Ana buat dekat bawah ni.


Tempat -tempat Menarik di Kuala Lumpur


1. District 21


Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Siapa suka tengok rancangan Ninja Warriors dan teringin sangat nak rasa pengalaman yang sama, korang wajib datang sini. Dengan keluasan 70k kaki persegi, ada banyak aktiviti yang confirm mampu naikkan paras adrenalin korang seperti The Maze, Sky Trail, Power Station, Roller Glider, Go Pedal, Pump Track, Launch Pad, Free Fall, Low Ropes dan Tubby Ride.


Untuk kanak-kanak pun ada aktiviti yang sesuai untuk mereka. Tapi sebab terikat dengan prosedur MKN, hanya mereka yang berumur 18 tahun dan lengkap dengan 2 dos vaksin saja dibenarkan masuk. Tapi takpe, ada lagi satu tempat best untuk anak-anak yang korang boleh bawa. Tengok list di bawah ni.


2. Berjaya Times Square Theme Park

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur

Siapa kata datang Berjaya Times Square hanya untuk shopping dan makan-makan je. Bagi yang ada anak kecik, boleh bawa mereka berhibur di Berjaya Times Square Theme Park (BTSTP) - taman tema tertutup terbesar di Malaysia. 


Terdapat 12 jenis rides menarik di sini yang dibahagikan kepada 2 kawasan bertema berbeza iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden. Galaxy Station menawarkan permainan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih 13 tahun seperti Supersonic Odyssey, Spinning Orbit, Ooort's Express dan Dizzy Izzy. Permainan VR pun ada tau. Wajib cuba ni juga.  


Manakala Fantasy Garden pula menawarkan permainan yang lebih santai untuk kanak-kanak. Terdapat 8 rides yang berwarna-warni untuk keseronokan seisi keluarga seperti Crazy Bus, Buddy Go Round, Flying Bumble Bee, Botanic Drive, Molly-Cool's Swing, Fantasy Trail, Robo Crash dan Honey Bump.


3. Breakout Surreal Escape Experience 

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Kalau korang berangan nak jadi ala ala detektif, korang wajib bawa kawan-kawan korang ke Breakout ni. Lagi ramai lagi bagus. Dekat sini korang boleh uji tahap kecerdasan, kemahiran dan kerja berpasukan korang sebab korang akan dikurung di dalam bilik dengan senario yang agak menyeramkan. Dan salah satu cara nak keluar dari situ ialah dengan menyelesaikan teka-teki melalui klu-klu yang diberikan. Setiap sorang dari korang akan pegang watak yang berbeza seperti Healer, The Lightbringer, LockMaster, The Oracle dan banyak lagi. Setiap watak atau karakter ini mempunyai kuasa besarnya sendiri yang boleh digunakan untuk membantu korang menyelesaikan teka-teki tersebut.  Oh ya masa yang diberikan hanyalah sekitar 45-60 minit saja tau. 


4. Galeri Batik Jadi

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur

Siapa kata nak belajar mencanting batik kena pergi Terengganu. Tak perlu nak drive jauh-jauh. Dekat KL pun ada tau. Korang boleh bawa seisi keluarga terutama anak-anak ke Galeri Batik Jadi ni untuk merasai sendiri keseronokan mencanting batik sendiri. Dengar kata sekarang ni tengah ada promo lagi. Rugi kalau tak cuba.  Nak beli barangan berasaskan batik dan kraftangan pun ada. Best kan?


5. Little India Brickfields

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Jangan tak tahu, dekat KL pun korang boleh merasai suasana seperti berada di negara India. Di Little India Briekfields, korang boleh explore pelbagai benda yang berkaitan dengan seni, makanan dan budaya kaum India. Boleh shopping produk tekstil termasuk sari, rempah ratus India, kalungan bunga dan macam-macam lagi. Dah sampai sini jangan lupa pekena nasi daun pisang asli India dan lassi. Dengar kata lassi manggo dekat sini yang terbaik. Wajib cuba tu.


6. Pasar Seni KL

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Seronok sekali sekala bila dapat explore tempat sendiri. Dan Pasar Seni KL adalah tempat paling sesuai untuk korang play tourist kerana ianya merupakan pusat sehenti tradisi untuk produk seni dari Malaysia dan negara Asean. Confirm korang akan rambang mata bila tengok pelbagai jenis cenderamata yang dijual di sini. Ada barangan kraftangan, pewter, produk songket dan batik, ukiran kayu dan pelbagai lagi. Kalau dah penat berjalan dalam tu dan perut pun minta di isi, korang boleh lah menjamu selera di food court yang berada di tingkat atas.


7. The River of Life

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Kalau orang Korea bangga dengan The Cheonggyecheon River mereka, rakyat Malaysia pun kini boleh berbangga dengan kewujudan The River of Life yang terletak  di antara Dataran Merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Siapa sangka dekat Malaysia ada sungai yang cantik pada waktu malam dengan nyalaan lampu yang diiringi muzik yang bersesuaian. Dengan pantulan cahaya dari bangunan-bangunan berdekatan, tidak hairan lah bila The River of Life ni tersenarai antara 10 waterfront terbaik di dunia. Bangga tak??


8. Taman Burung KL


Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Bagi yang ada anak kecik, ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di KL ni. In fact lagi mudah bila ada anak kecik ni sebab dorang tak kisah kita bawa pergi mana-mana pun. Janji dapat bercuti dan tengok benda baru. Dan Ana suggest korang bawa mereka ke Taman Burung yang berkeluasan 20.9 ekar. Di sini terdapat lebih daripada 3,000 ekor burung tempatan dan luar negara daripada kira-kira 200 spesies yang berbeza.


Taman Burung KL dibahagikan kepada 4 zon iaitu Zon 1 dan 2 merupakan zon penerbangan bebas, Zon 3 ialah Taman Enggang dan Zon 4 adalah tempat di mana burung diletakkan di dalam sangkar yang berasingan dan terdapat kandang burung mini. Dalam banyak-banyak zon tu, Ana pasti anak-anak akan teruja di Zon 1, 2 dan 3 kerana di sini burung-burung dilepaskan bebas seperti habitat semula jadi mereka.


9. Planetarium Negara

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Anak-anak yang sedang membesar memang suka explore benda baru. Masa ni mereka akan belajar banyak benda. Nak tambah ilmu mereka tentang bidang astronomi, korang boleh bawa mereka ke Planetarium Negara - sebuah institusi pendidikan tidak formal dalam bidang Astronomi dan Sains Angkasa yang terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. 


Menarik tentang Planetarium Negara ni ialah seni binanya yang unik bercirikan seni bina Islam berinspirasikan pencapaian Astonomi dan Sains Angkasa semasa kegemilangan tamadun Islam. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diterokai oleh anak-anak melalui pameran angkasa, teater angkasa, balai cerap dan aktiviti di Stesen Mikrosatelit (9M2RPN).


Terbaru ada Kembara Simulasi di mana anak-anak boleh merasai pengalaman meneroka dan terbang ke angkasa lepas di dalam sebuah simulator kokpit dua tempat duduk dengan pergerakan tiga paksi dengan kebebasan pergerakan 360 darjah. Mesti mereka akan teruja untuk cuba akitiviti ini dan tak mustahil akan menjadi salah satu kenangan indah zaman kanak-kanak mereka.


10. KidZania KL

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Ni lagi satu tempat menarik untuk kanak-kanak. Ana berani jamin, bila dah masuk dorang mesti susah nak keluar balik. KidZania KL merupakan taman tema edutainment yang menggabungkan aktiviti pembelajaran dan hiburan di dalam replika bandar sebenar berskala 80,000 kaki persegi. Di sini kanak-kanak akan dipersiapkan dengan dunia sebenar pekerjaan di mana terdapat lebih dari 70 aktiviti dengan lebih dari 100 simulasi pekerjaan untuk mereka cuba. Setiap kerja atau tugasan yang berjaya diselesaikan, mereka akan dibayar gaji dalam mata wang KidZania di mana wang terkumpul boleh digunakan untuk beli barangan di kedai cenderamata nanti.


Staycation di Hotel-hotel Best di Kuala Lumpur


Macam mana, best kan tempat-tempat menarik yang ada di KL ni. Tu baru sikit. Ada banyak lagi sebenarnya yang ada di KL ni.


Bila cakap tentang staycation ni kan, tak lengkap rasanya percutian kalau tak menginap di hotel. Walau dapat check in sehari semalam pun dah kira best sangat dah tu. Lagi-lagi bila dapat luang bersama dengan keluarga atau rakan-rakan rapat. Dan kalau korang tercari-cari the best hotel in Kuala Lumpur, korang patut consider 5 hotel / villa di bawah ni. Confirm korang tak akan menyesal.


1. The Face Suite Kuala Lumpur 

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Terdiri daripada 200 unit bilik hotel berkonsepkan suite dengan reka bentuk dan perincian yang mewah dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang menakjubkan. Setiap suite mempunyai ruang berfungsi untuk bekerja atau belajar, ruang tamu moden dan bilik mandi en suite serta dapur kecil yang serba lengkap dengan perkakas moden.


2. The Majestic Hotel

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Tak perlu pergi sampai Melaka kalau rasa nak menginap di hotel dari bangunan bersejarah. Stay je di The Majestic Hotel KL di mana bangunan hotel ini merupakan seni bina kolonial yang dibina pada tahun 1932 dan mempunyai pelbagai sejarah dari zaman Perang Dunia Kedua. Sebab tu ianya telah tersenarai sebagai tapak warisan kebangsaan.


3. Berjaya Times Square Hotel

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Bagi yang tak puas bermain di Berjaya Times Square Theme Park atau geng mak-mak yang tak sempat nak shopping di bawah tu, korang boleh je stay di Berjaya Times Square Hotel. Setiap bilik hotelnya dihias indah dan dilengkapi dengan penuh kesempurnaan untuk memberi keselesaan mewah kepada para tetamu. 


4. Villa Samadhi

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Nak merasa bercuti seperti di Bali dengan kawan-kawan, korang boleh cuba check in di Villa Samadhi. Menarik tentang vila ini ialah reka bentuknya dibina berkonsepkan Tradisional Melayu seakan dengan konsep Bali. Villa Samandi menawarkan 21 unit vila kayu dan kaca yang sangat eksklusif serta kolam renang yang dikelilingi dengan kehijauan yang boleh di akses terus dari setiap vila. 


5. Sekeping Jugra

Tempat menarik dan hotel best di Kuala Lumpur


Seronok sekali sekala dapat berkumpul dengan ahli keluarga terdekat kan. Bila dah ramai ni semestinya perlukan penginapan yang luas dan selesa untuk semua orang. Jangan risau, korang boleh book Sekeping Jugra yang terletak di Jalan Klang Lama. Penginapan ini menawarkan lima buah bilik yang luas dengan kawasan halaman dan taman yang dijaga rapi serta kolam renang yang besar. Nak memasak semua boleh sebab ada dapur yang luas dan ruang makan luaran bersebelahan dengan kolam renang disediakan.


Nampak best sangat kan staycation di KL ni. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan baik untuk golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tak perlu nak drive jauh pun untuk berehat dan berseronok dengan yang tersayang. Yang penting dapat luangkan masa bersama dan rehat dari bebanan kerja seharian. Betul kan?


So pada yang merancang nak bercuti, selamat bercuti. Yang penting jaga SOP yang ditetapkan dengan jaga jarak selamat, sentiasa pakai mask bila di tempat awam, sentiasa basuh tangan dan pakai sanitizer ok. Stay safe everyone.


Nak Cuti-cuti Malaysia? Tak Perlu Pergi Jauh, Staycation di KL Pun Dah Cukup Best Sambil Explore 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Reviewed by Ana Suhana on November 23, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Lain kali boleh la ke KL ni. Banyak port best nih..

    ReplyDelete
  2. Good sharing Ana.. nanti sapa yang nak bercuti atau jalan-jalan boleh lah refer kat entri nie..

    ReplyDelete
  3. sesekali staycation kat bandar best gak ana

    ReplyDelete
  4. kak ana pun baru je cuti2 KL ni ana :) playing tourist kata orang :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.