Carver’s Nut Butters - 100% Semulajadi, Kini Dengan Sijil Halal
Carver’s Nut Butters - 100% Semulajadi, Kini Dengan Sijil Halal l Assalamualaikum. Siapa suka peanut butter, kita geng. Ana kalau bab peanut butter ni, Ana suka beli yang jenis kacang kasar tu. Bila makan, terasa biji-biji kacang dalam mulut kita. Memang syok. Korang pula suka peanut butter yang macam mana?
Carver’s Nut Butters - 100% Semulajadi, Kini Dengan Sijil Halal
Baru-baru ni Ana diperkenalkan dengan Carver’s Nut Butters - homemade peanut butter yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Actually Ana dah lama ushar jenama ni, tapi ragu-ragu nak cuba. Tapi bila tau yang jenama ni dah ada sijil halal JAKIM, Ana tak lepaskan peluang untuk cuba sendiri Carver’s Nut Butters ni.
Untuk pengetahuan korang, Carvers Nut Butters merupakan sebuah syarikat makanan artisan tempatan yang memfokuskan mentega kacang artisan berasaskan 100% dari bahan semulajadi dan organik. Ini bermakna kesemua produk Carvers adalah bebas dari sebarang bahan tambahan seperti gula, bahan pengawet, perisa tiruan, lemak trans dan juga minyak terhidrogenasi.
Carver’s Nut Butters Sesuai Untuk Semua Golongan
Disebabkan jenama ini menggunakan hanya bahan-bahan semulajadi dan organik, ianya sangat sesuai untuk dinikmati oleh sesiapa saja even untuk pesakit diabetes dan kanak-kanak sebab produk ni dihasilkan tanpa gula. Korang yang tengah pasang badan atau yang sedang amal diet tu pun boleh makan peanut butter dari Carvers ni sebab ianya vegan-friendly dan juga rendah indeks glisemik. Orang gastrik macam Ana pun boleh consume sebab ianya bebas gluten.
6 Perasa Peanut Butter Yang Super Sedap
Dah alang-alang nak cuba kan, baik cuba semua sekali. Betul tak? Yang pasti, mentega kacang kasar favorite Ana wajib dibeli. Ok jom kita tengok flavor apa yang ada.
1. Chunky Peanut Butter (Mentega Kacang Kasar)
2. Smooth Peanut Butter (Mentega Kacang Halus)
3. Almond Butter (Mentega Badam)
4. Chuncky Almond Butter (Mentega Badam Kasar)
5. Almond Butter with Organic Chia Seeds (Mentega Badam & Chia Seeds Organik)
6. Cashew Butter (Mentega Gajus)
Macam mana, cantikkan setiap botol butter ni. Berwarna-warni dan mudah nak identify setiap satu. Ni kalau dijadikan sebagai buah tangan pun sesuai. Mesti kawan-kawan atau family korang suka. Ana sendiri rasa excited bila dapat Carver’s Nut Butters dan Ana boleh bayangkan kalau orang lain pun dapat set yang sama, mesti dorang akan suka dan tak sabar nak cuba. Lagi-lagi bila ianya homemade, halal dan 100% daripada bahan semulajadi dan organik.
So far Ana dah rasa 3 perisa peanut butter ni iaitu Chunky Peanut Butter, Almond Butter with Organic Chia Seeds dan Cashew Butter. Ketiga-tiga ni Ana just sapukan di atas roti dan pancake sebab bagi Ana tu cara terbaik untuk Ana nikmati rasa sebenar peanut butter Carvers ni.
Sejujurnya, Ana sangat terkejut dengan rasa peanut butter ni sebab walaupun tanpa gula dan bahan tambahan yang lain, rasanya tetap sedap. Setiap satu mempunyai rasa yang berbeza. Malah rasa dia lagi sedap dari jenama yang Ana biasa makan tu. Dan dengan Carver’s Nut Butters ni, Ana boleh makan tanpa rasa bersalah sebab ianya bebas bahan tambahan.
Untuk Chunky Peanut Butter tu, as expected Ana boleh rasa tekstur kasar kacang di dalam butter tu. Bukan main banyak. Memang puas hati bila makan. Rasa peanut tu pun just nice, tak berlemak yang boleh sampai memuakkan tekak.
Untuk pengetahuan korang, Ana tak pernah cuba mentega kacang berasaskan badam dan gajus. So kira ni pertama kali Ana cuba. Dan Ana pilih untuk cuba Almond Butter with Organic Chia Seeds dan Cashew Butter.
At first, Ana tetap ada rasa ragu-ragu nak cuba sebab takut tak kena dengan selera. Tapi jangkaan Ana meleset teruk. Sedap yakmat rupanya butter badam dan gajus ni. In fact, rasa dia lebih ringan dari rasa peanut butter. Tapi tetap ada rasa creamy kacang tu. Ni kalau guna dalam menu overnight oat, salad atau campur dalam minuman, mesti lagi sedap dan menyerlahkan rasa menu kita. Soon Ana cuba lah juga.
Oh ya bagi korang yang beli Carver’s Nut Butters ni nanti, kalau nampak ada minyak yang terapung dan terpisah dari butter tu, jangan risau. Tu perkara normal sebab peanut butter ni tak ada pengemulsi di dalamnya. Apa yang korang perlu buat just kacau je macam biasa dah lepas tu korang dah boleh menikmati kesedapan dan keenakan Carver’s Nut Butters ni.
Overall Ana sangat berpuas hati dengan rasa Carver’s Nut Butters ni dan Ana sangat recommend untuk korang cuba sendiri. Serius memang sedap dan korang confirm tak kan menyesal. Walaupun harga dia agak mahal sedikit tapi disebabkan produk ni produk premium dan homemade, Ana sanggup untuk keluarkan duit dan beli lagi. Sebab ianya berbaloi dengan apa yang kita dapat.
So bagi korang yang berminat nak cuba sendiri keenakkan Carver’s Nut Butters ni atau nak hadiahkan buat yang tersayang, korang boleh dapatkannya di website di http://www.ilovecarvers.com/ atau laman sosial media mereka. Oh ya orang Singapura pun boleh beli juga. Pembayaran adalah secara atas talian sama ada melalui online banking, E-Wallet atau ATM banking. Jangan risau sebab pembayaran adalah 100% selamat.
Akak suka peanut butter yang ni...sedap..suka yang ada kacang2 kasar tu...sebab makan roti ada kacang crunchy
ReplyDeleteWah menarik nie Ana.. faveret anak-anak Kak Sue nie.. 😍
ReplyDeleteAda pelbagai ye jenis kacang mentega brand ni. Nak cuba mentega gajus la.
ReplyDeletesaya rasa ke enam-enam perasa butter ni mesti semua sedap.Dengan peanut yang kasar-kasar dan dah la tak ada sugar add memang bagus sangatlah bagi yang nak jaga permakanan.
ReplyDeleteada baca akak post kat fb, macam menarik je, yang chunky tu betul2 kasar kacang dia, rasa nak try yang chia seed tu macam best je
ReplyDeletememang sedap.. boleh meratah mcm tu jer.. makan dengan roti atau jadikan dalam bahan hidangan
ReplyDeleteI'm a big fan of peanut butter. And yes, I would like to try one of these peanut butter from Carvers. Thank you for sharing.
ReplyDelete