4 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Wajah Dengan UniSeri

4 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Wajah Dengan UniSeri l Assalamualaikum. Wahhh akhirnya UniSeri dah keluarkan produk terbaru mereka. Beberapa bulan lepas Ana ada share tentang 2 produk UniSeri iaitu serum dan CC cream. Tapi hari ni lengkap dah rutin penjagaan wajah produk UniSeri dengan pelancaran produk terbaru mereka iaitu pencuci muka dan toner.

4 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Wajah Dengan UniSeri


Bagi yang pertama kali baca tentang produk UniSeri ni, untuk pengetahuan korang, UniSeri merupakan rangkaian produk kecantikan wajah hasil penyelidikan UniKL Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET).


Menarik tentang UniSeri ialah dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang selamat dan berkesan tanpa sebarang bahan berbahaya. Dan salah satu bahan utamanya ialah bunga telang. Antara kebaikan bunga telang dalam rejim penjagaan kecantikan kulit wajah ialah :


A.  Membantu melembapkan kulit

B. Meningkatkan keseimbangan lipid

C. Menjadikan kulit cerah berseri

D. Membantu meredakan kegatalan dan iritasi kulit

E.  Mengurangkan kemerahan kulit akibat jerawat, kegatalan dan kulit kering

F. Melindungi kulit dari bahaya sinar UV

G. Menjadikan kulit awet muda dengan melambatkan kesan penuaan serta merangsang pertumbuhan kolagen



Produk UniSeri Bersaiz Travel-Friendly


Macam Ana bagitau tadi, UniSeri baru je lancarkan pencuci muka dan toner dalam set penjagaan kulit wajah mereka. Menjadikan  4 produk kesemuanya. Apa yang Ana suka tentang produk UniSeri ni selain dari bahan-bahannya yang selamat ialah saiznya yang travel-friendly. Mudah nak bawa ke mana-mana. Nak selit dalam handbag pun boleh sebab comel-comel saiz semuanya. Ok jom sekarang kita tengok 4 langkah mudah rutin penjagaan wajah dengan produk UniSeri ni. 



1. Blu Telang Daily Cleanser 


Seperti yang kita semua tahu, mencuci muka adalah langkah yang paling utama dalam rejim penjagaan wajah. Pemilihan pencuci wajah yang sesuai juga penting untuk pastikan kulit wajah kita benar-benar bersih dan bebas cela.


UniSeri Blu Telang


Blu Telang Daily Cleanser merupakan pencuci muka tanpa buih dan tanpa pewangi yang membantu membersihkan wajah dari sebarang kekotoran dan cela termasuk solekan ringan. Tak seperti pencuci muka yang lain, Blu Telang Daily Cleanser tidak mengeringkan kulit selepas digunakan dan kulit akan jadi lebih bersih, lembut dan cerah.


Blu Telang Daily Cleanser diformulasi dari bahan-bahan semulajadi dan selamat. Oleh itu, ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalamnya ialah :


1. Ekstrak Bunga Telang

Bertindak sebagai anti penuaan yang tinggi dengan anti oksida.


2. Aloe Vera

Bertindak mengecutkan jerawat serta mambantu melembapkan kulit


3. Vitamin C

Membantu merawat kulit kusam dan menjadikan tona kulit sekata dan cerah berseri


4. Ekstrak Sakura

Berfungsi sebagai agen anti penuaan


5. Ekstrak Buah Yuzu

Membantu merangsang pertumbuhan kolagen untuk menyamarkan garisan penuaan



2. Blu Telang Hydrating Toner


Ramai yang keliru kenapa perlu pakai toner lepas cuci muka. Ok macam ni. Walau bagus macam mana pun pencuci muka yang kita pakai tu, tapi kalau kita tak cuci muka dengan betul, sisi kotoran masih melekat di kulit. Dan penggunaan toner dapat bantu tanggalkan sisa-sisa yang berbaki tadi.


UniSeri Blu Telang


Antara fungsi utama Blu Telang Hydrating Toner adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. So toner UniSeri ini sangat sesuai untuk korang yang berdepan dengan masalah kulit  kering. Biasanya kulit kering ini terjadi kerana kandungan pH yang tinggi dan penggunaan Blu Telang Hydrating Toner dapat bantu imbangkan pH kulit korang tu


Selain tu,  Blu Telang Hydrating Toner juga berkesan mengurangkan pengeluaran minyak di kulit, menanggalkan sisa kotoran dan sel kulit mati, membantu mengecilkan pori-pori selepas aktiviti exfoliate serta membantu mengecutkan jerawat.


Penggunaan toner ini juga mampu membantu kulit menyerap segala kebaikan bahan-bahan aktif yang ada dalam setiap produk kecantikan yang digunakan selepas itu.


Blu Telang Hydrating Toner mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti :


1. Bunga Telang

Ejen anti penuaan yang tinggi dengan anti oksida


2. Bee Venom

Bertindak mempercepatkan pemulihan sel kulit rosak


3. Witch Hazemll

Memabantu mengurangkan penghasilan minyak di kulit, mengecutkan jerawat serta mengecilkan pori-pori.


4. Maricol S

Merupakan kolagen marine yang baik untuk melembapkan kulit



3. Blu Telang Rejuvenate Serum


Serum antara produk kecantikan yang penting dalam rejim penjagaan kulit wajah. Tak boleh skip kalau nak kulit yang sihat dan cantik. Ada beberapa jenis serum di pasaran tapi kebanyakkannya mempunyai tekstur yang sama cuma beza dari segi fungsi.


UniSeri Blu Telang


Blu Telang Rejuvenate Serum bertekstur ringan, tidak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit. Antara fungsi utama serum UniSeri ini ialah untuk membantu melembapkan kulit sepanjang hari. So that kulit kita tak akan kering dan kusam. 


Selain tu, Blu Telang Rejuvenate Serum juga berfungsi untuk mengecutkan jerawat dan menghalang jeragat, memudarkan parut-parut termasuk parut jerawat, mengecilkan liang pori, menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda serta menjadikan kulit lebih sihat, halus dan anjal.


Antara kandungan utama Blu Telang Rejuvenate Serum ialah :


1. Bunga Telang

Membantu menganjalkan kulit dan tinggi dengan antioksida


2. Hyaluronic Acid (HA)

Berfungsi sebagai ejen pelembap dan mencegah kulit dari kering


3. Arbutin

Mencerahkan parut jerawat dan membantu mengatasi kulit kusam


4. Aloe Vera

Melembapkan kulit dan mengecutkan jerawat



4. Blu Telang Pore Refining CC Cream


Akhir sekali, sebelum nak teruskan bersolek, jangan lupa apply Blu Telang Pore Refining CC Cream terlebih dahulu. Menarik tentang cc cream UniSeri ni ialah ianya mempunyai fungsi 2 dalam 1 - primer dan pelembap yang membantu merawat kulit wajah. 


UniSeri Blu Telang


Nak lagi menarik, Blu Telang Pore Refining CC Cream ni berubah warna mengikut tona kulit kita. So kulit tak akan nampak bercapuk dan akan nampak lebih glowing dan tona kulit jadi lebih sekata.


Antara fungsi utama Blu Telang Pore Refining CC Cream ialah ianya bertindak sebagai ejen anti-penuaan, membantu melembabkan kulit dan menghalang jerawat, merangsang pertumbuhan kolagen untuk kulit awet muda, mengecilkan pori-pori, memudarkan parut jerawat serta menjadikan kulit cerah berseri.


Blu Telang Pore Refining CC Cream mengandungi bahan-bahan aktif seperti : 


1. Bunga Telang

Berfungsi sebagai ejen anti penuaan


2. Arbutin

Ejen pencerah yang selamat


3. Shea Butter

Membantu melembapkan kulit


4. CC Beads

Membantu memudarkan parut jerawat, menjadikan tona kulit sekata



Promo Kod Untuk Lebih Penjimatan


Ana sendiri dah pakai kesemua produk UniSeri ni, dan so far Ana suka sangat sebab ianya serasi dengan kulit Ana. Takde pun sebarang kerengsaan lepas pakai. Kulit pun jadi lebih lembap dan takde dah masalah kulit kering. Maklum lah cuaca sekarang kan panas. Even duduk rumah pun, boleh effect kulit kita lagi-lagi bila duduk dalam aircond untuk masa yang lama.


Setiap kali keluar rumah pula, Ana wajib apply Blu Telang Pore Refining CC Cream supaya kulit nampak lebih berseri. Tak make up pun tak pe. Cukup pakai lipstick je. Dah onz sangat. Tak nampak pucat langsung. Tu yang paling Ana suka.


UniSeri Blu Telang


Bagi korang yang berminat nak cuba produk UniSeri ni, korang boleh beli direct di website mereka. Harga dan saiz setiap produk seperti di bawah :


Blu Telang Daily Cleanser (50ml)  - RM38

Blu Telang Hydrating Toner (50ml) - RM60

Blu Telang Rejuvenate Serum (15ml) - Rm65

Blu Telang Pore Refining CC Cream (15g) - RM60


Nak jimat, korang boleh beli satu set terus dengan harga RM199 saja. Nak jimat lagi, jangan lupa apply kod >> Suhana10 << untuk dapatkan diskaun RM10 lagi. Nak beli satu-satu produk je pun boleh guna promo kod tu. Takde masalah.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk UniSeri dan promosi-promosi yang sedang dijalankan, korang boleh layari website UniSeri atau follow Instagram mereka seperti di bawah ok. 


Website :

 www.uniseri.my


Instagram :

https://www.instagram.com/uniseri.my/





4 Langkah Mudah Rutin Penjagaan Wajah Dengan UniSeri Reviewed by Ana Suhana on October 18, 2021 Rating: 5

7 comments:

  1. Waaa...bunga telang pun dah buat skincre kan...menarik la...

    ReplyDelete
  2. Selalunya tahu bunga telang tu buat minum dan memang banyak khasiat. Bagus² dah diolah menjadikan produk kecantikan pula.

    ReplyDelete
  3. ya ampun bestnya guna bahan yg kita kenal...bunga telang...teringin nak try sbb 4 step je...Sally ni kalau boleh dapat 1 step siap semua lg happy...muahahaha

    ReplyDelete
  4. Wah tak sangka boleh buat skincare dari bunga telang. Ingat buat pewarna nasi aje. Hehe. Boleh cuba ni sebab guna bahan lokal bunga telang. Terbaiklah.

    ReplyDelete
  5. ada travel size ni mmg menarik. senang nak bawa ke mana sahaja

    ReplyDelete
  6. Banyak kita bava semua kata feedback bagus.. geram plak kita, nanti nak cari laa, harap serasi laa dengan kulit Sis ni..

    ReplyDelete
  7. Eh, dah ada skincare dari bunga telang ekk. Setahu kite nasi kerabu dgn air je. Rupanya byk juga khasiat bunga telang ni ye.. Ok, boleh la try nanti 🤗

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.