Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan l Assalamualaikum. Dah bercuti ke mana tu korang? Mesti kemain seronok memasing ye. Yang lama tak balik kampung, mesti dah terlepas rasa rindu pada mak ayah kan. Alhamdulillah. Harap semuanya sihat-sihat belaka deh.

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik Bandar Kelantan


Ana pula masih belum ke mana-mana. Bagi laluan dekat orang lain bercuti dulu.  Hehe. Tapi bila cakap pasal bercuti ni, semangat nak berjalan tu tetap ada. Cadangnya kalau ada rezeki, Ana plan nak buat road trip sama ada ke utara atau pantai timur. Kalau ke pantai timur, Ana nak naik Kelantan dulu, then turun Terengganu dan Kuantan. Baru balik KL.


Terengganu dan Kuantan dah banyak kali Ana pergi tapi tetap tak jemu nak ke sana lagi. Cuma Kelantan baru 2x Ana ke sana. 1st time masa belajar di UiTM Melaka dulu. Ikut trip fasilitator ke UiTM Kelantan. 2nd time masa ikut suami kursus 3 hari di Kota Bahru. Tu pun tak banyak dapat explore sebab masa terhad.


Masa 2nd time ke Kelantan, Ana menginap di Hotel Perdana Kota Bahru. Masa tu Syafi baru setahun lebih. Kecik lagi. Sekarang nak sama tinggi dengan bonde dia. Hehe.


Memandangkan masa tu pejabat suami dah book satu level untuk mereka, proses nak check in jadi cepat. Maybe mereka dan reserve siap-siap bilik tu. Ana sampai di hotel sekitar jam 12 lebih, dah boleh terus masuk bilik. Memang happy lah sebab lama dah duduk dalam kereta kan.


Hotel Perdana Di Tengah Bandar Kota Bahru


Hotel Perdana antara hotel favorite pelancong dekat Kota Bahru ni. Maybe sebab lokasinya yang terletak di tengah bandar. Mudah nak akses ke tempat-tempat menarik yang ada. Tu antara selling point juga tu.


Bilik yang dorang booked kan masa tu tak silap Ana jenis Perdana Executive. Memang sangat luas ruang yang ada dalam bilik tu. Terlebih selesa untuk kitorang bertiga. Syafi siap boleh buat marathon dalam bilik. Cuma takde view untuk bilik kitorang. Buka-buka tingkap nampak atap tak silap. Hehe.


Bab kebersihan memang tak diragui. Tip top. Semua bersih dan kemas. Tu yang penting untuk pelanggan kan. Cantik macam mana bilik tu tapi kalau tak bersih, no point gak kan. Tapi dekat Hotel Perdana, isu kebersihan dijamin terbaik.


Ok jom tengok apa yang ada dalam bilik jenis Perdana Excutive ni. 


Untuk katil, kami dapat katil jenis queen. Sebab Syafi kecik lagi, so selesa lah untuk kami bertiga. Ni kalau sekarang mau kena booked family room. Hehe.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Antara kemudahan lain yang disediakan ialah ruang kerja yang selesa, kerusi dan meja untuk minum-minum kopi sambil tengok tv, coffee & tea facilities serta ruang almari yang luas.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Dekat laci ruang kerja tu, ada disediakan tafsir Al-Quran. Masa 1st time nampak tafsir ni, kagum kejap Ana. Bagus betul hotel-hotel di Kelantan ni kan. Tapi sekarang banyak dah hotel yang provide tafsir even bukan di Kelantan.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Bab toilet pun ok cuma kecik sikit saiz dia. Tapi ada bathtub dalam tu. Syafi sampai kembang-kembang kaki tangan berendam lama sangat dalam tu.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Lunch di Cerana Coffee House


Lepas dah rehat sekejap, terasa lapar lah pulak. Nak makan dekat luar takut tak sempat sebab petang tu suami dah kena daftar nama untuk kursus. So kami decide makan dekat Restoran Cerana Hotel Perdana ni je.


Menu tengahari hari tu Ana order Nasi Ayam Hainan, suami macam biasa pantang nampak nasi kerabu, confirm dia order. Nasi ayam tu biasa je bagi Ana rasa dia tapi nasi kerabu tu sedap. Lagi-lagi bila gaul semua bumbu-bumbu dia. Nyesal plak Ana tak order. Ni kalau dekat, lama dah Ana order thru FoodPanda. Hehe.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Lepas makan, Ana jalan-jalan dekat sekitar hotel. Bawa Syafi tengok kolam renang dia. Kemain luas ko. Selesa pulak tu sebab masa tu tak ramai orang. Banyak tempat duduk yang kosong.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

 
Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Petang tu, lepas suami habis sesi petang, sempatlah kitorang keluar jalan-jalan kejap. Destinasi pertama kitorang ialah Pantai Cahaya Bulan atau juga dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi. 30 minit perjalanan dari Hotel Perdana.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Katanya nama Pantai Cinta Berahi tu diambil sempena kisah seorang askar British masa WWII yang menderita akibat cinta tak berbalas. Gituu.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Dekat sini ada deretan kedai-kedai makanan yang popular dengan Maggie Ketam. Tapi Ana tak try pun. Kitorang lebih suka makan celup tepung. Hehe. Petang tu order seekor sotong dan beberapa ekor udang. Total masa tu dalam RM19. Ok lah kan. Nak murah goreng sendiri. Hehe.


Keesokannya, memandangkan kursus en suami start pukul 2, pagi tu kitorang jalan-jalan di sekitar bandar Kota Bahru.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Destinasi pertama pagi tu ialah Masjid Muhammadi. Masjid yang diambil sempena nama Sultan Muhammad IV yang boleh memuatkan hampir 2,400 jemaah dalam satu masa.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Menurut sejarah, Masjid Besar Kota Bharu ni didirikan pada tahun 1867. Asalnya masjid ni merupakan sebuah masjid kayu yang terletak di pinggir Sungai Budor, Seberang Paloh. Akibat sering diancam dengan banjir, masjid ni kemudiannya dipindahkan dari tapak asalnya.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Di seberang jalan Masjid Muhammadi ni ada Istana Jahar. Sekarang dikenali dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Pembinaan Istana Jahar siap dibina pada 1887 dan diasaskan oleh Sultan Muhammad II untuk cucu baginda, Long Kundur. Menurut sejarah, upacara pembinaanya dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana Jahar merupakan tempat bersemayam, lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan
Kredit : Kelantan Tourism

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan
Kredit : Kelantan Tourism


Lagi satu tempat wajib bergambar ialah di Gerbang Rehal. Depan-depan tu je. Gerbang ni dibina sebagai tanda peringatan pengisytiharan Kota Bahru sebagai sebuah bandar budaya.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Dari Gerbang Rehal Ana terus ke Pasar Siti Khadijah. Rugi dah sampai KB kalau tak singgah sini. Macam-macam benda boleh beli. Dari makanan tempatan, barangan keperluan dan cenderahati semua ada dekat sini. Ana beli kuih-muih je dekat sini. Rambang mata tengok pelbagai jenis kuih yang ada.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan
Kredit : Cari Destinasi

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Makan malam hari kedua, Ana akan di Malis Cafe and Restaurant. Sebuah kafe hispter di bandar KB. Masa tu femes kafe ni. Tak tahu lah sejak PKP 2 tahun ni kan. Harap buka macam biasa lah.


Hari ketiga Ana stay di hotel je sebab kursus suami sepanjang hari. Cuma tengahari tu sempat makan di restoran Nasi Ulam Cikgu di Kompleks Kraftangan. Berdekatan dengan Istana Jahar. Cantik pulak tengok binaan struktur dan ukiran kompleks kraftangan ni. 


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Ni pun tempat wajib cuba sebab femes di kalangan penduduk tempatan. Sebab Ana datang masa lunch, memang penuh dengan orang. Mujur dapat tempat kosong di bahagian berhawa dingin. Memang selesa lah nak makan.


Makanan dia pula sedap-sedap semuanya. Yang penting murah. Untuk 2 ketul ayam, 2 ekor ikan, ulam dan sejag air sirap hanya RM19 je. Murah sangat lah bagi Ana. Patut ramai orang suka makan dekat sini.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan


Untuk makan malam pula Ana makan di hotel je. Kali ni Ana makan makana ala Korea di Eleven Rooftop Hotel Perdana. Sambil makan sambil layan view malam bandar Kota Bahru. Memang banyak pilihan makanan yang ada dekat sini. Memang kenyang giler dibuatnya. Mujur bilik dekat bawah tu je. Hehe. Tapi rasanya restoran ni dah tak beroperasi. Maybe sebab PKP hari tu kan. Harap akan datang dibuka semula lah ye. 


Hari keempat kami dah check out dari Hotel Perdana Kota Bahru. Overall Ana suka stay dekat sini. Bilik selesa dan luas,  lokasi pulak strategik di tengah bandar. Memang sesuai untuk korang yang nak bercuti dengan family di bandar Kota Bahru ni. InsyaAllah ada rezeki nak stay sini lagi.


Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan-jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan Reviewed by Ana Suhana on October 27, 2021 Rating: 5

2 comments:

  1. Bestnya kalau bercuti ke Kelantan nie kan Ana. Ada rezeki Kak Sue ingat nak repeat lagi lah.. terima kasih kongsi entri nie Ana..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih menulis, sedang berkira2 nak berjalan ke KB juga hujung tahun ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.