Rutin Penjagaan Kulit Untuk Dapatkan Kulit Yang Bersih dan Sihat
Rutin Penjagaan Kulit Untuk Dapatkan Kulit Yang Bersih dan Sihat l Assalamualaikum. Sana-sini kita tengok orang dok promote produk penjagaan kulit. Baik yang dijual di drugstore atau di platform-platform digital. Sampai kita pun rasa tertarik nak cuba. Tapi kadang-kadang confuse juga yang mana satu langkah rutin penjagaan kulit yang betul.
Rutin Penjagaan Kulit Untuk Dapatkan Kulit Yang Bersih dan Sihat
Ana yakin semua orang pun tahu yang penjagaan kulit sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Sama penting dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Tapi masih ramai yang keliru, yang mana rutin penjagaan kulit yang penting dan kalau nak rutin yang lengkap, macam mana pula langkahnya kan sebab banyak sangat nak kena apply ni.
Rutin Asas Penjagaan Kulit
Kalau ikut rutin asas penjagaan kulit, kita hanya perlukan beberapa produk je seperti pencuci muka, pelembap dan sunscreen. Simple je kan.
Tapi kena ingat, tu kalau muka kita ni bebas dari make up. Senang lah nak bersihkan muka dari kekotoran. Tapi kalau korang yang suka make up, 3 produk tu je tak cukup sebenarnya sebab solekan ni ada yang water-proof kan. So kena guna produk yang tepat untuk bersihkan solekan tersebut. Kalau tak, muka kita masih ada saki baki kekotoran yang terlekat dan akan menyebabkan liang pori tersumbat. Akhirnya boleh menyebabkan masalah kulit seperti masalah jerawat.
Rutin Lengkap Penjagaan Kulit
Ok sekarang jom kita tengok step by step rutin penjagaan kulit yang disyorkan. Tak semua step tu kita perlu buat setiap hari tau. Nak tahu lebih lagi, korang boleh baca dekat bawah ni.
1. Make Up Remover
Untuk yang suka pakai make up, korang wajib guna make up remover terlebih dahulu. Sebabnya kalau cuci muka guna pencuci muka biasa, sisa-sisa degil make up seperti foundation, eye shadow, mascara, blusher yang selalunya bersifat water-proof masih terlekat dekat muka kita.
Ada banyak make up remover yang dijual di farmasi sekarang ni. Ada yang jenis micellar cleansing water dan oil cleanser. Ana pernah guna yang jenis micellar water tu, tapi kulit Ana rasa pedih dan tak selesa. So Ana prefer guna oil cleanser. Paling senang guna baby oil je. Senang je semua make up tu tertanggal.
2. Pencuci Muka
Lepas make up semua dah tanggal, baru boleh cuci muka guna pencuci muka untuk hilangkan segala kekotoran dan minyak di muka. Step ni yang paling penting dalam semua rutin penjagaan muka kita tau. Bila muka dah bersih, baru lah boleh proceed dengan langkah seterusnya.
3. Skrub Muka
Ni soalan yang selalu Ana dapat bila orang baca artikel tentang St Ives scrub di blog Ana ni. Bila masa nak skrub muka, berapa kerap nak guna skrub etc.
Ok skrub ni sebenarnya tak perlu setiap hari pun. Seminggu sekali dua pun dah cukup. Tapi sekarang ni dah ada daily scrub di pasaran. So boleh je pakai setiap hari.
Apa tujuan skrub ni? Haaa sebenarnya skrub ni kita guna untuk buang semua sel kulit mati yang tak boleh hilang dengan pencuci muka biasa. Sel kulit mati ni kalau dibiarkan boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan akhirnya kulit muka akan nampak kusam. Kalau yang dah biasa dengan step ni, mesti korang boleh rasa perbezaan kulit sebelum dan selepas skrub kan. Sebabnya kulit kita akan rasa lebih licin dan bersih. Tak caya, cuba lah.
4. Toner
Bab toner ni pun ramai yang keliru. Perlu ke pakai toner dalam rutin penjagaan kulit ni? Apa fungsi toner ni sebenarnya?
Toner ni kalau diikutkan, tak pakai hari-hari pun takpe. Tapi sebaiknya pakai sebab based on pengalaman Ana, bila pakai toner ni, sisa-sisa kotoran yang masih tertinggal even selepas kita cuci muka akan tertanggal bila guna toner. Buktinya korang boleh tengok sendiri dekat cotton pad yang korang guna tu nanti.
Lepas tu, bila kita buat proses exfoliate atau skrub tadi tu, pori-pori kita akan terbuka. So toner ni berfungsi untuk tutup balik pori-pori tersebut.
Lagi satu, kalau kulit korang jenis yang kulit yang cepat kering, ni bermaksud kulit korang mempunyai pH yang tinggi. Dan penggunaan toner dapat bantu imbangkan pH kulit korang tu. So takde lah masalah kulit cepat kering dah lepas ni.
5. Essence
Selalunya orang akan skip untuk rutin essence ni sebab harganya yang mahal. Tapi ramai juga yang pentingkan pemakaian essense dalam rutin penjagaan kulit mereka. Apa itu essence?
Essence dikatakan berasal dari negara Asia khusus lagi Korea dan Jepun yang terkenal dengan produk penjagaan kulit dan kosmetiknya.
Essence berfungsi untuk melembap dan merawat masalah utama kulit seperti kulit kering, kulit kasar, masalah kulit kusan dan menghilang garis halus ringan.
Essence biasanya mengandungi jumlah bahan aktif yang kurang berbanding serum. So ini bermaksud kesan essence adalah terhad kepada masalah kulit biasa saja. Tapi kalau nak pakai juga essence ni, takde masalah. Sebaiknya pakai essence yang bersifat melembapkan supaya bila pakai serum nanti, kedua-dua produk ni dapat sama-sama berfungsi dengan sebaiknya. Tapi kalau nak skip essence, nak pakai serum je, boleh ke? Boleh, takde masalah.
6. Serum
Serum pula merupakan produk penjagaan kulit yang bersifat cecair jernih, bertekstur ringan dan bebas minyak yang pantas menembus masuk ke dasar kulit lebih jauh.
Serum mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit dan biasanya memiliki konsentrasi bahan aktif yang tinggi dan mempunyai fungsi yang spesifik seperti untuk mencerahkan kulit, menghilangkan kesan jerawat dan jeragat serta meningkatkan keanjalan kulit.
Jenis-jenis Serum
i. Serum Vitamin C
Serum vitamin C bertindak sebagai antioksida pada kulit dan berfungsi untuk mencegah dan melambatkan proses penuaan kulit. Ianya juga mampu untuk mengatasi masalah kulit kusam dan bintik-bintik hitam pada kulit. Serum vitamin C sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
ii. Serum Vitamin E
Serum vitamin E berfungsi merawat kulit rosak dengan membantu melembapkan kulit dan mengunci kadar kelembapan semula jadi di bawah kulit. Serum ni juga dapat memberi perlindungan kepada kulit daripada pencemaran akibat asap rokok dan kenderaan, memulihkan kulit terbakar akibat sinar UV serta meneutralkan kesan radikal bebas.
iii. Serum Kolagen
Kolagen merupakan struktur asas kulit yang terdiri daripada asid amino dan vitamin yang sangat penting bukan saja untuk menganjalkan kulit wajah, malah penting dalam membina kekuatan otot, tendon, tulang rawan, salur darah dan organ-organ badan yang lain.
Secara asas, tubuh kita akan kehilangan kolagen di antara 15% - 20% disebabkan faktor usia. Dan ini menyebabkan fungsi dan keanjalan kulit berkurang. Jadi, penggunaan serum jenis kolagen dapat meningkatkan kembali keanjalan kulit kita.
7. Pelembap
Walau kita rasa kulit kita dah cukup lembap lepas pakai essence dan serum, tapi kena ingat, korang tetap kena apply pelembap. Jangan pernah skip ok. Sebabnya pelembap berfungsi untuk kunci semua fungsi-fungsi produk yang korang pakai dekat atas tadi.
Selain tu, pelembap juga bertindak mengimbangkan kelembapan kulit sekaligus menghalang pengeluaran sebum yang berlebihan terutama bagi korang yang mempunyai masalah kulit berminyak.
8. Sunsreen / Sunblock
Ni juga antara rutin penjagaan kulit yang asas dan penting. Tak kisah lah sama ada kita keluar bekerja atau duduk di rumah saja, wajib pakai sunscreen / sunblock ni.
Lepas pakai pelembap, make sure korang pakai sunscreen / sunblock untuk lindung kulit korang dari sinaran UV yang boleh menyebabkan sunburn dan juga punca tumbuhnya jeragat.
Bagi yang suka make up, apply sunscreen / sunblock sebelum primer. Walau korang rasa pelembap, serum dan make up korang tu dah cukup tebal, tapi percayalah sinaran UV tetap boleh tembus ke kulit korang tu.
Yang duduk rumah pun sama, sinaran UV tetap boleh tembus ke kulit korang melalui tingkap-tingkap yang ada tu. So senang kata, pakai je sunscreen / sunblock ni setiap hari.
Macam mana sekarang? Dah faham kan langkah-langkah rutin penjagaan kulit yang perlu kita praktik. Haa memang nampak macam leceh dan banyak step, tapi kalau dah selalu buat, senang je sebenarnya. Kata nak kulit cantik berseri dan sihat, kena lah extra rajin kan. Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ok lah, jumpa lagi dekat next entry. Bye.
Rutin penjagaan muka memang sangat-sangat penting . Barulah dapat glass skin yg cantik
ReplyDeleteEh. Produk 1, 2, 3 dan 6 kita pakai brand yang serupa la. Rawlins now pun dah celik sikit penjagaan kulit nie.
ReplyDeleteDah lama tak baca sharing skincare. Bila tengok. Banyak juga ruby skip sejak duduk rumah ni. Terus tengok cermin. Hahaha. Ok kena start balik rutin ni. Pori dah mula terbuka. Bahaya nih.
ReplyDeleteSetuju ana. Dekat rumah pun kita terdedah dengan UV. Dari skrin laptop, hp dan banyak lagi.
ReplyDeleteBagus entri ni. Sunscreen perlu digunakan walaupun kita berada di luar atau dalam rumah sebab macam mana pun ada pendedahan kepada cahaya UV.
ReplyDelete