McDonald's Bakal Jana 10,000 Peluang Pekerjaan Untuk Belia Malaysia
McDonald's Bakal Jana 10,000 Peluang Pekerjaan Untuk Belia Malaysia l Assalamualaikum. Hari ni sana-sini kita dengar keluhan belia remaja yang susah nak dapat pekerjaan. Ada yang menganggur bertahun lamanya. Ada pula baru nak kerja, syarikat pula terpaksa gulung tikar. Tapi hari ni ada berita baik untuk golongan belia di mana McDonald's, rangkaian restoran khidmat segera yang paling pesat berkembang di Malaysia bakal mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan untuk Belia Malaysia melalui sasaran pembukaan 500 restoran menjelang tahun 2026 nanti.
McDonald's Bakal Jana 10,000 Peluang Pekerjaan Untuk Belia Malaysia
Korang perasan tak, mana-mana ahli keluarga atau kawan-kawan kita yang bekerja di McDonald's masih tetap bekerja sehingga hari ini. Sedikit pun tak terjejas dengan pandemik yang melanda. Takde pun kita dengar McD buang pekerja kan. Malah sebelum pandemik pun, ada di antara mereka dah bekerja bertahun-tahun dengan syarikat gergasi ni. Dari mula kerja sebagai pekerja di kaunter sampai lah dah jadi pengurus sekarang ni. Kadang pelik juga, kenapa mereka stay dengan McD ni kan. Mesti ada sesuatu yang istimewa yang buat mereka bertahan lama kerja di sana.
Program McDonald's Bertujuan Kembangkan Potensi Diri Belia
Untuk pengetahuan korang, terdapat pelbagai program kerjaya yang direka khusus untuk golongan belia di McDonald's. Ini membuktikan yang McDonald's komited untuk bantu golongan belia membina kerjaya yang bermakna dengan memperkembangkan potensi diri dan bakat yang ada dalam diri mereka. Sebab tu hari ini, kita boleh tengok ramai yang dah berjaya bina kerjaya hanya dengan bekerja di McDonald's.
Walau negara berdepan dengan pandemik Covid-19, namun itu tidak sesekali mematahkan semangat juang McDonald's untuk memperkasakan golongan belia. Berpegang pada kata pepatah "Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara", syarikat yang mempunyai kekuatan lebih dari 14,000 kakitangan di lebih 300 cawangan di seluruh negara ini terus berusaha merancakkan ekonomi negara dengan mensasarkan golongan belia remaja. Ini bakal dibuktikan dengan perancangan syarikat itu untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan pembukaan 500 cawangan McDonald's menjelang 2026.
Belajar Sambil Bekerja di Akademi Vokasional McDonald’s
Program belajar sambil bekerja merupakan salah satu keistimewaan yang ditawarkan di Akademi Vokasional McDonald’s. Tak semua syarikat mampu menyediakan program sedemikian hari ini kerana kekangan kewangan.
Bagi mereka yang ingin memulakan kerjaya di McDonald's, program-program yang disediakan di Akademi Vokasional McDonald’s bakal melengkapkan diri mereka dengan kemahiran industri yang berkualiti dan terkini melalui peluang latihan, pembelajaran dan pembangunan bertaraf dunia. Di sini mereka akan mendapat bimbingan sambil bekerja, latihan di dalam kelas, pembelajaran kendiri serta alat pembelajaran yang bersesuaian yang direka khas bagi membolehkan golongan belia ini mendalami peranan mereka dan membiasakan diri dengan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan makanan. Hasilnya mereka boleh praktikkan nilai kerja yang dipelajari di mana-mana juga organisasi pada masa akan datang.
Program Perantis Vokasional McDonald’s
Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), antara contoh terbaik program anjuran McDonald's yang telah berjaya lahirkan perantis yang berkualiti dan berdaya saing. Program ini hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Program yang dibuka kepada belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini menyediakan program latihan selama 18 bulan yang merangkumi 70% latihan praktikal di restoran-restoran McDonald’s dan 30% pembelajaran teori di pusat latihan. Sepanjang program berlangsung, setiap perantis diberikan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, kemudahan tempat tinggal, manfaat perubatan dan insuran serta makanan percuma. Dan selepas tamat program, perantis boleh untuk terus mulakan kerjaya di McDonald's atau mana-mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan di Malaysia.
Menurut Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, program-program kerjaya utama untuk belia khususnya Program Perantis Vokasional McDonald’s, telah direka khas untuk memperkasa generasi muda dalam membantu perjalanan kerjaya mereka dan menyediakan batu loncatan ke arah masa hadapan yang cerah dan bermakna. Ini sekaligus membuktikan yang McDonald's bukan saja menyediakan peluang pekerjaan, malah turut komited dalam menyokong belia Malaysia dengan membantu mereka membina keyakinan dan membangunkan kemahiran interpersonal.
Ini disokong oleh YBhg. Dato’ Ts. Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK, Kementerian Sumber Manusia. Menurut beliau, Program Perantis Vokasional McDonald’s secara SLDN yang diperkenalkan pada tahun 2018 ini telah berjaya melahirkan lebih dari 2,000 belia yang kompeten serta mempunyai daya saing yang tinggi.
Program yang menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 kepada setiap perantis yang berjaya tamatkan program latihan adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan yang ingin melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja). Program SLDN yang menekankan latihan amali berbanding teori sangat bertepatan dengan keperluan alam pekerjaan sebenar. Perantis juga mampu untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik. Oleh itu, beliau menyarankan golongan belia untuk mengambil peluang menyertai program sebegini bagi memperolehi kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan sektor perkilangan dan industri.
Kerjaya Bermakna untuk Belia Malaysia
Sokongan terhadap belia Malaysia dibuktikan di mana McDonald’s hanya mengambil 100% rakyat Malaysia untuk bekerja dengan mereka. Dan kebanyakan mereka berasal dari keluarga berpendapatan rendah termasuk golongan asnaf dan komuniti luar bandar. McDonald’s Malaysia juga memberi peluang pekerjaan sama rata kepada golongan wanita dan orang kelainan upaya (OKU). Sehingga kini, 50% Pengurus Restoran adalah wanita dan 228 daripada keseluruhan warga kerja McDonald’s adalah OKU.
McDonald's akan terus bekerjasama secara rapat dan berterusan dengan badan kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk membentuk masa hadapan belia Malaysia dengan menyediakan pembangunan jangka panjang. Ini termasuk dengan memberi sokongan moral kepada kakitangannya untuk mencapai kejayaan dengan menjawat jawatan seorang pengurus di syarikat tersebut. Ini terbukti apabila setiap tahun, lebih 1,000 Pengurus McDonald’s berjaya menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s, dengan kemampuan dalam memimpin, berkomunikasi, dan kepakaran dalam operasi restoran. Jom kita baca 3 kisah mereka yang berjaya membina keyakinan diri mereka melalui program McDonald's ni.
Pembangunan dan Keyakinan Diri
Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri atau Iman merupakan salah seorang Pelajar Terbaik dan juga penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang. Bagi Iman, McDonald’s telah banyak membantu beliau menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan diri.
Menurut beliau, pada mulanya beliau seorang yang pemalu dan sentiasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Tapi selepas mengikuti program anjuran McDonald's ni dan melalui latihan ektensif serta sokongan yang berterusan, beliau berasa lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri dan berjaya mengatasi rasa takut. Hasilnya kini beliau berjaya berkhidmat sebagai Ketua Kru di McDonald’s Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Latihan dan Pembangunan di Usia Muda
Khor Wei Nern atau Khor menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s atas galakan guru di sekolah menengah beliau. Kata Khor, sepanjang menyertai program tersebut, beliau telah menimba pelbagai ilmu melalui bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja. Malah dengan umurnya yang baru berusia 18 tahun, pengalaman dapat sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian merupakan pengalaman yang sangat berharga buat beliau. Kini beliau sedang menjalani latihan praktikal di McDonald's Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang.
Mendaki Tangga Kejayaan
David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj atau David merupakan perantis pertama bagi Program Perantis Vokasional McDonald’s. Setelah tamat mengikuti program tersebut, beliau mendapati yang program ini banyak membuka peluang termasuk perkembangan kerjaya. Beliau bermula sebagai perantis, dan kini setelah 3 tahun bersama McDonald’s, beliau berjaya memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus di Syif McDonald’s Pandu-Lalu Rawang.
Beliau juga menetapkan sasaran untuk memegang jawatan Pengurus Besar Restoran pada tahun ke-6 nya nanti dan menjadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi pada tahun ke-10.
3 kisah tersebut antara ribuan kisah belia tempatan yang telah berjaya menimba ilmu dan meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran industri mereka. Korang terinspirasi dan ingin berjaya seperti mereka? Jom lah rebut peluang dengan menjadi sebahagian keluarga McDonald's dan asah segala bakat dan kemahiran yang ada dalam diri korang tu. Rugi kalau dibiarkan. Lagi-lagi zaman sekarang di mana orang berlumba-lumba untuk memasarkan diri mereka.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website www.mcdonalds.com.my Dan bagi yang berminat untuk bina kerjaya bersama McDonald’s, korang boleh layari https://www.maukerja.my/mcd.
alhamdulillah almaklumlah skrg ni mmg zaman ekonomi dan jobless semakin kritikal
ReplyDeleteMantap. Moga yang lain pun mencontohi McD.
ReplyDeletebanyak betul inisiatif mekdi ni kan.. bagus betull
ReplyDeleteWahh bagus la mcd buat macam ni. Bagi peluang pada anak muda
ReplyDeleteTerbaik Mc Donalds buat program macam nih membuka peluang kepada anak Malaysia yg tiada perkerjaan dan menjadikan pekerja yang mahir untuk restoran Mc Donalds
ReplyDeleteBagus betul McD selalu buat program bagus macam nie kan.. tahniah McD..
ReplyDeletebekerja di McD bukan la kerja yang boleh diketawakan skrg.. even dah ada pengajian ye.. terbaik lahhh
ReplyDelete