Layan Aktiviti BBQ & Steamboat Di Rumah

Layan Aktiviti BBQ & Steamboat Di Rumah  l Assalamualaikum. Kemain seronok tengok ramai dah start pergi bercuti sejak banyak negeri dah berubah Fasa. Lagi meriah tengok yang dah selamat fy ke Langkawi. Betul-betul lepas gian semuanya. Ye lah lama sangat tersekat pergerakan kan. Asyik terperap ie dalam rumah. Siapa tak bosan. 

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu

Layan Aktiviti BBQ & Steamboat Di Rumah


Macam Ana pula, masih tak boleh nak ke mana sebab belum cukup 2 dos. Hehe. InsyaAllah Rabu ni appointment dos ke-2.  Tak sabar plak. Tapi kalau dah 2 dos pun, Ana masih tak berani nak  ke mana-mana sebab anak-anak masih kecik kan. Tunggu kes betul-betul turun baru lah plan bawa mereka balik Terengganu. Kesian plak tengok Syafi dok tanya bila nak balik tengok moyang dia. Suraya pun tak pernah jumpa moyang dia sejak lahir.


Memandangkan tak boleh ke mana, maka kita beraktiviti dekat laman rumah mak je. Minggu ni kita buat aktiviti BBQ dan steamboat. Pun dah syukur alhamdulillah. Syafi dengan Suraya lah yang paling happy sebab dapat berlari ke sana sini. Mentang-mentang lah laman umah atuk nenek luas. Sampai merah-merah pipi dak kenit tu jadinya. Beza kalau main dekat rumah sendiri, 2-3 langkah dah sampai semua penjuru rumah. Haha. Maklumlah rumah atas "kayangan" kan. InsyaAllah ada rezeki lebih, teringin juga nak beli rumah tanah. Lebih selesa untuk anak-anak. Tak pun beli tanah then bina rumah sendiri atas tanah tu. Pun ok juga kan. 


BBQ kali ni takde seafood. Semua makanan darat je. Sebab demand tak ramai. Hantu seafood pula kena pantang makan buat masa ni. Kang kalau buat juga, masak Ana nak kena perabis semua tu. Naya Pak Karim. Takut lepas tu ada yang berenang atas tikar mengkuang je. Haha.


Menu BBQ kita ada ayam, daging dan kambing.  Kambing kitorang beli yang dah siap perap. Ayam dan daging je perap sendiri. Memula plan nak buat perapan ala bulgogi Korea tu. Sekali tengok bahan-bahan semua bukan stok yang kami selalu guna. Kang beli, guna sekali tu je. Membazir je. End up kitorang perap ala bumbu satay. Pun sedap. Perap tu jadi lagi sedap bila letak air soda bikarbonat. Korang boleh try nanti.

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Pukul 3 petang adik Ana dah start membakar. Dari jauh dah boleh bau wangi perapan tu bila di bakar. Terus lapar perut di buatnya. 

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Budak ni orang sibuk membakar, dia boleh bantai tidur. Lena pulak tu. Mentang-mentang angin petang kuat hari tu. 

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Untuk menu BBQ ni, kitorang lawankan dengan nasi goreng Cina. Memang terbaik. Yang tak nak makan nasi, dorang makan dengan daun salad ala ala Korea. Pun sedap. Terasa bahan-bahan perapan tu dekat isi ayam daging tu bila kunyah.

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Bangun-bangun je terus melantak. Haha. Macam lah penat buat keje. Abang Syafi jangan ditanya. Dia tengah sibuk berlari bawah pokok doa sebab daun-daun kering tengah gugur banyak. Feeling ala ala Korea lah tu. Hehe. 

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Ni pula sos pencicah. Walau perapan daging dan ayam dah sedap, sos pencicah wajib ada. Masing-masing selera tajam kan. Hehe. Sos pencicah kali ni ada homemade sos daun ketumbar ala Thai dan sos cendawan siap bancuh. 

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Untuk steamboat pula, kitorang beli set Steamboat Johnys je. Sekarang ni kan dah boleh take away set steamboat dorang. Tapi tu lah sayang, lupa nak amik gambar sebab khusyuk makan BBQ tu. Haha. Tak cukup steamboat Johnys, ada juga kuah oden. Nak kuah pedas katanya. Layan kan aje.

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Belum makan, biasa lah semua nak kan. Bila dah kenyang, memasing terduduk bersandar tepi dinding. Padahal BBQ belum habis bakar lagi. Tapi perut dah penuh dengan kuah steamboat. Nak tak nak, kena paksa makan juga BBQ lepas tu.


Nak hilangkan panas badan dan rasa muak, kitorang buat air ala ala lai chi kang. Beli bahan-bahan semua dekat kedai sensei, balik rebus. Dah masak, sejukkan kejap. Lepas tu letak ais batu dalam cawan memasing. Ko tengok laju tak laju air tu susut dalam periuk. Hahaha. 

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Tapi bagus minum air rebusan ni sebab bahan-bahan dia elok untuk badan. Especially untuk amalan ibu mengandung dan menyusu badan. Ada kurma merah, longan kering, kembang semangkuk, goji berry, halwa dan macam-macam lagi. Ana masa dalam pantang minum air ni. Alhamdulillah susu badan jadi banyak. Untuk orang mengandung pula, boleh naikkan HB.


Ni lah kaunter air lai chi kang. Kita bagi En Suami in charge bab ni. Memang dia pakar bab bab merebus ni.

Aktiviti BBQ & Steamboat Di Hujung Minggu


Balik pada cerita kita. Start bakar tadi pukul 3 kan. Aktiviti habis pukul 9 malam. 6 jam juga ko. Macam buat kenduri. Maghrib berhenti kejap. Lepas tu sambung balik. Semua gara-gara nak perabiskan makanan yang tinggal. Ada yang ngelat, awal-awal dan surrender tak nak makan lagi. Orang macam ni kita blacklist nama dia. Hahaha.


Tapi memang seronok sekali sekala buat BBQ dan steamboat ni walau renyah nak bab nak kemas tu. Lepas lah juga gian nak makan BBQ dan steamboat dekat luar tu kan. Lepas ni tak tau plan Cik buat apa plak. Anak-anak Wak Ery dengan Kak Chacha ni bab makan cepat je. Usul je confirm on. Selagi boleh bahagiakan keluarga, insyaAllah semua boleh.


Layan Aktiviti BBQ & Steamboat Di Rumah Reviewed by Ana Suhana on September 28, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. waa bestnya. kak pun bbq last week dgn family.. fefeeling pi picnic hihi

    ReplyDelete
  2. makan ramai2 tu yg seronok kan.. benda tak sedap terus jadi sedap.. hihi

    ReplyDelete
  3. sronok tu aktiviti bbq & steamboat di rumah...puas makan sambil santai ngan family

    ReplyDelete
  4. dapat berBBQ ni pun dah besar nikmat kan kak. Dan syukur sangat-sangat.

    ReplyDelete
  5. ya ampun.. simple tapi ttp menyeronokkan... suka dapat masak2 and then sama2 makan.. :-)

    ReplyDelete
  6. Wah mmg best layan bbq kat umah dgn family. Bukan apa lebih bebas dan selesa hehe..lepak sampai pg buta pun tak pe wakakak

    ReplyDelete
  7. memang best kan dapat berkumpul ramai-ramai. Alhamdulillah... negara pun hampir pulih.. Semoga kita semua boleh menjalani kehidupan baik semula. InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. wah..dapnye makan2 plus gather2..rindu nak mcm ni jugak

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.