Dr Azizan Tawar Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma. Mula-mula Percuma Lah, Lepas Tu Dia Paksa Masuk Pakej Berbayar

Dr Azizan Tawar Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma. Mula-mula Percuma Lah,  Lepas Tu Dia Paksa Masuk Pakej Berbayar l Assalamualaikum. Siapa tak kenal dengan Datuk Wira Dr Azizan kan? Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia. Banyak dah program-progran keusahawanan yang beliau anjurkan. Malah ramai dah artis-artis terkenal Malaysia yang berjaya dalam perniagaan selepas berguru dengan beliau. Tak kan semua program tu percuma kan?.


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma


Dr Azizan Tawar Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma. Mula-mula Percuma Lah,  Lepas Tu Dia Paksa Masuk Pakej Berbayar


Macam tak logik je kalau Dr Azizan buat  Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 secara percuma. Mana ada orang nak bagi benda percuma hari ni. Kalau ada pun, awal-awal je. Lepas tu siap lah korang. Bila korang dah mula syok dengan program dia, dah termakan umpan dengan kata-kata manis dia, dia akan start sembelih korang. Tawar macam-macam program berbayar yang menawan. Harga seminar Dr Azizan pula, bukan seringgit dua dik non. Ni raja rimba dengar pun boleh meninggal. Mahal kemain!!.


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma


Kalau betul lah Dr Azizan buat program bangkit kembali bersama RichWorks secara percuma dengan alasan Richworks nak bantu ramai orang, berapa lama je korang rasa program tu berlangsung? Sehari dua boleh lah percuma. Hakikat sebenarnya program FREE tu nak pancing korang supaya masuk program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Haaa tulah antara komen-komen negatif dari para netizen bertauliah bila dengar berita tentang Dr Azizan nak buat satu program mega percuma bagi membantu rakyat Malaysia terutama para usahawan yang terjejas teruk semasa pandemik ni. Biasa lah, netizen Malaysia kan bijak jatuhkan hukuman. Mahkamah Agung pun kalah dengan keputusan dorang.


Sedih kan tengok attitude netizen-netizen Malaysia ni. Suka  bagi komen berdasarkan apa yang mereka pikir betul. Padahal, dorang tak pernah pun ikut program-program Richworks ni. Kalau ada yang ikut pun, mungkin tak buat tindakan konsisten yang sepatutnya. End up hasil tak berbuah. Then mula lah salah kan orang dan kata yang bukan-bukan.


Program Percuma Bersama Richworks Sejak Tahun 2020 Lagi


Kalau ada yang kata Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma ni sekadar nak amik kesempatan ke atas para usahawan yang tengah terdesak hari ni, korang kena baca fakta ni dulu.


Sebenarnya program-program percuma ni dah dibuat sejak PKP 1.0 tahun lepas lagi. Dan menurut laporan, dalam tempoh pandemik ni je lebih dari 700K orang dah join program percuma ni dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripadanya. Malah ada testimoni dari para peserta yang menunjukkan perubahan dan peningkatan dalam masa beberapa hari selepas ikuti program-program percuma ini.


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma


Bukan tu saja, kalau korang join Telegram Azizan Osman Official, korang akan nampak sendiri  di mana setiap hari ada saja ilmu, panduan dan perkongsian daripada usahawan-usahawan dan Dr Azizan sendiri untuk rujukan semua.


Memang tak dinafikan yang program-program FREE ini sekadar berlangsung 2-3 hari, maybe paling lama ada yang sampah  12 malam. Tapi dalam tempoh sikat ni, memang tak cukup nak tukar usahawan from ZERO to HERO, apa lagi nak jadi usahawan yang berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan.


TAPI TIADA YANG MUSTAHIL!! Buktinya, RichWorks berjaya bantu beberapa usahawan capai RM1juta pertama dalam tempoh 6-12 bulan saja.  Malah difahamkan yang pada tahun lalu saja, lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks berjaya hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion. Hebat kan?.


King's Char Kuey Teow Port Dickson - Bermula Dengan Berniaga Dari Bawah Pokok Kini Menjadi Restoran Terbesar di Port Dickson


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma

Ni salah satu anak didik Richworks yang boleh dijadikan contoh terbaik. Siapa tak kenal dengan King's Char Kuey Teow. Tempat makan wajib singgah di Port Dickson yang diusahakan oleh usahawan muda bernama Aizat Zulhailie yang baru berusia 33 tahun.


Untuk pengetahuan korang, sebelum pandemik melanda Malaysia, restoran ni boleh cecah 800 hingga ke 1,300 orang pelanggan dalam satu masa. Dan hasil jualannya pernah mencecah sehinhha RM44,000 semalam.


Bagaimana usahawan muda ini mampu begitu berjaya? Jom baca rahsia kejayaan beliau.


Aizat Zulhailie mula berniaga char kuey teow di bawah pokok ketika berusia 23 tahun. Setelah beberapa tahun berniaga, beliau merasa perlu untuk buat sesuatu dengan peniagaannya. Tak kan selamanya nak berniaga bawah pokok kan?


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma

Tahun 2016 bermulanya perubahan besar dalam hidupnya. Pada tahun itu beliau mula belajar berniaga melalui kelas bimbingan Richworks. Merasa yakin mampu mengembangkan bisnes char kuey teow nua, beliau beranikan diri untuk memohon menjadi pelajar Titan di mana tak semua yang mohon layak untuk diterima. Mereka perlu melalui temuduga dari pihak RichWorks sendiri.


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma

Kalau dah rezeki tak ke mana. Berjaya diterima sebagai pelajar Titan, peluang menimba ilmu yang diberikan tidak disia-siakan. Semua ilmu pemasaran dan bina diri yang dipelajari digunakan sebaik mungkin.


Hasilnya? 


Hari ni  Aizat Zulhailie boleh tersenyum bangga bila lebih 20 buah papan tanda King's Char Kuey Teow terpapar di jajaran jalan raya menghala ke Port Dickson. Kalau dulu hanya beliau, isteri dan seorang pekerja yang menguruskan gerai kecil King's Char Kuey Teow, tapi hari ini, beliau mempunyai 60 orang pekerja yang dianggap sebagai team berharga restorannya. Malah restoran ini juga tercatat di The Malaysia Book Of Records sebagai The Most Cooked Char Kuey Teow In One Hour.


Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Sedia Bantu Usahawan Naik Semula


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma


Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai usahawan yang berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Ada yang sampai terpaksa gulung tikar kerana faktor penutupan sempadan dan juga sebahagian sektor ekonomi untuk tempoh masa yang lama.


Seorang usahawan yang berjaya tidak akan berputus asa dan hanya menyalahkan orang lain. Sebaliknya mereka perlu berusaha mencari jalan penyelesaian untuk keluar dari kemelut yang melanda. Buktinya ramai antara mereka yang bertanya pada Richworks tentang panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka. 


Memahami masalah dan tekanan yang dialami oleh para usahawan Malaysia, Datuk Wira Dr Azizan Osman menawarkan buat pertama kalinya program khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini.


Modul Pelajaran Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 


Menurut Datik Wira Dr Azizan, para usahawan jangan anggap negara kita akan pulih dalam masa terdekat. Sebabnya pandemik ni merupakan masalah satu dunia. Seharusnya kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikiran bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Make a move. Buat semua persediaan hari ini untuk masa depan diri, keluarga dan negara kita. Buktinya ada usahawan dekat luar sana yang bukan saja mampu bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa dalam perniagaan mereka sepanjang pandemik ini melanda Malaysia.


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma

Oleh itu, Rickworks berharap dan menyeru agar semua usahawan-usahawan termasuk yang berniaga kecil-kecilan dan juga seluruh masyarakat Malaysia untuk hadir ke program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 di mana dalam program tersebut, Dr Azizan akan berkongsi ilmu dan panduan penting perniagaan zaman pandemik ini.


Antara modul pelajaran atau panduan yang bakal dikongsikan sepanjang 3 hari program berlangsung ialah :


1. Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik


2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital


3. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang


4. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan masing-masing


5. Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang


6. Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital.


Nampak tak, dari program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 percuma ni, perkara yang sangat ditekankan ialah tentang bagaimana nak  mengadaptasi perniagaan mengikuti trend yang disebabkan oleh Covid-19.


Apa trend tu?


Perniagaan secara digital. Maklumlah, sejak pandemik ni melanda, kebanyakkan pembeli lebih selesa untuk melakukan pembelian secara atas talian. Kesannya penggunaan platform e-dagang semakin meningkat.


So para usahawan yang nak berjaya kena amik kira semua perkara. Nak tunggu apa lagi. Peluang dah terbuka luas untuk korang grab. Jom sama-sama kita join program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 yang akan berlangsung pada 27-29 Ogos di platform zoom webinar bermula pukul 8 pagi. Untuk keterangan lanjut, korang boleh layari richworks.com/bangkit  sekarang.

Dr Azizan Tawar Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Percuma. Mula-mula Percuma Lah, Lepas Tu Dia Paksa Masuk Pakej Berbayar Reviewed by Ana Suhana on August 26, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. Bagus program macam nih diadakan sangat membantu pada mereka yang terkesan musim pandemik, kelas percuma pulak tu... rugi tak ambik peluang dah terbuka

    ReplyDelete
  2. Apa salahnya kan join yang percuma dulu. Kalau guna ilmu percuma betu-betul mesti ada perubahan punya. Cuma ia bergantung pada diri kita

    ReplyDelete
  3. Pernah makan kat King CKT tu.. mmg sedap ramai giler org singgah mkn time tu.. elok sgt usahawan PKS join nie.. free lagi

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ada program cmni... Membantu usahawan kembangkan lagi ilmu berniaga

    ReplyDelete
  5. Ada member pwrnh join, kata rasa semnagat join richworks ni. Tau ramai yang berniaga join richworks ni berjaya. Bagus sangat. Ni dahla percuma.. Memg kene grab

    ReplyDelete
  6. DAO dengan Richworrks selalu buat program free macam ni. Bagus untuk usahan baru.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.