Atasi Kulit Gelap dan Berparut Dengan Crystal Skin


Atasi Kulit Gelap dan Berparut Dengan Crystal Skin l Assalamualaikum. Zaman sekarang ni, semua orang berebut nak kulit muka yang cantik. Sampai ada yang sanggup berhabis duit untuk capai apa yang mereka inginkan. Penting ke ada kulit yang cantik ni? 



Atasi Kulit Gelap dan Berparut Dengan Crystal Skin


Kalau tanya Ana, memang penting untuk kita ada kulit yang cantik. Sebabnya itu salah satu faktor untuk kita yakin dengan diri kita bila berhadapan dengan orang ramai. Tak lah kita rasa rendah diri dan terasing hanya disebabkan masalah kulit yang kita hadapi sedangkan kita ada bakat yang pelu ditonjolkan. 


Definisi cantik ni luas sebenarnya. Bagi Ana, kulit yang cantik ialah bila kita memiliki kulit yang sihat, bersih dari cela dan parut, cerah dan wajah nampak berseri semulajadi. Tak perlu nak sampai putih melepak sampai buat rawatan yang tak sepatutnya.


Nak dapatkan kulit yang cantik dan sihat ni mudah je kalau kita tahu caranya. Paling penting kita jaga pemakanan dan amal gaya hidup sihat. Jangan stress stress sebab stress punca segala masalah termasuk masalah kulit seperti kulit berjerawat yang akhirnya menyebabkan kulit berparut dan nampak gelap. 



Suplemen Untuk Rawat Kulit Gelap dan Berparut


Pengambilan suplemen juga penting untuk dapatkan kulit yang cantik. Sebabnya tak semua keperluan kulit dapat dipenuhi melalui pemakanan seharian kita.


Hari ni Ana nak perkenalkan Crystal Skin - suplemen yang diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang penuh dengan khasiat yang diperlukan untuk dapatkan kulit yang cantik menawan.



Crystal Skin merupakan produk tempatan bumiputra Muslim yang dikilangkan di kilang yang berstatus Halal dan mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.


Bahan-bahan Utama Crystal Skin


Suplemen Crystal Skin terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam dan dijamin selamat serta tiada kesan sampingan kerana kandungannya menggunakan bahan semulajadi gred AAA yang telah diuji secara klinikal. 


Bahan-bahan yang digunakan juga terkenal dengan khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jom tengok bahan-bahan tersebut.



1. Tomato Kristal


Tomato kristal terkenal dengan anti-oksidan yang kuat. Ianya berfungsi untuk mengurangkan jeragat serta melindungi kulit dari kerosakan sinar matahari.


2. Habbatus Sauda


Merupakan anti-radang yang terbaik, membantu mengurangkan jerawat dan bertindak membunuh kuman.


3. Vitamin C


Berfungsi untuk melindungi sel-sel kulit dan menjaga kulit agar sihat.


4. Kolagen


Kolagen berfungsi meningkatkan keanjalan kulit dan mencegah kedutan dan garis-garis halus dari muncul.


5. Ekstrak Biji Anggur


Tinggi dengan anti-oksidan, dapat membunuh kuman dan membantu penyembuhan luka.


6. Jus Blackcurrant


Juga tinggi dengan anti-oksidan serta membantu menguatkan sistem pertahanan badan.


Kebaikan Crystal Skin


1. Merawat masalah kulit

2. Mengurangkan pertumbuhan jerawat

3. Mengurangkan parut di wajah

4. Mengecilkan liang-liang pori

5. Memutihkan kulit

6. Mengurangkan masalah muka berminyak

7. Kulit nampak cerah berseri

8. Meningkatkan kelembapan kulit



Testimoni Pengguna Crystal Skin


Orang kata nak tengok testimoni, kena tengok pengasas dia dulu. Airiey Sayuti, pengasas Crystal Skin percaya seseorang perlu kelihatan anggun untuk berasa lebih yakin dan bersemangat.




Ini kerana ketika remaja, beliau mengalami masalah berat badan berlebihan dan mempunyai kulit yang gelap dan berjerawat. Perkara ni menyebabkan beliau berasa rendah diri dan sering dipersendakan.


Untuk atasi masalah ni, beliau dah cuba pelbagai produk penjagaan kulit, amik suplemen kesihatan serta menjalani gaya hidup yang sihat, namun hasilnya lambat dan tidak berapa berkesan. Berasa kecewa, akhirnya beliau  mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk yang benar-benar terbukti berkesan dan selamat. Lalu wujudlah Crystal Skin ni. Korang tengok lah sendiri testimoni beliau di bawah ni.



Ini pula testimoni dari pelanggan-pelanggan yang berjaya dapatkan kulit yang cantik dan cerah berseri.





Cara Pengambilan Crystal Skin


Hanya perlu minum 1 sachet Crystal Skin sehari yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan.


Untuk dapatkan kesan yang terbaik, korang kena :


1. Elak minuman yang berkafein, beralkokol dan berkarbona.


2. Minum 2 -3 liter air putih setiap hari.


3. Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, kurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.


Bagi yang berminat nak cuba sendiri Crystal Skin,  korang boleh dapatkannya di platform Lazada dan juga Shopee. Sekarang ni tengah ada promosi tau.


1 x Kotak -  RM69 (NP RM89 - diskaun 23%)

2 x Kotak - RM132 (NP RM178 - diskaun 26%)

3 x Kotak - RM187 (NP RM267 - diskaun 30%)

4 x Kotak - RM230 (NP RM356 - diskaun 35%)


Untuk maklumat lanjut, korang boleh call nombor di talian +60-11-62000032 atau layari laman web dan sosial media Crystal Skin seperti di bawah :




#rishbeauty #crystalskin #Crystalskinrishbeauty #rishbeautycosmetic #malaysia #beauty #kecantikan #skincare #kesihatan #beauty #kosmetik #perawatanwajah #cantik #makeup #perawatan #kecantikanwajah #pemutihwajah #produkkecantikan #perawatankulit #skincareroutine #cantikalami #pemutihbadan #jerawat #jejaka #wanita #viral #kecantikankulit #pemutih


Atasi Kulit Gelap dan Berparut Dengan Crystal Skin Reviewed by Ana Suhana on August 30, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. Best amalkan crystal skin ni , fungsi utama dapat mencantikkan kulit dari dalam dan luar

    ReplyDelete
  2. Bagus Crystal Skin sebab guna dari bahan semulajadi dan rasa dia pun sedap. Manis-manis buah gitu..

    ReplyDelete
  3. ha, kulit ana pun nmpak mkin cerah. saya ni pakai mask pun muka tambah jerawat, pelik kan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.