Ramai Berjaya Kurus Dengan Leedee. Betul Ke Leedee ni Selamat?

Ramai Berjaya Kurus Dengan Leede. Betul Ke Leedee ni Selamat? l Assalamualaikum. Fuhh sejak PKP ni, kemain mencanak naik berat ni haa. Lagi-lagi bila sambut raya hari tu. Walau duduk rumah je, menu raya kemain meriah. Memacam makanan ditelannya. Lepas tu mula lah meroyan bila tengok angka dekat penimbang tanpa segan silu naik dan terus naik. Stress akak dik non oi.

Ramai Berjaya Kurus Dengan Leede. Betul Ke Leedee ni Selamat?


Haaa siapa yang macam tu baik ngaku sekarang. Hehe. Ana pasti ramai yang alami masalah yang sama kan. Bukan tak nak diet, tapi tu lah asyik kalah dengan godaan-godaan makanan yang mengiurkan depan mata. Diet setakat sehari dua je. Lepas tu gagal teruk.



Worry not sebab sekarang dah ada Leedee.

Apa tu Leedee?


Leedee merupakan produk makanan tambahan yang sesuai untuk lelaki dan juga perempuan keluaran Nadd Empire Sdn Bhd. Jenama Leedee telah pun berada di pasaran selama 3 tahun sejak 2018. Actually jenama Leedee ni ada beberapa produk di bawah label mereka tapi hari ni Ana nak share tentang 2 killer product mereka iaitu Leedee Pinepple dan Leedee Tox Peach.



Leedee Pinepple Juice Untuk Kawal Nafsu Makan



Seperti yang kita semua tahu, Malaysia merupakan negara yang tertinggi mengalami masalah obesiti dan juga berat badan berlebihan. Ini semua berpunca dari kegagalan kita untuk mengawal nafsu makan kita sendiri. Maklumlah, Malaysia kan ada banyak makanan yang sedap-sedap. 


Disebabkan isu susah nak kawal nasfu makan tu lah menyebabkan Nadd Empire Sdn Bhd mengeluarkan Leedee Pineapple yang diformulasikan dengan 5 bahan terbaik seperti Garcinia Cambodia yang mampu untuk mengawal selera makan dan juga Mangga Afrika yang bagus dalam pembakaran lemak. Jom tengok bahan-bahan lain yang ada di dalam Leedee Pineapple ni.



5 Bahan Terbaik Leedee Pineapple Juice


1. Nenas 


Nenas merupakan buah yang kaya dengan vitamin C yang bagus untuk kesihatan badan kita. Antara fungsi utama nenas iakah untuk membantu proses pembakaran lemak, melancarkan proses pencernaan, menghaluskan serta mencerahkan kulit wajah


2. Garcinia


Garcinia sangat bagus untuk menurunkan berta badan kita kerana ianya berfungsi untuka meningkatkan tenaga, mengurangkan selera makan serta menstabilkan mood.


3. Mangga Afrika


Mangga Afrika bertindak meningkatkan tahap metabolisma badan, menukar lemak kepada tenaga, membakar lemak, melambatkan proses pembentukkan lemak serta membuatkan perut berasa kenyang.


4. Rasberry Ketone


Rasberry Ketone berfungsi lebih kurang sama dengan Mangga Afrika di mana ianya mampu untuk meningkatkan tahap metabolisma badan, membakar lemak, melambatkan proses pembentukkan lemak, meningkatkan tenaga dan mengurangkan selera makan.


5. Hoodia


Hooda berfungsi untuk mengawal selera makan, membakar lemak-lemak degil, menukar lemak kepada tenaga dan menjadikan badan lebih bertenaga.



Kelebihan Leedee Pineapple Juice


Banyak kelebihan Leedee Pineapple Juice ni untuk kesihatan badan kita. Antaranya ialah ianya membantu membakar lemak 6x lebih baik di bahagian-bahagian degil seperti perut, peha dan lengan serta mampu mencantikkan kulit wajah.


Leedee Pineapple Juice juga membantu menurunkan berat badan dengan efektif tanpa perlu bersenam dengan teruk (cukuplah sekadar 10-20 minit sehari) dan tanpa perlu berdiet secara ekstrem sebab Leedee akan membuatkan kita rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Sekaligus ini dapat bantu kita mengawal nafsu makan kita sendiri.



Cara Pengambilan Leedee Pineapple Juice


Cara makan Leedee Pineapple Juice ni sangat mudah. Didatangkan dalam bentuk sachet, korang boleh consume secara kemam macam gula-gula atau pun bancuh dengan air. Sebaiknya amik 1 sachet pagi iaitu 30 minit sebelum sarapan. Kalau korang ada gastrik macam Ana, korang boleh amik 30 minit selepas sarapan. Bagi yang tertanya rasa Leedee Pineapple Juice ni, korang jangan risau sebab rasa dia sedap. Rasa manis manis buah gitu,


Bila dah consume Leedee Pineapple Juice ni make sure lah korang minum air masak secukupnya ye iaitu dalam 1-2 liter sehari untuk membantu proses pembakaran lemak. Lepas tu elakkan minum minuman berkafein dan berais. Makan pula dalam kuantiti yang sedikit tapikerap. Akhir sekali kena dapatkan tidur yang cukup. Mudah je kan???




Leedee Tox Peach Untuk Lancarkan Pelawasan



Leedee Tox Peach merupakan produk yang bagus untuk melancarkan proses pelawasan kerana tinggi dengan fiber. Kandungan fiber sangat penting untuk bantu fungsi detox berjalan dengan lancar sekaligus membantu badan membuang toksin yang menjadi punca berat badan susah nak turun.



10 Bahan Terbaik Leedee Tox Peach


1. Jus Peach


Buah peach sangat tinggi dengan fiber (serat) yang bagus untuk membantu melancarkan sistem pencernaan. Ianya juga kaya dengan vitamin C yang mampu menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah dengan selamat.


2. Pear


Buah pear kaya dengan antioksida dan sumber vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit. Ianya juga tinggi dengan fiber yang berfungsi untuk mencegah masalah sembelit.


3. Passion Fruit


Passion fruit antara buah yang  bagus untuk meningkatkan sistem pencernaan kerana kaya dengan vitamin C, vitamin A dan juga antioksida.


4. Flaxseed


Flaxseed tinggi dengan kandungan serat yang berfungsi meningkatkan kesihatan pencernaan dan seterusnya membantu mengurangkan berat badan. Flaxseed juga tinggi dengan antioksida.


5. Guarana Seed


Guarana seed berfungsi untuk memperbaiki sistem penghadaman, menurunkan berat badan serta menyihatkan mata.


6. Soluble Corn Fiber


Soluble Corn Fiber membantu meningkatkan kesihatan penghadaman serta berfungsi sebagai penyerap kalsium yang baik.


7. L-Cysteine


Berfungsi sebagai ejen anti-penuaan, membantu badan untuk detox serta membantu mencerahkan kulit dan meningkatkan sistem imun badan.


8. Oat Fiber


Oat fiber bertindak membekalkan tenaga kepada badan, membantu masalah pencernaan seperti sembelit, meningkatkan kesihatan jantung dan juga mencantikkan kulit,


9. Vitamin C


Seperti yang kita tahu, vitamin C sangat baik untuk kesihatan badan. Antara fungsi vitamic C di dalam Leedee Tox Peach ialah untuk menjadikan kulit cantik berseri, menghindarkan dari jangkitan kuman serta membantu meningkatkan penghasilan kolagen.


10. Aloe Vera


Selain bagus untuk kesihatan rambut dan kulit, aloe vera juga bagus untuk melegakan sembelit dan membantu membuang toksin dalam tubuh badan.



Kelebihan Leedee Tox Peach


Menarik tentang Leedee Tox Peach ialah ianya merupakan produk lawas yang tidak membuatkan kita kerap untuk ke tandas. Sebaliknya ia berfungsi untuk meningkatkan proses pelawasan dengan membantu masalah sembelit yang kerap dialami rakyat Malaysia akibat pemakanan yang tidak seimbang. Leedee Tox Peach juga bertindak mengurangkan toksin dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan. 


Selain tu, Leedee Tox Peach juga berfungsi untuk mencantikkan kulit dan mencergaskan badan yang lesu dengan membekalkan tenaga yang diperlukan kerana tinggi dengan vitamin C.



Cara Pengambilan Leedee Tox Peach



Bagi yang ada masalah sembelit, korang disarankan untuk ambil 1 sachet setiap hari atau 2 hari sekali sebelum tidur bergantung pada keperluan masing-masing. Bagi yang tak ada masalah sembelit pula, korang disarankan untuk ambil separuh sachet dan  consume 2 atau 3 kali sehari. Balance sachet tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk.


Oh ya Leedee Tox Peach ni juga didatangkan dalam bentuk jus sachet yang mudah untuk diambil dan lebih sedap diminum sejuk. So sebaiknya simpan jus Leedee Tox Peach ni di dalam peti sejuk. Untuk kesan yang lebih efektif, minum air kosong secukupnya untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak di dalam badan.



Selamat Ke Untuk Consume Jus Leedee Ni?



Leedee merupakan jus makanan tambahan yang bukan tergolong dalam ubat-ubatan atau pil kurus. Tapi korang jangan risau sebab Leedee telah mendapat surat BKKM dibawah Pengkelasan Makanan dan bukan dibawah ubat-ubatan yang perlu didaftar dibawah ubatan. 



Selain daripada tu, Leedee juga telah mendapat kelulusan Ujian Makmal dari Malaysia dan juga Singapura dan hasil ujian menunjukkan produk Leedee terbukti bebas dari bahan terlarang Sibutramine. Korang boleh rujuk gambar-gambar di bawah ni.

Lab Test Singapura



Sibu Lab Test Malaysia


Lab Test Malaysia 


So sekarang jelas kan yang Leedee adalah selamat untuk di consume. Kalau korang nak tahu, selama 3 tahun produk Leedee ni berada di pasaran, ramai yang telah berjaya mendapatkan berat badan yang mereka impikan. Malah badan mereka jadi lebih sihat dan cergas. Tak caya korang boleh baca sendiri testimoni-testimoni pelanggan Leedee ni.





Siapa yang boleh consume Leedee??


Jawapannya ialah Leedee sesuai untuk lelaki dan perempuan berusia dari 15 tahun dan ke atas yang mempunyai tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit kronik. Tapi ibu mengandung dilarang sama sekali ok. Bagi ibu menyusu pula, tak disarankan untuk yang menyusu bayi 1 tahun ke bawah. Untuk bayi 1 tahun ke atas pula bergantung pada penerimaan badan masing-masing. Sebaiknya tunggu lah dulu sampai wean off.



Leedee boleh didapati di ejen-ejen berdaftar di seluruh Malaysia termasuk di Singapura dan Brunei. Harga untuk sekotak Leedee Pineapple ialah RM89.00(sm) / RM92(ss) manakala Leedee Tox Peach pula berharga RM79(sm) / RM82(ss). Sekotak ada 10 sachet.



Bagi yang berminat untuk mencuba atau inginkan maklumat lebih lanjut tentang  produk Leedee, korang boleh layari website atau sosial media Leedee atau nak senang boleh terus hubungi nombor di bawah ni. Leedee boleh didapati di ejen-ejen berdaftar di seluruh Malaysia termasuk di Singapura dan Brunei.


Website l Facebook l Instagram 


☎ Nadd Empire Sdn Bhd - 017-6797270 

☎  En Syafiq - 017-6790191 


Ramai Berjaya Kurus Dengan Leedee. Betul Ke Leedee ni Selamat? Reviewed by Ana Suhana on July 03, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. Sally pun mmg puas hati sgt guna Leedee neh...tak menyesal la cuba!

    ReplyDelete
  2. Wah nampak menarik ni...garcinia memang banyak terkandung dalam produk macam ni kan...rasa macam nak cuba plak...

    ReplyDelete
  3. Menarik ni Ana, dh la ada approval, secure

    ReplyDelete
  4. Let's slim with leedee. Nice product to try and selamat untuk diamalkan.

    ReplyDelete
  5. Waaa ada produk utk turun berat badan la... leh cuba nnti..

    ReplyDelete
  6. Bagus ada dua produk.. Nad tau pasl leedee je sebab ade member pakai.. Memg jurus. Yang peach tu baru tau. Bagus siapa yang nak kuruskan badan

    ReplyDelete
  7. Sangat bantu mereka yg nak turunkan berat badan nie.. packaging dia pun comel betul.. senang nk consume

    ReplyDelete
  8. Iza pun consume jugak ni. Iza try yg Leedee Tox Peach tu memang lawas betul.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.