McDonald's Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan Buat Frontliners Perubatan Di Sini
McDonald's Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan Buat Frontliners Perubatan Di Sini l Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu, Hospital Sungai Buloh merupakan hospital pertama di Malaysia yang menerima dan merawat pesakit Covid-19 sejak pandemik ini melanda awal Mac tahun lalu.
McDonald's Taja Makanan Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Penghargaan
Buat Frontliners Perubatan Di Sini
Kalau
masa PKP 1.0 dulu, kita boleh nampak sistem perubatan di negara kita masih
dalam keadaan yang sangat terkawal. Hampir kesemua hospital mampu beroperasi
seperti biasa. Mampu menerima dan merawat pesakit-pesakit selain pesakit
Covid-19 di hospital mereka. Ini kerana hanya beberapa hospital saja yang
beroperasi merawat pesakit Covid-19.
Tapi
hari ini, dengan jumlah kes harian yang sangat tinggi yang hampir cecah 7k
sehari, kemampuan hospital-hospital sedia ada mula di tahap yang membimbangkan.
Mana tak nya, kebanyakan hospital telah mencapai kapasiti 80% dengan pesakit
termasuk pesakit Covid-19. Ini termasuk jumlah kapasiti katil di wad ICU. Takut
kan dengar?
Hospital Sungai Buloh Hospital Covid-19
Hospital Sungai Buloh
juga tak terkecuali. Sebagai hospital yang telah diiktiraf sebagai
Hospital Covid-19 yang dikhaskan untuk merawat pesakit pada 2 Oktober
2020 yang lalu, para petugas barisan hadapan di sini pula tidak pernah berhenti
dari memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik mereka kepada para pesakit
Covid-19 yang dimasukkan ke sini. Menurut Pengarah Hospital Sungai Buloh,
Dr Kuldip Kaur, kakitangan perubatan mereka telah bekerja sepanjang waktu,
siang dan malam demi untuk memenuhi dan mengurus keperluan pesakit Covid-19
yang ditempatkan di hospital ini.
Terbaru
dilaporkan yang jumlah katil di Hospital Sungai Buloh telah 100% penuh, malah
jumlah pesakit di sini telah melebihi kapasiti yang sebenar. Katil di ICU semua
takde yang kosong dah. Itu pun hanya kes yang melibatkan pesakit berisiko
tinggi dan juga pesakit Covid-19 Stage 4 dan Stage 5 saja yang dirujuk ke sini.
Korang boleh bayangkan tak betapa struggle
nya frontliners perubatan dekat sini?? Seorang doktor atau jururawat terpaksa
jaga beberapa pesakit dalam satu-satu masa. Kalau korang pernah tengok 1
dokumentari khas tentang pesakit-pesakit Covid-19 dekat Hospital Sungai Buloh
ni, korang akan faham betapa tenatnya situasi di sana sekarang. Tapi
frontliners perubatan tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan tabah dan
sabar.
Sebab
tu sebagai rakyat yang prihatin, kita kena hargai segala pengorbanan mereka.
Patuhi segala SOP yang telah dilaksanakan. Dengan cara tu saja kita mampu
putuskan rangkaian Covid-19 di negara kita.
McDonald's Taja Lebih 10k Pek Makanan di Hospital Sungai Buloh
McDonald's
- sebuah restoran perkhidmatan segera yang terkenal di Malaysia tak terkecuali
menjadi sebahagian dari yang menyokong dan menghargai jasa para frontliners
perubatan yang telah berjuang tanpa lelah demi menjaga keselamatan rakyat
Malaysia sepanjang pandemik ini melanda.
Sebagai tanda penghargaan dan sokongan mereka, McDonald's Malaysia telah meneruskan tajaan makanan kepada pekerja kesihatan di hospital-hospital yang merawatpesakit Covid-19 di seluruh Malaysia. Ini termasuk pekerja perubatan di Hospital Sungai Buloh. Sejak bermulanya pandemik ini, McDonald’s telah menaja lebih 10k pek makanan di Hospital Sungai Buloh.
Menurut
Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia,
Hospital Sungai Buloh merupakan salah satu hospital pertama yang
disokong oleh McDonald's. Hospital Covid-19 ini telah menerima lebih dari
10,000 pek makanan dari McDonald's Malaysia sejak bermulanya pandemik ini.
Awal
Mei yang lepas, McDonald's sekali lagi menyambung usaha murni mereka dengan
menyalurkan sumbangan makanan kepada frontliners perubatan Hospital Sungai
Buloh dengan menaja 300 pek makanan sekerap
3 kali seminggu.
Dr Kuldip Kaur, Pengarah Hospital Sungai Buloh turut hadir untuk menerima hantaran makanan dari McDonald's bagi pihak Hospital Sungai Buloh. Beliau berterima kasih kepada McDonald's Malaysia atas usaha murni yang dilaksanakan kerana ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban kakitangan perubatan di sini sekaligus membantu menaikkan semangat dan menceriakan hari-hari mereka. Bila dah ceria, mestilah muka akan terukir dengan senyuman je kan. So pesakit pun akan jadi lebih positif untuk sihat. Tak gitu?
Dalam pada masa yang sama, proses penghantaran makanan yang dijalankan tetap mengikut langkah-langkah keselamatan yang ketat bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang jangkitan.
#KitaBoleh Bersatu Hati Bantu Frontliners Perubatan Putuskan Rangkaian
Covid-19
McDonald's
Malaysia sentiasa peka dan ambil peduli tentang keadaan semasa negara terutama
sepanjang pandemik ini melanda. Inisiatif McDonald's Malaysia dalam menaja
makanan kepada barisan hadapan perubatan kepada lebih daripada 70 hospital yang
merawat pesakit Covid-19 membuktikan yang McDonald's Malaysia tetap komited
dalam memainkan peranannya dalam menyokong usaha pemulihan negara selain dari membuktikan rasa tanggungjawab,
keprihatinan dan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan perubatan.
Kempen
#KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald’s Malaysia sejak Perintah Kawalan
Pergerakan Pertama Mac 2020 yang lalu ini bermula di platform media sosial
mereka. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan semangat juang semua rakyat
Malaysia untuk terus bersatu hati dan sentiasa bersemangat untuk sama-sama
putuskan rangkaian wabak berbahaya ini. Walaupun hari ini kita berdepan dengan
situasi yang sangat meruncing, di mana semua orang sedang melalui saat-saat
yang sangat sukar, namun kita tak boleh mudah berputus asa.
Bila-bila
kita rasa down pandanglah semangat #KitaBoleh para barisan hadapan kita
termasuk pasukan perubatan yang telah berkorban dan berjuang tanpa henti, siang
dan malam tanpa mengira penat lelah demi untuk memastikan kita semua selamat.
Tahniah
buat pasukan McDonald's Malaysia atas usaha yang sangat murni ini. Semoga usaha
yang dilaksanakan ini menjadi contoh dan teladan buat semua rakyat Malaysia.
Untuk info lebih lanjut dan berita terkini dari McDonald's Malaysia korang
boleh layari www.facebook.com/My.McDonalds/.
Akhir
sekali, jangan lupa untuk sentiasa patuh pada perintah yang dikeluarkan oleh
kerajaan Malaysia. Memandangkan negara kita sekali lagi sedang berada di bawah
perintah PKP, duduk saja di rumah. Biar ketua keluarga saja yang keluar untuk
beli barang keperluan. Jangan keluar jika tiada urusan penting.
Alhamdulillah..banyak dah mcd ni bantu mcm2 kan..semoga diteruskan dimasa akan dtg
ReplyDeleteUsaha yang sangat murni daripada Mcdonalds Malaysia kerana sangat prihatin dengan frontliner kita
ReplyDeleteInsiatif yang sangat2 bagus
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif ini.. Moga ia dpat diteruskan lagi agar lebih ramai yg mendpat manfaat darinya..
ReplyDeleteterbaiklah McD...semoga terus dapat membantu frontliners dan mereka yang memerlukan
ReplyDeleteTahniah McD sentiasa berikan sokongan yang berterusan buat frontliners dengan sumbangan tajaan makanan
ReplyDeleteTahniah mcd malaysia. Satu usaha yang murni
ReplyDeleteAlhamdulillah, inisiatif yg mcm ni mmg bagus. Good job McDonalds Malaysia.
ReplyDelete