Kekal Segar, Selesa dan Yakin dengan Safi Hijabista Bodycare
Kekal Segar, Selesa dan Yakin dengan Safi Hijabista Bodycare l Assalammualaikum. Bencinya bila ada masalah badan berbau. Hilang terus rasa yakin pada diri sendiri. Nak buat apa-apa pun jadi terhalang. Kesannya kita lebih selesa bersendirian dan bersedih dengan nasib diri.
Kekal Segar, Selesa dan Yakin dengan Safi Hijabista Bodycare
Jangan macam tu korang. Zaman sekarang bukan zaman kita nak terus bersedih dan rendah diri dengan kekurangan yang ada. Rugi nanti dekat bakat atau kemahiran yang kita ada bila tak ditonjolkan.
Setiap masalah ada penyelesaiannya. Betul tak? Yang penting kena usaha sebaiknya. Setakat masalah bau badan tu, kira small matter je sebab semua tu boleh selesai dengan Safi Hijabista Bodycare.
Apa tu Safi Hijabista Bodycare??
Safi Hijabista Bodycare merupakan rangkaian penjagaan badan pertama di pasaran yang direka khas untuk keselesaan Hijabista di Malaysia untuk kekal segar, selesa dan yakin untuk capai apa yang diimpikan tanpa perlu membataskan diri walaupun berdepan dengan cabaran bau badan, peluh dan ketidakselesaan dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia.
In fact kalau korang ada masalah rambut berbau pula, korang boleh atasi dengan guna Sapi Shayla Supa, yang direka khas untuk wanita bertudung.
Safi Hijabista Bodycare menawarkan 4 produk yang terdiri daripada deodoran, losyen tangan & badan dan losyen gel yang diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology untuk menyingkirkan malodour dan telah diuji secara klinikal & dermatologi.
Menariknya kesemua produk Safi Hijabista Bodycare bertekstur ringan, tidak melekit, cepat menyerap dan breathable. Dan paling penting ianya bebas dari paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan bebas dari animal testing.
1. Antibacterial Deodorant Roll On
Merupakan deodoran antibakteria jenis roll on yang berfungsi untuk memberikan perlindungan yang berkesan sehingga 48 jam dan lembut pada kulit dengan 7 Pro Action iaitu anti bakteria, anti bau, anti peluh, anti tekanan pada kulit, anti iritasi, anti kesan dan anti melekat.
Deodoran ni didatangkan dengan ciri Easy Glide Applicator dan mempunyai 3 varian iaitu Healthy White (Apricot & Pearl Powder), Dry Fresh (Aloe Vera & Cucumber) dan Soft & Smooth (Shea Butter & Almond Oil).
2. Antibacterial Deodorant Spray
Deodoran antibakteria jenis spray ini mempunyai ciri cepat kering dan berfungsi untuk memberikan perlindungan yang berkesan sehingga 48 jam dan lembut pada kulit dengan 7 Pro Action iaitu anti bakteria, anti bau, anti peluh, anti tekanan pada kulit, anti iritasi, anti kesan dan anti melekat.
3. Aqua Gel Lotion
Gel ringan yang berfungsi untuk menghidratkan kulit dengan formulasi ringan yang menyegarkan, tidak melekit dan penyerapan pantas dengan ciri 7 Pro Action iaitu untuk menyuburkan kulit kering, mengembalikan penghidratan, mengekalkan kelembutan kulit, memberi kesegaran sensasi aqua, melegakan tekanan kulit, menyegarkan semula kulit dan membantu mengurangkan garis-garis halus.
Aqua gel lotion ni didatangkan dalam 2 pilihan iaitu Soothing Fresh (Aloe Vera) untuk soothes & calms skin dan Radiant Fresh (Pomegranate) untuk repairs & brightens skin.
4. Soothing Gel
Gel ringan yang mampu menghidrat kulit dengan penggunaan pelbagai fungsi dan diformulasi daripasa 100% bahan aktif semulajadi. Soothing gel ini bertekstur ringan dan tidak melekit dengan penyerapan pantas.
Soothing gel dengan 7 Pro Action iaitu merawat kemerahan kulit, merawat tumit retak, mengatasi kulit menggelupas, melegakan kerengsaan kulit, digunakan selepas bercukur, berfungsi untuk merawat rambut dan bertindak sebagai pelembap badan.
Didatangkan dalam 2 varian iaitu 100% Natural Aloe Vera untuk soothes, refreshes & hydrates skin dan 100% Natural Pomegranate untuk soothes, refreshes and brightens skin.
Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh
Jom korang join Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh yang sedang berlangsung sepanjang bulan Julai ini. Hadiah menarik seperti IPhone 12 menanti untuk dimenangi.
Apa yang korang perlu buat hanya kongsikan momen aktif korang di Instagram dan tag Safi Malaysia. Mudah kan? Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari instagram Safi Malaysia di https://www.instagram.com/safimalaysia.
wow menarik, safi pun dah ada produk utk badan. mungkin boleh cuba nanti sebab harga safi selalunya mampu milik :D
ReplyDeleteProduk safi hijabista body care memang best sekali suka sangat, wangi dan rasa fresh
ReplyDeleteFD inlove betul dgn lotion aqua tu, best sbb wangi 😍
ReplyDeleteSafi dah ada bodycare range la.. best nie sbb kita pun mmg pakai safi dari dulu lagi..
ReplyDeleteBest Safi Hijabista ni byk range
ReplyDeletePenjagaan diri memang kena jaga. Nice Safi Hijabista, #hijaboleh
ReplyDeleteBestnya safi ade set utk wanita hijab tp boleh berstyle... Kita suka range safi dr dlu smpi skrg
ReplyDelete