Mudahnya Aqiqah dan Qurban Online Dengan Aqiqah Centre

Mudahnya Aqiqah dan Qurban Online Dengan Aqiqah Centre l Assalamualaikum. Tahun ni masuk tahun kedua negara kita dilanda dengan pandemik Covid-19. Sejak virus berbahaya ni menyerang Malaysia, banyak aktiviti yang kita susah nak buat especially yang melibatkan majlis-majlis keraian seperti majlis aqiqah. Memandangkan Suraya dilahir semasa Malaysia dilanda Covid-19, Ana tak berani nak adakan sebarang majlis untuk dia sampailah ke hari ni. Maklumlah bayi dan kanak-kanak kan antara golongan berisiko.

Aqiqah Qurban Online Aqiqah Centre


Mudahnya Aqiqah dan Qurban Online Dengan Aqiqah Centre



Kita sendiri tak tahu bila pandemik ni akan berakhir. Bila berada dalam suasana seperti ni, as a parents Ana rasa bersalah tak dapat nak buatkan majlis aqiqah untuk Suraya. Ye lah masa Syafi dulu bukan main meriah lagi. Habis semua saudara-mara, kawan taulan dan jiran tetangga kami jemput. Sampai ke malam majlis tu berjalan. Kalau boleh Ana nak lah juga buatkan aqiqah untuk Suraya. Biar sama adil kan.




Hukum Ibadah Aqiqah


Mesti ramai yang masih keliru tentang hukum ibadah aqiqah ni kan. Ana pun sama juga masa lahirkan Syafi dulu. Bila Ana tanya seorang ustaz ni, rupanya hukum aqiqah ni adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut) bagi mereka yang berkemampuan. Dan sebaiknya dilaksanakan pada hari ke-7 kelahiran dan disertakan dengan memberi nama yang baik dan juga mencukur rambut bayi kita. Ini berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:


الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ


Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

(Riwayat Abu Daud (1522))




Jadi bagi yang berkemampuan dari segi wang ringgit, apa salahnya untuk kita laksanakan ibadah aqiqah untuk anak-anak kita. Ni lah salah satu cara untuk kita zahirkan rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan cahaya mata dalam keluarga kita. Mudah-mudahan berkat ibadah aqiqah ni mereka menjadi anak yang soleh dan solehah pada masa akan datang. InsyaAllah.


Ibadah Aqiqah / Qurban Dengan Lembu atau Kambing?



Kalau ikut kebiasaan, untuk ibadah qurban rata-rata rakyat Malaysia akan pilih lembu untuk disembelih. Tapi macam mana pula dengan aqiqah? Kena guna lembu juga ke? 

 
Boleh je kalau nak guna lembu. Takde masalah pun. Cumanya harga seekor lembu tersangatlah mahal. Paling murah seekor dalam RM4,000. Mahal bebenar!!! Sebab tu masa ibadah qurban pada Hari Raya Aidiladha, seekor lembu tu akan dibahagikan kepada beberapa bahagian supaya bagi yang tak mampu nak  beli seekor lembu boleh join qurban dengan bahagian-bahagian kecil tersebut je.


Tapi berbeza dengan seekor kambing yang mana harganya jauh lebih murah dan mampu milik. Bagi yang berkemampuan pastinya tidak menjadi beban untuk mereka membeli seekor kambing terus. Disebabkan ini lah kambing  sangat sesuai untuk ibadah aqiqah. 


Tapi timbul pula persoalan lain, berapa ekor kambing untuk ibadah aqiqah ni sebenarnya?? Haa korang baca hadis Nabi di bawah ni:


مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ


Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”. 

(Riwayat Abu Daud (2842))


Berdasarkan hadis Nabi di atas jelas menyatakan yang bilangan kambing disunatkan 2 ekor untuk anak lelaki dan 1 ekor anak perempuan. Tapi Islam ni mudah dan tidak membebankan. Kalau tak mampu nak aqiqah 2 ekor kambing bagi yang dapat anak lelaki tu, aqiqah seekor kambing pun dah memadai dan dibolehkan. Janganlah sampai membebankan diri dan keluarga. Ibadah sunat je pun aqiqah ni. (Rujukan dari muftiwp.com).


Mudahnya Ibadah Aqiqah Dengan Aqiqah Centre


Berbalik pada cerita Ana tadi, bila discuss dengan suami tentang ibadah aqiqah ni dia pun setuju supaya tak diadakan sebarang majlis untuk Suraya sebabnya sekarang ni banyak varian baru yang berbahaya. So dia tak nak amik sebarang risiko. Solusinya suami Ana cadangkan untuk guna perkhidmatan aqiqah / qurban online yang banyak ditawarkan di luar sana.  Eh kenapa Ana tak terfikir pasal ni kan!!


Apa lagi, Ana terus buat carian tentang aqiqah atas talian ni. Bila search rupanya banyak syarikat-syarikat tempatan yang menjalankan ibadah aqiqah secara atas talian. Ibadah qurban pun mereka buat juga. Dalam banyak-banyak tu Ana paling tertarik dengan perkhidmatan dari AqiqahCentre.com. Sebabnya Ana pernah baca posting kawan-kawan Ana yang dah buat ibadah aqiqah anak mereka dengan Aqiqah Centre dan mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.


Dan ternyata pilihan Ana sangat tepat. Nak tau kenapa, jom baca pengalaman Ana dengan AqiqahCentre.com dan 5 sebab kenapa korang kena pilih Aqiqah Centre untuk ibadah aqiqah dan qurban online korang.


5 Sebab Kenapa Aqiqah Centre Pilihan Terbaik



1. 100% Online. Mudah dan Cepat.


Secara peribadi, Ana sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dari Aqiqah Centre. Sebabnya semua urusan 100% online - sangat mudah dan cepat. Bermula dari urusan daftar nama sampailah ke proses ibadah aqiqah dijalankan. Semuanya lancar dan cepat. 


Aqiqah Qurban Online Aqiqah Centre


Dengan AqiqahCentre.com, Ana dapat jimat masa dan tenaga. Tak perlu nak bersusah payah keluar rumah semata nak cari pembekal kambing. Lepas tu tak perlu nak berpenat kemas rumah lepas kenduri. Fuhh boleh bayangkan penat dia macam mana. Dengan ada anak kecik lagi kan. Berganda penat jadinya.


Bagi ibu yang ada kes lahirkan anak prematur atau anak terpaksa ditahan di NICU pun boleh laksanakan ibadah aqiqah ni seawal 7 hari kelahiran. Tak perlu nak tunggu anak keluar wad pun. Mudah kan!!.



2. Harga Aqiqah dan Qurban Mampu Milik


Zaman-zaman pandemik ni, bab kewangan memang kena jaga betul-betul. Kalau ada yang boleh menjimatkan duit kita, kenapa kita tak guna kan. Macam tu juga dengan ibadah aqiqah atau qurban ni. Bila kita boleh laksanakan ibadah sunat ni pada harga serendah RM499 untuk seekor kambing, kenapa nak pikir 2-3 kali lagi!!!

Aqiqah Qurban Online Aqiqah Centre

Aqiqah Qurban Online Aqiqah Centre


Serius memang sangat murah harga yang dikenakan AqiqahCentre.com ni. Hanya RM499 untuk seekor kambing dengan purata berat sekitar 28-33kg. Korang tak kan dapat harga semurah ini dekat tempat lain dah. Ana ingat lagi masa buat aqiqah Syafi 6 tahun lepas. Seekor kambing lebih kurang RM600-RM800 seekor. Tu cerita 6 tahun lepas. Korang bayangkan sendiri berapa harga seekor kambing hari ni. Confirm confirm mahal. 


Tapi dengan Aqiqah Centre, korang boleh berjimat banyak. Ni lagi beberapa hari je kita nak sambut Raya Haji pulak kan. Memang sesuai sangatlah untuk korang yang plan nak buat qurban tahun ni untuk join qurban online dengan AqiqahCentre.com. Tak payah dah nak pening kepala pikir nak cari orang atau pujuk adik-beradik join sembelih seekor lembu yang mahal harganya tu.


3. Perkhidmatan Aqiqah dan Qurban Online Yang Dipercayai 


Pada korang yang rasa was-was nak guna perkhidmatan aqiqah atau korban dari Aqiqah Centre, jangan risau lah. Ana sendiri dah pernah guna perhidmatan dorang, dan ternyata memang boleh sangat sangat dipercayai. Korang boleh juga pergi dekat Fb Page Aqiqah Centre ni dan baca review para pelanggan yang dah pernah guna Aqiqah Centre ni. Boleh kata 100% berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Artis-artis popular pun guna Aqiqah Centre untuk aqiqahkan anak-anak mereka. Kalau tak, tak kan lah dah 21,000 ekor sembelihan berjaya diuruskan!! .

Aqiqah Qurban Online Aqiqah Centre

Tapi apa yang paling Ana suka ialah pihak Aqiqah Centre akan hantar video sembelihan dekat kita melalui aplikasi WhatsApp sebagai bukti.


Aqiqah Qurban Online Aqiqah Centre


Dalam video tu nanti korang akan nampak nama anak korang ditulis di atas kertas dan kemudian nama tu akan disebut sebelum upacara sembelihan dijalankan. Tapi video ni hanya untuk ibadah aqiqah je tau. Ibadah qurban tak disediakan video sebab jumlah sembelihan yang sangat banyak masa tu. So faham-faham lah ye. Oh ya ibadah aqiqah ni akan dilakukan setiap minggu pada hari Jumaat.


4. Ibadah Aqiqah dan Qurban Dilaksanakan di Mekah


Mesti korang tertanya kenapa murah harga seekor kambing di Aqiqah Centre ni. Haaa kalau korang nak tau, proses aqiqah ni dilaksanakan di tanah suci kota Mekah. Dan di sana harga seekor kambing adalah lebih murah.

Aqiqah Qurban Online Aqiqah Centre


Untuk pengetahuan korang, ibadah aqiqah dan qurban masih beroperasi seperti biasa dalam masa pandemik ni. Manakala daging hasil sembelihan kita tu kemudiannya akan diagihkan kepada fakir miskin di Mekah dan ada juga  yang ditinkan untuk dihantar ke 23 negara Islam yang ada ramai fakir miskin. Alhamdulillah.


5. Sijil Premium Ukiran Kayu Percuma


Aqiqah Qurban Online Aqiqah Centre

Ni antara perkara yang menarik bila kita laksanakan ibadah aqiqah atau qurban dengan Aqiqah Centre. Bukan je dapat harga murah, perkhidmatan pantas malah lepas selesai semua, kita akan dapat sijil dalam bentuk ukiran kayu yang sangat eksklusif dan cantik. Boleh jadikan kenangan untuk anak-anak. Jadikan hiasan atas meja pun boleh sebab ukiran kayu tu cantik sangat.



Secara kesimpulannya, Ana sekeluarga sangat berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan aqiqah online dari AqiqahCentre.com. Dalam masa yang sama Ana bersyukur sangat sebab berjaya juga laksanakan aqiqah untuk Suraya walau dalam keadaan pandemik hari ni.


So pada korang yang tercari-cari tempat untuk laksanakan ibadah aqiqah atau qurban online yang mudah, pantas dan dipercayai pada harga yang murah, Ana syorkan korang untuk guna perkhidmatan dari AqiqahCentre.com. InsyaAllah korang pasti akan puas hati. Untuk maklumat lanjut tentang aqiqah / qurban online 2021, korang boleh layari website atau media sosial Aqiqah Centre seperti di bawah :


Website l Facebook l Instagram

Mudahnya Aqiqah dan Qurban Online Dengan Aqiqah Centre Reviewed by Ana Suhana on June 09, 2021 Rating: 5

14 comments:

  1. Alhamdulillah ada Aqiqah centre ni memudahkan kita semua, terutama zaman covid19

    ReplyDelete
  2. lebih mudah buat aqiqah online ni, qurban pun dah bertahun buat yang online je

    ReplyDelete
  3. Cara Qurban dan Aqiqah paling mudah dan selamat pada musim covid ni kena guna cara ini yang penting nait dan matlamat kita tercapai

    ReplyDelete
  4. Sekarang dah mudah nak buat ibadah korban dan akikah. Dah boleh buat secara online bagi memudahkan semua umat Islam.

    ReplyDelete
  5. Seiring dengan keadaan kita semua. Aqiqah Centre adalah pilihan yang tepat untuk kita laksanakan Ibadah Aqiqah untuk cahaya mata kita. Comel tengok certificate ukiran kayu tu. Heheehe. Zaman Ruby dulu masih sempat kenduri kendara. Tahun 2016 utk anak bongsu. Kambing bakar dua ekor. Rindunyaaaa nak makan kambing bakar. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Wah mudah sekarang ye nak buat aqiqah walaupun dlm musim covid xde alasan xpeelu buat... Boleh share dgn spupu kita ni...

    ReplyDelete
  7. Mudah dah sekarang, at least niat kita tu sampai, tak kisahlag online ke kan.. lagipun time PKP ni haaa elok laa guna khidmat servis ni.. adik-adik Sis semua guna aqiqah centre ni untuk anaknya juga..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, walaupun dilanda pandemik tapi dengan adanya Aqiqah Centre ni dapat memudahkan proses aqiqah. sekarang semua dah senang kan. Btw cantik la ukiran kayu tu.

    ReplyDelete
  9. Rawlins tengok ramai gak selebriti dah join ye. Ada dua tiga kawan Rawlins pun ada gak terlibat. Alhamdulilah, dipermudahkan urusan semua orang, terutama kala pandemik nie kan

    ReplyDelete
  10. Nanti Sal panjangkan mengenai Aqiqah Centre dengan geng office mana yang berhasrat nak buat Aqiqah atau Qurban . Musim pandemik ni bukan penghalang untuk kita tidak meneruskan Ibadah Aqiqah dan Qurban . Rebutlah peluang selagi bernyawa . Insya Allah jika ada rezeki nak join Qurban .

    ReplyDelete
  11. Senang la ada program macam ni kan lagi2 dikala pandemic ni.. boleh buat secara online jer.. Memudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  12. Bagus sangat ni..semuanya melalui online.. Nad ada baca revirw semua kata puas hati dengan servis mereka.. Boleh share dengan orang ramainpasal aqiqah centre ni.. Memudahkan.. Selamat dna jimat duit poket

    ReplyDelete
  13. harga dia pun lagi murah la.. mmg sangat memudahkan parents utk akikah anak..

    ReplyDelete
  14. Senang ada online macam nie kan Ana.. harga pun berbaloi sangat..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.