McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan
McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan l Assalamualaikum. Malaysia sekali lagi berhadapan dengan gelombang Covid-19 yang makin membimbangkan tahun ini. Gelombang kali ke-3 ini dilihat lebih berbahaya dan kes positif serta laporan kematian harian menunjukkan trend peningkatan. Bagi membendung penularan wabak berbahaya ini, sekali lagi kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan PKP3.0 di seluruh negara bermula 1 Jun yang lepas.
McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Perubatan
Penat, bosan, muak, stress, frust!!
Itu yang kita semua rasa bila PKP diumumkan. Betul kan? Kita sendiri tak tahu berapa lama lagi kita kena berkurung dalam rumah sendiri. Tak boleh nak ziarah family dan rakan-rakan yang biasa kita jumpa sebelum ni. Dah lah raya baru-baru ni pun tak boleh nak balik kampung. Lagi lah sedih!!
Tapi pernah tak kita semua terfikir untuk letakkan diri kita dalam situasi mereka yang berada di barisan hadapan (frontliners) terutama buat petugas kesihatan seperti para doktor dan jururawat yang tak pernah jemu berjuang dan bekerja tanpa henti sejak pandemik ni melanda negara kita. Cuba lah bayangkan diri kita dalam diri mereka.
Ye kalau kita rasa bosan dengan PKP ni sebab tak boleh keluar rumah, frontliners kita ni pula rindu sangat nak duduk di rumah seperti kita hari ni. Mereka teringin juga nak berehat sambil tengok tv, bergurau senda dengan anak-anak sama seperti kita. Nak merasa tidur lena atas tilam yang empuk. Bukannya tidur di kerusi atau di lantai-lantai hospital yang penuh dengan virus. Tapi disebabkan tanggungjawab pada negara lebih diutamakan, mereka sanggup korbankan masa cuti dan rehat mereka. Hebat kan mereka?
Kita sedih tak dapat balik kampung jumpa mak ayah
adik-beradik semua, tapi percayalah frontliners kita pun rasa perasaan yang
sama? Mereka juga rindu pada keluarga di kampung. Tapi sekurangnya kita masih
ada banyak masa terluang untuk buat video call dengan insan tersayang, tapi
mereka?? Nak cari masa untuk diri sendiri pun susah. Even nak makan pun
terkejar-kejar. Apa lagi nak spend masa berborak lama dengan yang tersayang.
Lagi lah susah!!!
McDonald's Malaysia Menghargai Frontliners Petugas Kesihatan
Kalau tanya diri sendiri, sanggup ke kita bersusah payah
seperti mereka? Sanggup ke kita tinggalkan semua keselesaan dan risikokan diri
kita demi orang lain? Jawapannya mesti ramai yang tak sanggup!!.
Tapi macam mana kita nak bantu mereka? Tak susah pun sebenarnya untuk kita bantu dan hargai jasa frontliner petugas kesihatan ni. Apa yang kita perlu buat hanyalah jaga diri dan keluarga dengan mengamalkan kuarantin kendiri di rumah. Duduk di rumah sahaja dan keluar hanya bila perlu. #KitaBoleh bantu hentikan penularan wabak ini dengan mematuhi semua patuh SOP yang dikeluarkan KKM. Mudah kan?
McDonald's Malaysia juga tak terkecuali turut sama bantu dan
menghargai jasa frontliners petugas kesihatan di seluruh Malaysia dengan
mengamalkan SOP yang ketat di premis-premis perniagaan mereka agar dapat
mengekang penularan wabak berbahaya ini.
Selain itu, McDonald's Malaysia juga menzahirkan penghargaan
mereka kepada petugas kesihatan dengan menaja makanan kepada lebih 70 buah
hospital yang merawat pesakit Covid-19 di seluruh negara. Penajaan makanan
sekurang-kurangnya seminggu sekali yang bermula pada 24 Mei hingga 30 Jun
2021 ini melibatkan hampir 30,000 pekerja kesihatan di hospital-hospital
tersebut termasuk tajaan makanan di Hospital Sungai Buloh.
#KitaBoleh Inisiatif McD Untuk Kekal Bersatu
Penajaan makanan kepada petugas kesihatan merupakan salah satu usaha McDonald's Malaysia yang sentiasa peka dan ambil peduli tentang keadaan semasa negara terutama sepanjang pandemik ini melanda.
Selain itu, #KitaBoleh yang digunakan adalah simbolik kepada
keberanian dalam diam frontliners kita yang bekerja siang malam tanpa
mengira penat lelah dalam memerangi wabak tersebut.
"Sudah lebih dari setahun sejak Perintah Kawalan
Gerakan pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak dari itu, rakyat Malaysia telah
melalui perbagai fasa kehidupan sepanjang pandemik ini" kata Azmir Jaafar,
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa sukar ini
ialah ketekunan yang berterusan dari para barisan hadapan kita, yang bekerja
berhari-hari untuk menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika
kita melawan pandemik ini," tambah Azmir
Azmir juga menghargai pasukan restoran yang turun padang untuk menghantar makanan ke hospital sekaligus memberi senyuman di wajah-wajah pasukan hadapan perubatan tersebut.
"Tahniah juga buat pasukan restoran McDonald's yang
terlibat dalam penghantaran makanan di hospital-hospital dan memastikan
frontliners perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka" kata Azmir.
Tahniah Buat McDonald's Malaysia
Sekalung tahniah buat McDonald's Malaysia. Apa yang dilakukan oleh mereka wajar dicontohi dan diikuti oleh syarikat-syarikat di luar sana. Siapa lagi nak hargai pasukan barisan hadapan ini kalau bukan kita sendiri.
Bagi yang tak mampu nak menyumbang wang dan tenaga, cukuplah
kita bantu frontliners dengan mengamalkan SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Yang paling penting amalkan kuarantin kendiri dan elak dari keluar rumah jika
tiada urusan penting. Ini saja cara yang kita boleh buat untuk bantu
frontliners hentikan wabak Covid-19 ni dari terus merebak. #KitaBoleh kita jaga
kita #dudukdirumah saja.
Untuk info lebih lanjut dan berita terkini dari McDonald's
Malaysia korang boleh layari www.facebook.com/My.McDonalds/.
Tahniah kepada McDonald's Malaysia.. Betul tu.. Tak mampu menyumbang cukuplah dgn jaga SOP dan patuhi arahan kerajaan.. Jgan lupa daftar vaksin juga.. Take care kak!
ReplyDeleteTahniah buat mcdonalds malaysia diatas inisiatif ini.. moga dpt diteruskan..
ReplyDeleteTahniah mcd melakukan inisiatif macam ni. Sekurangnye dapat meringankan beban dan berikan semangat pada petugas kesihatan
ReplyDeleteMemang stress bila pkp tp demi kesejahteraan negara perlu lah sama2 jaga negara. Kudos to McD atas usaha csr mereka.
ReplyDeleteTerharu dengan inisiatif yang pihak Mc Donald lakukan untuk barisan hadapan perubatan kita
ReplyDeleteInisiatif yang sangat bagus . Harap program sebegini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSyabas untuk McD Malaysia. Suka cara macam ni.
Inisiatif yang sangat bagus. Terima kasih McD sebab menaja makanan buat frontliner.
ReplyDeleteTahniah Mc Donald.. bagus buat program macam nie..
ReplyDeleteterima kasih mcdonalds malaysia utk inisiatif ni. kita mesti menang!
ReplyDelete