Domino's Lancar Sos Top Secret Pedas Memikat
Domino's Lancar Sos Top Secret Pedas Memikat l Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share berita baik buat semua peminat piza especially buat pencinta Domino's Piza. Korang tau tak yang sekarang ni Domino's Lancar Sos Top Secret Pedas Memikat yang pasti buat korang jatuh cinta pada rasa pertama. Gitchuw!!
Domino's Lancar Sos Top Secret Pedas Memikat
Tiap-tiap hari berbuka dengan nasi bosan juga kan. Sesekali nak lah juga berbuka dengan menu lain. Haaa buat korang sedang mencari sesuatu yang baharu dan menarik untuk berbuka, dah tak perlu tercari-cari lagi. Pergi je dekat Domino's. Senang cerita.
Disebabkan sambutan yang sangat luar biasa untuk piza Top Secret Sos yang lepas, Domino's sekali lagi melancarkan Top Secret Sos Domino’s dengan sentuhan terbaru khas untuk Pencinta Top Secret Sos tersebut.
Piza Top Secret Sos menawarkan 4 flavor yang menarik untuk dicuba iaitu Spicy Tuna Temptation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken dan Spicy Chicken Confidential.
Selain itu, Domino’s juga memperkenalkan Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings sebagai menu tambahan untuk melengkapi 4 flavor Piza Top Secret Sos tersebut.
Istimewa Piza Sos Top Secret Pedas Memikat kali ni ialah topping pizanya disisipkan dengan sos yang pekat berkrim dengan salutan cili pedas unik. Digabungkan pula dengan daun pasli kering, bawang putih rangup serta tambahan rempah ratus untuk memberikan rasa extra lazat buat korang semua.
Ana sendiri dah rasa Piza Sos Top Secret Pedas Memikat ni, tak dinafikan memang sedap rasa sos Top Secret dengan sentuhan terbaru Domino's ni. Rasa pedas sederhana sos Top Secret tersebut sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan sesuai juga untuk dijadikan hidangan semasa berbuka. Syafi yang tak kuat makan pedas tu pun boleh makan sampai 2 keping.
Bab topping jangan cakap lah. Meriah dengan sos dan bahan-bahan di atasnya. Crust pula bukan main lembut. Memang puas hati sangat makan Piza Sos Top Secret Pedas Memikat dari Domino's ni.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Piza Malaysia & Singapura, Linda Hassan,
“Dengan rempah yang enak, Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat adalah versi perisa pedas daripada piza Top Secret Sos popular kami yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia di seluruh negara. Top Secret Sos kami merupakan pilihan yang terlaris dan paling digemari dalam kalangan peminat kami dengan gabungan krim, keju dan bawang putih yang unik dalam empat rasa yang berbeza. Kami memahami kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan pedas, oleh itu kami memperkenalkan piza dan sampingan makanan pedas melalui Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat.”
“Bagi pelanggan yang sinonim dengan piza kami yang dilengkapi dengan sos rahsia, Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat serba baharu ini akan menjadi alternatif yang lazat daripada pesanan biasa anda. Yakinlah bahawa Spicy Fling dibuat khas dengan kombinasi sempurna perencah cili pedas dan perahan cili yang sesuai untuk setiap citarasa.”
“Selaras dengan janji kami “It’s All About You”, kami terus berusaha untuk memuaskan peminat kami dengan keunggulan yang konsisten dalam kualiti makanan dan pengalaman. Kami melihat ini sebagai masa yang tepat untuk memanfaatkan profil rasa tempatan Malaysia dan membawa sentuhan baharu yang menarik. Kami berharap pelanggan menikmati tawaran masa terhad ini dengan insan tersayang dan pastikan untuk mencuba semua
Bagi pencinta Piza Sos Top Secret ni, korang kena dapatkannya segera kerana menu ni hanya untuk masa terhad sahaja. Ditawarkan dalam saiz Personal, Regular, Large dan Xtra Large, piza Sos Top Secret boleh dibeli di seluruh cawangan Domino's mulai 26 April yang lepas.
Dan jangan lupa beli guna promo Value Deal Domino's "Buy 1 Free 2" dan korang boleh menikmati kelazatan piza terbaru ini dengan jaminan penghantaran Zero Contact dalam masa 30 minit secara PERCUMA!
Untuk pembelian, korang boleh kunjungi restoran Domino atau pesan secara dalam talian di https://www.dominos.com.my/.
#SpicyFling #SpicyCrunchyKick
Ya Allah sedapnye ana oiiii..
ReplyDeleteperghhhh makin meriah ekkk Domino's sekarang, byk betul benda baru diperkenalkan!
ReplyDeleteYa Allah sister ! Tempting nya tengok domino's pizza ni. Besau belaka haa. Alahai, esok kena cari domino's ke camne ntk berbuka nanti? Heheeh
ReplyDeleteNampak sedap. Nanti nak trylah. Tunggu lepas raya ni. Sebab Domino’s memang jadi pilihan Mimi dan anak anak
ReplyDelete