Cikgu Sekolah Kampung Buktikan Kejayaan Tak Mustahil Untuk Diraih, Sekolah Lulus 100% Selama 7 Tahun Berturut-turut

Cikgu Sekolah Kampung Buktikan Kejayaan Tak Mustahil Untuk Diraih,  Sekolah Lulus 100% Selama 7 Tahun Berturut-turut l Assalamualaikum. Masa hari guru baru-baru ni, Ana terbaca satu posting di FB tentang luahan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para pendidik yang sering dipandang lekeh oleh ibu bapa. Hakikatnya banyak benda yang terpaksa mereka korbankan demi menjalankan amanah yang digalas di bahu mereka. Walau sukar macam mana pun, mereka tetap berusaha laksanakan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa dengan sebaiknya.

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald


Cikgu Sekolah Kampung Buktikan Kejayaan Tak Mustahil Untuk Diraih,  Sekolah Lulus 100% Selama 7 Tahun Berturut-turut



Kisah yang Ana nak share hari ni ada kaitan dengan apa yang Ana sampaikan dekat atas tadi. Kisah tentang pengorbanan seorang cikgu di sebuah sekolah di Sabah yang berjaya mengharumkan nama sekolahnya melalui kejayaan keputusan peperiksaan selama 7 tahun berturut-turut. Untuk pengetahuan korang, sekolah tersebut tak pernah pun capai keputusan sebaik itu pada tahun-tahun sebelumnya. Jom kita berkenalan dengan cikgu hebat ini.



Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Ketika Berusia 18 Tahun


Cikgu Mazuin Binti Mustapa merupakan anak kelahiran Kampung Kelanahan, sebuah kampung di Papar, Sabah. Beliau merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik dan menjalani kehidupan serba sederhana di kampung. Berimpian untuk menyambung pelajaran ke Mesir selepas tamat Sijil Tinggi Ugama (kini dikenali sebagai STAM) tapi kerana kekangan kewangan, hasrat tersebut terpaksa dikuburkan. Namun itu bukan alasan bagi beliau untuk tidak terus mencari ilmu Al-Quran. 


Ketika berusia 18 tahun, beliau berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan meneruskan pengajian di Darul Quran JAKIM dengan mengambil Diploma Al-Quran Walqiraat. Ketika berusia 20 tahun,  beliau dah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran yang merupakan syarat wajib untuk diploma tersebut. MasyaAllah.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald


Menjadi johan dalam penulisan esei dalam bahasa jawi sempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2020 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan antara pencapaian terbaik beliau, dan sekaligus menjadi role model dalam memartabatkan tulisan jawi. Hebat kan?


Ok berbalik pada latar belakang pendidikan beliau, selepas tamat pengajian di Darul Quran JAKIM, beliau kemudiannya mengambil  Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Gaya Kota Kinabalu dan seterusnya menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pendidikan dengan Kepujian di Open University Malaysia.


Menjadi seorang pendidik bukanlah pilihan utama dalam hidup Cikgu Mazuin. Tapi aturan Allah itulah yang terbaik. Siapa sangka, kini sudah hampir 13 tahun beliau menjadi seorang guru, dan jiwa pendidik semakin kuat dan tersemat dalam jiwanya.


Berpegang Pada Prinsip "Man Jadda Wajada" Berjaya Jadikan Sekolah Lulus 100%


Bukan mudah nak dapatkan keputusan peperiksaan lulus 100%. Lagi-lagi untuk sekolah di luar bandar seperti di Sabah contohnya. Namun Cikgu Mazuin berjaya buktikan cikgu yang mengajar di  kampung pun mampu jadikan anak murid mereka cemerlang seperti murid-murid di bandar-bandar besar. 


Cikgu Mazuin mula berkhidmat di Sekolah Agama Negeri Pekan Bongawan, Papar sejak tahun 2009 sejurus tamat pengajian. Walaupun perjalanan ke sekolah hampir 1 jam jauhnya, namun ianya bukan tiket untuk Cikgu Mazuin lambat ke sekolah. Malah beliau sentiasa menjadi guru yang paling awal hadir ke sekolah dan yang paling akhir pulang. Sikap beliau ini telah menjadi contoh yang baik kepada para pelajar. Malah semasa beliau menjadi guru disiplin, beliau sentiasa peka dengan kehadiran pelajar ke sekolah dan berjaya capai keputusan sifar ponteng setiap tahun dengan mengadakan pelbagai program untuk tarik minat para pelajar agar suka datang ke sekolah.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Untuk sekolah capai kejayaan lulus 100% bukan boleh dicapai dalam masa yang singkat. Cikgu hebat ini mengambil masa hampir 3-4 tahun untuk mengkaji dan merancang kaedah terbaik dalam pembelajaran anak-anak muridnya. Semasa beliau menjadi guru kelas dan perancang strategik pelajar tahun 6, beliau telah melaksanakan pelbagai kaedah yang terbukti berjaya menjadikan ramai pelajar lulus dalam peperiksaan.


Antara kaedah yang dijalankan adalah dengan mempelbagaikan pendekatan pembelajaran, mengubah kelas menjadi "kelasku syurgaku" supaya murid rasa selesa semasa belajar, tidak mengasingkan murid yang pandai dengan yang lemah semasa dalam kelas, mencetak soalan peperiksaan yang lepas sebagai rujukan dan  seterusnya memperbanyakkan latih tubi di kelas. Malah cikgu hebat ini juga sanggup korbankan masa cutinya dengan mengadakan kelas tambahan walau jarak rumah dengan sekolah sangat jauh.


Sakit Sama Mengaduh, Luka Sama Menyiuk


Nak capai kejayaan lulus 100% perlukan sokongan semua pihak. Kalau nak harapkan usaha dari seorang cikgu saja memang mustahil. Disebabkan itu, salah satu lagi keaedah yang Cikgu Mazuin laksanakan ialah dengan menjalankan misi kerja secara berpasukan dengan semua guru matapelajaran dan idea ini mendapat sokongan penuh dari guru besar. Ibu bapa juga turut bekerjasama dalam membantu para guru dengan memantau sesi pembelajaran anak-anak semasa di rumah.


Penganjuran Aktiviti-aktiviti Luar Kelas Untuk Naikkan Semangat Pelajar


Selain dari pembelajaran secara langsung di dalam kelas, Cikgu Mazuin juga mengadakan aktiviti-aktiviti luar kelas. Tak lah bosan asyik belajar je kan. Semasa beliau dilantik menjadi Penolong Kanan Pentadbiran pada tahun 2015, antara aktiviti-aktiviti yang telah beliau kendalikan adalah seperti Kem Motivasi Pelajar bersama Pelajar-Pelajar UMS, Majlis Khatam Al- Quran, Majlis Transisi Sekolah, Majlis Perbincangan Prestasi Pelajar Tahun 6 bersama ibu bapa setiap tahun dan juga lawatan pelajar tahun 6 dan pengawas- pengawas sekolah. Jadi pelajar akan jadi lebih bersemangat dan termotivasi untuk lebih berjaya.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald


Hasil daripada kaedah-kaedah yang telah dijalankan, akhirnya kesemua pelajar sekolah beliau telah 100% lulus dan sebahagian pelajar mendapat keputusan MUMTAZ. Selain tu, murid kategori dyslexia juga mampu lulus cemerlang melalui teknik menulis jawapan yang berulang kali. Ini lah antara kenangan paling manis bagi cikgu hebat ini. Tiada perkara yang lebih bernilai dari melihat anak-anak muridnya berjaya lulus dengan cemerlang.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Kejayaan ini juga telah meletakkan nama guru besar sekolah pada masa itu sebagai guru besar cemerlang peringkat negeri Sabah. Malah Cikgu Mazuin juga menerima pelbagai anugerah sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini.  Hebat kan??



Cabaran Menjadi Guru Besar Baru


Berkat usaha keras dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Cikgu Mazuin, beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di Sekolah Agama Negeri Pekan Kinarut pada Februari 2020.


Di sekolah baru ini, ada pula cabaran lain yang menanti beliau. Sebuah sekolah kampung yang lebih kecil berbanding sekolah lamanya, sangat ketinggalan jauh dari sekolah-sekolah lain serta mempunyai prestasi pelajaran yang amat merundum. Ini belum masuk lagi dengan kelemahan sistem pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan sekolah.  Perkara-perkara ini benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mental beliau. Namun untuk berputusa asa, tidak sesekali terlintas dalam kamus hidup beliau. Berpegang pada prinsip dimana bumi kita pijak, disitu langit kita junjung, Cikgu Mazuin mula mengorak langkah untuk membawa perubahan besar di sekolah barunya.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Jangan tak percaya, hanya dalam masa 6 bulan cikgu hebat ini berjaya menjadikan sekolah kampung ini persaing kepada sekolah-sekolah lain di dalam daerah yang sama. Banyak aktiviti termasuk aktiviti kemasyarakatan yang sekolah beliau berjaya laksanakan termasuk aktiviti di bulan Ramadhan walau dalam keadaan negara dilanda dengan pandemik Covic-19 beberapa bulan lepas perlantikan beliau.


Mendapat Sokongan Padu Dari Para Guru


Bila ditanya apa rahsia kejayaan beliau berjaya mentransformasikan sekolah kampung ini, beliau tanpa teragak-agak berkata yang kejayaan tersebut tak lain tak bukan merupakan hasil sokongan padu dari guru-guru di sekolah serta dari Penyelia Pendidikan JHEAINS Bahagian Pantai Barat Selatan, Ustaz Hj Ag Isa Hj Ag Nodin.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Bagi beliau, kaedah yang terbaik dalam bekerjasama dengan para guru adalah dengan memberikan tunjuk ajar dan contoh yang baik kepada mereka. Bukan hanya tahu mengarah itu dan ini. Selalunya beliau akan buat terlebih dahulu sebelum guru-guru lain buat satu-satu perkara tersebut dan paling utama, beliau tidak menganggap guru sebagai staff sebaliknya sebagai team player yang sama-sama penting. Bukan tu saja, beliau juga berusaha untuk memajukan para guru dengan memberi pendedahan dengan tugas-tugas lain selain dari tugas hakiki seorang pendidik. Bagi beliau, bekerja merupakan satu ibadah. Dan bekerja hendaklah sentiasa ikhlas, bukan kerana nama sendiri tapi lebih kepada untuk memajukan sekolah demi masa depan anak murid. 

 Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald


Perubahan yang dilakukan dalam tempoh yang singkat itu turut mendapat sokongan pihak PIBG sekolah. Bagi Cikgu Mazuin, menjaga hubungan baik dengan ibu bapa juga sama penting dalam mewujudkan kerjasama yang tak berbelah bagi bagi mencapai prestasi sekolah yang terbaik.


Pastikan Pelajar Tetap Belajar Semasa PKP


Walaupun kita nampak Cikgu Mazuin seorang yang tegas dan serius dalam bekerja, tetapi percayalah beliau seorang yang sentiasa cakna dengan kebajikan guru dan murid-murid. Baginya, disiplin diri sangat penting dalam membentuk guru dan murid yang cemerlang. Sebab tu beliau sangat menitikberatkan soal disiplin semasa di sekolah. Sehinggakan ada ibu bapa yang berasa tak puas hati dan menyerang beliau disebabkan ketegasan beliau tidak membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah. Nampak tak,  bukan mudah nak jadi seorang pendidik ni.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Semasa pandemik melanda negara, sekolah-sekolah seluruh Malaysia diarahkan ditutup. Sebelum keluarnya arahan agar Pdpr dilaksanakan, cikgu hebat ini terlebih dahulu dah cetuskan idea pembelajaran atas talian kepada murid-muridnya. Walau tidak ke sekolah, namun pembelajaran tetap berjalan seperti biasa dari rumah.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Kemudian bila Sabah berada dalam situasi PKPB, beliau melaksanakan kaedah pembahagian modul murid secara drive thru. Maksudnya ibu bapa boleh ke sekolah secara pandu lalu untuk mengambil modul pembelajaran anak-anak dan anak-anak boleh terus lakukan aktiviti atau kerja sekolah dari rumah.


Ubahsuai Kelas Menjadi Kelasku Syurgaku


Kelas yang cantik dan dan persekitaran sekolah yang menyenangkan sangat penting dalam menarik minat pelajar datang ke sekolah. Disebabkan faktor ini lah Cikgu Mazuin berusaha menjadikan kelas-kelas lebih kondusif dan persekitaran sekolah lebih selesa dan menarik.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Korang tengok lah sendiri transformasi kelas-kelas serta fasiliti-fasiliti yang beliau telah berjaya ubah. Dari sesuatu yang "bosan" kepada sesuatu yang menarik dan segar. Baru lah para pelajar seronok nak datang sekolah. Betul kan?.


Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald

Anugerah Guru Inspirasi 2021 McDonald


Bekerja Kerana Allah Tanpa Harapkan Penghargaan Manusia



Bila ditanya apa nasihat cikgu kepada bakal-bakal pendidik pada masa akan datang, mudah je jawapan beliau - bekerja dengan seikhlasnya. 


Untuk menjadi seorang guru yang komited, bertanggungjawab dan amanah bukan hanya sekadar pemindahan ilmu dari tidak tahu kepada tahu tetapi lebih dari itu. Bekerjalah kerana Allah dan jangan  sesekali mengharapkan sebarang penghargaan kerana masyarakat hari ini lebih tahu dan pandai untuk menilai.


Akhir sekali, teruskan mendidik anak bangsa dan semoga Allah permudahkan segaka urusan para pendidik semua. Kejayaan yang cemerlang adalah hasil usaha bersama dalam mengangkat darjat sekolah dalam semua bidang. Semoga harapan dan usaha semua guru direstui Allah dan dapat dilaksanakan dengan jayanya..Mumtaz duniawi mumtaz ukhrawi!!


Itu lah dia nasihat dan harapan dari seorang pendidik yang hebat. Ana yakin tak semua antara kita mampu lakukan seperti mana yang Cikgu Mazuin lakukan. Apa yang terbaik adalah dengan menghargai dan berterima kasih pada para pendidik atas segala usaha dan pengorbanan mereka. 


Cakap tentang menghargai pengorbanan para pendidik yang hebat ini, McDonald's Malaysia sekali lagi pada tahun ini menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi 2021 (AGI2021). Untuk pengetahuan korang, AGI2021 bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dan berjuang tanpa jemu dalam mendidik anak bangsa. Dan Cikgu Mazuin merupakan salah satu calon untuk AGI2021 ni.

Dari ribuan penyertaan, hanya 25 orang guru sahaja yang akan terpilih menjadi penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Mereka  akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi beserta sijil penghargaan pada majlis sempena Hari Guru di  sekolah masing-masing. Pengumuman para pemenang akan dibuat pada hujung Mei ini dan didoakan semoga rezeki berpihak kepada Cikgu Mazuin. InsyaAllah. Korang doakan juga ye.


Cikgu Sekolah Kampung Buktikan Kejayaan Tak Mustahil Untuk Diraih, Sekolah Lulus 100% Selama 7 Tahun Berturut-turut Reviewed by Ana Suhana on May 21, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. memang wajar mendapat pengiktirafan dan kisah ni betul2 bagi inspirasi

    ReplyDelete
  2. cikgu2 yg sangat hebat dan komited pada kerja mereka. tahniah!

    ReplyDelete
  3. Tahniah cikgu Mazuin. Anda memang seorang guru yang hebat dan penuh dedikasi!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.