Kitsui Vitamin C Bantu Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan
Kitsui Vitamin C Bantu Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan l Assalamualaikum. Pernah tak rasa korang rasa cepat letih walau tak buat banyak kerja. Bila nak buat satu-satu kerja tu kita akan rasa tak bermaya dan lesu. Haaa itu tandanya badan kita kekurangan vitamin C.
Kitsui Vitamin C Bantu Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan
Vitamin C merupakan salah satu sumber yang penting untuk fungsi fisiologi dan antioksidan terhadap kesihatan badan kita. Namun badan kita tak mampu untuk hasilkan vitamin C sendiri. Jadi kita perlu mendapatkan vitamin C melalui pemakanan. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber vitamin C yang terbaik. Antaranya seperti buah jambu batu, betik, oren, kiwi, strawberi, sayur brokoli dan tomato.
Tanda-tanda badan kekurangan Vitamin C
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan badan kita terdedah kepada beberapa jenis penyakit serta membuatkan sistem imunisasi badan menjadi lemah.
Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan vitamin ini di dalam badan ialah kerana pengamalan diet yang tidak seimbang, pengambilan alkohol yang tinggi, merokok, pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis, pesakit anoreksia dan juga mereka yang mengalami masalah penyakit mental yang serius. Antara tanda-tanda badan badan kekurangan Vitamin C adalah seperti :
1. Luka Lambat Sembuh
Semasa badan mengalami luka, kadar vitamin C dalam badan dan tisu akan menurun. Pada saat ini, badan kita memerlukan Vitamin C untuk menghasilkan kolagen untuk kulit dan membantu sel darah putih untuk melawan sebarang jangkitan. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan luka pada kulit menjadi lambat sembuh dan berpotensi untuk terkena jangkitan.
2. Sistem Imun Lemah
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan sistem imunisasi badan menjadi lemah dan seterusnya kita akan mudah jatuh sakit. Terdapat kajian yang membuktikan vitamin C mampu melindungi diri dari penyakit seperti radang paru-paru, pneumonia, radang pundi kencing, mengurangkan risiko sakit jantung dan beberapa jenis kanser.
3. Cepat Rasa Letih
Terdapat juga kajian menunjukkan kekurangan vitamin C akan menyebabkan seseorang cepat berasa letih dan penat. Dan mereka juga akan cendorong untuk menjadi cepat marah dan emosi mudah terganggu.
4. Anemia
Biasanya kekurangan vitamin C dan zat besi berlaku serentak. Antara tanda badan kekurangan zat besi ialah kulit pucat, kelesuan, sukar bernafas ketika bersenam, kerap sakit kepala serta kulit dan rambut menjadi kering. Manakala kekurangan vitamin C pula akan menyebabkan masalah anemia kekurangan zat besi dan seterusnya meningkatkan risiko pendarahan berlebihan.
5. Kulit Kering dan Berkedut
Vitamin C dikatakan dapat menjadikan kulit lebih berseri dan cantik. Ini kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen serta bersifat antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan pada protein dan DNA. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan fungsi kulit menurun seterusnya menjadikan kulit rosak dan kering.
Atasi Masalah Kekurangan Vitamin C dengan Kitsui Vita C+ Shine
Dengan jadual kerja kita seharian yang sibuk, tak dinafikan pengambilan makanan yang berkhasiat sering diabaikan. Apa lagi nak makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C tu. Betul tak? Kadang tu bersemangat beli buah dan sayur konon nak masak atau buat jus. Last-last layu macam tu saja. Bila badan mula tak sihat, lesu mula lah rasa menyesal tak amal pemakanan yang sihat.
Dah jangan risau dah. Sekarang ni ada cara yang mudah dan selamat untuk pastikan badan korang mendapat nutrisi vitamin C yang mencukupi. Caranya dengan mengamalkan Kitsui Vita C+ Shine.
Kitsui Vita C+ Shine Jenama No 1 di Farmasi
Siapa tak kenal dengan jenama Kitsui kan? Jenama yang paling popular di farmasi seluruh Malaysia dan telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa. Kitsui telah mengeluarkan pelbagai jenis produk kesihatan yang berkualiti dan selamat untuk memudahkan kehidupan seharian kita. Salah satunya ialah Kitsui Vita C+ Shine yang kaya dengan vitamin C.
Apa fungsi dan kebaikan Kitsui Vita C+ Shine?
1. Dirumus dari 6 jenis buah-buahan
Kitsui Vita C+ Shine dirumus dengan 6 jenis buah-buahan penting yang kaya dengan vitamin C (1000mg) semulajadi dengan gabungan vitamin A, vitamin D, vitamin B12, vitamin B2 dan vitamin B6.
Kitsui Vita C+ Shine juga dikenali sebagai Vitamin C booster dengan formulasi terkini dari Korea kerana khasiat buah-buahan yang digunakan. Komposisi vitamin C (1000mg) serta khasiat yang ada di dalamnya adalah seperti berikut :
• Ascorbic acid 100mg
• Buah delima 200mg - Vitamin C & D
• Kiwi 150mg - Vitamin C, A & B
• Oren 100mg - Vitamin C
• Nenas 150mg - Vitamin C, E & K
• Mangga 150mg - Vitamin C, A & K
• Lemon 150mg - Vitamin C & B
2. Menguatkan Imunisasi Badan
Seperti yang Ana bagitahu dekat atas tadi, kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita cepat penat dan mudah untuk jatuh sakit. Sebab tu badan kita memerlukan vitamin C yang mencukupi. Dengan bantuan Kitsui Vita C+ Shine yang kaya dengan vitamin C, ianya dapat membantu menguatkan sistem imunisasi badan kita dan menjadikan kita rasa lebih sihat dan cergas setiap hari.
3. Mengandungi antioksidan yang aktif
Vitamin C merupakan salah satu jenis antioksidan yang terbaik untuk melindungi badan dan kulit kita daripada bahaya sinar UVA dan UVB. Antioksidan membantu melindungi badan kita dari jangkitan, mencegah kerosakan sel dan meningkatkan fungsi kolagen dalam badan.
4. Mencantikan kulit
Kitsui Vita+ Shine berfungsi untuk menjadikan kulit kita kekal cantik dengan membantu mengurangkan kerosakan pada kulit dan melambatkan proses penuaan dan kedut. Selain tu, Kitsui Vita C+ Shine juga bertindak mencegah kulit dari berjeragat dan bantu memulihkan kesan selaran matahari akibat terdedah lama di luar.
5. Menguatkan fungsi tulang, mata dan mulut
Selain dari vitamin C, Kitsui Vita C+ Shine juga kaya dengan vitamin-vitamin yang lain yang membantu meningkatkan fungsi penglihatan mata yang lebih baik, menguatkan gusi dan gigi, meningkatkan kesihatan mulut, menguatkan tulang dengan mencegah sakit sendi dan banyak lagi.
Kitsui Vita C+ Shine Selamat Untuk Seisi Keluarga
Macam mana, banyakkan khasiat Kitsui Vita C+ Shine untuk badan kita. Bagi yang rasa nak cuba produk Kitsui ni, korang boleh lah dapatkan sekarang. Jangan risau dan ragu-ragu untuk cuba sebab Kitsui Vita C+ Shine ni telah disahkan halal oleh JAKIM.
Selain tu, Kitsui Vita C+ Shine juga lulus ujian makmal dan tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya dan BEBAS hormon, bahan pengawet, GMO, gluten dan antibiotik. Jadi ianya selamat untuk seisi keluarga dan sesuai untuk vegan. Kalau tak, tak kan lah jenama Kitsui mampu bertahan lebih dari 20 tahun kan.
Seperti yang Ana sebut di atas, Kitsui Vita C+ Shine diperbuat daripada buah-buahan semulajadi, so rasa produk ni tidak terlalu manis. Manis manis buah orang kata. Nak consume pun mudah sebab didatangkan dalam bentuk sachet. Boleh di bawa ke mana-mana pun. Sehari hanya 1 sachet saja diperlukan. Bancuh dengan 150ml air kosong sehingga larut dan boleh terus minum. Senang kan?
Bab packaging pula, jenama Kitsui menggunakan teknik pembekuan berpekatan tinggi untuk dijadikan serbuk serta menggunakan mesin vakum tanpa vakum alkohol. Jadi kebersihan dan keselamatan produk sangat terjaga.
Ok lah bagi yang berminat untuk merasai sendiri kebaikan yang ada dalam Kitsui Vita C+ Shine ni, korang boleh dapatkan produk ni di semua farmasi Watson seluruh Malaysia atau beli secara online di platform Kitsui Shopee Mall Untuk maklumat lanjut tentang Kitsui Vita C+ Shine atau produk Kitsui yang lain, korang boleh layari website atau media sosial Kitsui seperti di bawah :
Website :
Facebook :
https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/
Instagram :
https://www.instagram.com/kitsuimalaysia
Tik Tok :
https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/
Shopee :
Bagus amalkan vitamin C nie kan Ana..
ReplyDeleteVitamin C baik untuk kesihatan
ReplyDeleteMemang bagus kitsui ni.. Kita pun amalkan skrg mudah nk sediakan kak... Syok tgok kaya dengan 6 jnis buah yg kaya dgn vitamin c
ReplyDeletememang bagus amalkan pengambilan vit c...
ReplyDeleteBagus ni! ramai friends yang recommend me to try Kitsui Vitamin C nanti nak pi beli kat pharmacy.
ReplyDeleteBaguslah kitsui vita-C nih... kena beli lepas nih.. nak rasa kalau ok boleh amalkan selalu
ReplyDeleteVit c mmg bagus..nanti boleh cuba yg ni pulak
ReplyDeleteKitsui ni, mmg trusted brand, mmg tak ragu2 nak consune
ReplyDeletezaman pandamek skrg ni mg perlu tingkatkan imun sistem
ReplyDelete