Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Berkhasiat dari Ayam Brand
Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Berkhasiat dari Ayam Brand™ l Assalamualaikum. Semua orang tahu yang santan dan masakan Melayu memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi bila masuk bulan Ramadhan dan juga hari raya. Takde menu bersantan rasa macam tak lengkap puasa dan raya. Betul tak?
Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Berkhasiat dari Ayam Brand™
Siapa kata santan tak elok untuk kesihatan? Salah pemahaman tu. Santan bagus sebenarnya kalau diambil pada kuantiti yang betul. In fact orang gastrik macam Ana bagus makan makanan yang bersantan tau. Lagi-lagi kalau guna santan segar.
Disebabkan kekangan masa terutama ibu-ibu yang bekerja, nak dapatkan bekalan santan segar ni agak susah sikit. Nak beli kelapa parut, leceh pula kan nak kena perah 2-3 kali.
Tapi sekarang tak jadi masalah sebab Ayam Brand™ ada keluarkan santan kelapa yang enak dan sihat setaraf dengan santan segar. Santan Ayam Brand™ ini diperah bersih daripada kelapa-kelapa matang yang terpilih. Kemudian ianya disimpan di dalam pek-pek tetra yang mudah, menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT).
Terdapat 2 jenis santan Ayam Brand™ yang terdapat dipasaran iaitu Santan Trim Ayam Brand™ (45% kurang lemak) dan Santan Super Light Ayam Brand™ (hanya mengandungi 5% lemak).
Dan bersempena dengan bulan Ramadan ni dan juga Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Ayam Brand™ memperkenalkan Santan Ayam Brand™ 200ml dengan pek mudah dibuka Edisi Terhad. Istimewa pek ini ialah ianya mempunyai penutup yang boleh ditutup. In case lah terdapat lebihan santan yang tak diguna kan, boleh lah tutup semula dan masuk dalam peti. Esoknya nak pakai, just buka penutup pek santan tersebut dan guna. Mudah kan?
Ok berbalik pada cerita juadah nostalgia ni kan, sekarang ni bukan senang nak jumpa juadah nostalgia dekat bazar-bazar Ramadhan. Tapi takpe. Kali ni Ayam Brand™ akan belanja korang 5 juadah nostalgia menggunakan santan yang telah diolah dengan mengikut kesesuaian kelengkapan dapur di rumah serta kurang kandungan gula dan lemak. Setiap juadah tradisional ni merupakan juadah istimewa negeri-negeri di Malaysia. Jom kita tengok resipi-resipi tersebut.
1. Kuih Akok yang Mudah dan Pantas
Nak buat kuih ni korang hanya perlukan acuan mufin dan ketuhar sahaja!
Cara Masakan :
1. Didihkan gula Melaka bersama daun pandan yang telah dihiris nipis sehingga gula Melaka larut dan berbau wangi.
2. Alihkan periuk dari dapur dan masukkan Santan Ayam Brand™ secara perlahan ke dalam periuk. Biarkan campuran tersebut sejuk.
3. Sementara itu, panaskan ketuhar dan sapukan minyak ke dalam acuan mufin.
4. Masukkan telur dan tepung yang telah diayak ke dalam periuk yang mengandungi campuran santan dan gula Melaka tadi dan kacau sehingga sebati.
5. Tuang adunan tersebut ke dalam acuan mufin. Bakar selama 25 minit atau sehingga warna permukaan kuih menjadi perang.
Tips Sihat:
* Korang boleh je kurangkan gula Melaka tetapi rasa karamel akan berkurangan. Jangan pula ganti dengan gula putih sebab ia akan menjejaskan rasa kuih Akok tersebut.
* Jika nak kuih yang mengandungi kadar lemak yang rendah, korang boleh gunakan Santan Super Light Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 5% lemak.
2. Kuih Tako
Kuih Tako atau juga dikenali sebagai kuih Limas ni dari segi rupa lebih kurang sama dengan kuih Tepung Pelita. Cuma kuih tako ada tekstur manis atau rangup dari sengkuang Cina yang digunakan.
Cara Masakan :
1. Buat 30 kelongsong kuih tako menggunakan daun pandan.
2. Seterusnya, sediakan lapisan bawah dengan mencampurkan tepung kacang hijau, gula, garam dan air. Masak adunan tersebut di atas api yang sederhana sehingga pekat, dan padamkan api.
3. Letakkan sengkuang Cina ke dalam setiap kelongsong dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan sejuk.
4. Untuk lapisan atas, campurkan santan, tepung kacang hijau dan air ke dalam periuk yang lain, dan kacau sehingga pekat. Tuang aduan lapisan atas ke dalam kelongsong dan hiaskan dengan sesudu kecil jagung manis. Simpan di dalam peti sejuk. Dah siap. Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka dan juga bersahur!
Tip Sihat:
Sukatan gula untuk resipi ini telah dikurangkan supaya tak terlalu manis. Tepung kacang hijau, Jagung Manis Ayam Brand™ dan sengkuang Cina menambahkan serat dan vitamin. Apabila dimakan pada waktu Sahur dalam keadaan sejuk, ia mampu membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.
3. Bubur Pulut Hitam
Bubur pulut hitam adalah juadah enak, menyihatkan dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan pencuci mulut semasa berbuka.
Cara Masakan :
1. Masak pulut hitam, daun pandan dan air di dalam periuk yang bertutup di atas api perlahan. Reneh adunan tersebut selama sejam atau sehingga pulut hitam telah lembut.
2. Pada masa yang sama, panaskan santan, garam dan gula secukup rasa.
3. Untuk hidang, kaut bubur pulut hitam ke dalam mangkuk and tuang sedikit campuran santan ke atasnya.
Tip :
* Lagi satu korang juga boleh manaskan campuran santan di dalam ketuhar mikro selain daripada menggunakan dapur.
4. Kuih Seri Muka Labu
Kuih Seri Muka memang senang nak cari terutama di bazar-bazar. Ianya antara kuih populat kerana rasa lapisan bawah pulut yang berlemak dan lapisan atas kastard pandan hijau yang manis. Tapi, kuih Seri Muka Labu agak sukar ditemui di bazar-bazar Ramadan kerana ia biasanya dibuat hanya untuk suka-suka.
Cara Masakan :
1. Untuk kastard labu, gaul telur, santan, isi labu yang telah direbus dan dilenyekkan, gula dan tepung sehingga sebati. Gunakan teknik double boil untuk menghasilkan kastard yang halus dan licin.
2. Tekan pulut ke dalam acuan sehingga padat supaya bila potong, kita boleh kekalkan bentuknya.
3. Guna penapis untuk tuang kastard labu ke atas pulut tadi.
4. Kemudian kukus di atas api sederhana. Pastikan kuih tersebut sudah sejuk sebelum dipotong dalam bentuk berlian.
Tip Sihat :
* Boleh juga guna periuk nasi elektrik untuk sediakan lapisan bawah.
* Memandangkan isi labu dah manis secara semula jadi, korang boleh kurangkan sukatan gula mengikut cita rasa masing-masing.
* Telur adalah sumber protein manakala labu dan santan menambahkan serat, vitamin dan perisa untuk menghasilkan juadah berbuka puasa yang enak.
5. Sagu Gula Melaka
Cara Masakan :
1. Reneh sagu di dalam periuk yang mengandungi air panas selama 30 minit dan kacau dengan kerap supaya sagu tidak melekat di periuk.
2. Sementara menunggu sagu masak, panaskan santan bersama air dan garam. Biarkan sejuk.
3. Potong gula Melaka menjadi bentuk dadu dan panaskan sehingga terbit bau wangi.
4. Untuk hidang, letak sagu di dalam mangkuk dan tuang santan dan gula Melaka yang telah dicairkan ke atasnya.
Tip Sihat:
* Korang boleh kurangkan gula Melaka dan gula perang untuk kurangkan rasa manis.
* Untuk rasa yang lebih enak, panaskan gula Melaka sehingga ia menjadi karamel.
Macam mana, terliur tak tengok juadah-juadah nostalgia dekat atas ni? Kalau ye, apa tunggu lagi? Jom lah cuba menu-menu ni semua. Tapi jangan lupa guna santan Ayam Brand™ pek mudah buka 200ml ni. Full resipi korang boleh refer di https://www.ayambrand.com.my.
Pertandingan Ayam Brand™ Masak dan Menang
Dah alang-alang masak guna produk Ayam Brand™ ni, apa kata korang sertai pertandingan Ayam Brand™ Masak dan Menang.
Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu ambil gambar masakan korang yang dimasak menggunakan Santan Ayam Brand™ dan kemudua muat naik ke akaun Facebook atau Instagram korang dengan hashtag #santanayambrand.
Hadiah lumayan berupa all-in-one cooker Innochef bernilai sehingga RM17,200 bakal untuk dimenangi. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan tersebut, korang boleh layari https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.
Bubur pulut hitam tu nampak sedapnyaaa....santan Ayam Brands memang best
ReplyDeleteSantan ni memnag wajib ada. Apa-apa mesti ada pakai guna santan. Banyak menu boleh buat
ReplyDeleteadududududu.. menyelerakan sunggguhhhh
ReplyDeleteSedapnya kak. Telan liur dibuatnya. Btw, tqq sharing resepi
ReplyDelete