Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect  l Assalamualaikum. Wahhh tak lama lagi dah nak raya. Mesti ramai yang dah excited kan. Persiapan raya dah siap ke semua? Banyak ke beli baju raya tahun ni? Hehe. Excited, excited juga. Tapi kena ingat, jangan sampai membazir atau terlebih belanja tau.


Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect  


Cakap pasal persiapan raya ni, teringat Ana lagu Puasa & Raya dari kumpulan Senario. Korang pun mesti tau kan lagu ni kan. Antara lirik lagu ni ialah :


Anak-anak gembira bila syawal menjelma

Lebih hebat ibu dan bapanya

Berhabis tak berkira asal nampak bergaya

Walau hutangnya panjang berjela


Habis raya semua mula bekerja

Poket kosong baru ingat nak puasa

Kawan semua buat tak tahu saja

Nak pinjam duit teringat hutang lama


Haa nampak tak lirik yang Ana merahkan tu. Ada yang terasa tak? Takpe biar terasa sekarang, jangan menyesal di kemudian hari. Bukan tak boleh nak beraya, tapi biarlah ala kadar je. Jangan sampai memakan diri dengan hutang sana sini. Tak tenang hidup dibuatnya nanti.


Cakap pasal hutang, korang tahu tak berdasarkan statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia dari tahun 2017 hingga 2019, sebanyak 25.2% kes kebankrapan adalah melibatkan golongan belia berusia 35 tahun ke bawah. Maksudnya ramai rakyat Malaysia hari ni telah jatuh bankrap atau muflis pada usian muda. Antara punca utama yang menyebakan mereka ini muflis ialah kerana PINJAMAN, Ini termasuk pinjaman peribadi, pendidikan, kereta, rumah serta kad kredit. Korang ada semua pinjaman ni? Haa sila lah lebih berhati-hati.


Apa yang menyebabkan ini terjadi?


Mudah je jawapan dia - sebab ramai yang tidak celik kewangan atau tidak dididik dari kecil tentang cara pengurusan kewangan yang betul.


Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak ayah kita selalu galakkan kita supaya menabung. Gigih lah dorang beli tabung ayam lah, gajah lah untuk tarik minat kita untuk menabung. Cukup masa tabung tu penuh, kita akan transfer semua duit tu ke dalam akaun bank kita. Betul tak? Tapi sekarang, ramai young parents tak teruskan amalan menabung kepada anak-anak mereka. Kolot kononnya.



Guna Teknologi Perbankan Digital Untuk Tingkatkan Kesedaran Kewangan Dalam Diri Anak-anak

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect

Kalau korang rasa menabung dalam tabung ayam tu kolot, masih ada cara lain nak didik anak-anak cara pengurusan kewangan yang betul. As we all know, zaman sekarang ni zaman teknologi. Semua hanya di hujung jari. In fact anak-anak kita semua pun semuanya celik gajet. Jadi manfaatkan lah alat digital yang ada tu untuk didik dan terapkan kesedaran anak-anak tentang cara kewangan yang sihat. Dan salah satu cara yang terbaik adalah dengan menggunakan HLB Pocket Connect.


Belajar Kumpul, Simpan dan Belanja dengan HLB Pocket Connect


HLB Pocket Connect merupakan platform perbankan mudah alih pertama di Malaysia terbuka untuk semua pemegang Akaun Junior HLB 3-in-1 (akaun simpanan, kad debit dan simpanan tetap). Platform ini membolehkan ibu bapa mengajar anak-anak tentang pengurusan kewangan yang betul dengan cara yang lebih interaktif. 


HLB Pocket Connect menekankan ciri Memperoleh Pendapatan, Berbelanja dan Menabung bertujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak dalam menguruskan wang saku atau simpanan mereka. Jom tengok 3 ciri HLB Pocket Connect ni.

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect

1. Memperoleh Pendapatan 


Ciri Memperoleh Pendapatan membolehkan ibu bapa menjalankan aktiviti seperti menetapkan satu-satu tugas atau kerja kepada anak-anak. 

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect

Dan jika mereka berjaya menyelesaikan tugasan tersebut, ada ganjaran berupa wang saku tambahan menanti mereka.  Apa tujuan aktiviti ni? Tak lain tak bukan untuk mengajar mereka tentang nilai kerja keras dalam usaha untuk mendapatkan duit. Haa biar mereka rasa tak senang rupanya nak dapatkan duit hatta RM1 pun. Selain tu, aktiviti ni juga dapat berikan mereka satu rasa kepuasan bila dapat capai satu-satu tugasan atau matlamat.


2. Berbelanja


Menarik tentang HLB Pocket Connect ni ialah ianya didatangkan dengan kad Debit Junior yang boleh ditambah nilai dengan cara pemindahan wang. 

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect

Basically fungsi dia sama je dengan kad debit kita cuma bezanya kita as parents boleh pantau dan kawal setiap perbelanjaan mereka. Ibu bapa juga boleh tetapkan had perbelanjaan selain dari mengawal di mana dan apa yang dapat dibelanjakan oleh anak-anak. So ibu bapa tak perlu risau jika anak-anak menyalahgunakan kad debit tu.

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect

In case ibu bapa rasa ada perbelanjaan yang mencurigakan atau transaksi palsu yang berlaku, ibu bapa boleh terus menyekat atau membekukan Kad Debit Junior serta merta melalui HLB Pocket Connect.


3. Menabung 


Selain dari ciri Memperoleh Pendapatan dan Berbelanja, HLB Pocket Connect juga direka bertujuan menanamkan tabiat suka berjimat melalui ciri Menabung yang ada. Contohnya ada benda yang anak-anak kita nak beli, mereka boleh menetapkan target untuk simpanan mereka dan memantau banyak mana dah simpanan mereka melalui laporan kemajuan yang ada. Bila cukup amaun yang ditetapkan, boleh lah mereka guna duit tersebut.



Pengalaman Ibu Bapa Yang Guna HLB Pocket Connect


Baru-baru ni Ana berkesempatan join webinar anjuran Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank yang bertajuk ‘Raising DuitSmart Kids in a Digital Age’. Jom baca apa kata mereka yang dah guna HLB Pocket Connect ni

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect

Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB berkata ianya agak mencabar untuk mengajar anak-anak tentang kemahiran dan pendidikan kewangan. Namun sama seperti mana kita ajar anak-anak tentang asas membaca, menulis dan mengira sejak mereka kecil lagi, ilmu kewangan juga perlu sama diajar. Malah dengan kemudahan kewangan digital dan alat perbankan yang mdah dan interaktif seperti HLB Pocket Connect ni, ibu bapa boleh memanfaatkan peluang ini untuk ajar anak-anak mereka agar celik kewangan.


Kyle Tan, co-founder Little Tauke, sebuah syarikat yang menyediakan pendidikan celik kewangan untuk kanak-kanak berkata  seawal usia dua tahun, anak-anak boleh memahami konsep asas kewangan. Ini ditunjukkan melalui aktiviti pertukaran barang semasa mereka bermain. Menurut Kyle, anaknya yang berusia 2 tahun pada awalnya hanya bermain dengan wang kertas, tetapi kemudiannya mula bermain dengan kad kredit. Jadi mengajar anak-anak tentang kewangan seawal usia mereka akan memberi mereka permulaan dan  masa untuk mempraktikkan kemampuan kewangan sebelum mereka dewasa. Oleh itu, beliau sentiasa mendorong ibu bapa untuk bersikap terbuka tentang kewangan di rumah. Ini dapat membantu anak-anak membina tabiat dan sikap yang konsisten untuk berjimat dan berbelanja dengan bijak pada masa hadapan.


Lolitta Suffian yang menggunakan  HLB Pocket Connect dengan 2 orang anaknya yang berumur 12 dan 9 tahun mengamalkan sistem ganjaran di mana untuk memperoleh sesuatu, mereka harus menetapkan matlamat dan berusaha untuk mencapainya. Baik dari segi pencapaian di sekolah mahupun tingkah laku dan perbuatan yang baik. Jumlah ganjaran yang diterima kemudiannya akan dimasukkan ke dalam akaun mereka menggunakan aplikasi HLB Pocket Connect. Menurut beliau, aplikasi ini sangat membantu anak-anaknya memahami jumlah yang diperolehi dan belajar bagaimana untuk bijak berbelanja. Dan berdasarkan pemahaman itu lah, mereka dapat menerapkan nilai pengurusan wang yang lebih baik pada usia muda.


Caludia Tan, seorang co-founder Revive Vintage Store dan juga usahawan muda yang berjaya berkongsi pengalamannya tentang pentingnya menyimpan. Sejak kecil lagi, beliau telah digalakkan untuk  menyimpan sekurangnya 20% dari mana-mana duit yang diperolehi. Selain itu, beliau juga diajar sentiasa mencari peluang untuk menggandakan simpanan sedia ada dengan membuat pelaburan dalam Simpanan Tetap atau perkhidmatan perbankan yang lain. Dan dari situlah beliau belajar bahawa tabiat menyimpan merupakan satu pelaburan yang penting untuk masa hadapan. Dan kini beliau menggunakan simpana yang ada untuk kembangkan lagi minatnya dalam penulisan dan fesyen, sekaligus membantu beliau mempelbagaikan sumber pendapatannya.


Seorang lagi usahawan muda yang berjaya, Chai Chuan Fook, Ketua Pegawai Eksekutif Newave Products Sdn.  Bhd. berkata beliau mula belajar tentang nilai wang semasa di sekolah rendah melalui perusahaan mini yang dijalankan. Dari situ beliau belajar yang wang dapat berkembang melaui perancangan yang baik dan merujuk pada pakar kewangan yang tepat.  Oleh itu Chai sangat mendorong ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang pentingnya merancang kewangan dan nilainya dari usia muda.


Bagi korang yang nak tonton webinar tersebut, korang boleh klik link ini https://www.facebook.com/HLBMalaysia/videos/735735070446514.

 


Cara Buka HLB Pocket Connect


Nampak tak betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya merancang kewangan kepada anak-anak dari mereka kecik lagi. Macam Ana sendiri, dari Syafi bayi lagi setiap duit yang diterima akan terus dimasukkan ke dalam bank. Jika nak guna, hanya beli benda yang penting dan berfaedah saja. Alhamdulillah sebab Ana dah terapkan kepentingan menyimpan tu dari dia kecik lagi, sekarang ni bila-bila Syafi dapat duit tambahan dari sesiapa saja, dia akan terus bagi Ana untuk simpan. So perkara yang sama Ana akan apply dekat Suraya.

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect

Dan nak bagi dia lebih faham tentang cara menguruskan wang, Ana tak teragak-agak untuk guna HLB Pocket Connect ni untuk mereka berdua. Nak guna perkhidmatan ni mudah saja. Korang hanya perlu buka  Akaun Junior HLB 3-in-1. Tak perlu nak susah pergi ke bank bagai. Korang boleh terus 'beli' perkhidmatan ini dengan layari Hong Leong Bank Official Store di Shopee dengan klik link www.shopee.com.my/hongleongbank.os pada bila-bila masa sahaja. Kemudian wakil HLB akan hubungi korang dan terus datang kepada korang untuk bantu membuka akaun tersebut. Mudah kan? Untuk maklumat lanjut tentang HLB Pocket Connect, korang boleh layari www.hlb.com.my/pocket.

Didik Anak-anak Cara Pengurusan Kewangan Yang Betul Dengan HLB Pocket Connect Reviewed by Ana Suhana on May 03, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. platform yang bagus untuk ajar anak2 menabung. yang best kita pun boleh pantau. terbaik hlb

    ReplyDelete
  2. wah
    makin moden sekarang
    bagus lah apps macam nih
    atleast dapat didik anak-anak supaya celik menabung dan pandai berjimat

    ReplyDelete
  3. Bagus kalau didik anak menabung dari kecik. Sis pun dah bukakkan account utk anak sis. Selalu suruh dia menyimpan, selalu duit raya lah masuk bank

    ReplyDelete
  4. Ini satu cara yang bagus juga agar kepandaian anak-anak guna telefon ni digunakan kepada arah yang betul untuk mengurus kewangan tiada lah nak main game dan tengok youtube jer kan..

    ReplyDelete
  5. Bagus inisiatif dari HLB ni. Mereka buat pakej best camni menggalakkan kita bank in hasil tabung anak-anak. Bukan senang nak ke bank pada musim pandemik ngan anak kecik. Parking susah dan anak tak terkawal. Huhu. Ruby dah register Adam dan Alif. Mereka excited nak guna debit kad. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Menarik jugak cara ni sebab boleh didik anak belajar menabung dan menguruskan kewangan. Since anak2 suka buku so nanti dah buka akaun next time boleh suruh diorang bayar sendiri guna kad debit mereka sendiri. Biar dia tahu berapa banyak dia boleh belanja . Kalau tak ikut sedap jer ambik barang then tinggal letak kat kaunter tunggu mak ayah bayar. Bagus Hong Leong

    ReplyDelete
  7. Rawlins pun dah shared ngan my sisters untuk guna aplikasi ini dan didik anak-anak diorang budaya menyimpan. Mudahan menjadi dan berkekalan budaya menyimpan nie

    ReplyDelete
  8. bagus features program ni.. boleh didik anak-anak mengurus kewangan dengan lebih baik. kalau anak-anak dah terbiasa buat saving.. bila dah dewasa pasti sudah biasa..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.