Ayam Gangjeong Manis Pedas Sentuhan Korea dari Marrybrown
Ayam Gangjeong Manis Pedas Sentuhan Korea dari Marrybrown l Assalamualaikum. Siapa peminat makanan Korea, yessss kita geng. Lagi-lagi kalau menu dia ayam goreng Korea. Memang sedap yakmat. Lain dari yang lain rasa ayam goreng Korea ni. No wonder sampai ada Chef Mat Saleh melawat ke Korea untuk belajar resipi ayam goreng ni.
Ayam Gangjeong Manis Pedas Sentuhan Korea dari Marrybrown
Bila sebut pasal Korea ni, teringat pengalaman backpacker Ana satu family ke sana 5 tahun lepas. Alahaiii rindunya nak jejakkan kaki semula ke sana. Kalau ada rezeki lagi, nak bawa baby Suraya pulak nanti.
Kenapa ramai yang suka sangat ke Korea ye?
Personally bagi Ana, Ana tertarik tengok keindahan alam semulajadi yang ada di sana. Gunung ganang, lautan semuanya cantik-cantik. Di tambah pula dengan pemandangan yang cantik pada setiap musim yang ada dekat sana.
Yang kedua of course sebab makanan dia. Sedap dan ada pelbagai menu yang menarik untuk dicuba. Sekarang ni nak cari makanan halal dekat Korea dah senang sangat. Sebabnya banyak dah restoran-restoran halal yang dibuka untuk memenuhi demand makanan halal dari para pelancong.
Cakap pasal makanan, macam Ana bagitau dekat atas tadi, ayam goreng Korea antara trademark food yang wajib korang cuba bila ke Korea. Dekat sana korang akan perasan ayam goreng ni wajib ada di setiap menu di restoran-restoran tempatan.
Memang seronok dapat explore masakan Korea. Tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan, kita tak dapat lah nak travel ke Korea untuk merasa tu semua masa terdekat ni.
Jangan "Gangjeong" gais!!!
Ada berita baik untuk korang. Walaupun kita tak boleh nak ke Korea, tu tak bermakna kita tak boleh nak menikmati ayam goreng Korea yang sedap tu kan. Sebabnya Ana baru je cuba salah satu menu ayam goreng sentuhan Korea yang sangat sedap di Malaysia.
Dekat mana??
Of course di Marrybrown. Sebabnya bersempena dengan sambutan 40 tahun Marrybrown, Marrybrown dengan tagline something different akan bawa korang semua mengelilingi dunia dengan menawarkan pelbagai menu-menu popular luar negara.
Serius sedap, sedap dan sedap Ayam Gangjeong Marrybrown ni korang. Walau sedikit pedas, tapi tetap sedap. Punya nikmat dan mantap gabungan sos pedas kemanisan yang digunakan tu, sampai lupa yang Ana ni ada gastrik. Haha. Tau-tau habis satu set Ayam Gangjeong ni haaa.
Ok lah mesti korang pun tak sabar nak cuba kan.
Macam biasa lah, kalau makan dekat Marrybrown confirm-confirm ada beberapa menu yang ditawarkan. Untuk Ayam Gangjeong sentuhan Korea ni ada 4 set menu yang boleh dipilih.
Kombo Ayam Gangjeong - dari RM17.90 |
Bagi peminat tegar ayam goreng, korang wajib cuba Kombo Ayam Gangjeong sama ada yang ada dua atau tiga ketul ayam goreng di dalamnya. Harga kombo ni bermula dari RM17.90. Set didatangkan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli.
Kombo Burger Gangjeong - dari RM15.90 |
Untuk peminat burger macam Ana pula, korang boleh cuba Kombo Burger Gangjeong dengan charcoal bun ni haa. Roti dia lembut u olls. Makan pula dengan isi Ayam Gangjeong yang penuh dengan sos ni kan, memang terangkat. Tak caya, cuba lah sendiri. Harga untuk kombo ni bermula dari RM 15.90. Kombo ni pun didatangkan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli.
Takut tak cukup makan ayam goreng atau burger saja?
Gangjeong Box - dari RM25.80 |
Jangan risau, Gangjeong Box kan ada. Dengan set ni korang akan dapat seketul Burger Gangjeong dan dua ketul Ayam Gangjeong beserta dengan segelas air Coca-Cola® Rasa Asli dan juga Potato Wedges. Harga untuk Kombo Gangeong Box ini bermula dari RM 25.80 sahaja.
Ala ni kalau dapat nasi mesti best kan. Baru betul-betul kenyang.
Kombo Gangjeong Rice Bowl - dari RM11.90 |
Apa ada hal, korang boleh pilih Kombo Gangjeong Rice Bowl yang didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam ni haa. Memang sangat sesuai untuk korang yang tak boleh hidup tanpa nasi. Harga untuk set ni bermula dari RM 11.90. Confirm korang akan kekenyangan lepas tu nanti.
Bagi yang berminat nak cuba sendiri kesedapan, keenakkan dan kenikmatan Ayam Gangjeong Marrybrown ni, korang boleh lah terjah mana-mana cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia bermula 8 April 2021 Nak mudah lagi, korang boleh je order secara online thru GrabFood platform. Rugi tak cuba. Dengarnya lebh dari 1,000 pra-pesanan telah dibeli di Shopee masa sale 4.4 hari tu. So jom lah beli hari ni juga.
Wahhh.... Marry Brown ade menu baru lagi... Nak kena pergi try ni sebelum puasa ni.. Hehe..
ReplyDeletePeminat makanan Korea hadir sini :D
ReplyDeletehihi terliurr tengok ayam Gangjeong itu
mak aiii..sedapnya..:)
ReplyDeletewah ada menu baru bolehlah cuba nanti... mmg suka makan dekat mb hehehe
ReplyDeleteSedapnya Ana.. nanti Kak Sue nak pi cuba jugak lah..
ReplyDeletesedap ayam korea tapi yg MB tak penah rasa lagi
ReplyDelete