10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain l Assalamualaikum. Sebut je susu kambing mesti ramai yang tak suka kan? Mesti korang terbayang bau susu kambing yang hamis. Bila dah hamis, macam mana nak minum kan?? Haaa.... sebenarnya salah tanggapan korang tu. Ana pun dulu macam tu juga. Tapi bila dah rasa sendiri susu kambing yang diperah segar dari ladang, memang 200% confirm takde bau atau rasa hanyir atau hamis. In fact, rasa susu kambing tu lebih sedap dan manis dari susu lembu.


Kebaikan susu kambing

10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.



Bila cakap pasal susu kambing ni, korang tahu tak yang dah banyak kajian menunjukkan yang khasiat susu kambing lebih tinggi dari susu lembu dan susu kerbau. Tapi rata-rata kita masih selesa minum susu lembu dari susu kambing sebab dimomokkan dengan kata-kata yang susu kambing berbau hamis. Cuba lah dulu baru tau hamis ke tak. Kalau hamis, confirm-confirm bankrup dah syarikat-syarikat yang jual susu kambing dekat luar sana kan. Out of topic kejap, korang tahu tak yang kambing antara harta yang boleh difaraidkan?



Kelebihan Susu Kambing Berbanding Susu Lembu


Untuk pengetahun korang, antara kebaikan susu kambing ialah ianya kaya dengan protein, enzim dan juga mengandungi faktor anti-penuaan, anti-arthritis serta anti-barah. Kandungan antibodi yang ada dalam susu kambing mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti gastrik dan ulser perut, demam kuning, lelah, penyakit kulit, merawat sakit jantung peringkat awal, membantu pembentukkan tulang dan gigi serta banyak lagi. Antara kelebihan lain susu kambing ialah :


• Tidak menyebabkan alahan

• Meningkatkan sistem imunisasi badan

• Bersifat alkali sama seperti susu ibu

• Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan

• Membantu sistem penghadaman



Kebaikan Susu Kambing Untuk Kesihatan Badan


Tak guna ada rumah banglo 6 bilik tapi kesihatan terjejas. Betul tak? Nak sihat, badan pun cergas kena lah minum susu kambing. Sekarang jom kita baca 10 kebaikan susu kambing untuk kesihatan badan kita. Dah baca ni mesti korang akan rasa menyesal tak minum susu kambing ni dari awal lagi.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.


1. Menguatkan Tulang


Seperti yang kita tahu, kalsium sangat penting dalam membantu menguatkan tulang dan gigi. Kajian menunjukkan yang susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi, hampir sama dengan kandungan kalsium susu ibu. Selain tu, susu kambing juga kaya dengan vitamin D (nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh untuk menguatkan tulang) dan protein CSN1S2 (agen anti-osteoporosis).



2. Baik Untuk Kesihatan Jantung


Salah satu antara kebaikan susu kambing ialah kandungan sumber magnesium yang tinggi. Sumber ini merupakan sejenis mineral yang baik untuk jantung. Mangnesium berfungsi membantu mengekalkan kadar normal denyutan jantung dan menghalang pembentukan darah beku.


Susu kambing turut mempunyai medium-chain fatty acids yang lebih tinggi berbanding susu lembu di mana fatty acids ini berfungsi untuk menurunkan tahap kolestrol, meningkatkan kolestrol baik dalam badan serta baik untuk merawat penyakit koronari.



3. Bertindak Sebagai Anti-Radang


Kajian menunjukkan yang susu kambing mampu berfungsi sebagai suplemen yang baik dalam menghalang keradangan di mana susu kambing dapat mencetuskan tindak balas imun semulajadi dan adapif dalam badan manusia.



4. Mudah Dihadam


Tahu tak yang susu kambing hanya memerlukan 20 minit untuk dicerna berbanding dengan susu lembu yang memerlukan 2 jam untuk dicerna. Ini kerana susu kambing mengandungi  kadar fat globules yang rendah dan menjadikannya mudah untuk dihadam.



5. Meningkatkan Kesihatan Otak


Hari ni ramai antara kita yang diserang dengan anxiety. Selain dari memerlukan persekitaran yang positif, anxiety juga dapat dikurangkan dengan pengambilan susu kambing. Ini kerana kajian menunjukkan kehadiran lipid dalam susu kambing berfungsi membantu mengurangkan rasa anxiety. Selain dari tu, susu kambing juga mengandungi conjugated linoleic acid yang bertindak membantu perkembangan otak.



6. Mencegah Anemia


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Anemia ialah satu keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah. Bagi kaum wanita,  anemia sering terjadi ketika sedang mengandung dan boleh mendatangkan bahaya jika tidak dirawat. Bagi yang ada masalah anemia, apa kata cuba minum susu kambing. Ini kerana susu kambing mampu membantu menyerap iron dengan baik dan sekaligus menghalang dari berlakunya anemia.



7. Sesuai Untuk Orang Yang Ada Alahan Laktosa


Kita disaran untuk mengambil 1-3 sajian dari produk tenusu. Tapi tak semua orang boleh minum susu. Bagi yang ada alahan laktosa, jangan sedih sebab korang boleh ganti susu lembu kepada susu kambing kerana susu kambing mengandungi kandungan laktosa yang rendah dan sesuai untuk perut yang sensitif.





8. Agen Metabolik Yang Baik


Susu kambing mampu meningkatkan penggunaan metabolic mineral seperti besi, magnesium, kalsium dan fosforus dengan baik. Susu kambing juga mempunyai beta-casein A2 yang jauh lebih baik dari beta-casein A1 yang ada di dalam susu lembu di mana beta-casein A1 dikatakan boleh menyebabkan diabetis jenis 1.



9. Mencantikkan Kulit Wajah


Siapa nak kulit yang cantik, kena lah guna susu kambing dalam regim kecantikan. Sebabnya susu kambing kaya dengan fatty acids dan triglycerides yang baik untuk kulit. Susu kambing juga tinggi dengan vitamin A, sejenis nutrient yang penting untuk kesihatan kulit. Kandungan laktid asid di dalam susu kambing juga mampu melembapkan dan mencerahkan kulit wajah. Siapa yang ada masalah eczema pun boleh guna susu kambing ni.



10. Mencantikan Rambut


Jangan tak tahu, susu kambing juga boleh digunakan untuk mencantikan rambut tau. Seperti tubuh badan kita, rambut juga memerlukan nilai pH yang seimbang untuk kekal sihat. Oleh kerana susu kambing bersifat alkali, maka ianya sesuai untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantic melalui kadar pH yang seimbang.



10 Jenama Susu Kambing Terbaik Keluaran Bumiputera Muslim



1. Faleeq Susu Kambing


Faleeq Susu Kambing ditubuhkan pada Julai 2015 dan telah hampir 7 tahun berada di pasaran. Jenama ini sangat terkenal di negara Brunei.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Istimewa  tentang jenama Faleeq ini ialah susu kambingnya dijamin tulen, organik dan semulajadi yang diimport dari Holland, negara yang terkenal sebagai negara pengeluar utama susu kambing organik dunia yang tinggi kualitinya. Walau diimport dari negara luar, susu kambing Faleeq diproses di kilang yang berstatus halal JAKIM milik bumiputera di Malaysia.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Bagi yang teringin nak cuba susu kambing tapi takut tak boleh nak telan perasa yang asli, jenama Faleeq ada mengeluarkan susu kambing berperisa kurma, strawberi dan koko yang rendah lemak, tanpa gula tambahan, tanpa lemak trans dan rendah kandungan krimer. Jadi ianya sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak, wanita mengandung dan warga emas.



2. Susu Kambing Wildan


Nak kulit cantik? Nak kulit baby dalam kandungan cerah? Korang boleh cuba Susu Kambing Wildan ni. Ramai testimoni yang mengakui keberkesanan susu kambing ni dalam mencantikkan kulit wajah selain dapat meningkatkan kesihatan badan.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Susu kambing Wildan didatangkan dalam dua perisa iaitu asli dan coklat tanpa bau hamis, tanpa gula tambahan dan tanpa perisa tiruan. Dikilangkan oleh 100% milik usahawan Muslim dan dijamin halal. Korang boleh lah minum tanpa was-was. Nak request sampel dulu pun boleh.



3. Lazz Susu Kambing


Siapa kata susu kambing tak disukai ramai? Buktinya susu kambing jenama Lazz yang telah terjual lebih dari 1.4 juta unit dalam masa 3 tahun.

10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Susu kambing Lazz juga diimport dari negara Holland yang berpengalaman lebih baik 100 tahun menghasilkan susu kambing yang berkualiti. Susu kambing Lazz menawarkan 4 perisa iaitu asli, coklat, kurma dan strawberi. Dan didatangkan dalam pek saiz kecik dan besar.



4. Susu Kambing Suffy


Bagi  yang ada anak yang alah pada protein susu lembu, korang boleh cuba susu kambing Suffy. Dihasilkan 100% dari susu kambing sebenar dari Holland tanpa sebarang bahan tambahan.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Susu kambing Suffy mempunyai 2 jenis susu kambing iaitu Suffy Pure Goat - 100%  susu kambing asli dan Suffy Goat - diformulasi dengan kebaikan makanan sunnah seperti delima, kurma, manna dan madu yang baik untuk sistem penghadaman anak-anak kecil.



5. Susu SalicGoat


Istimewa susu kambing asli SalicGoat ialah ia menggunakan kaedah Spray Dried untuk mengangkat kadar air dalam susu untuk dijadikan dalam bentuk serbuk.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

SalicGoat telah mendapat pengiktirafan COKZ, iaitu sebuah badan antarabangsa yang menilai kualiti produk tenusu. SalicGoat sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas. Ini kerana ianya mempunyai sijil halal JAKIM serta diformulasi tanpa perisa tambahan, tanpa gula tiruan dan tanpa krimer bukan tenusu. Tapi yang sebaiknya beri lah susu ibu kepada bayi kita sehingga 2 tahun (jika mampu). Kemudian baru lah sambung dengan susu kambing pula. 



6. Susu Kambing Khalish


Bagi ibu-ibu yang tercari susu terbaik untuk anak selepas bercerai susu, boleh lah try susu kambing Khalish ni.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Dari testimoni pengguna-penguna susu ni, ramai yang berpendapat anak-anak mereka suka dengan susu Khalish sebab ada berperisa coklat dengan tambahan buah kurma di dalamnya. Siap ada yang kata, sebotol tak cukup setiap kali masa menyusu. Nampaknya memang sedap susu kambing Khalish ni. Korang pun kena try juga.



7. Susu Kambing Hi Goat


Sebut Hi Goat mesti ramai yang kenal kan. Mana taknya jenama ni merupakan jenama produk susu kambing pertama di Malaysia dan masih bertahan sehingga hari ni.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.


Susu kambing Hi Goat tinggi dengan khasiat yang diperlukan untuk semua golongan usia terutama untuk wanita mengandung. Ini kerana susu kambing Hi Goat dirumus tanpa gula tambahan. Susu kambing Hi Goat didatangkan dalam 2 perisa iaitu susu kambing asli dan susu kambing campuran kurma dan madu.



8. Susu Kambing Karihome


Antara jenama yang sedang meningkat naik di kalangan para ibu sejak kebelakangan ni. Ramai yang review kata susu kambing Karihome ni bagus untuk anak mereka.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.


Menarik tentang Karihome ialah rumusan susu kambingnya merupakan yang pertama diiktiraf oleh KKM dan dijamin selamat untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Cara pemprosesan susu kambing Karihome juga unik dan tidak menggunakan proses pemanasan yang tinggi. Jadi nutrisi semulajadi yang ada dalamnya dapat dikekalkan.



9. Susu Kambing Juna


Susu kambing Juna merupakan produk keluaran selebriti Fynn Jamal.


10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Susu kambing Juna diperbuat daripada 100% susu kambing negaraku  Holland dan diperkaya dengan ekstrak madu, kurma, manna dan delima. Sesuai diminum untuk semua peringkat umur bermula dari umur 1 tahun hingga warga emas. Didatangkan dalam 3 perisa iaitu perisa asli, perisa coklat dan perisa asli luxe.



10. Susu Kambing Irfan


Susu kambing Irfan telah 7 tahun berada di pasaran dan menawarkan susu kambing 100% semulajadi untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.

Irfan Susu Kambing Xtra merupakan minuman susu kambing orang dewasa yang diadun dengan bahan terbaik seperti kismis, kurma, madu dan manna sebagai penambah tambahan.


Manakala susu untuk kanak-kanak pula mempunyai 2 pilihan iaitu Irfan Susu Kambing dan Irfan Cocoa Goat. Irfan susu kambing diformulasi dari bahan-bahan seperti kismis, kurma, madu dan manna yang lengkap dengan DHA, FOS dan kalsium. Manakala Irfan Cocoa Goat pula diformulasi dengan koko, kurma, madu dan manna serta lengkap dengan DHA, FOS, kalsium dan vitamin. Susu kambing Irfan sesuai untuk kanak-kanak dari umur 1 tahun.


Ok lah tu saja perkongsian tentang kebaikan susu kambing dan jenama susu kambing yang boleh korang cuba. Overall, memang tak dinafikan yang susu kambing mempunyai khasiat yang sangat banyak berbanding susu lembu, bagus untuk kekalkan kesihatan badan serta mampu meningkatkan kecantikan kulit. Lagipun memang bagus kita minum susu kambing ni sebab susu merupakan salah satu makanan sunnah. Bila dah kata makanan sunnah, tentulah ada banyak kebaikkan yang ada padanya. InsyaAllah. 

10 Kebaikan Susu Kambing. Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain. Reviewed by Ana Suhana on November 03, 2022 Rating: 5

4 comments:

  1. Susu kambing original dari ladang PC dah pernah rasa. Lepas tu PC minum yang brand Lazz tu kak.

    ReplyDelete
  2. Ada banyak produk susu kambing ni bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Bagus amalkan susu kambing nie, sunnah kan.. pulak tu banyak kelebihan dia..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.