Inai Semulajadi dari Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baru
Inai Semulajadi dari Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baru l Assalamualaikum. Siapa yang suka pakai inai tu, apa kata lepas ni korang cuba Inaidamia - produk daun inai semulajadi di Malaysia dari syarikat Inaidamia Sdn Bhd.
Inai Semulajadi dari Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baru
Inaidamia bukan saja terkenal dengan inai semulajadinya yang halal, malah merupakan produk yang mesra wuduk. Oleh kerana terdapat permintaan inai yang sangat baik, syarikat ini bakal melancarkan produk terbaru mereka iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut pada 8 Mac 2021 yang akan datang.
Dan bersempena dengan pelancaran 2 produk terbaru ni, Inaidamia juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22 Februari 2021 hingga 7 Mac 2021.
Serbuk Inai dan Inai Rambut Berkualiti Premium
Bagi korang yang tercari-cari produk inai yang selamat untuk digunakan, Inaidamia adalah pilihan terbaik. Sebabnya serbuk inai dan inai rambut Inaidamia hanya menggunakan 100% inai tulen yang berkualiti premium yang diimport khas dari Sojat City, Rajasthan, India.
Bila dah kata 100% inai semulajadi, maknanya produk-produk inai ni bebas dari pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang. Ini selaras dengan dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan dari sumber semulajadi sahaja.
Menurut pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan, mereka sangat komited dalam menghasilkan produk inai yang 100% asli sebagai pilihan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik.
Noor Hazlinda juga percaya hanya produk semulajadi sahaja yang dapat menjanjikan kualiti dan nutrien yang lebih tinggi kepada pengguna.
Warna Inai Yang Tahan Lama
Perasan tak, inai yang kita selalu beli dekat luar tu kebanyakan tak tahan lama. Pakai hari ni, esok lusa dah luntur warna inai tu. Dah kena pakai semula. Betul kan?
Disebabkan terdapat permintaan untuk dapat warna inai yang tahan lebih lama tu lah, 2 produk terbaru ini dilancarkan. Bil korang pakai serbuk inai Inaidamia ni, warna inai tu akan kekal sehingga kuku korang habis dipotong. Manakala inai rambut premium ni pula, bukan saja warna tahan lama malah mampu menguatkan akar rambut, mengurangkan rambut gugur serta membantu menghilangkan kelemumur.
Inaidamia Dengan Wajah Baru
Dalam usaha menarik perhatian pelanggan sedia ada dan untuk memikat lebih ramai pelanggan baru, Inaidamia turut melancarkan reka bentuk pembungkusan yang baru untuk produk mereka yang lebih moden namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisi dan kewanitaan.
Bagi korang yang berminat cuba sendiri inai semulajadi yang halal dan mesra wuduk dari Inaidamia ni, korang kena dapatkan cepat-cepat. Sebabnya macam Ana bagitau dekat atas tadi, sekarang ni tengah berlangsungnya promosi prapelancaran. Korang boleh hubungi ejen Inaidamia yang ada diseluruh Malaysia atau layari laman web di https://inaidamia.com/.
Bagus Inaidamia nie guna bahan dari semulajadi. Tak risau kita nak pakai kan..
ReplyDeleteCantik. Yang penting tahan lama warna merahnya tu.
ReplyDeleteMacam best jer ni...teringin nak beli inai rambut permium tu...
ReplyDelete