7 Tips Jadikan Pizza Sebagai Menu Makanan Yang Sihat

Ramai orang cakap yang pizza ini sejenis makanan segera. Makanan segera ini pula banyak yang jenis tidak sihat. Berlemak. Berminyak. Selama bertahun-tahun, orang menganggap pizza tidak lebih daripada makanan yang sedap dan menyelerakan. Tapi tidak tersenarai di dalam menu makanan benar-benar sihat, sekadar makanan ringan saja kata mereka. 


Sebenarnya, jika diteliti dan difikirkan secara lebih berhati-hati. Menu pizza ini boleh diolah kepada menu yang lebih sihat. Itupun jika kita benar-benar ingin berbuat demikian. 


Bagaimana nak jadikan menu pizza kegemaran kepada satu bentuk makanan yang lebih sihat? Di sini akan dikongsikan info-info dan beberapa tips sebagai rujukan kita bersama. 


1. Sepotong pizza rata-rata mengandungi 12 gram protein



Protein adalah komponen penting dalam kesihatan yang baik. Protein adalah sejenis bahan yang dapat membantu kita mendapatkan otot dan banyak lagi. Tanpa protein yang mencukupi dalam diet seharian, kita akan mula sakit dengan kerap. 


Walaupun keperluan protein setiap orang berbeza-beza berdasarkan jenis badan dan tahap aktiviti mereka, penting untuk memastikan kita mendapat sumber protein yang cukup. 


Salah satu cara yang lazat untuk melakukannya adalah melalui pizza! Kepingan pizza yang rata-rata mengandungi 12 gram protein merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan protein yang diperlukan sambil dapat menikmati rasa makanan yang sedap.



2. Pizza dapat bantu menyerap Lycopene antioksidan


Lycopene terdapat di dalam tomato. Tomato ini pula selalu digunakan untuk membuat sos asas bagi pembuatan pizza. Lycopene membantu menurunkan tekanan darah dan menurunkan kolesterol tinggi. Ia juga lebih mudah diserap dari tomato yang dimasak berbanding dengan tomato segar.



3. Sayuran segar adalah salah satu topping yang paling sihat



Dari kecil kita sering dinasihatkan untuk makan sayur. Ibu dan ayah selalu cakap, makan sayur itu sihat. Di negara barat, sayur perlu dimakan oleh anak-anak. Jika tidak habiskan sayur di dalam pinggang, si anak akan didenda. Ya, akan didenda hanya kerana anak tidak mahu makan sayur hijau yang sihat itu.


Menyedari akan kepentingan dan kebaikan khasiat sayur berdaun hijau ini, ia boleh dijadikan sebagai topping untuk pizza. Apabila pizza digabungkan dengan sayur-sayuran seperti ini bukankah ia sudah menukar pola pemamaham orang ramai tentang pizza itu sendiri. 


Dengan sayuran segar yang digunakan untuk topping pizza, ia dapat menukar pizza daripada makanan segera kepada makanan sihat.



4. Pizza kerak nipis menawarkan makanan yang lebih seimbang 


Pizza hidangan yang cukup bagus, gabungan sayur dengan daging bersama keju terpilih menjadikan pizza ini sangat sedap. Tetapi jika mahu mencari pilihan yang lebih sihat, cuba pesan pizza dengan kerak yang nipis. 


Kerak jenis nipis ini bukan hanya mengandungi kalori yang lebih rendah daripada kerak pizza tradisional, malah akan mempunyai lebih keseimbangan antara karbohidrat, protein, dan lemak.



5. Pizza adalah pilihan sarapan yang lebih baik daripada sebilangan bijirin



Ada dikalangan kita suka makan bijirin sarapan atau roti pada waktu sarapan pagi. Jika ditanya adalah pizza ini sesuai sebagai sarapan, jawapannya adalah ya.  Tidak apa-apa untuk makan pizza pada waktu pagi sebagai sarapan. 


Sama ada panas dari ketuhar atau segar di dalam peti sejuk, pizza adalah makanan yang menggembirakan untuk memulakan waktu pagi yang boring.



6. Kerak pizza yang terbuat dari gandum menambah serat pada makanan 


Doh gandum mengandungi lebih sedikit karbohidrat daripada doh putih dan ia juga mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi. Kandungan serat yang lebih tinggi bermaksud kita akan merasa kenyang dengan lebih cepat. Apabila ini berlaku, bermakna kita akan makan dengan kuantiti yang lebih sedikit.



7. Masih boleh jaga diet walau makan pizza 


Sama ada sedang menjalani diet jangka pendek atau perubahan jangka panjang, jangan sesekali rosakkan hari-hari indah dalam hidup dengan mengawal makanan 100%. Diet sihat tidak bererti perlu ketepikan makanan kegemaran seperti pizza ini.


Jika bijak, jadikan pizza sebagai salah satu menu makanan sihat. Tukar topping keju kepada cheese yang rendah lemak. Tambahkan sayuran hijau sebagai topping. Letakkan juga daging ayam atau daging cincang yang baru dimasak. 


Buat rancangan untuk menikmati pizza kegemaran sesekali agar diri tetap konsisten dengan pilihan makanan sepanjang masa. Tak perlu ada perasaan rasa bersalah kerana pizza sebenarnya bagus cuma olahan jenis barang yang digunakan perlu diberi keutamaan. 



Tak perlu ke restoran pizza, memadai dengan pesan dari rumah 



Sesetengah orang kurang gemar ke restoran pizza. Malas tunggu giliran untuk ambil pizza katanya. Tak dinafikan memang kadangkala rasa malas untuk beratur lama-lama. Kerana itulah ada servis pizza delivery


Dengan adanya servis begini, para pelanggan tidak perlu pening kepala. Tidak perlu menahan lapar. Tidak perlu tolak pizza secara total kerana hakikatnya pizza ini masih boleh diolah sebagai salah satu makanan sihat.  

7 Tips Jadikan Pizza Sebagai Menu Makanan Yang Sihat Reviewed by Ana Suhana on March 12, 2021 Rating: 5

8 comments:

  1. penting post ni utk peminat pizza macam akak.. kena jadikan dia menu sihat

    ReplyDelete
  2. Betul, pizza boleh jadi menu sihat dan selamat untuk dinikmati dengan syarat bahan yang dipilih bersesuaian.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap piza ni bila singgah malam-malan dekat entri post Ana... Senangkan oder online jer la nih bila rasa nak makan.

    ReplyDelete
  4. Faveret anak-anak Kak Sue pizza nie, selalu vege pizza antara pilihan kami Ana. Bagus sekarang nie senang dah, nak makan pizza order online ja kan..

    ReplyDelete
  5. Nice sharing. Selalu takut nak makan pizza, sebab tak sihat. Hehehe :)

    ReplyDelete
  6. wahhhhh pizza sebagai sarapan. boleh kenyang sampai ke tengah hari :)

    ReplyDelete
  7. setuju part topping tu. topping kan boleh pilih sendiri. instead of letak fast/frozen foods, better letak sayur-sayuran kan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.