Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut

Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut l Assalamualaikum. Siapa suka kuih apam kita geng. Masa Ana kecik, kuih apam tepung beras yang warna warni tu antara kuih favorite Ana. Wajib makan dengan parutan kelapa. Apam tu kan masam-masam rasa dia. Bila kena dengan rasa lemak-lemak masin dari parutan kelapa tu, memang sedap sangat.

Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut


Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut



Kalau masa kecik-kecik dulu Ana suka sangat pergi rumah atuk. Sebabnya rumah atuk ada laman luas untuk bermain. Ye lah corner lot lah katakan. Memang syok main. Apa lagi nak buat kan. Tu lah untung ada rumah tanah ni. Lagi-lagi untuk keluarga yang besar. Kalau beli tanah kosong lagi best. Boleh design rumah ikut suka kita. Boleh buat rumah 2 tingkat dengan 6 bilik lagi. Syok bila anak beranak balik berkumpul ramai-ramai kan. 


Ok back to topic. Selain dari laman yang luas, rumah atuk selalu ada kuih apam tepung beras tu. Sebab tu sampai ke besar Ana dok tahu apam jenis tu je. Tapi bila dah tua ni, banyak jenis rupanya kuih apam ni. Ada kuih apam nasi, apam mekar, apam susu, apam pisang dan banyak lagi lah. Apam traffic light pun hado. Haha. Kreatif betul rakyat Malaysia ni kan.


Dalam banyak-banyak jenis apam tu, ada lagi satu jenis kuih apam yang menjadi kegemaran ramai iaitu kuih apam gula hangus. Korang suka tak?


At first Ana plan nak masak lagi Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Semut je. Sebabnya family Ana suka sangat kek ni. Satu loyang tu boleh habis dalam masa sehari je. Haha. Tapi macam mana Ana tetiba teringin nak makan apam gula hangus pula. Tu yang terjadinya Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut ni.


Bila dah namanya resipi gula hangus, bahan-bahan yang digunakan lebih kurang sama je dengan bahan kek gula hangus. Cuma kalau kek, kita kena bakar dalam oven. Tapi kalau apam, kita kena masak secara kukusan.


Bila kata bab kukusan ni, ramai yang kata leceh sikit sebab nak kena jaga air supaya sentiasa cukup. Kalau tak cukup, kena tambah lagi. Bila dah tambah, kena tunggu bagi air mendidih dulu baru boleh masukkan adunan. Kalau tak, adunan akan jadi bentat. Lepas tu air kukusan pula kena make sure tak jatuh dekat atas kuih kita. Kalau tak, berkawah bulan lah jadinya. Kena sentiasa buang air yang terwap dekat penutup periuk tu atau balut penutup dengan kain.  


Tapi dari pengalaman Ana, tak lah leceh mana pun. Sebabnya resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut yang Ana buat ni hanya perlukan sekitar 15 minit je untuk masak. Dalam 3-4 kali kukus, dah selesai. Air dalam periuk pun masih banyak lagi. Tak perlu nak tambah air yang baru. Untuk resipi ni boleh dapat dalam 20 biji lebih kuih apam gula hangus tu. Jumlah apam depend pada saiz cup yang korang pakai. Ana pakai yang bersaiz kecik tu je sebab kukusan Ana pun kecik je. Jom tengok bahan-bahan dan cara masakan apam gula hangus ni.


Bahan-bahan Apam Gula Hangus


1. Gula -1 cawan (200 gm) 

2. Air Panas - 1 cawan (250 ml) 

3. Telur - 2 biji 

4. Minyak Jagung - ½ cawan (125 ml) 

5.Mentega - 2 sudu besar

6. Susu Pekat Manis - 2 sudu besar

7. Soda Bikarbonat -1 sudu kecil

8. Esen Vanila - 1 sudu kecil 

9. Tepung Gandum - 1 ½ cawan (190 gm)


Cara Masakan Apam Gula Hangus


1. Panaskan gula dengan api sederhana sehingga gula cair menjadi keperangan. Kemudian masukkan air panas dan kacau sebati. Ketepikan seketika.

Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut


2. Campurkan telur, minyak jagung,  butter dan susu pekat di dalam satu bekas. Kemudian adun menggunakan mixer atau blender selama 3-4 minit. 
Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut

Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut

3. Masukkan soda bikarbonat, esen vanila dan gula karamel ke dalam bekas adunan tadi. Kacau lagi dalam masa lebih kurang 1 minit atau sehingga adunan sebati.

Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut


Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut

4. Kemudian masukkan pula tepung gandum yang telah diayak. Sambung kacau sehingga semua bergaul sebati. 

Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut

5. Perap adunan selama 15-30 minit dengan menutup bahagian atas bekas menggunakan kain bersih. Selepas 30 minit korang akan perasan yang adunan dah jadi sedikit pekat.


Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut

6. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Kemudian tutup penutup pengukus dengan kain supaya air wap tak menitis masuk ke dalam bekas acuan. 


7. Sementara tu boleh masukkan adunan ke dalam acuan. Jangan sampai penuh sebab apam akan kembang sekali ganda masa dikukus. Cukup isi adunan lebih kurang 1/2 atau 3/4 bekas acuan. 


8. Akhir sekali kukus apam lebih kurang dalam 15 minit atau sehingga masak. 

Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut


9. Taraa dah siap. Kemain gebu gebas kejadian apam gula hangus ni haaa. Nak sedap makan kena biarkan lama sikit. Biar betul-betul sejuk.

Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut


Resipi Apam Gula Hangus Yang Gebu dan Lembut Reviewed by Ana Suhana on May 28, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. sedapnya
    pos sini 6 biji sis
    hahaha

    ReplyDelete
  2. SS pun suka macam apam ni... teliur pulak tengok apam gula hangus ni naik comel je...

    ReplyDelete
  3. kena apam yang saya kukus kembang sampai pecah?

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.