Pengalaman Cara Hilangkan Gastrik Dengan Cepat dan Pantang Larangnya
Pengalaman Cara Hilangkan Gastrik Dengan Cepat dan Pantang Larangnya l Assalamualaikum. Pertengahan tahun lepas, Ana kena gastrik yang agak teruk. Puncanya Ana tidur dalam keadaan lapar. Masa tu Suraya baru beberapa bulan dan dia memang kerap berjaga malam. So Ana kekurangan tidur, tu yang sanggup tidur dalam keadaan lapar sampai kena gastrik.
Pengalaman Cara Hilangkan Gastrik Dengan Cepat dan Pantang Larangnya
Kalau ikut kan, lama dah Ana tak kena gastrik. Even masa pregnant kan Suraya, sekali pun Ana tak kena gastrik. Tapi serangan tahun lepas tu yang paling teruk dan lama Ana kena. Almost 3 bulan juga lah Ana merana. Ubat farmasi, ubat klinik semua tak berkesan. Kalau berkurang pun sekejap je. Lepas tu datang semula sakit tu.
Apa Itu Gastrik?
Sebelum Ana cerita pengalaman Ana hilangkan gastrik dengan cepat, Ana share dulu sedikit sebanyak tentang penyakit gastrik ni dulu.
Gastrik atau dalam istilah perubatan disebut sebagai Gastritis merupakan sejenis keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Gastrik terjadi apabila berlaku penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut. Apa maksudnya?
Seperti yang kita tahu, perut kita berfungsi mengeluarkan asid untuk mencernakan makanan dan juga membunuh kuman yang masuk melalui mulut. Sebab 2 fungsi ni lah tahap keasidan perut sangat tinggi berbanding di bahagian lain saluran pemakanan. Bagi melindungi dinding perut dari terhakis, tisu perut kita akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus untuk menghalang asid tersebut daripada terkena dinding perut. Apabila terdapat gangguan pada penghasilan lapisan ini, itu yang akan menyebabkan terjadinya gastrik. Faham kan?
Apa punca gangguan pada lapisan perut?
• Jangkitan bakteria 'Helicobacter pylori'
• Ambil ubat tahan sakit NSAIDs
• Tahap stress yang tinggi
• Pengambilan alkohol berlebihan
• Tindak balas makanan / ubat
• Tindak balas bahan kimia
• Merokok
Simptom Sakit Gastrik
Macam Ana, Ana lebih kepada pedih ulu hati. Perut rasa tak selesa sepanjang masa. Baik masa perut kosong atau selepas makan. So far simpton yang lain takde lah. Ada kawan-kawan Ana sampai kena masuk air (drip) di hospital atau klinik sebab tak boleh nak telan makanan. Makan je muntah. Akibatnya badan jadi terhidrat.
Gastrik Punca Anxiety Disorder dan Panic Attack
Siapa yang selalu baca blog Ana tahu yang Ana pernah diserang dengan Anxiety Disorder. Dan ada beberapa kali Ana kena panic attack atau serangan panik. Rasa macam nak mati dah masa tu. Sedih sangat tau. Tapi lepas amal perkongsian dari Ustaz Abdullah tentang cara atasi panic attack dengan deep breathing, Ana rasa makin okey. Korang pun boleh cuba tau.
Apa kaitan gastrik dengan Anxiety Disorder?
Menurut pengalaman dari seorang doktor yang Ana baca, beliau berkata penyakit psikiatri seperti anxiety atau kemurungan kerap dikaitkan dengan tanda-tanda fizikal. Kebanyakan pesakit yang anxiety disorder ni ada latarbelakang penyakit gastrik, reflux, perut meragam dan sebagainya.
Cara Hilangkan Gastrik Dengan Cepat Tanpa Antasid
Gastrik masih dikategorikan sebagai antara penyakit ringan yang boleh sembuh dengan sendiri kecuali untuk sesetengah komplikasi. Dari pengalaman Ana sendiri, cara yang terbaik untuk hilangkan gastrik dengan cepat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam. Nampak macam cliche kan tapi tu lah kebenarannya.
Pantang Larang Gastrik
Ana mulakan dengan pengalaman sepupu rapat Ana sendiri. Dia merupakan pesakit gastrik kronik. Senang kata dah takde ubat yang boleh sembuhkan gastrik dia. So Ana tanya apa dia buat masa kena gastrik. Jawapan dia....PANTANG MAKAN!! Dia hanya akan makan bubur saja selama sebulan. Takde makanan berminyak, pedas, masam etc. Alhamdulillah dalam masa sebulan tu gastrik dia beransur pulih.
Kebetulan Ana teringat perkongsian dari Doktor Noordin Darus tentang pantang larang orang yang ada gastrik ni. Kalau nak perut yang sihat dan sembuh dari gastrik kena elak dari makan makanan di bawah :
1. Makanan bergoreng
2. Telur
3. Pedas / rempah
4. Coklat
5. Susu
6. Coffee
7. Ubat
8. Gluten
9. Rokok
Berbalik pada cerita Ana kena gastrik tu. Bila dengar cerita dia dah semakin sembuh, Ana jadi semangat. Ana pun start makan bubur. Tapi tu lah, lama mana Ana mampu makan bubur saja. Beberapa hari je Ana boleh bertahan. Lepas tu tekak tak boleh nak terima dah bubur. So back to normal routine. Makan apa yang ada. Kesannya perut tak sembuh sebab tak pantang bab makan. Perasaan sedih pun kembali menyelubungi. So Ana conclude yang gastrik Ana tak sembuh sebab Ana tak pantang bab makan.
Makanan Terbaik Untuk Pesakit Gastrik. No 2 Tu Paling Berkesan.
Habis tu apa je yang boleh makan? Haa jangan risau. Ada beberapa makanan dan minuman yang bagus untuk kita amalkan untuk sembuhkan atau hilangkan sakit gastrik kita tu. Antaranya :
1. Air garam
2. Probiotic
3. Apple Cider Vinegar (AVC)
4. Halia
5. Mangga
6. Air kelapa / santan
7. Blueberry
8. Bayam
9. Madu
10. Aloe vera
11. Magnesium
Dalam senarai dekat atas, paling kerap Ana amalkan ialah minum air kelapa. Seperti kita tahu, air kelapa merupakan air penawar kepada banyak penyakit. Tapi make sure korang minum air kelapa kosong tanpa gula. Sebab Ana ada baca kat FB KKM kata gula tak elok untuk gastrik.
Ana juga amalkan makan madu setiap pagi sebelum makan atau minum. Cara dia kemam madu dalam mulut sebelum telan. Satu sudu dah cukup. Boleh juga baca cara makan madu dengan betul.
Baru-baru ni Ana cuba makan buah dengan garam. Tak kisah lah buah apa tapi yang pasti bukan buah sitrus. Alhamdulillah perut Ana cepat ok dari gastrik. Tapi lepas tu kena jaga makan betul-betul lah.
Akhir sekali Ana amalkan makan probiotik. Kalau ikut Doktor Noordin Darus, probiotik ni kita boleh dapat melalui pelbagai sayur-sayuran. Tak perlu nak beli supplement bagai. Tapi biasalah, kita ni kalau boleh nak mudah saja. So Ana consume Bio-Life Advanced Multiblend Probiotix.
Ana ada juga baca yang susu kambing juga baik untuk penyakit gastrik. Ini kerana susu kambing bersifat alkali seperti susu ibu, mudah dihadam dan seterusnya dapat meningkatkan sistem usus.
Bio-Life Advanced Multiblend Probiotix Bantu Sembuhkan Gastrik dalam Masa Beberapa Hari
Apa yang Ana cerita ni dari pengalaman Ana sendiri. Orang lain mungkin berbeza pengalamannya.
3 tahun lepas masa pertama kali Ana kena gastrik, seorang kawan suami suggest amik probiotik. Ana pun ikut je dan Alhamdulillah berkesan. Masa tu Ana consume probiotik jenama lain. Tapi lepas habis probiotik tu Ana pun stop tak consume dah. Alhamdulillah lepas dari tu Ana jarang kena gastrik.
Sebab lama sangat tak kena gastrik, Ana tak terpikir nak consume probiotik balik. Ana siap beli Golac Gastrovenger sebab ramai kata gastrik dorang makin sembuh. Tapi tak berkesan dengan Ana. Last-last Ana try Bio-Life Advanced Multiblend Probiotix ni. Alhamdulillah dalam beberapa hari gastrik Ana makin berkurang dan sembuh. Jom baca serba sedikit tentang produk ni :
Kandungan :
Advanced Multiblend PROBIOtix mengandungi 7 jenis probiotik yang telah dikaji dan diuji secara klinikal untuk memberi manfaat kesihatan kepada manusia iaitu :
• Lactobacillus acidophilus NCFM®
• Lactobacillus bulgaricus
• Lactobacillus casei
• Lactobacillus rhamnosus
• Bifidobacterium bifidum
• Bifidobacterium infantis
• Bifidobacterium longum
Supplement ni tidak mengandungi yis, bahan tenusu, gandum atau kanji jagung, gluten dan bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
Fungsi :
1. Bersaing dengan bakteria bahaya untuk tempat pelekatan yang terhad
2. Mengembalikan keseimbangan mikroflora pada usus
3. Meningkatkan proses penghadaman.
4. Meningkatkan fungsi penyerapan nutrien
Cara Pengambilan :
2 biji sehari. 30 minit sebelum makan. Macam Ana, Ana akan amik 1x waktu siang dan 1x sebelum tidur. Make sure supplement di simpan di dalam peti ais.
So far dah nak masuk 5 bulan Ana consume Bio-LifeAdvanced Multiblend PROBIOtix. Dari pengalaman Ana sendiri, supplement ni memang bantu hilangkan sakit gastrik dengan cepat. Ana tak kata gastrik Ana dah sembuh sepenuhnya sebab dalam tempoh ni ada je beberapa kali Ana kena gastrik lagi. Cuma tak seteruk last year tu dan recovery process lebih cepat dari sebelumnya. Tapi Ana yakin kalau Ana jaga pantang betul-betul, tak makan pedas, kurangkan makan coklat, InsyaAllah gastrik Ana akan sembuh. Tapi tu lah, bila dah teringin, pantang semua langgar. Hehe.
So pada korang yang tercari-cari petua untuk kurangkan sakit gastrik, boleh lah cuba consume supplement probiotik. Sekarang ni ada juga supplement yang ada probiotik dan prebiotik lagi. Cuba lah. Mana tahu dengan izin Allah serasi dengan korang kan. Tapi make sure consult dengan pharmasist atau doktor terlebih dahulu ok. Dan paling penting korang kena juga amalkan pemakanan yang seimbang dan jalankan kehidupan yang sihat.
Rujukan Apa Itu Gastrik : DoctorOncall
Akak pernah rasa dan seksa sanagt..akak amalkan minum yogurt probiotic dan makan supplement
ReplyDeleteperut akak sekarang ni pun dah nak kena gastrik ana. tapi akak suka kopi huhu.. tq bagus sharing ana ni
ReplyDeleteTerbaik perkongsian Ana.. memang mencari info penuh macam ni. Thanks ana ❤️
ReplyDeletenak kena ambil juga ni, sb bln puasa dh nak dekat hehe
ReplyDeleteGood sharing Ana.. Kak Sue pun kadang kena gastrik juga, tapi paling teruk sekarang nie kena gerd.. kerap sangat dah sekarang. Nasib amalkan doa yang Ana kongsi hari tu.. dah okay sikit dah.. alhamdullilah..
ReplyDeleteKalau kena gastrik baru saya consume. Dalam 2-3 hari untuk sembuh depend pada keterukan gastrik tu. So probiotix sentiasa ada je di rumah.
ReplyDelete