Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu

Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu l Assalamualaikum. Sihat ke semua di saat-saat PKP ni? Ana Alhamdulillah sihat. Cuma jiwa kacau sikit sebab tak boleh keluar rumah. Hehe. Nak rawat jiwa kacau tu, moh ler kita membaking apa yang mampu. Tu yang jadi Double Chocolate Muffin ni.

Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu

Resipi Double Chocolate Cupcake Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu



Sehari sebelum PKP2.0, Ana sempat pergi rumah mak. Nak makan-makan sempena birthday adik Ana hari tu. Sebab teruja ada oven baru, maka petang tu Ana sempat bake Burnt Cheesecake untuk dorang.


Hari kedua PKP2.0, Ana buat Cinnamon Roll pula. Tapi sebab buat dalam keadaan tergesa-gesa gara-gara Suraya meragam, cinnamon roll tu tak berapa menjadi. Doh dia tak kembang dengan cantik. Bila dah bakar, doh dia liat. Macam makan roti Aunty Anne bak kata En Suami. Tapi licin juga akhirnya. Hehe.


3 hari lepas tu redeem kekecewaan dengan buat Kek Butter Marble Pelangi juga dari resipi Che Nom. Kalau sebelum ni Ana guna loyang 8x8, tapi kali ni Ana cuba guna loyang 9x9. Sebab baca petua kata bila guna loyang lebih besar, kek akan masak dengan sekata. Memang betul. Kek masak sekata, tak merekah dan bahagian dalam kek jadi lebih cantik. 


Baru-baru ni Syafi kata teringin nak makan cupcake coklat. Arghh sudah mana nak cari. Selalu beli je kan. Tapi sebab PKP, memang tak dapat lah kan. Kesian pulak tengok dia. So Ana pun search resipi cupcake paling mudah. Hehe. Newbie kan. Mesti lah nak yang mudah. End up jumpa resipi dari Che Nom lagi. Tapi ni resipi muffin double chocolate. Lepas telaah video resipi tu, rasa macam boleh buat je. Tapi dalam hati rasa yakin tak yakin sebab baca ramai yang dah buat muffin ni tapi hasilnya jadi keras.


Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan.
Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. 
Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.


Kebetulan lepas tengok video tu, Ana terbaca quote ni. Sentap kejap. Bila lagi nak cuba buat muffin kalau bukan sekarang kan. Lagipun barang-barang semua ada kecuali coklat cip. Tapi sebab dekat rumah ada chocolate coin, so boleh guna je. Cuma kena patahkan kecik-kecik lah. Sebab Syafi yang nak makan cupcake aka muffin coklat, mohon lah beri kerjasama ye. Hehe.

Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu
Sambil patahkan coklat sambil sumbat dalam mulut. Bahagia ye!!

Ni lah kejadian Double Chocolate Muffin lepas di bakar. Moist dan gebu sangat. Tak keras langsung tekstur dia. Rasa jangan cakap lah. Penuh dengan rasa coklat. Siapa hantu coklat confirm akan suka. Tak sangka coklat coin yang Ana guna tu serasi dengan muffin ni. Coklat dekat bahagian dalam tu mencair dengan sempurna. Memang tak ralat takde coklat cip pun. Dan kalau korang memang ada stok coklat dekat rumah, boleh cuba resipi kek coklat yang Ana compile ni juga. Semua sedap-sedap. Boleh buat terliur teruk. Hehe. 


Baca juga : Resepi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer

Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu
Moist dan gebu cupcake coklat ni. Coklat mencair dengan sempurna.

Oh ya muffin ni dinamakan dengan nama Double Chocolate Muffin sebab resipi ni guna dua jenis coklat. Satu serbuk coklat dan satu lagi coklat cip. Kalau tak nak letak coklat coint tu pun takpe. Jadilah muffin coklat saja. Pun sedap. Tapi bak kata Che Nom, kesedapan muffin coklat ni bergantung pada jenama coklat yang kita guna. Nak sedap guna lah yang berjenama. Macam Ana, Ana guna serbuk coklat biasa je. Beli dekat Bake With Yen. Manakala coklat coin pula Ana guna jenama Beryls. Memang kebababom, sedap bila dua rasa coklat ni bergabung.


Bahan-bahan dan Cara Masakan Double Chocolate Muffin


Ok lah stop membebel. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masakan Double Chocolate Muffin ni. Make sure part gaul adunan tu korang baca betul-betul ok!! Kalau tak, tak menjadi muffin coklat korang nanti.



Bahan-bahan


1. Susu Segar atau Full Cream - 1 cawan (250 ml)

2. Jus lemon / cuka - 2 sudu besar

3. Minyak Jagung - 1/2 cawan (120 gram)

4. Gula Kastor - 3/4 cawan (170 gram)

5. Telur - 2 biji

6. Esen Vanila - 1 sudu kecil

7. Tepung Naik Sendiri - 2 cawan (250 gram) 

** Kalau guna Tepung Gandum (2 cawan / 250 gram) + Baking Soda (1 1/2 sudu kecil) + Baking Powder (1/2 sudu kecil)

8. Serbuk Koko - 1/2 cawan (50 gram)

9. Garam - 1/4 sudu kecil 

10. Coklat Cip - 1 cawan (170 gram) - untuk adunan

11. Coklat Cip - 1 cawan (170 gram) - untuk topping


Cara Masakan


1. Tuang susu ke dalam gelas, masukkan jus lemon dan kacau sehingga menjadi pekat.


2. Untuk bahan basah - masukkan gula castor, minyak jagung, campuran susu segar dan jus lemon, telur dan esen vanilla ke dalam bekas. Kacau sekata.


3. Untuk bahan kering - Dalam bekas berasingan, ayak tepung, serbuk koko dan garam.


4. Kemudian tuang adunan bahan basah tadi ke dalam adunan bahan kering. Gaul sekadar sebati saja. Sebaiknya gaul hanya menggunakan spatula. Pada masa ni, pastikan korang jangan terlebih gaul sebab ia akan menyebabkan muffin menjadi keras akibat tindakbalas protein di dalam tepung tadi.


5. Masukkan chocolate cip dan gaul sekadar rata saja.


6. Sediakan cawan kertas. Masukkan adunan 3/4 cawan. Macam Ana, Ana masukkan lebih sikit. So bila masak, dia akan naik tinggi. 


** Untuk cawan kertas saiz besar ni boleh dapat 12  biji muffin.

Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu

7. Akhir sekali tabur coklat cip dekat bahagian atas adunan. Ikut lah banyak mana yang korang nak. Lagi banyak, lagi sedap lah nanti.


8. Panaskan oven pada suhu 170°C. Kemudian bakar muffin antara 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing. Bila tengok muffin dah naik kembang dan agak masak, boleh keluarkan muffin dan cucuk dengan lidi. Kalau lidi keluar bersih atau ada basah sikit-sikit, kira dah masak lah tu. Jangan terlebih bakar, nanti muffin akan jadi kering.

Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu

** Macam oven Ana ni kecik molek je saiz dia. So Ana guna suhu dalam 150°C saja. Kena pandai tengok oven kita.

9. Akhir sekali, boleh lah dihidangkan. Muffin ni makan panas-panas pun sedap. 

Syafi kemain teruja bila muffin tu dah masak. Dalam panas-panas tu, 2 biji dia bedal. En Suami pun sama naik. Berjemaah makan dengan Syafi. Haha. 

Tapi memang berbaloi lah bila buat sendiri. Puas hati. Sedap dan pekat dengan rasa coklat. Kalau dekat luar, memang tak dapat lah muffin coklat yang pekat macam ni. So korang, boleh lah cuba Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu ni ye.


Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu Reviewed by Ana Suhana on January 25, 2021 Rating: 5

16 comments:

  1. sedapnya tgk byk coklat kt muffin tu

    ReplyDelete
  2. fuhhhhh hilang kempunan syafi! Bila buat sendiri boleh tabur coklat banyak2 kan. Sedapnya tengok!

    ReplyDelete
  3. Oh yummy! I love chocolate muffins! This is something i need during this MCO. Thank you for sharing this yummi-licious recipe with me.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa burnt ciskek. teringin nak buat. muffin ni pun nampak mudah. nanti nak try la. thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Ooh kena guna acuan besar rupanye, saya pakai 8x8 pun pecah tengah kek marble pelangi tuh. Sedapnya muffin, nak juga buatnya nanti la. Thanks for sharing sis

    ReplyDelete
  6. OMG! Looking at this is really making me salivating. Thanks for the recipe and step-by-step guide in making this fluffy and chocolatey muffin. :D

    ReplyDelete
  7. cantik muffin dia.. kite pun suka muffin coklat :)

    ReplyDelete
  8. Waaa nampak moist gile laaa.. nak cuba jugalah, agak lama tak buat kek dalam oven, asyik buat yak kukus ajee.. nanti kita try laaa...

    ReplyDelete
  9. Best la buat muffin sendiri kat rumah... boleh buat ikut creativity sendiri and portion yang kita nak kan! teringin nak try juga la.. nampak macam senang preparation dia..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedapnya la muffin ni, dengan kepingan2 coklat kat atas tu..! Thank you share resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla nanti nak cuba. Nampak sedap dan cantik betul kejadiannya. Suka tengok

      Delete
  11. resepi cik nim mmg terbaik...
    nieyl pun bila buntu xtau nak masak apa...suka tgk youtube dia...
    Ya Allah gebunya kak...

    ReplyDelete
  12. Rupanya senang jer nak buat muffin ni yer hehehe kita tak berani nak buat senan takut tak jadi bila baca sini tengok cara sini mudah terus rasa teruja nak buat hehehe best lah sedap...

    ReplyDelete
  13. Alahaiii indahnya ciptaan dia.. hehe. Syafi pun semangattt .

    ReplyDelete
  14. kalau makan ni memang lupa terus nak makan benda lain,,fuhhh

    ReplyDelete
  15. thanks for sharing this sis. i really need this recipe. hehe musim pkp ni duduk rumah jemu juga asyik makan benda sama je nak cuba lain juga

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.